(Selamat Hari Ibu. Kumpulan cerita Tentang Mandur Sarif ) 24. 05 .2010, sebenarnya saya lewat mengesan dan lambat kemas kini komenter pada penulisan tersebut MAAFKAN saya. Rupanya dah ada komenter bertarik 17.09.2010 dri rudi dan satu lagi bertarikh 28.09.2010 Dr. ahli Fikir, saya terkesan melalui komenter di bicara sufi oleh Rudi bertarikh 25 hb September 2010. Akhirnya saya mengambil keputusan memanjangkanya dalam penulisan ini.
Hari ini isnin 04.10.2010, SRAI Pekan Labuan menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran JHEINS untuk kali terakhir. kerana akhirnya Cawangan Pelajaran Labuan Melaksanakan sukatan Pelajaran selaras dengan Jawi Wilayah Persekutuan dan Jawi Putra Jaya.
Cawangan Pelajaran Jawi Labuan akan melaksanakan UPSRA sebagai ujian penilaian murid tahun enamnya bermula tahun hadapan. Dan bermula Tahun hadapan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Melalui Baitul Mal akan Memulakan persekolahan kelas Tingkatan satu Aliran Agama, Agar pelajar berkelayakan dari Labuan tidak akan susah payah lagi menyambung pelajaran aliran Agama Ke Negri Sabah.
(SEBENARNYA..., Puan Nurimahwati dan Ewun adalah ADIK BERADIK anak kepada Allahyaraham Abdul Manan - Seorang Dusun yang tinggal di Kg. Boronuon Telipok) pembetulan dari saudara Rudi.Manakala Teks asalnya kalau saya tak lupa saya petik dari catatan Gambar Ramah Mesra Pengerusia Usia dengan Puan Nurimahwati oleh Abd. Naddin(wartawan).
Dan saya amat teruja dengan komenter dr Ahli Fikir 17.09.2010, saya sebenarnya amat berterima kasih atas peringatan dan percambahan ilmiah tersebut, saya bukan seorang yang terikat dengan sumber ilmiah dan jauh sekali mempunyai sifat Asabiah dan Taksub pada satu-satu kecenderungan,apa yang saya persembahkan adalah ilmiah, bukan semestinya itulah Iktikad saya,saya suka memanjangkan ilmiah orang lain disamping akan cuba berkongsi atas penemuan atau kekeliruan dan mempersoalkan soalan yang sering di persoalkan oleh orang lain atau utama dari saya sendiri.
Rasanya ketahap 90% penulisan saya dalam artikel tersebut berdasarkan kepada pembacaan bersumberkan dari Blog. Dan kebiasanya penulisan saya akan siap dalam sehari dan saya akan terus postkanya.Seperti pencarian saya artikel berkaitan dengan Mandur sharif (sarip) dalam blog adalah terhad barangkali,kiranya ada blog yang mempunyai maklumat lebih.sila perkenalkan pada saya, atau ada dalam bentuk buku rasanya saya tidak kebaratan untuk memilikinya.
Cuma, saya tidak berapa setuju sekiranya kita mengHUKUM para pengamal amalan yang dibawa oleh Mandur Sarif. Sebab, ada dua aspek utama yang saya rasa perlu diambil perhatian. Pertama, tentang isi amalan yang dibawa oleh Mandur Sarif dan kedua, berkenaan dengan pembawaan atau peribadi murid-murid yang mengamalkannya. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan yang berfokuskan kepada dua cabang tersebut.( dr ahli fikir )
Seharusnya saya perlu berkenalan dengan (ahli fikir) dahulu dan begitulah juga seharusnya ahli fikir perlu berkenalan dengan saya dahulu,
perkataan hukum, mengHukum dan hukuman adalah 3 tasrif yang berbezakan? Saya tidak suka menyerang dan bila di serang saya tidak suka mengelak. Eeee waaah…, mudah-mudahan saya memahami maksud saudara sebenarnya.
Persoalan dan permasalahaan begini amatlah rumit dibahas dalam bentuk begini, mudah-mudahan juga saya bersekempatan untuk bersemuka dan berkongsi idea dengan saudara.Kerana dalam bentuk penulisan kadangkala lain maksud yang hendak kita sampaikan lain pula faham orang yang membacanya. bila ada persoalan maka akan hadirlah ilmiah yang tak tersangka asalnya...
Untuk percambahan ilmiah ini,insyahallah sebenarnya saya tidak ada barang curiga dengan jasad dan ilmunya orang bernama Mandur Sarip ataupun pada Pak Musa itupun selepas di Islamkan (SYARAT) oleh seorang Imam di sebuah kampong di Mambakut.(Mungkin KG. Bambangan)
Kerana siapalah saya untuk menilai dan mempertikainya, setidak-tidaknya saya perlu kembali hidup sewaktu zaman mereka…
macam mana nak buat???
Saya pun masih tertanya-tanya kenapa bukan Mandur Sarip yang MengIslamkan Pak Musa? Tinggi mana Ilmu Pak imam di Mambakut itu yang Berjaya mengislamkan Pak Musa? Siapakah sebenarnya Imam di Mambakut tersebut?
Ahli Fikir telah membawawakan dua persoalan asas. Untuk permasalahan pertama menurut ahli fikir.(isi amalan pada ajaran Mandur Sarip) Pada akhir artikel itu sebenarnya saya menyentuh kepada keAslian ajaran bawaan Mandur Sarif dan keAslian Ajaran bawaan Pak Musa pada masa kini. Siapakah yang boleh mentasahikan Sah kesasihan keAslian Ajaran tersebut yang ada pada masa kini, adalah Asli seperti ajaran Mandur Sarip?
Lebih malang lagi Ajaran Mandur Sarip dan ajaran Pak Musa sebelum di Islamkan Di warisi oleh Orang yang sama. Dan siapakah sebenarnya yang telah di Izinkan oleh Mandur Sarip Untuk meneruskan ajaran tersebut???? Kerana pada pencarian saya, mencatat salasilah ajaran tersebut tidak menemui kerjasama. Sila perkenalkan saya pada pemilik catatan salasilah dan pewaris yang di izinkan ajaran tersebut.
Dan untuk persoalan kedua pembawaan atau peribadi pewaris ajaran tersebut. Nak buat macam mana geng? Ini kaum tua! Boleh bawa runding? Boleh test Bacaan? boleh bawa Muzakarh!!!!!? Kena sukat lagi dah sejauh mana sudah ajaran tersebut tersasar? Ahli fikir bolehlah fikir-fikir nak selasaikanya…. Kalau bagi saya suatu yang yang amat-amat membuang masa dan akan mendatangkan kemurkaan orang-orang tua tersebut saja.(Ayat ini saya nyatakan khas untuk Kg.lohan dan Ranau AMnya)
(Berkaitan dengan Peranan utama kita dalam generasi terkini adalah menambah apa yang kurang, memperbaiki, dan memperbetulkan kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan oleh generasi-generasi pengamal amalan yang dibawa mandur sarif.)dri ahli fikir
Sekiranya saudara ahli fikir ini memang dari aliran ajaran Mandur Sarip atau sekurang-kurangnya peminat ajaran tersebut silalah boleh berdiskusi dengan saya. Minat dan Asas saya dalam Ajaran Mandur Sarip atau Ajaran Pak Musa boleh di kongsi Bersama. Cuma saya tidak dapat memperkayakannya kerana tidak mendapat kepercayaaan dari aliran tersebut.
Dalam Kaedah sembelihan binatang oleh pewaris terkemudian ini,saya boleh nyatakan dengan jelas bahawa hukum memakanya HARAM,cara menyembelihan. lafaz bacaanya dan niatnya bukan lagi ada yang meragukan tapi jelas kesyirikanya.
Dan untuk pengatahuan ahli fikir sebelum saya bersama Abjad Malaysia saya juga meminati dan mewarisi kaedah-kaedah asas yang berasal dari Indonosia, terutamanya dalam bahasa sunda. dan saya juga adalah Pewaris Asimawi Asli (Pakcik Sainin) kalau sekiranya beliau belum lucutkan saya.Dan tak ternafi saya diantara murid yang sangat berbakat dalam aliran tersebut.
Menurut Cerita, (pakcik Sainin) Aliran ini juga bermula semasa beliau belajar Silat ini dari seorang guru ketika berkerja di kebun getah milik British sekitar putatan dan petagas. Dan saya terlepas pandang bertanya siapakah guru tersebut? Bukankah Mandur sarip?
Dan khabarnya Beliau(Pakcik Sainin) juga antara yang berbakat dan berjaya menyusuli dan melanjutkan pembelajaran Aliran ini dari Seni Silatnya dan Seni Perubatannaya sehingga ke satu tempat di sampadan Sarawak dan Kalimantan.(Kaedah Asasnaya Merawat pesakit menggunakan telur ayam kampung yang di golekkan ke atas badan yang sakit). Cuma saya tidak tersekempatan bertanya adakah tampat tersebut adalah kampong Asalnya Mandur Sarip.
Pakcik Sainin Kembali Ke Kampung Halaman apabila Jepun mula menyerang Malaya (sabah), di lahirkan di Kg.Karanaan Ranau dan akhirnya menatap di Kampung Lohan 1.Ranau sehingga sekarang, Bersebelahan dengan Masjid Al-Kausar lohan satu.
Berapakah umur Pakcik Sainin Ketika INI?
ASSALAMUALAIKUM...TAHNIAH KERANA CUBA MENULIS BEBERAPA CATATAN TTG MANDUR ..TERSEBUT...PERTAMA KITA BERSYUKUR KERANA DENGAN MELALUI BELIAU KITA MERASA NIKMAT ISLAM.....WALAU PUN PELBAGAI PENDAPAT DAN PERBAHASAN TTG AJARAN BELIAU...ATAU ANAK MURID BELIAU...KITA BERHARAP NIAT TULISAN2 INI DIBUAT ADALAH KERANA ALLAH DENGAN NIAT YANG BAIK...BELIAU TERSEBUT SUDAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH SWA...TAKWA ITU DI DALAM HATI...ALLAH SAHAJA YANG TAHU AKAN NILAI DAN JUJURNYA KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWA..."BERTAKKARUBLAH KITA KEPADA ALLAH..SWA...TQ...
ReplyDeleteuntuk Anonymous said.. nikmat islam yang allah swt hidayakan dan kurniakan kepada saya kerana tidak mempercayai Ajaran Mandur Sharif yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kami, terima kasih juga. mandur sharif maksuma kah tuan? dengan nama pun tuan dah taksub? tuan memang tak faham membaca? atau memang tuan tak mahu faham?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeletekepada semua sahabat dalam ruangan ini syukur atas nikmat iman dan islam yang Allah beri.. soal maksum hanya Rasulullah sahaja yang layak bergelar maksum. tak perlu nak melenting siapa maksum atau tidak, kita semua dinilai di sisi Allah adalah dengan KETAQWAAN. bukannya siapa paling tinggi amalan kebatinan atau ilmu persilatan. bukan juga siapa paling betul amalannya dalam ilmu kebatinan.
Saya bagi masyarakat dusun yang menerima Islam melalui jalur pengislaman Mandur Syarif memohon agar menutup sebarang perbahasan mengenai perkara ini demi menjaga keharmonian sesama islam. Tak perlu nak diperpanjangkan hukum amalan beliau, biarlah golongan tua dengan kepercayaan dan keyakinan mereka, golongan muda perlu dididik dan menguasai ilmu agama yang murni berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.
Mandur Syarif sudahpun meninggal dunia dengan membawa pahala pengislaman 63 ribu masyarakat dusun sekitar 1940an. Tanya diri sendiri apa amalan kita yang diredhai oleh Allah dan menyamai pahala pengislaman 63 ribu orang, sepatutnya kita menyambung dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mandur Syarif bukannya menghukum beliau.
kami masyarakat dusun yang menerima jalur pengislaman daripada beliau tidak pernah menganggap batang tubuh, pengucapan, perbuatan, dan amalan beliau sebagai maksum. kami cuma menghormati dan memuliakan beliau kerana membawa pancaran nur 2 kalimah syahadah daripada Nabi Muhammad SAW.
perbahasan seumpama ini hanya akan mengguris hati dan perasaan sesama masyarakat islam sahaja. kita terima dan raikan kehadiran Mandur Syarif yang mensyahadahkan masyarakat dusun.
Akhirul kalam kepada pihak Abjad Sabah berbahaslah dengan nada yang sopan, tak perlu marah-marah, tunjukkan kematangan dalam menjawab soalan kerana Tuan Guru Silat Abjad tak mengajarkan anak muridnya bersikap biadab
sekian
wassalam
mohon maaf jika terlajak kata terkasar bahasa
kada kotogod kio ambalut...
mogiobpinai tokou ngawi diti..