5hb dec 2010 ahad.
Kuliah subuh di sampaikan oleh Ust Zainuddindin, menyentuh berkaitan beberapa tatacara yang banyak digunakan bagi kaedah gerak badan ketika berzikir kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Manakala sering ada persoalan bagaimanakah sepatutnya kaedah yang diguna pakai dalam pertubuhan.maka jawabnya.dalam pertubuhan abjad ini tidak ada dinyatakan dan penentuan kaedah tertentu.
Pertubuhan menerima pakai kaedah yang mana gemar dipakai pada kebiasaannya. Sambil berseloroh menyentuh akan adanya juga dikalangan Badal yang mana bila berzikir badan tak gerak-gerak langsung dan ada pula yang badan bergerak suara pula tak ada bunyi apa.
Pagi ini penulis dan rombongan dari sabah bersarapan di ruang legar as-salam. Memang ada di sediakan makan dan minum pada kursus ini, Cuma peserta mengambil peluang menghirup udara dan pemandangan di luar di sekitar warung-warung tepi jalan raya menuju ke utara. Menghilangkan tekanan kursus barangkali?
Slot pagi ini, pertamanya Ustaz Muhyidin Badal dari Pahang, membentangkan dan mengulas Buku Tauhid dan Risalah puak 73. Ustaz din membentangkan dan mengulas buku akhlak dan ustaz Haji Ideris membentangkan dan mengulas buku Fekah. Dengan ini rasimlah adanya penggunan asas panduan amalan asas Fardu Ain bagi seluruh Warga Abjad dan Warga Melayu di seluruh Malaysia maka selaraslah kesemuanya insyahallah… dalam penyelarasan ini mungkin akan adanya peperiksaan penilaian ?
Secara peribadi penulis mengakui betapa pentingnya penerbitan buku-buku Asas Fardu Ain ini. Bilamana pada beberapa kecenderungan lebih megah berbicara pada tahap pertengahan dan suka mengapai tahap yang lebih khusus. Kerana kulitlah Maka isi boleh bertahan dari serangan bekteria luaran. Semegah mana pun isi, semanis apapun rasa, secantik manapun bentuk, kulitlah benteng utamanya. Tanpa kulit apakah namanya benda itu ? Carikan dan temukan saya dengan yang tidak berkulit…
Selasai pembentangan buku-buku tersebut,tiba pula masa untuk berbengkel. Peserta kursus dibahagikan kepada lima kumpulan dengan seramai 6 orang Ustaz Pembimbing , Abjad Johor seramai 20 orang terus lengkap sebagai satu kumpulan. Penulis dan rombongan dari sabah bergabung dengan Abjad Serawak, Abjad Ipoh utara dan Abjad Terangganu.
Ustaz Nik Ruslan dan Ustaz Harun Yahya sebagai pembimbing kumpulan, perbincangan bengkel dimulakan oleh Ustaz Nik Ruslan seterusnya pemilih untuk pembentang maka Ustaz Harun juga dipilih sebagai pembentang resolusi nanti.
Oleh kerana penulis tidak memahami kehendak pembincangan bengkel maka penulis mengambil langkah bersikap berdiam diri dan mendengarlah dahulu. Saudara Dr Azri Badal dari Ipoh melontarkan perolehanya, tidak kurang juga dengan Saudara Alias Badal dari Serawak dengan maksudnya, dan demikianlah juga lontaran idea dari mereka-mereka ahli kumpulan bengkel, berhadapan dengan dua orang pembimbing Kumpulan iaitu Ustaz Nik Badal dari Terangganu dan Ustaz Harun akhirnya malamnya dilantik jadi badal juga.
Apa pula jadi dengan Ustaz Rahipin badal dari Sabah ni? Yang keluar dari mulutnya hanya setujuh.. setujuh.. setujuh. Tidak pandai cakap melayu bah dia ni. Akhirnya penulis memperedarkan diri dari kumpulan. Nasib Saudara Setiusaha Cikgu Mazlan dapat juga melontarkan ideanya sebagai perwakilan idea dari Abjad Cawangan sabah.
Perbincangan ahli bengkel kumpulan penulis nampaknya mengambil masa yang lama. Kumpulan lain telah selasai dan telah bersurai. Petang ini tak semapat merayau cari minum petang. Dah masuk waktu solat magrib. Azan Magrib menyuraikan perbincangan kumpulan penulis.
Selasai solat isyak slot seterusnya di teruskan dengan pembentangan hasil bengkel oleh pembimbing kumpulan,segala perolehan dalam bengkel akan dibawa oleh Prof Roslan dalam masyuarat Agung Pertubuhan akan datang.
Acara seterusnya, amanat dan pesanan dari Tuan Guru Ahmad Junaidin dan Tuan guru Haji Ideris. Majlis berhenti rehat untuk makan malam. Penulis memang dah lapar, petang tadi tidak semapat cari minum petang, makan di as-salam ini tak henti-henti, Alhamdulillah penulis dah mula kuat dan berselera untuk makan.Cuma memilih bentuk makanan payah nak kunyah gigi belum tumbuh bah. Masakan si as-salam pula kebanyakanya pedas-pedas saja. tak ada masalah pun bagi penulis bukan makan lada pun.
Selasai rehat makan Malam. Majlis diteruskan dengan penyempaian watikah sijil Badal Semantara. Di mulai oleh Tuan Guru Haji Ideris ,Haji Zainal, Usta Wahab, Saudara Abd. Kadir Sulaiman,dan seterusnya rupanya mereka –mereka ini adalah zenarasi pertama yang berkesempatan bertemu dan berBai’ah dengan Tuan Guru Mohd Nasir Osmani. Kemudian dari zenerasi kedua dan zenerasi ketiga. Penulis termasuk dalam zenerasi ketiga dan antara yang seniorlah juga dalam abjad Ini, kerana mahu 20 tahun sudah.
Majlis pada malam ini ditutup dengan makluman mengambil kertas dan sampul surat guna menulis segala hajat dan niat pada tahun baru hijriah ini. Tanpa lengah dan buang masa penulis menyambar satu dan beredar ke bilik penginapan untuk melakar segala hajat di hati ini, muda-mudahan makbul dan perkenan Allah swt segala hajat ini. Amin ya rabil Alamin.
Apa salahnya berniat dan berhajat ingin jadi kaya? Apakah salahnya berniat jadi Mualijul Islam? Apa salahnya Berniat dan berhajat bertemu jodoh dengan insan terpilih? Apa salah nyahkan semua itu dan jadilah kekasih Allah swt?
Senior penulis di madrasah Irsadiah Haji Ali sering mengungkapa falsafah urdu ni, dunia hie tora-tora akhirat hie bara-bara.
No comments:
Post a Comment