Wednesday, November 3, 2010

cerita penulis dengan anak dara Jepun

Penulis dalam tercari-cari bahan untuk minggu pertama November, akhirinya penulis memilih judul ini . artikel ini penulis olah didasarkan dari peristiwa perlawan seorang kawan untuk membeli mesin basuh terpakainya ( saudara Azri , ada dalam senarai pengikut blog),

selain dari telah membelinya dalam harga murah penulis berkeingin berkongsikan cerita atas olahan dari tajuk ini . untuk artikel ini penulis tulis judulnya dahulu, baharulah penulis cuba mencari bahan-bahanya yang boleh di olah untuk renungan kita bersama.

Penulis sebenarnya langsung tidak pernah nak berfikir kearah pemilikan keperluan asas ini. Semua nya tak ada.TV tidak ada, Radio Tak ada, perabot hiasan seperti Kerusi meja lagi tak ada, lantai rumah sewa pun, tak cukup tikar getahnya, rasa diri sendiri, asal boleh duduk-duduk dan boleh baring jadilah, kira cukup sudah.manakala bagi mereka Orang-orang yang pirhatin akan teruja hati melihatnya dan terbukalah pintu hati untuk melebarkan kebajikannya. amin

Penulis asyik berfikir dan merasakan tidak adanya keperluan pada benda-benda ini. Lagi pun rasa-rasanya tak duduk lama di Labuan. Payah nak angkut kalau bawa balik kampong. Ini kalau cerita berlapik lah Kan? Kalau cerita yang terus terang dan tak malu, mengharap ada orang hadiahkan dan sedekahkan baru ada.

Bila ada orang kata nak datang ziarah dan apa lagi kalau dah depan rumah, mulalah dilema, penulis pun rasa rimas , nak halau, sungguhlah tak beradab. tak dipelawa, di kata sombong. Nak jemput terpaksalah silakan lah apa yang ada.

Saudara Hafiz ada juga bertanya pada penulis, ustaz bolehkah hujung-hujung minggu kami (kita) buat Qatam al-quran dan zikir zihar di rumah ustaz ? penulis sebenarnya lebih terpandang keadaan rumah dahulu, baharulah menjawab, keadaan persekitaran mungkin tidak menizinkan, orang kampong sini lebih pandai dari ustaz-ustaz . Yang berhormat pun boleh jadi bawah tapak kaki. Sekadar pembayang. Pernah sekali kononya seorang ustaz di suruh turun dari mimbar jumaat.. astgfirullah hal’azim

Penulis pun sebenarnya dah ada berbesar dihati untuk nak buat, sekali sebulan kah? Setahun sekali kah? Atau sekurang-kurangnya sebelum hijrah balik kampong ini adalah pernah buat sekali. Atau perlukah penulis mencuba bergerak menimba pengalaman sebagai seorang MUALIJ pula ?

Pembelian ini sebenarnya mengingatkan penulis kepada kata-kata Tuan Guru Ustaz Nan (baca kitab sirrusalikin dan sabilul mubtadin), Dulu masa penulis masih mengaji di Pondok Sungai Bakap Peneng. Penulis masih teringat akan kata-kata dan teringin pula mengikut logat Ustaz Nan,katanya “ la ni kita terpaksa mai import anak dara jepun untuk basuh pakaian kita kat rumah” sebenarnya ketika dan saat itu agak lambat juga pic up untuk memahami benda yang dimaksudkan oleh Ustaz Nan, benda apa pula anak dara jepun ini,

Dan Sekadar gurauan dari penulis, Oleh kerana penulis hanya dapat membeli yang telah terpakai maka namanya bukan lagi anak dara Jepun, tapi janda jepun.
Penulis juga biasa membawakan cerita ini dan kini ingin bawakan cerita tambahan di sini tenteng kecenderungan orang hari ini menadah air ri’ya’ dan air kamih untuk kegunaan makan dan minum sehari-hari. Orang di Labuan kata buang air kecil ini (berkamih) orang buang air besar pula (beri‘ya’).

Air kencing ? air besar ? kotorlah ustaz ?

Budak –budak marah dengan penulis, kalau di bangsakan air besar dan air kecil ini dari manusia dan binatang memanglah adalah kotor lagi najis. Tidakah air suling yang di hasilkan dan di keluarkan oleh mesin penapis itu juga di bernama air kencing? ( Mesin penapis yang di pasang merata-rata tempat)

dan Tidakah makanan yang di campurkan dan di kumpulkan dan di keluarkan dari bukan alat kemaluan mesin adalah juga bernama air besar mesin?(di pusat-pusat makanan segera contohnya ais krim cop.)

Cuma mesin-mesin ini tidak ada alat kemaluannya, kerana sememang-memangnya binatang ini tidak ada perasaan malu.Dan tidak pula mukallaf dan tidak ada hisab baik buruk amalanya masa di dunia.

Saudara Azri hantar mesin basuh ini pada waktu malam, paginya pula tak sabar-sabar penulis mahu mencuba memakai dan menggunakannya, agak-agak macam mana kejadianya aaaaa? Isi punya isi air, tak pandai-pandai ada berisi air. Mana perginya airnya? Maigik lah.. terpaksalah penulis baca jampi mentaranya dan tepuk pula pulas situ dan sini barulah ada fungsi binatang ini. Sebenarnya memang Sungguh memudahkan kerja, tapi sungguh membanzirkan air.

Bila dah pakai dan merasai kemudahnya adanya janda jepun ini, timbul pula di rasa di diri penulis bahawa ada tanggungjawab dan ada cita-cita keazaman untuk cuba menyediakan dan hadiakan untuk ibu bukan setakat ANAK DARA JEPUN ini. Adalah juga RABANA HABLANA MIN AJ WAAZINA WA QURRQTU A’AYUN WAJA’AL NAL LIL MUTAQINA IMAMA.. AMIN YA RABIL ALAMIN.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback