Tuesday, November 30, 2010

SEMPENA HIJRAH MARILAH KITA SAMA-SAMA HIJRAH

Salam Maal Hijrah.

Biarpun keperluan Hijrah hanya berlaku dan tertentu khusus pada zaman Rasulallah Saw dan Para Sahabat ra. Kita umat Muhammad Saw diakhir zaman ini selain berkesempatan dan beruntung kerana boleh menjadikanya sebagai renungan,ingatan dan pengajaran.

Hijrah pada makna asalnya telah selasai,cuma Kita masih ada berkeperluan untuk berhijrah kearah yang lebih baik dari sebelumnya. Atau dari kita terleka dan terlalai kita hijrah kepada lebih perhatin dan berhati-hati, demikian juga untuk yang seumpama denganya. Sepertinya sekurang-kurangnya tak pemurah dengan harta, maka pemurahlah dengan senyuman.

Penulis sebenarnya telah lebih awal diingatkan oleh Tuan Setiusaha untuk cuba berusaha dan meluangkan waktu bersamanya untuk ziarah berkunjung ke Darul Munawarrah Sintok hujung tahun 2010. Dan ada Tambah lagi wajib hadir pada program 3hb,4hb,5hb dan 6hb dec 2010 ini, diadakan kursus sempana Sambutan Hijratul Rasul. Bertampat DI AS-SALAM Sg Petani Kedah, dalam berteka-teki akhirnya, Ustaz din sms. Badal Wajib datang Menerima Watikah.

Keinginan dan niat untuk kearah itu memang ada, Insyahallah,mudah-mudahan kita semua dipermudahkan segala hajat, tanpa dengan uzur menguzurkan diri. Peluang pada cuti persekolahan ini ditumpukan pada keperluan yang terperlu dulu. Semuanya sebenarnya adalah penting dan perlu belaka. Cuma kita utamakan yang perlu diutamakan. Zahirnya keberangkatan ke As-salam adalah keperluan, sekurang-kurangnya perbelanjaaan itu berbaloi,hadir untuk mengharap dan Mohon keberkatan dari Tuan Guru dan Memohon keberkatan dari Seluruh Badal Di Malaysia. Amin. Amin. Amin ya Allah ya rahman ya rahim.

Untuk Artikel ini Penulis cuba untuk membicarakan dan menjawab pada hal asal adanya mereka-mereka yang terasa bila mana penulis sering memperkatakan mengenai Ajaran warisan bersangka diri mereka dari Aliran Mandur Sarif, pun benar kerana mereka mengaku keberadaan dan kepengakuan diri mereka sabagai Islam dari kerana hal mempelajari dan dari konon syarat menjadi murid bagi Mandur Sarif.

Penulis telah sedari dulu sedia maklum dengan risiko berlaku atas perlakuan ini, tapi Manalah kan tahu sarang tabuan tu masih ada isi kalau tidak di julokan, manakan tahu lautan itu dalam atau tidak kalau bukan pakai kail sejengkal,manakan tahu itu racun,kalau belum ada yang mati oleh kerananya… eee la la… melebih-lebih lah pula.

Semua nya penulis rasai dan terima dengan berlapang dada, semakin mematangkan, semakin meneguhkan pendirian. Biarlah mereka sepakat membikot, berpakat mengirim kombo atau berpakat tak nak jodohkan dengan anak dara mereka, siapakah yang rugi? payah bergurau dengan orang tua ini,Usik sikit pun tak boleh kah? Karang aku hilang sabar siap kamu orang tau... menjelma aku jadi rasaksa.

Budi bahasa budaya kita,.orang berbudi kita berbahasa ,orang memberi kita merasa,orang sakiti hati kita, jangan pula kita tambah dengan menyakiti badan sendiri,bawa-bawalah bertakafur kalau Dah tak sudi tak sudilah tu. Allah swt tetap sudi dengan sesiapa pun dan yakinlah bahawa setiap kita adanya bahagian masing-masing, tunggulah dengan sabarlah amin ya rabil a'lamin.

Dikata orang, seorang yang sering menyebut nama seseorang itu adalah pertanda ia menyukai orang tersebut, tapi kalau penulis sering menyebut nama Siti Nurhalijah tak lah pula ada Faedahnya kan? Orang tambah jeles adalah,. perasan saja bah,
Adakah kerana penulis sering mengusik ajaran Mandur Sarif ini pertanda adanya perasaan cemburu buta dan iri hati ? wiiiiiiiii……. wiiiiiiiiii …..it, lawaaaaaaaa…nya sumandak.

Penulis rasanya tidak kaisah pun, sama adakah sangat powernya atau kerana kebargantungan keperluan sehingga bila-bila pada Ajaran Mandur Sarif ini ceritanya.bukan pasal aku pakai Iswara, kau pakai Kancil, diorang pakai lori, sana Kapal Terbang ,situ Kerita Api.

Bagi penulis dalam usik-mengusik dan memperkatakan mengenai Mandur Sarif ini, penulis menyimpan adab sampadan dan memang berhati-hati melalui perkara dibawah biarpun kadang kala terleka oleh adanya tipu daya kelemahan diri.
1. Diri Mandur Sarif sendiri
2. Ajaran Mandur Sarif
3. Isi ajaran Mandur Sarif
4. Pewaris asal (pertama) Ajaran Mandur Sarif
5. Kini Pewaris Genarasi dari pewaris asal

Penulis terkesan oleh pengunaan ayat seperti yang digunakan dibawah ini
1. Kalau bukan kerana Mandur Sarif maka belum tentu Islam ada di Ranau
2. Mandur Sarip Berjaya mengislamkan ramai penduduk masyarakat Dusun di Ranau

(.pada hal pada penulis tolong Cuba nyatakan di kampong manakah di Ranau yang mana Mandur Sarif pernah datang menyampaikan Ajaranya dan ceritakan juga kaisah perjuanganya menyampaikan ajaranya di Ranau?)

Penulis pula lebih menyokong menggunakan atau Ayat yang patut di gunakan seperti oleh Kerana isi ajaran Mandur Sarif maka bertambah dan berkembanglah orang yang mengaku beragama Islam di Ranau. (ada orang kata juga keislaman itu kerana Kemayan atau Islam Sajin)


*. ASALNYA DARI PERSOALAN DI ATAS PENULIS KEMBANGKANNYA MENJADI,

1. ADAKAH BILA DILAHIRKAN DARI KELUARGA YANG KEDUA IBUBAPA BERAGAMA ISLAM MAKA ADAKAH ANAK-ANAKNYA SECARA ATOMITIK MENJADI MUSLIM (ISLAM) ?

2. ADAKAH DENGAN BERKATA DENGAN MENGAKU SAYA ORANG ISLAM MAKA JADILAH ORANG ITU BERAGAMA ISLAM?

3. ADAKAH DENGAN BERAMAL DENGAN AJARAN MANDUR SARIF KERANA SYARAT MESTI BERAGAMA ISLAM MAKA JADILAH IA BERAGAMA ISLAM?

Pada tulis kali ini penulis cuba mempersembahkan satu hidangan yang dirasakan menu yang teramat perlu diutamakan. Kita tidak semata-mata mahu berharap atau mengharap mudah-mudahan ada pertimbangan dari Allah Swt. Kerana dalam Akidah Islamiah kewajipan setiap individu memestikan Akidah pegenganya adalah benar dan terjamin kejernihanya.

Penulis sebenarnya menemui kesukaran mengolah bentuk gaya bahasa yang lebih mudah dari gaya bahasa teks Asalnya ini,Yang mana penulis kutip dan cuba terjemahkan dari tulisan Hayatu Al-Islam oleh Mohd Iwad Sandibbasti, Aj-Juhar Al-Kalaamiah oleh Syekh Tohir Al-Jazaairliy dan salin semula dari Usul At-Tauhid oleh Syekh Husin Nasir Bin Mohd. Taib Al-Mas’udi Al-Banjarie.

Satu waktu dulu penulis pernah kuliahkan Hayatul islam ini dalam bahasa tampatan di Pusat Dakwah Mesilau untuk Ketua-Ketua Kampung seluruh Ranau. untuk penulisan ini keadaan tidak mengizinkan penulis untuk mensyarahkan petikan yang di ambil dari hayatul islam, selain tidak keupayaan untuk menulis syarahnya.

Esok dah nak bersiap untuk ke kota kinabalu untuk menunggu penerbangan ke Kuala lumpur sambung Ke Peneng barulah menunggu atau naik bas ke Sg.Petanai. rasanya malas lagi nak simapan post ini lama-lama.

Bagi mereka yang ada asas thanawia islam mudalah memahaminya tampa syarahnya pun. Bagi mereka yang awami biarpun tahap kitab ini adalah awami mungkin masih ada kesukaranya. Ada minat rujuklah mereka yang berkelayakan. Adalah sangat berkat jika Ilmu ini di tuntut dan di cari, bukan ilmu pula mencari penuntut.

Perenggan pertama Kitab Usul Tauhid katanya,Bermula segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang menerang ia akan dunia ini dengan beberapa Rahsia Sifat Ketuhanannya dan menerang ia akan agamanya dengan sebab mendiri segala hambanya akan hak rububiahnya. Bermula Rahmat Allah dan salamnya atas penghulu yang dipilih akan dia daripada makhluknya iaitu penghulu yang diikut orang akan dia dengan pekerjaan agamanya dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya mereka itu ahli yang membenarkan titah penghulunya dan menyempurnakan mereka itu akan dia.

# Apa sepatutnya suatu yang afdal terawal yang diwajibkan oleh syarak?
Awal afdalnya wajib diketahui ialah mengenal Ma’rifatu Allah yang menjadikan bagi seluruh makhluk ciptaanya.

# Ketahui oleh mu bahawasanya ilmu yang wajib dituntut iaitu ilmu syarak yang terbahagi kepada dua bahagian
1. ILMU USULUDDIN DAN ILMU TAUHID
• Ilmu tauhid pada bahasa iaitu mengatahui bahawa sesuatu itu esa
• Ilmu tauhid pada syarak iaitu ilmu yang membicarakan pada menyatakan mensabitkan akan beberapa akidah yang dibangsakan kepada pekerjaan agama
• Makna ilmu tauhid pada istilah ahli hakikat ialah mensucikan akan zat tuhan daripada barang ditasawur ertinya barang yang didapat akan dia pada segala Faham dan barang yang terlintas pada segala .waham
# adapun ilmu tasauf dan ilmu hakikat itu daripada jumlah (kumpulan) ilmu tauhid jua.

2. ILMU FEQAH DINAMA AKAN DIA ILMU FURU
• Ilmu feqah pada bahasa iaitu faham
• Ilmu feqah pada istilah iaitu zhon yang kuat dengan segala hukum syarak yang dibangsakan kepada pekerjaan amal perbuatan.

(Soal Jawab KItab Hayatul Islam)
APA ERTI AKIDAH ISLAMIAH ?
Akidah islamiah ialah beberapa perkara yang berpegang oleh ahli islam. Ertinya berpegang atau jazam mereka dengan yang tetap betulnya

APA MAKNA ISLAM ?
Islam iaitu dilafaz dengan perkataan dan dibenarkan dengan hati, semua perkara yang dibawa didatangkan melalui nabi muhammmad saw yang benar lagi betul

APA DIA AGAMA ?
Agama Ialah Barang Pekerjaan Yang Disyariatkan Difardukan Oleh Allah Swt Melalui Lisan Perantaraan Penyampainya Nabi-Nabi Iaitu Dari Hukum-Hakam

APA SURUHAN AGAMA DAN APA TANDA-TANDA ADANYA KEBERAGAMAAN ?
PERKERJAAN KEHENDAK KEBERAGAMAAN ADA EMPAT
1. Akidah Yang Benar (Sah)
2. Qasad Niat Hati Yang Benar Berpegang Jazam Dengan Pengatahuan Yang Betul
3. Menyempurnakan Segala Janji-Janji Suruhan
4.Menjauhkan Dan Meninggalkan Segala Larangan

APA DIA ISLAM ?
Islam Ialah Iaitu Membenarkan Dengan Perbuatan Zahir Bagi Barang Perkara Yang Datang Dari Allah Swt Di Atas Lisan Kekasihnya Muhammad Saw.

APA DIA SYARAT-SYARAT ISLAM ?
SYARAT ISLAM ADA ENAM.
1. Baliq
2. Berakal
3. Ikhtiar
4. Mengucapkan Dua Kalimah Syahada Dengan Kadar Keupayaan Yang Ada Pada Dirinya
5.Tertib
6. Berturut-Turut
(syarat sah Islam ini Jarang di perkatakan dan kemungkinan ada yang tidak tahu pun)

APA DIA KAEDAH ISLAM ?
KAEDAH ISLAM ADA LIMA
1. Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Bersaksi Bahawa Sesungguhnya Muhammad Rasulallah
2. Mendirikan Solat
3. Membayar Zakat
4. Berpuasa Fardu Di Bulan Ramadan
5. Melaksanakan Ibadat Haji Di Bulan Haji Jika Ada Kemampuan Kemudahan Bagi Mengerjakanya
(lima rukun islam ini adalah bergantung jua dengan enam syarat sah islam)

APA DIA IMAN?
Iman Ialah Membenarkan Sekalian Perkara Yang Didatangkan Allah Swt Melalui Perantaranya Nabi Saw.


APA DIA KAEDAH IMAN ?
Kaedah Iman Ada Enam
1. Percaya Dan Yakin Dengan Allah
2. Percaya Dan Yakin Adanya Malaikat
3. Percaya Dan Yakin Dengan Kitab-Kitab Yang Telah Diwahyukan Oleh Allah Swt Melalui Perantaraaan Para Rasul Dan Nabi
4.Percaya Dan Yakin Adanya Para Nabi Dan Yang Rasul Yang Bertugas Menyampaikan Yang Diwahyukan Oleh Allah Swt
5. Percaya Dan Yakin Pada Hari Pengakhiran Dunia Ini
6. Mempercayai Taqdir Baik Dan Taqdir Kejahatan

( Apa Syarat Sah iman?)

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback