Monday, December 6, 2010

catatan awal dari sungai Petani Kedah

selamat tahun baru Hijrah 1432 (2010), bersama kita hijrah dan lebih memantapkan iman dan taat. moga dan mudah-mudahan segala niat dan hajat yang disurat pada sampul akan mendapat perkenan dari allah swt. amin ya rabil alamin

pertamanya penulis dengan ajk cawangan sabah digerakan hati untuk menghadiri Program yang di laksanakan oleh jawatankuasa pusat. selain dari merapatkan persahabatan yang telah dijalinkan melalui facebook maka dapat juga berama mesra dengan mereka yang belum mendakati kemudahan IT.

sebenarnya pada ijtimak ini,bukan penulis sahaja yang tercari-cari yang manakah satukah? webmaster Abjad Malaysia dan mungkin tidak Hadir?

apa pun, itu bukan tujuan utama Penulis untuk hadir, lebih kepada dapat bertanyakan beberapa persoalan yang tidak dapat Diselasaikan di peringkat individu cawangan. dapat juga bertanyakan apa-apa yang perlu untuk dilaksanakan pada ketika-ketika yang perlu.

Rasanya perbelanjaan yang besar ini berbolai juga dan merasakan amat begitu kerugian kiranya tidak menghadirkan diri. terlalu banyak buah tangan dan idea yang dirasakan boleh di bawa, mudah-mudahan semuanya tersimpan kukuh dan tidak tercicir di perjalanan kepulangan kerana masih jauh jarakanya masih berbagai perkara yang ditempuhi untuk sampai ke asalnya.

teruja pula penulis dengan cara sambuatan awal dan akir tahun hijriah abjad, siap dengan menulis niat dan hajat kedalam sampul surat, diposkan pula.......... sampul surat pula ini dikembalikan dan dibawa pulang ke tampat masing-masing. bila boleh buka? tak berani buka oooooooh

kelmarin baru tiba di rumah api ini. selapas selasainya program di sg. petani, menumpang kendaraan Vigao Ustaz Asri Badal Negri Pulau Pinang. Menurut cerita En. Safwan Ustaz Asri pada dulunya memang duduk pada staf tahap Master no 2 atau 3 di Perguruan Nassrul Haq(kalau penulis tidak silap ingat) diantara cerita menarik beliau ketika dulu ialah dapat melapaskan Jurus kearah adiknya, melepasi barisan benteng ibu dan ayahnya.

Selain Ustaz Asri ada juga saudara Abang Rahim Komado, abang zul makinik yang memiliki sejarahnya di pulau mutiara ini. tidak kurang juga rakan-rakan lain, yang penulis kurang ingat nama-nama mereka yang begitu bertungkus lumus untuk menurunkan pancak siku 12, Saudara Sukri, saudara Anas, saudara safwan yang akan sentiasa melayan kami.

Menurut cerita asalnya pancak siku 12 adalah hak cipta terpelihara warga Jati asli Penang. antara syartnya adalah tinggal serta atuk dan tok wan adalah tulin warga peneng pernah ketika Abjad Perak, Abjad Kedah dan yang lainya untuk mempelawa rakan guru latih mengajar ditampat mereka tidak pernah diperkanankan oleh mereka sehingga kini. oleh kerana barang kali penulis ada syarat-syaratnya merekalah yang beria-ria menegaskan akan penyebaran siku 12 ke Sabah.

penulis sendiri mulai melihat adanya keunikan pancak siku 12 ini dan insyahalllah berhajat untuk menyatukannya dengan tradisi sendiri, insyahallah dikhabarkan juga malam ini,akan hadir pewaris utama siku 12 ini di penginapan kami,insyahallah reziki dapatlah bai'ahnya nanti.

dalam duduk boring begini, segan pula menghubungi rakan-rakan lama peneng, nak sambung tidur tak boleh pula, tempat penginapan kami dimasuki air hujan, berat pula mata penulis, baik juga draf penulisan ini.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback