Wednesday, October 6, 2010

kutipan komen Ayah Non dari FACEBOOK dari julai 2010

Issssssss….. boring sangat layan demam ni… lalu saya cuba cek balik nota komen dari Ayah Non,datang idea, mulanya untuk layan diri, sambil ingat nak edit pada satu masa akan tibanya, fikir-fikir dahlah tak reti tak semapat pula nanti, apa pun post dulu. Entah demam apa ini, konon-konon nak belajar tak mengeluh lah ni.

Pemalas nak ke hospital, ada juga modal kalau ke klink persendirian pun kalau rajin.selagi dapat menahan tahan dulu,buakan tak biasa dengan hospital dan klinik ni, fail saya ui....... tebal.

masa sihat sering terlupa dan sering kelalaian, astqfirullah hal azim, kifarat untuk dosa-dosa yang bole di ampunkan, amin amin amin

dan untuk ingatan bersama Oleh kerana komen Ayah non ini di tujukan kepada individu-individu tertentu,Maka saya mohon Izin mempersembahkanya dan bagi mereka yang membacanya pula haruslah berhati-hati dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif kiranya ada timbulnya persoalan tq.

Zainal Abidin menulis
keberkatan akan melimpahi diri2 orang yang bernaung di bawah payung kewalian yg terlantik oleh Allah.
dengan rahmat,ksh syg allah jua mereka itu beroleh nikmat2 khusus yg tidak di rasai oleh mereka2 yg bukan ahli nya..

Zainal Abidin menulis
berkat,berkat,berkat mahaguru sultan aulia'

Zainal Abidin menulis
kepimpinan telah ujud dari zaman berzaman...
pengabdian adalah wajib bagi jin dan manusia...
hanya yg buta hati nya merasakan diri nya tuan...
enggan merendah laksana syaitan...

Zainal Abidin menulis
tidak sedikit orang2 yang berjemaah di belakang nabi itu terkeluar dari pangkat sahabat.lantaran mereka itu terlalu inginkan pangkat di sisi nya.
terma2 dan syarat tetap di ikut...namun mereka membuat tafsiran mengikut fahaman yg terkandung dalam otak dan fikiran sendiri.
sesungguh nya jumlah firqah telah berpecah2 sehingga 73 puak jumlah nya.
masing2 menganggap mereka lah pendukung agama yg sebenar...
maka sesiapa yg mempertahankan puak atau fahaman nya sendiri itu adalah terkeluar dari ajaran nabi...
dan ada pula di antara mereka itu yg mengikut membuta tuli. maka jadi lah mereka itu taklidur radhi.
sebenar nya adat istiadat yg di ajari guru itu meletakkan murid dalam berbagai derjat.
tidak semua murid dapat menduduki peringkat yg tertinggi.
sehingga ada pula di antara murid itu menjadi sesat sewaktu melaksanakan istiadat yg di beri...

sesungguh nya para rasul itu adalah ma'sum.
namun ketinggian maqam mereka tidak lah sama biarpun semua nya tidak pernah berdosa.
saidul ulul azmi al habibillah itu lbh tinggi berbanding ibrahim al khalil,musa atau isa dan nuh yg berpangkat iatimewa...

begitupun jua para wali yg di letakkan dalam mertabat yg berbagai2 dgn kelebihan karamah mereka...

maka bagi ummat yg tidak maksum ini...
apakah ada yg terpelihara atau dpt kekal dalam majlis2 kekasih allah sedangkan hati2 mereka di selaputi kesombongan dan takbur yg menyamai si iblis laknatullah?

bukankah si iblis itu sentiasa berada di syurga bersama para malaikat yg sentiasa melakukan istiadat kehambaan terhadap allah?
namun bila datang nya adam as yg di anggap bukan dari puak nya maka terus di pandang rendah dan hina...

lantaran memandang tinggi terhadap diri sendiri dan memandang rendah terhadap orang lain itu lah yg mencabut segala kemuliaan allah yg di pakaikan kpd nya sehingga menjadi sehina2 makhluk akhir nya....

maka...kita berdoa dan berharap dengan seluruh jiwa raga agar allah mengampuni kita semua dari sifat2 tercela dan di masukkan kita dalam perbendaharaan auli' dgn syafaat rasul berserta berkat mahaguru yg a'la lg a'dzom...

Zainal Abidin menulis
moga semua perintang dan penghadang dapat di atasi...

Zainal Abidin menulis
sediakan patung sebelum hujan.
dan jangan pula di salahkan sesiapa jika kilat sabung menyabung namun hujan nya tidak menjadi..kerna tiap yang di usahakan itu pasti ada ganjaran nya di sisi allah...dan rasulullah itu tidak pernah berdiam diri melainkan sentiasa berusaha untuk membentuk umat nya dengan aqidah,syariat,akhlak dan jihad supaya setiap mereka2 yang ikut itu selamat. manakala yang lalai dan engkar menapat laknat,rugi dan siksa...

Zainal Abidin menulis
anak muda tidak akan bangkit jika orang tua nya tidak bertempik. kaki2 dan tangan2 mereka telah di ikat oleh rantai2 syaitan yang tidak kelihatan.
badan dan leher mereka pula terpasung oleh bebanan yang tak mungkin terlondeh lagi...sebenar nya hanya mata yang terbuka jua yang dapat melihat bahawa segala majlis hiburan itu adalah rantai2 dari neraka.
hutang piutang yang berkait dengan riba itu lah belenggu yang tak mungkin terlepas dari tubuh orang yang menanggung nya...

Zainal Abidin menulis
umat islam sentiasa di buru di seluruh dunia.ada yang terpaksa menjadi pelarian di tanahair nya sendiri.mungkin kah kita juga akan di paksa menjadi abdi kpd pendatang yang makin rakus menunjukkan belang dan kekuatan nya...sehingga mereka makin berani menuntut sesuatu yang menjadi milik mutlak kita untuk di agihkan kpd mereka secara sama rata...
DAYUS KAH KITA???

Zainal Abidin menulis
umat yang bahagia tak sempat nak mencela sesiapa kerna asyik dengan menikmati keindahan wajah allah yang ujud di setiap dimensi.
Zainal Abidin menulis
baguih...amal elok2...pastu kalau nak test jadi tak kena telan buah goghah tengok. kalu melepuh mulut kena amal sampai jadi..

Zainal Abidin menulis
jangan main2,,,nanti kena tulahan abg2 kenyalang baru reti...

Zainal Abidin menulis
lidah tak bertulang...memang sedap bila buat sup...
tapi kerna pulut jua santan yg binasa.

Zainal Abidin menulis
moga kebajikan makin terserlah... islam berkembang setiap daerah

Zainal Abidin menulis
jika ada selingan dgn hal2 perjuangan yang di serapkan di sekolah2 tentu hilang kejemuan sewaktu bertugas...

Zainal Abidin menulis
sejarah peperangan islam tidak pernah mempamirkan kelebihan di sudut bilangan tentera atau senjata nya.
malah,pihak musuh memiliki kelebihan yang berganda2...
perang mu'tah menyaksikan muslimin hanya memiliki 40,000 anggota sedangkan romawi mempunyai 100,000 bala tentera...
akhir nya rom tewas dengan hina...
kemuliaan menjadi milik mutlak bagi mukminin...
allah berfirman "walillahil 'izzati wali rasuluhi walil mukminina"
mafhum nya "kemenangan itu hanya milik allah,rasul nya dan orang2 yang beriman"
maka wahai saudara2 ku...
hadapi lah sesiapa jua yang menjadi musuh tuhan dan rasulmu. maka sesungguh nya mereka adalah musuh bagi kamu.
yakini lah bahawa allah akan mengirimkan bantuan dari langit yang berlapis2 ketika engkau memerangi musuh2 agama suci.
dan tidak lah allah itu lemah dalam pentadbiran nya...
dia lah tuhan yang maha gagah lagi maha perkasa dalam menentukan segala takdir nya...

Zainal Abidin menulis
hanya hati yang bersifat waja saja yang dapat mewarisi kemantapan dan istiqamah...jiwa yang tidak terlatih dengan kaedah uzlah dan riadhah akan menjadi lemah... malah jika jika hati yang perkasa sekali pun akan kembali dha'if jika malas untuk melazimi latihan yang berterusan...

Zainal Abidin menulis
usaha untuk perjuangan itu tiada batasan nya. majukan langkah2 untuk berjuang di bidang dakwah islam ini sehingga melepasi titian sirath dan kemuncak nya adalah bebas mendiami mana2 syurga yang di ingini.

Zainal Abidin menulis
hanya menjunjung,mendukung,mejinjing dan mengheret kembali yang buruk kepada baik demi agama bangsa dan negara...
tiap yang berperasaan harus sama2 bekerja bagi mengatasi kancah buruk dan hina ini...
bagi insan yang mengaku muslim sepatut nya lebih bertanggung jawab untuk mendorong ke arah cita 2 mulia untuk umat nya sendiri...

Zainal Abidin menulis
lebarkan penguasaan dengan empayar lang lebih luas dari langit dan bumi...
nescaya diri mu lebih agung dan lebih beruntung...
berada di sisi kekasih pada kekasih nya...
muhammad adalah komandan
yang paling mulia...

Zainal Abidin menulis
DALAM SEKAM MEREBAK SENYAP
API MENJULANG KETIKA RIBUT
HABIS SEKAMPUNG DI JILAT HANGUS
MARUAH BANGSA DI RENTAP 2
MELAYU TIDAK MERASA TAKUT
KAUM YANG LAKNAT PASTIKAN HAPUS...

Zainal Abidin menulis
status tetap status...status mesti di jaga... jaga status pasti mulia...
tak jaga status kan jadi hina...
tak tengok status ke????
baca saja ke????
tk bmakna????

Zainal Abidin menulis
zahir dan batin milik yang esa
langit bumi hanya seketika
tanpa murobi siapa lah kita
allah dan rasul takkan di jumpa...

Zainal Abidin menulis
AIR SUNGAI MENGALIR DARI GUNUNG YANG DI LITUPI OLEH RIMBA YANG MENTABIR PANDANGAN MATA...
HARI DEMI HARI ALIRAN YANG KECIL MENJADI LUAS MENUJU KE KUALA... LALU BERHIMPUN DI LAUT YANG TAK MUNGKIN KERING WALAU SERIBU TAHUN BUMI DI LANDA KEMARAU...
SERTAI WARGA MELAYU MALAYSIA DEMI KEKUATAN DAN KEBANGKITAN UMMAT AKHIR ZAMAN...

Zainal Abidin menulis
pakai baju kalis api pada hati...
neraka lebih panas tetapi tak ramai yang peduli

Zainal Abidin menulis
budak baru adalah suci dari dosa...
yang tua banyak di neraka...
lebih baik diam dari berkata...
banyak kata,banyak lah dusta...
banyak dusta,terjun ke neraka...

Zainal Abidin menulis
ilmu pentadbiran alam ada dalam kitab2 agama...cari guru untuk menghuraikan segala yang terpendam. pastikan timbul permata dan maknikam.jaya menerjah gemilang.

Zainal Abidin menulis
di kabulkan segala doa dan di limpahkan kasih sayang dan cinta NYA

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen pada status Radzi Saad:
"lailatul qadar hanya milik orang yang di cintai allah... usaha yang terbaik ialah mendekatkan diri sehingga mencapai cinta allah.
rahasia allah milik allah...
segala nya tiada rahsia bagi jiwa yang suci kerna nur dalam hati nya sentiasa menyinar sehingga tiada sesuatu pun yang tersembunyi lagi..."

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen pada status Radzi Saad:
"kelembutan hati yang di hiasi kesabaran dalam ketauhidan bersepadu pasti mampu merempuh dan merentasi medan2 ujian seperti bala tentera badar yang berperang sambil berpuasa...
semoga mlm menemui lailatur qadar yang menimbunkan barakar melebihi seribu bulan melakukan ibadah suci..."

Zainal Abidin telah memberi komen pada gambar anda.
"jaga2...jangan berubat atau mandi minyak sampai jadi syirik pula...
tok guru cuma menyuruh kita berdoa dengan beserta usaha dan ikhtiar dalam rupa mandi minyak atau mandi wap atau mandi embun...
sedangkan segala nya itu tidak mendatangkan bekas pada hak nya jua."

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen terhadap pautannya:
"terima warisan pasti dapat pusaka...
terima pusaka dapat mewarisi hak nya..."

Zainal Abidin Sintok memberi komen pada gambar Mazlan Atin:
"........gagah,kuat,kukuh,teguh,tegang segala kulit,segala urat,segala sendi, segala tulang,segala daging,segala roma,segala anggota rohani jasmani seperti guru aku...argh....aku bukan aku..........................

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen mengenai statusnya:
"zaman sudah berubah...ada yang sangka hantu itu tuhan...
malah ada hamba yang mengaku tuhan...
sehingga sanggup menyuruh tuhan memenuhi kemahuan dan nafsu nya..."

Zainal Abidin Sintok telah menghantar komen tentang foto anda.
"guru berada di mana2...tangan nya terhulur sehingga ke hujung dunia..."

Zainal Abidin Sintok commented on his link:
"detik2 sinaran syahadatain dan bergema nya takbir yang memecal ketulan3 rabitul aadi dalam daerah nuruman dan nurulan ke daerah nurullah..."

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen terhadap pautannya:
"trm ksh buat sahabat yang berjiwa murni..."

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen mengenai statusnya:
"insya allah sama2 menjadi murid bagi syeikh murabbi"

Zainal Abidin Sintok memberi komen pada album gambar Abjad Kedah Utara:
"kenapa tuan mesti cemburu???"

Zainal Abidin Sintok telah menghantar komen tentang foto anda.
"ada di situ... cuma wajah dan tubuh yang jasmani tidak ternyata...

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen terhadap pautannya:
"perang juga bukan bermakna membunuh..."

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"jika ilmu sudah di amal,wajar di pilih mahligai teragung,
bila jadi orang terkenal,jgn di lupa rakan sekampung

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"jgn tebu tanam di bibir dan jangan telunjuk yang lurus kelingking plk jd berkait..."

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"kiri kanan berkepit teman,ilmu di amal mendapat restu
hiasi wajah dwngan senyuman,selitkan kata dik buluh perindu

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"mad sabu>mudah2an mad sabu mendapat bidadari seperti yang di ingini dengan berkat guru dan mukjizat nabi...
mazlan> jangan terlalu merendah kerna kata gagak kpd cengkerik
"jika pohon kelapa itu tumbang pasti kura2 akan merangkak sampai ke pucuk nya kerna dia juga ingin bersaing denga si kera"
syrga> kenapa insan suka menghiasi wajah dengan melupai menghiasi hati yang sentiasa di lihat allah???

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"jika hati insan selembut sutera pasti lah di pakai dik raja bermahkota, tapi bila jiwa itu keras melebihi batu masakan mudah untuk di goda... "
Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda

"memang mudah memetik lidah,bukan senang membanting tulang,
wajah yang indah pasti bertuah,hanya menanti kasih bertandang..."
Zainal Abidin Sintok memberi komen pada gambar Darul Munawarah:

"moga barakah mencurah2 dan melimpah sehingga meliputi seluruh keluarga pejuang2...semoga doa yang terbentang itu menjadi suatu lonjakan bagi kesedaran bangsa ini... sehingga setiap yang menyokong dgn doa mrk itu mendapat anugerah yang besar di sisi allah..."

Zainal Abidin Sintok mengulas mengenai status anda
"pengemis pun susah nak dapat duit... apalagi nak tambat hati yang ada dalam dada2 manusia... "

Zainal Abidin Sintok memberi komen pada gambar Darul Munawarah:
"kepada mu jua berkah tersimbah pabila munajat mu sampai ke hadrat ilahi yang maha suci..."

Zainal Abidin Sintok telah memberi komen mengenai statusnya:
"senyuman yang menguntum itu mampu menggoda
jiwa yang bersih akan meruntun ruhani yang suci
bukan hanya mata yang tersenyum dan berkata
telinga dan tubuh berseru dan menggamit kemari...."

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback