Sunday, November 28, 2010

Entah apa pula tajuk Cerita Ni.......

AHAD 28hb November 2010, sedar tak sedar cuti sekolah sudah lebih seminggu berlalu, ramai sudah kawan bertanyakan dah adakah draf artikel baru? Memang ada Cuma kadang-kadang tak jadi dan tak tersiap untuk dipost.

Cuti dan tinggal di kampong susah sikit nak mengadap laptop, anak-anak buah yang kecil-kecil rajin sangat membantu, tak jadi nak buat catatan. Internit tidak ada susah pula nak mencari bahan. Malam-malam pula penulis suka melepak dengan kawan-kawan lama. Mesyuarat yang tak pernah ada kata putus. Tunda dan sambung lagi. Tunda dan sambung sehingga ada Cerita yang dah berulang-ulang dibawa masih laku dan seronok untuk dikupas.

Beberapa malam yang sudah, Encik Amri Jumil terungkit balik cerita pengalaman kami beberapa tahun sudah, semasa ustaz johari Abdullah (JHEINS Ranau ketika itu) mempelawa mengikut rombongan guru-guru kelas KAFA dan tinggal lah kami bersama-sama serumah dengan kumpulan guru KELAS KAFA di Kg. melinsau Ranau. bertempat di rumah Mubalig, kenapa tak tidur di surau saja?

Encik Amri kata baru-baru ini semasa menuju ke Kg. Kaingaran untuk majlis perkhawinan Sepupunya Cikgu Sopian, En Amri ada melihat Rumah Mubalig tersebut masih Asal seperti dahulu, walaupun kawasan sekitarnya dan kawasan surau (Mungkin dah Naik Taraf Mesjid) Nampak bersih dapat dilihat dari arah jalan raya.

Pada masa itu Walaupun sebenarnya seakan En Amri ini kelihatan kosong belaka,bertugas sebagai tukang masak dan menghidang makanan untuk rombongan kami, sekalung pujian kepada beliau kerana dapat bertahan bersama-sama dengan kami selama tiga hari dua malam biarpun berada dalam beranika macam bentuk ganguan, dari benda yang tidak kunjung kelihatan, entah apa rasa baginya berhadapan dengan ganguan ini dan apa sebabnya dia boleh bertahan dari gangguan bermacam-macam ragam tersebut. Walaupun Akhirnya untuk sesi kemudian En. Amri tak berkesanggupan untuk ikut serta lagi.

Tidak seperti Penyelia KAFA Daerah Ranau( ketika itu) pada rombongan sesi kedua bila mana beliau mengalami ganguan dan sampai waktu solat subuh tidak dapat tidur akhirnya pada siangnya terus naik Bas untuk kembali ke Pekan Ranau.akibat tidak tahan menerima gangguan.

En. Amri masih mempunyai seorang Datuk (aki) yang mewarisi ajaran Mandur Sarif, datuknya ini antara dua orang yang masih di syorkan ketika satu masa dahulu oleh Arwah Bapa Tua Samad (Tapa Kaipur Sook). En Amri ini sebenarnya telah dipelawa oleh datuknya untuk menjadi pewaris amalanya. Penulis tidaklah pasti sama ada En. Amri ini menolak menjadi Pewaris Ajaran Mandur Sarip dari datuknya kerana menerima nasihat dari penulis atau pertimbangan diri dan nasihat orang lain.

Datuknya tidak tertunggu lama-lama, lagi pun semua anak –anak, saudara-saudara dan cucu cicit tidak ada seorang pun yang sanggup atau teringin untuk mewarisi ajaran tersebut. Jadi ada seorang bergelar Haji yang telah berumur lanjut bersetujuh untuk menjadi dan menerima waris bagai ajaran tersebut.

Sebenarnya pada sesi pertama kedatangan program KELAS KAFA bergerak ini, penulis lambat terkesan segala gangguan-ganguan tersebut. Maklumlah bukan pengkhususan untuk demikian, penulis secara kenyataan baru mengatahui bila semasa penulis balik dari surau selapas menunaikan solat asar,( rakan-rakan lain meneruskan sesi KELAS KAFA ) penulis kehairanan mengapa Encik Amri ini boleh mengunci pintu? Padahal jarak antara surau dan rumah mubalig ini hanya 40 kaki dari surau,apakah susahnya senang ja dengar suara kalau teriak?

Lalu penulis bertanya kepada Encik Amri ada hal kenapa? Jawabnya macam ada lain sikit, allahu akbar Rupanya benda ini mulakan operasinya pada Waktu Asar, konon diketuknya pintu, macam bunyi orang naik kerumah dan bunyi batuk berdehem, bila dijenguk tidak ada apa-apa pula di luar?

Kesian Encik Amri, penulis bersangka dan merasa mungkin ada orang dalam kg. melinsau ini ingin berkenalan, jadi tak bolelah main kasar, kalau dapat, setakat bertahan saja, Cuma kalau ada peluang dapat tangkap, tangkap jugalah. Boleh tangkapkah????

Bila waktu Magrib tiba, penulis pun cuba beredar kembali kearah surau tersebut dan ketika berada betul-betul di pertangahan rumah mubalig dan surau, tiba-tiba seluruh bulu roma penulis meromang dan seakan terasa seluruh rambut kepala pun bagaikan ikut berdiri terpacak… Allah Allah apa nak jadi ni, oleh kerana tangan penulis memegang Lampu Minyak Pom ( lampong angin kata orang kami) penulis cuba bertahan,agar penulis tidak terbuka langkahan, malu nanti dilihat jamaah kalau tiba-tiba lampu pam ditangan boleh terbang melambung ke udara, jangan kasi malu saya tau. Penulis bukan pasang langahan seribu tu tahu…. Adalah yang penulis cuba-cuba berlakon mahu buat sesuatu,,, beberapa minit kemudian baharulah keadaan terkawal dan penulis pun sudah dengan mudah melangkah untuk menuju ke surau.

Selasai Solat Magrib tak sangka pula penulis ditugaskan untuk meberikan sedikit tajkirah, alamak kenapa tak cakap awal-awal boleh buat sedikit ulangkaji persediaan.. alasankan? , adab bah… kan? lagi pun macam penulis sahaja yang popular ada ketika saat itu,sambil berdalih-dalih penulis membuka majlis untuk sesi dialog sahaja utamanya pertanyaan berdasarkan hukum-hakam, jika diingat-ingat pun penulis sudah tajuk tajkira pada malam itu penulis apa sebenarnya yang di perkatakan ketika itu. Takanlah pula penulis mengkaisahkan apa yang pengalaman baharu dilalui oleh penulis di luar pagar surau.

Dan pada ketika penulis berbuat tajkirah di dalam Surau, lain hal pula yang berlaku di rumah Mubalig tersebut, Encik Amri dan Ustaz Jasirin sedang dalam dilema menghadapi ganguan demi ganguan. Duduk di dalam tak selesa, mahu duduk di luar lagilah tak selesa, Apa ustaz ini seorang do somethinglah? Takan lah tak ada asas apa-apa?

Kampong Melinsau Ranau ini sebenarnya ada mubalig yang dihantar bertugas khusus, tapi baru saja Meninggal Dunia pada ketika kaisah ini berlaku, Mubalig tersebut dihantar ketika musim pemerintahan Parti Berjaya ,oleh Muis (Jheins). Maafkan penulis kerana tidak ingat nama Mubalig tersebut,, penduduk tempatan memanggilnya Ustaz Timur kerana sememangnya beliau berbangsa Timur,dan telah berkhawin dengan penduduk tempatan,diantara sebab musabab kematiannya kononya kerana asyiki-asyik berulang-ulang menghadapi santau dan kiriman ilmu hitam. Nauzubillah

Satu kaisah yang dituturkan oleh masyarakat tempatan mengenai kelebihan dan kenangan istemewa dari Ustaz Timur ini ialah pada satu masa dahulu pada satu tempat dikawasan perkampungan tersebuat adanya sebuah Batu Besar ( Pampang kata orang sabah) bila ada sahaja orang kampong melinsau melintas kawasan tersebut maka ada kemungkinan akan mengalami ganguan dan jadilah kurang sihat sehingga agak lama dan ada yang meninggal dunia , jadi penduduk kampong sudah bersetujuh untuk akan melakukan upacara perdamaian dengan penunggu pampang tersebut. Mendangar sahaja perkhabaran ini ustaz timur tersebut pun mengambil tindakan untuk menghentikan niat masyarakat kampong tersebut, di khabarkan dengan hanya dengan satu sepakan sahaja dari Ustaz Timur tersebut maka pecalah batu besar (pampang) tersebut. Maka tidak ada lagi ganguan ketika melalui dan melintas kawasan tersebut.

Selain PAMPANG masyarakat kami masih mempunyai kepercayaan adanya makhluk menghuni bagi Pohon Besar (NUNUK), TULLUNG (lubang dalam tanah tempat persepan aliran air yang akan muncul pada tampat dan kawasan yang lain kadang-kadang berbatu-batu jauhnya),mata air/ paya ( BUYUT ) dan masyarakat kami telah biasa mengadakan perdamaian dengan penghuni tersebut dengan akan melakukan satu upacara yang mengikut kehendak Penunggu tempat tersebut, pada masa dahulu penunggu itu mahukan Babi, oleh kerana pendudukanya dah ada yang mengaku Islam Maka penunggu tersebut akun untuk menerima Ayam Putih, Kambing dan ada kalanya Binatang lebih Besar seperti lembu, oleh kerana perkara demikian adalah kononnya angkatan sebesar Lembu. Pandai up pula? Nasib tak minta Gajah atau unta. Siap lah mana nak dapat?

Di lokasi rumah lama keluarga Penulis di Kg. Lohan Satu Ranau. berdekatan atau dalam kawasan rumah tersebut semua perkara diatas adalah ada, PAMPANG, TULLUNG, BUYUT dan TUNGGUL KAYU BESAR, kononya semasa kecil ada ketikanya dan banyak kali penulis suka melepak diatas BATU BESAR di sebalah rumah sehinggalah menjelang Waktu Magrib kalau tidak di ambil oleh Orang Tua, kemungkinan penulis akan terus menatap di atas BATU BESAR tersebut.

Malangnya sudah tidak ada dalam memori ingatan penulis untuk dikongsiakan akan benda apakah yang menarik minat penulis melepak di atas batu tersebut, rasa-rasa dalam remang-remang kota raya ini,kemungkin ada kawan sebaya mebawa bercerita? Penulis banyak kali sakit-sakit dan bila dirujuk kepada pengamal Ajaran Mandur Sarip,kononya sakit demam penulis itu dikeranakan oleh kejiran tersebut,hebet juga diorang ini boleh bersua berunding dengan Makhluk tersebut, penulis tidak ingat sudah apa semua benda pensyaratan yang telah di minta oleh penghuni kejiraanan tersebut. Ada-ada sahaja alasanya nak dapatkan makanan free. Pernah kah merujuk bab ini pada Akidah Islamiah? kalau nak.... boleh juga penulis cuba-cuba temberang.

Oleh kerana tidak berkemahiran mengulas bab kejiranan Makhluk tersebut maka penulis tidak dapat memastikan benar adanya atau besarnya kerajaan makhluk penghuni tempat tersebut. Kerana menurut cerita dari mereka-mereka pengamal-pengamal Aliran, yang pernah datang dan melihat Kg. Lohan Satu Ranau rata-rata menyatakan kawasan itu adalah antara bendaraya basar bagi makhluk itu di Sabah dan barang kali ada aliran trafik bagai negri makhluk tersebut yang dapat boleh berhubung dengan kotaraya lain di Asia.

Asasnya kita Manusia adalah khalifah terakhir muka bumi, kenapa pula perlu kita yang menerima adat peraturan Makhluk lain. Kenapa bukan mereka yang menerima peraturan kita ? Tak berani ? tidak Tahu? Bolehkah?

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback