Tuesday, November 9, 2010

Benarkah ? betulkah ? Hang Tuah dan Hikayatnya adalah metos Legenda semata-mata ?

Semasa melayari internit untuk mencari cerita yang boleh menafsir (dari perkataan dusun )untuk AKI NABALU, penulis nampak banyak sangat tajuk mengenai Hikayat Hang Tuah, memang penulis telah bertahun-tahun tidak membaca Hikayat Hang Tuah ini,muncul pula keinginan penulis untuk cuba-cuba membuka dan membaca balik tajuk Hikayat Hang Tuah ini, terlebih-lebih lagi pada yang di forumkan, penulis mendapati terlalu banyak versi pemahaman dan penyampain dalam Mitos Hikayat Hang Tuah ini. Tulisan penulis yang merapu pun, tiadalah yang ada semarapu-merapu begitu dan ada juga mungkin secara sengaja atau tidak sengaja mereka telah mempersenada Watak Hang Tuah Itu sendiri.

Demikianlah juga rasa penulis ketika melihat berleger-legarnya dalam Facebook cerita Hang Tuah tak lulus Bahasa melayu SPM. jelasnya orang yang dipinjamkan suara itu pun dah arwah, nama watak yang di gunakan pun ada tempatnya sendiri di hati rakyat Malaysia.kita berhati-hatilah, Maafkanlah penulis, Memang ada rakan yang tag penulis dalam klip tersebut. sememangnya tajuknya pun penulis dah tak minat, oleh kerana untuk mencari bahan ini, akhirnya penulis terpedaya tertontonnya juga dalam artikel bahan youtube.

Penulis Copy paste artikel ini untuk kita kongsi bersama penulisnya bukan melayu
www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t66053-100.html - Cached
dr internet..
Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu
Kenny Chee
Pertama, terima kasih kepada Sdr Shahabudeen kerana menulis pandangannya Hang Tuah Berbangsa Cina.

Memang banyak diperkatakan tentang Hang Tuah berketurunan Cina, terutama setelah Wawasan 2020 diumumkan oleh seorang perdana menteri yang mengubah paradigmanya, dari pendukung ketuanan Melayu kepada pendukung meritokrasi, serta pendukung teori bahawa orang Melayu, berasal dari imigran Indonesia.

Walaupun Hang adalah satu nama keluarga Cina, Hang juga adalah satu gelaran kepada orang Melayu zaman dahulu, seperti Tuan, Wak dan Wan. Dalam loghat orang Melayu Kedah, Hang adalah satu panggilan yang sudah lama dipakai, dan perdana menteri kita juga menggunakannya bila berinteraksi dengan rakyat Kedah yang sering bergaul dengannya.

Dalam sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli, nenek-moyang kepada orang Melayu Deutero (Melayu "Melayu") seperti Sdr. Mahathir, Sdr. Anwar Ibrahim dan Sdr. Abdullah Ahmad Badawi yang kita hormati.

Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.

Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.

Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Begitu juga sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka adalah anak-anak saudara Hang Mahmud.

Orang Bugis adalah golongan Melayu Asli Borneo (nama betul pulau itu adalah Brunei sempena suku kaum Brunei yang paling berkuasa dan mendirikan negara mereka sendiri). Mereka dan juga orang Melayu Asli lain yang menghuni seluruh kepulauan Melayu asalnya tinggal di pulau Brunei. Orang Melayu Asli pulau Brunei pula, berhijrah dari tanah besar Asia Tenggara, tempat asal bangsa Melayu.

Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.

Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan

Mengenai Hang Jebat, dia tidak menderhaka kepada raja dalam erti kata yang sebenar. Hang Jebat memberontak kerana Sultan Mansur Shah menghukum bunuh Hang Tuah, yang difitnah oleh ejen Siam, musuh tradisi Melayu Melaka. Bapa saudara Sultan Mansur, Bendahara (Ketua Menteri) Tun Perak, yang menjadi orang kuat Melaka yang sebenar, tahu bahawa Hang Tuah tidak berzina dengan isteri raja. Dia menyembunyikan Hang Tuah di Kelang. Tun Perak telah menasihati Sultan Mansur Shah berangkat bersama keluarganya dan pembesar lain ke Kelang semasa Hang Jebat menguasai Melaka. Di sana, Tun Perak telah membawa Hang Tuah mengadap sultan, dan sultan telah mengampunkan Hang Tuah.

Pengunduran sultan Melaka ke ibu negeri keduanya, Kelang, adalah satu taktik strategik yang dirancang oleh Tun Perak yang bijak. Tun Perak adalah pakar perang secara pengunduran strategik, satu taktik yang berjaya menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Johor. Dari Kelang, Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur telah mengumpulkan tentera-tentera dari negeri-negeri naungan Melaka seperti Kedah, Kelantan, Siak, Minangkabau dan Mandahiling. Tentera ini telah mengalahkan Hang Jebat yang mentadbir Melaka sebagai "wakil raja". Hang Jebat telah ditangkap oleh Sultan Melaka dan dihukum bunuh. Tetapi Sultan Melaka telah membenarkan Hang Jebat, yang pernah berjasa kepadanya, memilih cara hukuman.

Hang Jebat telah meminta supaya orang yang paling kuat dan berani di empayar Melaka bertikam keris dengannya. Akibatnya, Hang Tuah, yang disangka mati, telah dihantar oleh sultan untuk bertarung dengan Hang Jebat.

Kita tidak akan tahu sama ada Hang Tuah benar-benar membunuh Hang Jebat. Atau adakah Hang Tuah membunuh seorang penjahat dan mengatakan kepada Sultan dan Bendahara bahawa Jebat telah mati. Disebabkan Hang Tuah adalah sahabat baik Tun Perak, dan Tun Perak adalah orang yang paling kuat di Melaka, Hang Tuah mungkin telah melepaskan Hang Jebat dan membunuh seorang penjahat.

Penulis sendiri mengalami beberapa proses pemahaman dan penerimaan metos Cerita Hikayat Legenda Hang Tuah ini. Masa kanak beranggapan sebagai hero, masa remaja masih sebagai hero dan masa mendewasa Hang jabat adalah hero, pada kedewasaan ini, penulis olah pada tulisan ini adalah perolehan terkini.

Pada hema penulis hikayat Hang Tuah ini adalah milik kita bersama, menolaknya boleh , menyokongnya pun boleh. Namun bagi penulis Untuk menafikan bahawa watak Hang Tuah ini adalah metos semata-mata adalah kurang bijak. Manakala untuk mempertikai bentuk penghikayatan dan pengolahan watak Hang Tuah tersebut terpulanglah pada penerimaan pembaca itu sendiri untuk menilainya. Tepuk dada..

Pandanglah pada diri, Apakakah pada diri ada kelayakan untuk menafi dan Mendakwa watak Hang Tuah dan hikayatnya adalah Metos semata-mata? Cabarlah diri untuk cipta satu watak morden dan hikayatkanlah watak superhero itu sehingga mengatasi atau sekurang-kurangnya memberi saingan kepada hikayat Hang Tuah dan TUN SRI LANANG sendiri. ataupun kalahkanlah dulu watak superkatun keluang men

Penulis lebih merasakan Hikayat Hang Tuah dari versi Salalatus Salatin menghampiri ketepatan kerana di olah oleh pengarangnya dari cerita rakyat menapati masa, keadan dan situasi yang hampir pada Zamanya.

Manakala untuk penulisan penulis seterusnya,masih di dasar dari versi SULALATUS SALATIN Cuma telah diulas dan di tambah dengan penulis mengolah mengikut kajian dan cerita lisan rakyat yang diwarisi dari mulut ke mulut.

Demikin juga nasibnya Legenda Hikayat Hang Tuah ini mengalami pengolahan untuk di sesuaikan boleh di ajar sebagai satu tajuk dalam subjek mata pelajaran sejarah pada tahap SEKOLAH RENDAH atau SEKAOLAH MENANGAH ATAS.

Ada juga Versi penghikayatan hikayat Hang Tuah berdasarkan ( rahsia )ambilan milik keluarga dan cerita lisan dari mereka –mereka yang mengaku adalah dari keturunan Anak cucu pewaris Hang Tuah sendiri.
24 Mac 2006 ... “Saya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua. “Kubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur ...
www.pgx.com.my/cucu-hang-tuah/ - Cached - Similar

Penulis sendiri mewarisi satu bentuk pengkaisahan cerita Hang Tuah ini dari Cikgu Saidin Tasik (Tok Ayah Tasik),dan Masih kuat dalam ingatan penulis Arwah Cikgu Aziz Tasik pernah Berkata “Hang Tuah Itu Wali Allah dan Kebiasaanya akan turun melawat Air Terjun Tasik Junjung (seberang prai selatan) pusat riadah. Beruntunglah mereka yang dapat berjumpa denganya di sana.”( Ketika ziarah di Sg.Bakap sekitar jun 2009 penulis sudah tidak mengenali arah jalan menuju ke Tasik junjung)

Dalam ingatan Penulis, kaisah ini didengar (pengkaisahan) ini Tok Ayah Tasik rasanya berlaku sekitar tahun 1992, Penulis antara orang bodah di dunia ini dan biasanya akan adanya persoalan bodoh datang dari penulis. Malangnya Pada hari itu dan pada masa penceritaan ini dilafazkan, penulis jadi pandai dan macam memahami penceritaan Tok Ayah Tasik ini. penulis jadi lidah kelu, fikiran tak mampu merawang mencapai apa-apa. Yang pasti, apa yang penulis buat akhirnya, rajin sangat berkunjung ke Pusat Riadah Air Terjun Tasik Junjung.

Pusat riadah ini tidak jauh dari rumah Tok Ayah Tasik dan sebenarnya penulis perlu mengikut dan melalui jalan yang berhadapan dengan rumah Tok Ayah Tasik ketika menuju kepusat riadah ini.

Berkemungkinan dan Tidaklah Mustahil Hang Tuah yang kita perkataan dan kita bicarakan adalah Hang Tuah yang ada pada berlainan zaman, keadan dan situasi. Masihkah ada Hang Tuah di tahun 1992? Macam mana pula di tahun 2010 ini?

Bagi mereka yang mengakui adanya Hang Tuah bersama Empat Sahabtnya Bertaraf HANG, dan LIMA HANG ini adalah berbangsa MELAYU belaka maka adalah juga mendatangkan Hujjahnya, dan ada pula mencadangkan lima HANG ini berbangsa CINA berdasarkan Nama dan pengikut HANG LI PO lah pula sebagai ambilan hujahnya.

Penulis pula terfikir , tentu HANG LEE FOO ini Lelaki. HANG untuk lelaki manakala DANG untuk perempuan, tak peliklah ? ada Gelaran HANG pada perempuan. Mungkin perempuan ini menyerupai lelaki ? atau berkeras juga mahu kata juga HANG Li PO itu perempuan ???, ingat senangkah lepaskan anak dara pi jauh-jauh ? Anak dara kalau main paksa-paksa boleh jadi bunuh diri. Ini pula belum tentu kacak tu lelaki, sudalah berkemungkinan berambut putih salju. Dah lah, plesss…. plessss Aku tak suka dia,,,,,,, aku tak cintakan dia…… Alamat makan hati berulam Jantunglah ia……. Peduli apa!!! asal ada harta ??? titah Maharaja??? Demi tanah air tercinta????

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah - Cached - Similar

Penulis mula mencari-cari juga erti nama HANG BERLIMA itu, Pencarian penulis pada erti nama LIMA HANG ini di google translate hanya ada terjemahannya di bahasa URDU sahaja yang menarik perhatian penulis, berikut kita kongsikan bersama penemuan ini TUAH bererti Bawah, JABAT bererti disita, LEKIU bererti leku (lkyu tak cukup huruf lah pula), LEKIR bererti mula (LEKI bererti beruntung), KASTURI bererti JABAT. ( sila ambil perhatian dan tanyalah tuan guru sama ada HANG BERLIMA ini ada yang beramal dengan JABAT 14 atau semuanya beramal denganya?)

Penulis pun rasa-rasalah juga patutlah ada pengkaisahan juga yang HANG KASTURI lah yang dituduh menderhaka kepada sultan dan boleh jadi juga Watak HANG KASTURI ini adalah watak kedua bagi salah satu diantara EMPAT HANG-HANG tersebut. HANG BEREMPAT sajalah ? ada juga yang mendakwa HANG ini TUJUH orang ,dua lagi mana? Kenapa begitu?

Walaupun nama LIMA HANG ini boleh diterjemahkan dalam BAHASA URDU. Penulis tidaklah mendakwa atau ingin menyatakan watak LIMA HANG ini adalah Bangsa Keling, Pakistan atau Bangsa India. semata-mata Kerana nama mereka mempunyai erti dalam BAHASA URDU,adalah dengan ini Penulis lebih cenderong dan suka menarik perhatian mencadangkan dan menyatakan HANG TUAH, HANG JABAT,HANG LEKIU,HANG LEKIR,HANG KASTURI. Ini adalah ANUGERAH PANGKAT SEBAGAI HULUBALANG BAGI SULTAN atas nasihat dan saranan dari Syekh Murabbi yang mendampingi SULTAN pada kurun tersebut.

Penulis berbesar hati mengolah perkara diatas ini bagi cerita nama Hang Tuah ini,dikeranakan baru-baru ini penulis menemui tulisan dalam bentuk kertas yang ditulis secara tulisan antaranya Oleh H FANSURI, Sistem Gelar di Melaka untuk direnung,dimenung dan ditenungkan bersama, katanya sebagai termaklum gelaran ‘ HANG’ itu adalah julukan bagi laksamana,hulubalang. Penulis boleh menerima idea ini kerana memang ada catatan juga bahawa bapa Hang Tuah iaitu Hang Mahmud pun pada suatu kita dulu adalah hulubalang diraja ( Pencen Kot?).

Ibu Hang Tuah pula bernama DANG Merdu Wati. Bapa Hang Tuah pernah menjadi hulubalang yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan DAYANG di Istana. DANG adalah gelaran bagi wanita cantik kelas atasan atau perempuan Kelas Bangsawan (DAYANG).

Penulis sebenarnya berusaha mencari erti yang sesuai dengan perkataan AKI NABALU. Setakat pencarian awal penulis lebih berat merasakan perkataan dusun( Aki) tidak diambil pengertian erti Moyang atau datuk nenek dalam bahasa melayu Malaysia. Melainkan sebagai Gelaran Hormat seperti Tuan atau Encik. Contohnya , Tuan Nabalu, Encik Nabalu, Aki Nabalu penulis lebih suka menafsirkan perkataaan AKI ini di ambil dari perkataan pendek untuk gelaran Kiyai yang biasanya di amalkan di Negara indonosia. Jadi asalnya AKI Nabalu ini adalah dari perkataan Kiyai Nabalu.

Akhirnya dalam pencarian-pencarian erti nama HANG BERLIMA ini, penulis ada mencuba juga terjemahkan erti kata Aki Nabalu dalam bahasa urdu makan jadilah terjemahanya AKI adalah perdagang(Perdagangan Nabalu) berkemungkinan aki-aki KADAZANDUSUNMURUT (AKI nabalu,AKI meragang, AKI Rungus, AKI atau mana lagi aki-aki)yang didakwa oleh masyarakat kadazanduzunmurut yang mendiami penempatan NUNUK RAGANG sebagai asal keturunan adalah para pedagang-pedagang Cina? India?Arab?Bugis? Jawa? Dayak?Banjar?

Pada penulis daripada keturunan apa pun Hang Tuah bagi penulis tak kaisah lah, (penduduk Melaka pun pada ketika itu rata-rata adalah perantau, pengembara, pedagang, pelaut, pelanun pun ada dan istilah kaum atau Bangsa Melayu mungkin belum dizohirkan) kerana pada diri HANG TUAH itu sendiri yang tak terbantah,tidak boleh sesiapa boleh pertikai dan tak siapa boleh nafikan adalah Hang Tuah itu Beragama ISLAM dan Berkhidmat dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Hang Tuah juga dikhabarkan telah melafazkan kata-kata yang penuh bersejerah, terpakai dan berguna sehingga kehari ini. “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Bagi penulis Kalau pun Hang Tuah Ini Bukan Melayu, Hang Tuah Telah menolong Berkata Bagi pihak Bangsa Melayu, dengan telah Menggambarkan betapa Kuatnya, betapa kukuhnya pendirian Pertahanan Bangsa Melayu sekira-kira berAgama Islam sehingga ke hari Qiamat.

ASAL USUL KETURUNAN MELAYU
(mengikut Buku PEMUDA TAUHID ms 18-23 Susunan Ustaz Haji Idris Bin Haji Mahmud Nasir Othmani)

Bahawa Asal usul kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong (MELAYU) adalah campuran dari Pelbagai Jenis Manusia Lelaki Dan Perempuan, yang berbagai-bagai kelompok Bangsa Manusia yang bersuku-puak supaya berkembang biak dalam tamadun masyarakat kehidupan manusia untuk mudah berkenalan antara satu dengan yang lain.
Kewujudan Bangsa Melayu bermula dari kelompok campuran yang berasal daripada pelbagai kelompok keturunan Bangsa Manusia terdahulu, mereka mendiami di wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di negeri kalaha (kedah Tua), terdiri daripada keturunan umpama Manggol, Arab ,Parsi, Cina India dan lain-lain.

Mengikut sejarah (Nama Melayu) peristiwa kelahiran(penamaan) ini berlaku pada tahun 531 hijrah (1136 Masihi) di Istana Bukit Meriam Kota Kuala Muda Kepada Raja(sultan) pertama di Alam Melayu. Meletakan kepercayaan dan jaminan dalam hidup dan kehidupan kepada pendirian Asas Ilmu dan Amalan yang berpegang teguh kepada Agama Islam melalui Talqin Syahada kepada seoarang guru Mursyid Wasilah teguh kepada Tali Murabbi di kurun akhir zaman.

Lalu nama baginda ditukarkan kepada Raja Muzaffar Shah, kemudian baginda bersama Gurunya menyampaikan seruan kepada Pembesar Istana dan Rakyat jelata supaya meninggalkan dengan JAZAM yang putus segala keparcayaan asal keturunan Nenek Moyang mereka itu serta mengikut jejak langkah seumpama Baginda, kemudian Mengislamkan secara Massal bagi mereka itu menanggung beban Agama Islam yang terkandung dalam Kalimah Taqwa menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan. Dengan yang demikin itu, maka terkumpul satu kelompok bangsa Keturunan Manusia Agong pada awalnya disebut sebagai Ahli Jawi Jadid.

Di atas kehendak Allah Yang Maha Esa telah mengurniakan petunjuk kepada hambanya Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi Guru Mursyid Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah lalu di ambil oleh Gurunya Kalimah Arab MILAYU diberinama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud “kelompok Bangsa Keturunan Manusia Agong “ sekiranya dibaca mengikut nisbah bahasa arab ialah.(tulisan Arab)

Dan perkataan MILAYU yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di bawah huruf mim atau baris di atas dan baris depan hurup ya. Kalimah melayu di mana mereka menyebut mengikut bacaan huruf rumi kepada bangsa keturunan ini sahaja, setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan sehingga Qiamat.

Maka kalimah MELAYU ini jika ditujukan kepada individu dipanggil ORANG MELAYU jika kepada kumpulan dipanggil BANGSA MELAYU jika kepada raja dipanggil RAJA MELAYU jika kepada Negara dipanggil PERSEKUTUAN TANAH MELAYU jika kepada semananjung dipanggil SEMENANJUNG TANAH MELAYU jika kepada gugusan dipanggil gugusan SELAT KEPULAUAN MELAYU dan jika kepada dunia dipanggil ALAM MELAYU sehingga terbentuk di dunia sebuah empayer ALAM MELAYU yang kuat dan kukuh berkuasa lebih daripada 422 tahun dan hingga kini berusia lebih 930 tahun.

Bangsa melayu menjadikan huruf Jawi Arab yang ditambah titik pada huruf-huruf tertentu dan kekalkan bahasanya sebagai bahasa utama bagi loghat mereka itu disebut Bahasa Melayu,adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah Jawi Qadim, maka dengan sebab itu kebanyakan orang-orang Hijaj dan Arab dahulu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang rasmi dalam pergaulan Dunia Antarabangsa.

WARGA MELAYU SABAH dinamakan juga WARGA MELAYU MALAYSIA,WARGA MELAYU

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback