Sabtu 06hb November 2010, Oleh karana perlu menghadiri hari keluarga Jabatan pagi ini, tak daptlah untuk qada segala kepenatan sepanjang seminggu. bersemangat untuk hadir awal dan balik pun awallah.. masalah dispilin? manja bah.
Lama jabatan tak buat Hari Keluarga.bertukar dua orang KPPK dan datang KPPK baru ini baharulah penulis merasa adanya hari keluarga ini.
Lebih kurang 7.10 pagi,penulis sampai tapak di lokasi, Padang Memajal Pancur Hitam (memejal ertinya Keras tidak diketahui keras pasal tanah pasirnya atau ada lagi jenis keras lain). Ketika Penulis turun dari kereta, penulis Nampak(ketua penolong pengarah kanan) KPPK pun baru keluar dari kenderaan Jabatan, Memandu sendiri rasanya.
Selapas menyapa para petugas nampaknya KPPK terus menuju ke gigi Pantai .Penulis Ingatkan beliau hendak terus berjogging, tidak rupanya. Macam ada sesuatu yang di sapanya disitu. Sebenarnya kawasan riadah pancur hitam ini mempunyai ceritanya sendiri, terutama pada anak-anak kecil. Keteguran kata orang sini, konon Pernah berlaku suatu malam ada perlawanan bolasepak, bola yang terkeluar dari padang menuju ke arah pantai, tiba-tiba bola tersebut meluru masuk kembali kedalam padang seperti ada yang menendangnya. Siapa menendangnya dari laut ?
Penulis pun setelah menolong memindahkan kem pasang siap,ada pula rakan-rakan mengusik kenapa datang seoarang? Penulis beransur beredar dan berleger-leger kegigi pantai, kemudian menuju ke pusat permainan , terasa banyak kali bulu roma berdiri. Tanda ada kehadiran…..
Nampak gayanya majlis lambat lagi bermula penulis pun memperlawa seorang rakan untuk pergi minum dulu. Nasib baik ada sudah gerai yang beroperasi awal. oder minuman nescappe saja.
Selasai minum penulis kembali semula ke tapak acara,KPPK sedang buat ucapan perasmian, bila acara senaman bermula semua diminta berkumpul ke tangah padang, adalah dua tiga orang cuba memerintah termasuk penolong pengarah pendakwaan syarie,penulis kembeli beredar untuk alasan hendak ketandas. Ada pula rakan yang mengikut, seraya bertanya, jack mana arah Tandas?
Menujulah kami sama-sama ke tandas. Sampai di tandas penulis pula mual nak muntah-muntah, kawan Tanya apa pasal muntah? Ok kah ? Sakit? Penulis pun jawab harum bah aji… diamlah kawan tersebut. barang kali jawapan penulis ini betul.
Bila penulis keluar dari tandas, kawan tersebut dah menunggu duduk di gerai bersebalahan gerai tempat penulis minum sebelumnya. Penulis pun oder jugalah balik minuman Nascapee O panas. Sambil-sambil minum sempat juga penulis perasan dan melirik ke arah tuan gerai yang sedang seakan-akan menyapa sesuatu, pada anggapan penulis, tuan gerai sedang buat upacara membuka kuncian barangan jualan ??. Oleh kerana tidak mahir dengan benda ini, penulis tidak dapat mengulas apa –apa. Kalau minat tanyalah orang yang mahir mengenainya.
Selasai kawan membayar harga makanan, penulis sekali lagi singgah ke tandas, kawan tersebut pula terus menuju ke tapak acara, bila penulis sampai ke tapak acara untuk menonton acara-acara yang tengah berlangsung, ibubapa sedang memembantu anaknya main guling buah kelapa.
banyak acara juga,Tidak banyak perkara untuk penulis dapat buat di tapak acara ini, sesuai sangatlah bagi yang dah berkeluarga namanya pun hari keluarga.
Setakat itu saja, penulis pun beredar membalikan diri ke rumah. Ada baiknya penulis menulis satu karangan ( Hang Tuah pada Versi Abjad Sabah) daripada duduk-duduk tidak selesa di acara ini. Lagi pun petang ini jam 6.00 petang acara ini bersambung di masjid jamik an-nur .
Penat mengadap laptop penulis pun terus lena, payah pula nak bangun, nasib baik perut sangat meragam belum makan rupanya. Bungun dan cek ada apa-apa boleh di makan. Nasi malam masih ok.bantai saja. Lapas makan baru solat Asar. Sambung mengadap laptop.
Nak masuk waktu magrib dah, penulis bergesa-gesa bersiap untuk bergerak ke Masjid An-Nur. Pulau labuan ini oleh kerana bentuk jalan rayanya pecutan 110km/j tak mungkin terjadi . sesak betul jalan. Mencelah kekiri dan kanan untuk cepat, perlukan keberanian bukan kelajuan. Pemandu lain biasanya akan memberikan laluan.
Pada pengalaman penulis setangah masa kadang-kadang ada juga yang minat follow kenderaan penulis ini agak rapat, tercabar oleh bunyi exgosnya barangkali, akhirnya bila terbaca stiker cermin ia akan undur sendiri. Kalau masih tak ambil peduli juga, biasanya pemandu itu cina atau india dan non muslim
Pernah dulu sekali penulis memotong kancil 660 di jalan lintas petagas –inanam, membalas juga kancil ini memotong, yang sakit hati betul siap dengan isyarat tangan lucah… nasib kancil tu masuk trapik light menuju penampang. Peduliku hari ini bulan puasa. Ingin juga umumkan no plat pendaftaran kancil itu di Facebook cari sampai ke lubang cacing pun.ewaaaaaaaaaaaaaa Ganazzzzzz lah konon. Allahmdulillah penulis mudah dilupakan.Tidak kira siapa pun kita, spesis ultramen kah? ultrawomen kah? supermen kah? superwomen kah? apa pun jenis kenderaan 4.0kah? 2.5kah 1.5kah 660kah?,kita sama-sama adalah pemilik dan pengguna jalan Raya yang sah.
Selapas solat isyak KPPK mengambil tempat untuk memberi ceramah , penulis lupa pula tajuk asal ceramah slot ini. KPPK menghidangkan pula dengan tajuk Siapa mereka ulul albab? KPPK menggunakan loghat utara dan dapat menyelitkan beberapa perkataan bunyi sebutan loghat sabahan, Rupanya KPPK ini pernah bertugas di pusat dakwah keningau sabah. Terubat rindu penulis mendengar loghat utara. sekarang penulis tidak mampu lagi berbicara dengan baik menggunakan loghat utara.
KPPK berharap acara ini akan berterusan dan kalau boleh akan di buat di luar pulau labuan. penulis pun berharap demikian, kerana insyahallah pada yang demikian itu kelak penulis akan hadir bersama keluarga. Amin
No comments:
Post a Comment