Bismilah
Allahu Akbar ALlahu Akbar Allahu Akbar
Pertolongan dan kemenangan itu datang dari ALLAH maka pujilah.
An-nasar surah 110: 1- 3
1. Apabila telah datang pertolongan Allah Swt. dan kemenangan
2. Dan kamu lihat manusia masuk Agama Allah Swt. dengan berbondong-bondong
3. Maka bertasbilah dengan memuji tuhanmu dan memohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya dia adalah maha penerima taubat
Pertolongan atau Anugerah Allah Swt telah dan akan datang dan zahir dalam berbagai-bagai macam bentuk, cara dan as-babnya, sama ada nyata atau terlindung,sama ada kita suka atau kita tidak suka , sama ada kita sedar atau kita tidak sedar. dalam bentuk yang kita diharapkan atau bukan dalam bentuk yang kita inginkan, Hatta ketika kita terlupa memohon pertolongan pun, Allah swt sentiasa tetap menghantar pertolongannya.
Pertolongan termasuk dalam Rahsia ALLAH swt. Pertolongan dan Anugerah Allah Swt , para ulama telah membahaskanya atas beberapa martabat, Irhas, Mukjijat, Karamah, Maunah.
Beruntunglah bagi mereka yang telah di benarkan menikmati limpahan kurnia mengenai kerahsiaan Allah swt. Semua golongan manusia tetap dikawal, dijaga, dipelihara oleh Malaikat mengikut darjah Iman dan taat di sisi Allah swt.
Telah datang bantuan kepada kita (ABJAD SABAH ) dari mereka-meraka yang berpengalaman luas untuk berkongsi menerbitkan dan menzohirkan pada rasa, mencurahan pengalaman,sudi membimbing menabur bakti atas makna lillaahi rabba wa Muhammadinir Rasulli, Islam agama kami, Abjad Asli amalan kami pada Jamaah Warga Melayu Malaysia berhimpun kami.
Rasa hati dari diri penulis sendiri, Semua Ahli Abjad Sabah sebenarnya adalah Aset utama,kita yang Allah swt temukan dalam abjad sabah dan yang telah allah swt,telah zohirkan kita dalam abjad sabah adalah dari berbagai bentuk warna kehidupan dalam beragama dan keberadaannya sekitar mampu kais pagi makan lusa, seadanya adanya kita,dan kita masih berusaha,kita teruskan usaha kita, penulis amat berbanga dengan anda semua, dari anda semuanya sebenarnya maka wujudnya keperluan adanya Badal bagi Negeri Sabah.
Allah swt. juga telah zahirkan kepada kita sebagai Warga Abjad Sabah Warga Melayu Sabah para-para pembantu ,para penyumbang yang bukan alang kepalang keluhuranya. utamanya dari Pimpinan Majlis Tertinggi Ahli Jawatankuasa Pusat Abjad Malaysia, Warga Melayu Malaysia, dan dari Cawangan Negeri-Negeri dan dari Individu perseorangan Negeri-negeri. Insyahallah muda-mudahan itu adalah syurga sebagai balasanya Amin ya rabil alamin.
Maka marilah kita khasnya Warga Melayu Sabah, Warga Abjad Sabah, kita sama-sama ra’ikan semua mereka ini dengan menimba segala rasa,menadah segala curahan pengalaman,sudi dibimbing demi memajukan diri, meningkatkan diri dan Mudah-mudahan juga Agar terjauh diri kita dari rasa syok sendiri.
Atas pandang diri penulis pada diri sendiri,atas kekurangan, atas kelemahan,sedayanya telah cuba untuk mempamerkan dan memberi apa yang ada untuk di kongsi bersama, itulah diri penulis. kerjasama dan bantuan dari anda semua selama ini, moga hendaknya Allah Swt. Membalas dengan Syurganya. Dan dengan penuh takzim persilakanlah untuk menambah, melangkah, memperdepankan diri, darul munawarrah menanti anda... Ayah Non Pasti merindui kehadiran kita...
Menepistasi penulis dari Gerak Alamat Hidup, Diam Alamat Hati.
Gerak yang di zohirkan mengalamtkan Abjad itu hidup dalam diri, bila mana gerak itu mati mengalamatkan Abjad itu tidak bergerak dalam diri, tidak salah kita gerakkan orang lain, usahalah untuk diri ada gerak ,,, Jangan tunggu Setiusaha, jangan tunggu Badal, jangan tunggu Ust Din, jangan tunggu Ayah Non,jangan tunggu Ayah Mat Su, jangan tunggu Tuan Guru Ust . Mat , baru ada gerak baru ada semangat, kita tidak mahu jadi seperti hulubalang semangat.
Dan Janganlah ada pada kita, rasa malu untuk bertanya, kerana malu bertanya sesat jalan. Apa di rasa sama-sama dikongsikan, orang berpengalaman kata rasa itu boleh menyesatkan perasanya. Orang berpengalaman boleh memisahkan pengalaman rasa yang berguna dengan pengalaman rasa yang sungguh patut di jauhkan.
Bai’ah bererti juga menjadi murid kepada guru yang Mursyid serta mengerjakan barang yang disuruh oleh gurunya, mursyid adalah pembimbing, beramal tanpa ada orang yang membimbing sangatlah berisiko, tidak pernah ada orang dapat meniti kejayaan tanpa kehadiran pembimbing di sisinya.
Anak-anak di bimbing dan di asuh oleh kedua ibubapa, berdasarkan yang mampu oleh keduanya.
Seorang pekerja baru tidak akan memahami kerjayanya tanpa, kehadiran dan bimbing kerja dari mereka yang telah berpengalaman melakukan kerja tersebut.
Seorang Guru baru biarpun terlatih tidak memahami tugasanya di sekolah tanpa sokongan dan bimbingan guru lama sebagai pembimbingnya.
Dato’ lee cong wee tetap memerlukan bimbingan jurulatih Dato’ Misbun sidik dalam kerjayanya,walaupun telah beberapa kali menjuarai kejohanan besar di dunia.
Para pemain bintang bolasepak bermain mengikut corak dan arahan ketua jurulatih, biarpun telah berhargga bernilai jutaan ringgit ataupun telah memenangi kejohanan dunia.
Demikian lagilah kita ini, dalam seperti perjalanan ini maka wajiblah merujuk guru, sebaik-baiknya (afdalnaya) setiap masa setiap ketika dapat merujuk( Maka rujuklah pada mereka yang lebih mahir),kita sebenarnya teramat memerlukan perkongsian rasa dari mereka yang telah berpengalaman dalam rasa di rasa, rahsia di rasa, rasa di rahsia.
Jangan kita leka dan jangan kita lalai. Apa lagi hingga ada rasa tak’sub dengan perkara sunat. Jangan kerana amalan sunat kita tertinggal amalan wajib. Syariat adalah di milik allah swt dan syariat allah swt ( Fardu Ain) wajib di tuntut.
Marilah kita Rujuk kepada mereka yang lebih mahir dan lebih alim ilmunya agar dapat membimbing kita ke jalan yang di redai allah swt. Kerana selain dari Iblis Laknatullah ,musuh utama kita juga adalah diri kita sendiri. Jangan kita terpedaya oleh kehendak hawa nafsu diri sendiri.
Dengan menuntut ilmu, kita dapat mengenali tipu daya Iblis laknatullah, dengan ilmu kita dapat mengenal tipu daya hawa nafsu diri. Ilmu itu penyuluh kehidupan.
Baca dan sentiasalah rujuk Pada buku pemuda tauhid , muka surat 53 pendirian Warga Melayu, muka surat 55 tertulis PENDIRIAN ILMU, muka surat 57 PENDIRIAN AGAMA ISLAM, Muka surat 62 PENDIRIAN ABJAD, muka surat 67 PENDIRIAN TARBIAH.
Diriwatkan daripada ibnu umar ra bahawasanya berkata ia bermula duduk bagi membicarakan ilmu fiqah itu terlebih baik daripada berbuat ibadat 60 tahun yakini segala ibadat yang sunat.
Dan diriwatkan daripada hasan al-basri ra.bermula abjad itu suara menyurat lahir dari qalam dan qalam (alat untuk menulis) mankala ulama itu adalah tasbih (bacaan atau amalan yang di bangsakan sebagai lambing kesucian allah) dan menyurat akan ilmu dan menilik kepadanya itu adalah ibadat dan apabila mengenai daripada demikin dakwatnya itu pada kainya nescaya seperti mengenai darah syuhada (orang yang mati syahid) dan apabila titik daripadanya di atas bumi nescaya cemerlang cahayanya( -pemuda tauhid ms71 )apabial bangkit ia daripada kuburnya nescaya menilik kepadanya oleh perhimpunan mahsyar (satu tempat perhimpunan manusia pada hari qiamat menunggu keputusan pengadilan di hadapan allah azzawajallah) maka berkata mereka itu, ini satu hamba daripada segala hamba allah yang dikumpulkan atau dihimpunkan dia serta anbiya’ alaihimus shalatu wassalam
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete