Sabtu 25hb September,sawal keberapa dah? Entalah.. Saya tak ambil tahu sangat Cuma jemputan rumah terbuka di sekitar Labuan ini masih rancak,hari ini ada dua jemputan rumah terbuka.sama-sama jam satu petang.ah!!!! Sebelum subuh aku datang! ala memang tak hadir bah aku.Kuih raya tak sentuh lagi ni...
Antara yang menarik yang tidak ada pada tempat lain,tapi ada hanya di Labuan ini,adalah rumah terbukanya,dasyhat…… dasyat... meriahnya kalah-kalah lagi jemputan kenduri orang kawin. Dan Harus diingat jangan cuba-cuba datang Rumah orang pada raya pertama.Rasa-rasanya open hause di labuan tidak ada seperti di tampat lain.. enga ada !!! mesti ada temujanjinya dulu.
Minggu persekolahan selapas cuti ini. minggu yang amat menyibukan,banyak pula tugasan yang perlu di siapkan dengan cepat.Pun Sempat juga curi-curi cek FB. Bahana FB masa pejabat walaupun dilarang tapi masih ada kesempatan..
Tahun ini dapat tugasan baru Jadi setiusaha Bilik operasi SPBT (BOSZ) SRAI Zon 7 Labuan.Entah apa-apa kerja pula ni. Kena buat kertas cadangan Format JKB untuk bilik operasi. ni yang buat aku lemah ni, Tanya elaun lebih Tak ada pula… ala laa tak mula lagi ni. Minggu depan ada bengkel SRU tiga hari.Laporan bulanan ada 5 nak buat. Bah….. tahan ja la telinga ni.
Agak lama sudah pula saya berkurung rumah pada musim lebaran mulia ini,dan biasanya pada lebaran bilang bertapa (bertarak ) tak sempat-sempat siap , tak juga jadi wali. Nak jadi men pun tak lengkap-lengkap. jadi apa lagi kalau menjelma jadi Ultra tiada harapan nak menjadi.
Pun dalam berkunjung tiga empat rumah ini kesombongan saya dari menjamah juadah dan hidangan hari raya ini, Maasyahallah memang mendapat seribu macam respon, dalam banyak-banyak itu negatiflah mejoritinya. Saya nda kaisah bah juga,,, katalah apa kamu mahu kata,biarlah saya tak tercalon sebagai menantu pun, janji saya bahagia dengan cara yang saya buat.
Kamu orang memang perut masih ok bolehlah kata macam-macam. Yang macam kami ini kena tahan hatilah,,, lagipun enjin baru servise bah..
Ramadhan dah lepas,bulan sawal dipenghujun sudah. puasa 6 sawal tak ada motivasi pula nak buat …..
Sebelum berkenalan dengan Abjad,setiap bulan ramadhan dan pada solat sunat tarwaih itu saya ada menyelitkan mememohon doa secara individu kehadrat illahi tentang satu hajat.Selapas 20 tahun saya dalam Abjad.Doa saya belum terzahirpun!!!
Adakah masih dalam pertimbangan Allah swt???
Ataupun doa saya tidak termakbul????
Rukun iman mewajibkan Kita wajib percaya pada QADA DAN QADAR. Usah terpedaya… dengan bisikan-bisikan itu…
ALLHAMDULILAH di Sawal ini saya sempat berbaiah dengan rakan di luar lingkaran Ranau,berasal dari Kota Belud,dulu belajar satu Maktab dengan Setiusaha kita, Cikgu Mazlan pada satu majlis terbuka dan baiah ahli baru di Pusat Tarbiah Abjad Cawangan Sabah Ranau,Tahun depan kita buat lagi dengan jemput orang ramai.
Dalam memenuhi jemputa ini saya perlu melalui perjalanan MENARIK pada hari Khamis pagi menuju ke Labuan, Jumaat malam kembali ke Ranau dan pada pagi Ahad kembali semula ke Labuan. Penat tapi menyeronokan disamping dapat menyelasaikan beberapa kekusutan dalam hati dan Fikiran.
Di antara yang sangat istemewanya pada sawal kali ini ialah setalah bermukim di Labuan selama 6 tahun, baru dapatlah berbaiah dengan 2 rakan baru di UMS kampus Labuan di atas jasa dan penerangan saudara Hafiz.
Dan sebenarnya dah ada yang bertanya hal Silat Abjad ini sebelum ini. Cuma barangkali belum masanya dipermudahkan bagi saya dan bagi mereka kelapangan yang bersesuaian. Tambahan pula saya ini bukanlah Ustaz yang mengajar Silat.
Kali pertama bersua dan berama mesra dengan saudara Hafiz, sesame rakan FC dan Telipon lamalah sudah. (maaf kerana tidak sempat meminta izin untuk berkongsi cerita ini) saudara hafiz ada menceritakan Ayah Beliau menerima baiah seawal atau seangkatan dengan zaman Ayah SU (MUHAMMAD JUSUH) atau mungkin menerima dari Ayah Su juga. Dan tak salah ingatan saya ini, ayah saudara Hafiz ini cenderung bersama dengan jamaah Tabliq dan ibunya pula adalah lebih cenderung pada jamaah Al-Arqam. Dan Ibunya Hafiz pula tidak pernah terkesan adanya ayahnya Hafiz ini beramal dengan sesuatu.(Tapi kini Kedua-dua pasangan ini berpegang kuat atas tali murabbi syekh Muhiyddin )
Setelah berpindah ke Simpang Durian Negeri Sembilan dan bersua dengan rakan yang beramal dengan Abjad Asli ini barulah ayahnya Hafiz ini mula menzahirkan dan refres semula.bermakna seusia 10 tahun selepas berbaiah dan selama Tiga tahun di Kelantan. Ayahnya hafiz ini tidak bersekempatan bersua dengan rakan Abjad untuk mempamirkan keindahan Abjad.
Saudara Hafiz juga ada bertanya saya pasal cara pendekatan yang saya gunakan di Labuan. Seperti kebiasaannya saya lebih kepada tidak memperbanyakan kerja dan memberatkan diri. Kerana asal balik kampong di Ranau adalah tugasan lebih, jadi kalau di Labuan ini Bolelah rehat sikit,Tidak perlulah pada tunjukan diri, tidak pada pengatahuan orang melainkan pada bab yang amat diperlukan. Lagipun Apalah yang ada pada diri ini tembirang saja yang lebih.
Sebenarnya Mudah-mudahan atas apa yang telah kita pamerkan pada diri, itulah kekuatan rohaniah dan jasmaniah Abjad Asli. Keperluan Kepada Pertuturan hanya berlaku bila adanya pertanyaan. Dan doakanlah supaya setiap diri mampu untuk mampamerkan kekuatan Agama Islam di atas makana serta Juz-juz tersebut seterusnya ia mampu untuk menyinari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negeri kita, seterusnya Negara Malaysia.Amnya.
Amin.. amin ..amin. Muhammad ar Rasullalah
No comments:
Post a Comment