Tuesday, June 5, 2012

Cerita yang menjadi khabar..

Ahad Pagi, hari yang tidak ada apa yang dirancang untuk dibuat. rasa Boring pun ada. Sehingga ada keinginan untuk melihat bentuk macam manakah isi enjin kipas siling yang malam tadi baru di tukar. Sedang menukang untuk mencerai - beraikan binatang tersebut kedengaran macam handphone bordering.


Melihat pada nombor yang tertera susunan nombor yang agak biasa sahaja belum bernama bermakna pemanggil ini belum saya senaraikan. Seperti biasa juga saya menyambutnya seperti menerima Panggilan mereka yang biasa mendail saya. Pemanggil ini ada sedikit kekok menyebut akan apakah yang digunakanya untuk bercakap dengan saya, akhirnya kedengaran memanggil saya sebagai Guru. Alhamdulillah mudah-mudahan saya akan menjadi Guru.

Pada sangkakan saya pemanggil ini dari Sandakan bila saya mendengar di sebut Guru. Rupanya Panggilan Dari Seorang Ahli Bai’ah Nun Di Kota Belud Sabah Sana, Rasanya Panggilan Ini Adalah Percakapan Kami Yang kali Kedua Selapas Beliau Berbaiah Dengan Saya Dan Kalau Saya Tidak Salah Hitung, Rasa-Asanya Dah Lebih Setahun Beliau Berbai’ah dengan saya.

Pada kesempatan tersebut, Saya tidak dapat mengingat namanya dan saya tidak dapat mengingat persis mukanya, sekali itu Cuma, saya masih kembang hidung kerana beliau melafaz memangil saya Guru. Nasib bukan dipanggilnya saya Tuan Guru.. mana-mana sahaja. Tapi Kalau panggil Ustaz lagi sedaplah di dengar. Walaupun seperti saya ini tidaklah serupa Ustaz.. harap-harap Itu sebagai Doa mereka. Mana tahu suatu hari nanti saya menjadi serupa macam Ustaz juga. Ada keberkatan orang gelar-gelar Ustaz.


Dan Kalau Tak Salah Ingatan Saya, Mungkin Pertengahan Tahun Lalu, Beliaulah yang membuat panggilan terhadap saya. Yang Dahulu Itu Bertanyakan Kerana Minatnya Hendak Beramal Dengan Abjad Malaysia Dan mahu mempelajari semuanya, Hendaknya Mahu Meminta Kepada Saya Mana-Mana Amalan Yang Perlu Dibuatnya. Dan Telah Menjadi Skrip Utama Saya Dan Kebiasaan Inilah Jawapan wajib Saya: SILA HADIRKAN DIRI KE PUSAT TARBAIH ABJAD SABAH.

Kenapa Jawapan Saya Demikian Rupa? Mudah Sahaja. Sembang Dalam Telipon Ini Susah Nak Bagi Faham Lah Bro… , Sedang Yang Berhadap Dengan Kertas Dan Ada Penerangan Dari Pembimbing Pun Masih Hanyut. Apa Tah Lagi Sembang Dalam Talian. Kompom Mahu Cerita Pasal Orang Itu Sedang Sakit, Tapi Kejadiannya Nanti Fahamnya Diceritanya Orang Itu Pula Yang Mati.

Datanglah ke PUSAT TARBIAH KALAU ADA MINAT DAN KEHENDAK . nak seribu daya tak nak seribu dalih. Ingin mendapat bimbingan dari saya dan nasihat dari rakan yang pernah mengalaminya. Tidak pernah pun ada chage….. jadi jangan ambil hati bila kena usik…. Kerana diri Kami memperolehi pengalaman itu dengan usaha dan pengorbanan wang ringgit, jadi faham-faham sahaja lah… sebenarnya kami berhak rasa kedekut. Itu hak kami.

Tapi kalau rasa-rasa kami ini membuli atau kamu orang lagi suka syok sendiri. Dan Nak melayan diri sendiri sahaja, Ok tak jadi hal… mungkin juga kamu orang nak jadi supermen dan ultramen tanpa di ketahuai orang lain. Kami tak halang juga bah., itu lu punya suka hati laaa.. silakan sahaja… nak Ganti saya sebagai wakil guru, lagi-lagi saya alu-alukan..

Dari Pengalaman Itu Juga. Akhirnya Saya Mula Meniru Seperti Modiul Di Tempat Lain. Ahli Bai’ah Baru Hanya Kita Sarankan Genapkan Menzikir Surah Ikhlas Sejumlah Seratus Ribu Dan Sebaik-Baiknyanya Selasai Dalam Tempoh Masa Empat Puluh Hari. Kalau Tak Selasai Juga Dalam Tempoh Masa Empat Puluh Hari. Maka Sila Teruskan Sehingga Cukup Jumlahnya Seratus Ribu Kali Sama Ada Masanya Dah Jadi Empat Bulan, Empat Tahun Atau Empat Puluh Tahun.


Saya Dah Memulakan Sukatan Ini Di ABJAD LABUAN Yang Mana Perintisnya Beberapa Kakitangan TUDM Di Bawah Kandalian Dan Bimbingan Mejer Jo. Sekarang dah ada dua buah trip. Gabungan Orang Lama Dan Orang Baru. Saya Kata Kepada Mereka. Orang Muda Kalau Minat Dengan Langkahan Kita Bimbinglah Dengan Langkah Hulubalang, Yang Minat Merawat Kita Hidangkan Dengan Kaedah Rawatan Kita.

Yang Umur-Umur Macam Saya Ini Lebih-Lebihkan Kepada Mengingati Allah Swt. Banyakan Berzikir, Teringin Juga Mahu Merasakah Lazatnya Beribadah, Ada Tambatan Hati Ketika Beribadah. Ada Zuk Ketika Menitikan Zikrulallah Membasahi Lidah,Meng Irama Gelodak Hati, Yang Rindu Kepada Sang Penciptanya. Dan Semasa Saya Menerima Undangan Datang Zirah Kerumah Mejer Jo. Dalam Sembang Ilmiah Seperti Ini Kadang-Kadang Memaksa Saya Untuk Memerah Sedikit Sebanyak Keupayan Untuk Mengupas Beberapa Topic Dan Persoalan Yang Dilantarkan Oleh Mereka, Walaupun Sedikit Masalah Dalam Bahasa Pertuturan Dan Saya Akan Cuba Menjawabnya Persoalan Dengan Selembut Mungkin. Kerana Sememangnya Mereka Pun Berasal Dari Aliran Yang Tertentu. Tidak Mudah Untuk Berpatah Arah jika sudah menyebatikan diri.


Dan Antara Soalan Yang Sedikit Merimaskan Dan Mungkin Telah Memerangkap Saya pada malam itu, Yang Ditanyakan Dan Di Ceritakan Oleh Seorang Yang Berasal Dari Penang. Ceritanya Semasa Ziarah Kubur Bapanya Di Serawak, Pernah Dijumpanya Di Jalanan Yang Menceritakan Yang Mana Beliau Ini Beramal Dari Salasialah RASHID MAIDIN. Macam Mana Itu Ustaz? Kebetulan Pula Beberapa Hari Itu Saya Telah Merawang Di Alam Maya Mencari Artikel-Artikel Yang Menceritakan Perihal Bekas Para-Para Pemimpin PKM Tersebut. Kerana Selapas Membaca Dan Menulis Artikel Berkaitan Semasa Darurat Tersebut.


Saya Rasa Ada Satu Ruang Kosong Yang Sengaja Ditinggalkan. Maka Saya Membaca Dan Mencari, Jadi Pada Malam Itu Juga Saya Menceritakan Sebuah Sejerah Mengikut Versi Pembacaan Dan Pengamatan Saya. Tidak tercatat dalam buku sejarah tanah melayu atau sejarah Malaysia. Dan pada Pagi Hari Ini Pula panggilan dari Ahli Bai’ah Dari Kota Belud Ini Bertanyakan Pasal Dapatkah Saya Tangani / merawat (Membuang Saka) Dari Jarak Jauh? Ewaaaaaaaahhh… Ewahhhhhhh …. Kalau Saya Mengaku Boleh Buat ? Apa Akan Jadi Aaaaaaaa?

Tentunya mula-mula Saya akan Minta Bank In Kan Dahulu Sejumlah Fidyah Yang Saya Perlukan. Berapa ya…. RM500. tapi tak cukup pula kerana perlu ada kambing. Harga seekor kambing disini mahu RM1000 lebih seekor… jadik budak ini kena bank in kan rm1500.00 Fardu Takdirnya pemangil pula bersetujuh dengan harga itu… wah.. lumayan sih…. Tapi apa akan jadi jika akhirnya benda itu Tidak Menjadi.. ? Siapa Yang Rugi? RM300.00 pun macam mana nak cari… Budak Tu Cerita juga dengan saya yang Adalah kono Sepupunya Yang Mengidap/ Mengalami Ganguan Saka. Ingatkan Guru Boleh Rawat Dari Jarak Jauh Katanya…


Kah….. Kah .. Kah…. Saya Manalah Pandai Itu Benda… nak juga buat testmoni tapi malu nanti kalau tidak menjadi.. Baik Saya Tidak Malu Mengaku Tidak Pandai.. setakat ini kaedah itu kami tidak tawarkan.. ewah mengayat juga saya menjawab.. Saya Tidak Rugi Apa-Apa.. Cuma Cuba Kalau Di Depan Mata.. Mau Tidak Saya Sepak Terajang.. Bila Lagi Ada Peluang Menampar Menumbuk Freeeeee Tidak Berbalas. Malah Di Bayar Cash Lagi.. Kih… Kih Kih… Tidak Ada Sifat Perkejinan Langsung.

Cuma Kalau Perempuan Kenalah sangat Berhema. Tak kanlah penampar jawabnya. Walaupun pandangan matanya galak bagaikan singa yang nak menyerang mangsanya. Jaga Hukum Syaraknya Walau Dalam Macam Mana Pun Bentuk Situasinya. Wajib Jaga Auratnya. Awas jangan sampai Tergoda beb… Sebenarnya Saya Dah Tawarkan Dengan Budak Ini Sila Hubungi Cikgu Mazlan, Temujanji Dengan Ustaz Zainal Abidin Sintok Yang Akan Kami Datangkan Hujung Bulan Ini Jika Berminat…….


Budak Tu Kata Apa Lepas Tu? Nak Tau? Alaaaa Sendiri Bole Tahu Laaaaa… Sendiri Kamu Rasa Itulah Juga Budak Itu Rasa Nak Kata.. Mana-Mana Perawat Yang Mengaku Mampu Boleh Menangani Saka Dari Jarak Jauh Atau Melalui Panggilan…… Wallahu ‘Alam. Itu Bukan Saya…. Itu Orang Lain. Setakat Pengatahuan Saya Sekarang Macam Saya Memang Tidak Boleh Menerima Kaedah Yang Sedemikian Rupa Akan Ada Keberkesananya Hingga Mendatangkan Kesembuhan Dan Afiat. Kesan semantara memang ada dan kesan seterusnya yang lebih berganda pun berpontesi untuk ada.

Untuk Tahap Histeria Dan Ganguan Kerasuakan Biasa Pun Kaedah Itu Masih Meragukan Saya. Inikan Pula Bab Saka. Mungkin Kasar Sangatlah Kalau Saya Kata Perawat Yang Demikian Itu Tidak Mengenali Dan Memahami Apa Itu Bab Saka Baka Sebenarnaya. Lagi Pun Bab Ini Bukan Pengkhususan Saya.

Setakat Saya Nak Buka Cerita Sahaja. Kerana Setahu Saya Berubat Saka Baka Ini Kadang-Kadang Memerlukan Satu Familynya Hadir Sama Dan Kalau Berkaitan Dengan Barang-Barang Warisan Maka Kena Bawa Bersama Benda Itu. Main Jurus-Jurus Dari Jauh Ini Tak Celear Sangat, Walaupun Dah Gunakan Penerima Dan Pemancar Siaran Setempat. Jadi jangan menanggung musibah. Wallahu ‘Alam.

Selang Beberapa lama Kemudian Saya Menerima Pula Panggilan kedua Dari Syekh Mansur Indonosia. Sebagai perkenalan pertama kami, walau berbekalkan kredit panggilan hanya rm2.00, beliau sudi berbual dengan saya. Yang mana beliau sekarang Sedang Berada Di Miri Serawak. Berkerja Dengan Taukeh Cina Sebagai Penyemai Anak Benih Kelapa Sawit . jauh tempat ini dengan Bandar Miri ialah kira 20KM, berhampiran dengan pantai,sangat sesuai untuk mengail tapi orang kampong kononya tidak pandai makan ikan tangkapan sendiri. pantai sangat sesuai untuk santai berzikir.

Katanya kalau ada masa silalah datang ziarah dan boleh kita ratib sepuas-puas hati. Syekh Mansur ini telah Berkelana di Tanah Semananjung. Biasa Dengan Selangor Dan Mungkin Arkab Juga Dengan Ustaz Nazri Pancing Selatan. Sehinggalah beliau dilantik oleh Tuan Guru sebagai wakilnya .Syekh Mansur Bercerita Beliau Di Lantik Sebagai Wakil Guru Bagi Bukit Tinggi Lombok Dan seluruh Indonosia, Tidak Sekolah Tinggi, Bodoh Tak Reti Apa-Apa. Cuba Melaksana Amana Guru Sedapat Yang Mampu. Dan Berceita kepada sesiapa sahaja yang berminat, yang tidak minat itu biarkan sahaja.

Sebelum ini Saya Memang Telah Maklum Dengannya kerana termasuk dalam Perbualan Saya Dengan Cikgu Mazlan Ketika Balik saya Bercuti beberapa hari Yang Lalu. Selalu Mengusik Saya Kata Cikgu Mazlan, Ada Sahaja Di Duganya Dan Kebanyakan Tepat Pada Masanya. Masyahallah….. Allah Maha Tahu. Ketika Berbual Dengan Syekh Mansur, Saya Amat Terkesan juga, kerana Begitu Susah Keadaan beliau Berbanding dengan Saya. Pada Hal Beliau Lebih Tabah Menghadapi Keadaaan. Berhadapan Dengan Taukehnya bangsa Cina?

Wuuuu… saya ingatkan Syekh Mansur ini berkerja dalam industeri pembinaan Sarang burung Walit. Cerita Syekh Mansur Lagi. Yang Berbai’ah Denganya Mahu Lebih Seribu.. Mat Indon Ada. Mamat Bangla Pun Ada. Entah Burma.. Entah Apa Lagi Yang Ada. Yang Jadinya Yang Aktip Dalam hanya Seratus Orang. Kerja Agama Ini Susah Nak Cari Pengikut Katanya. Nabi Musa Berdakwa Beratus Tahun pun. Baru Berapa Orang Sahaja Pengikutnya. Nabi Isa pun Berapa Sahaja Pengikutnya. Last Sekali Katanya, kerja kita kerana dakwah Agama. Kita Tidak Perlukan Kuantiti, yang kita cari ialah Kualaiti, Seorang Itu Dapat Mewakili Seratus Orang. Allah Subahan Allah. Cukup ada sepuluh orang insyahallah menang mutlaq.


Syekh Mansur ada Bertanyakan Hal Majlis Besar Untuk Anak Saya Hujung Bulan Ini? Subahanallah.. tua sangatkah saya? Dapat Berita Dari Cikgu Mazlan Katanya. Saya pun iayakan sahaja… Teringat Saya Kembali Pesananan Mejer Jo Hari Itu Kepada Saudara Hafiz. Yang mana kata hafiz , Mejer Jo tidak dapat mengambil kami ke rumahnya, jadi ustaz singgahlah saya dan mejer Jo pesan juga Menyuruh Ustaz Bawa Orang Rumah Sekali Datang Kerumahnya.. Laaaaa Allahu akbar…. Bila Saya Tanya Saudara Hafiz, Siapa Bagi Tau Mejer Jo Cerita Begitu? Itu Cikgu Mazlan Yang Bagi Tahu Mejer Jo, Baru tadi merek bercerita Kata Hafiz.. Allahu Akbar… Nanti Pandailah Sudara Hafiz Cerita Dengan Mejer Jo.

Jadi Macam Mana Ini? Jadi Saya Kena perbetulkan lah Cerita Ini Kan? Rancang dan cadang dengan Cikgu Mazlan nak bawa mai Ayah Non (Us Zainal Abidin Sintok) Untuk satu majlis yang belum di namakan, sebab hari itu tak dan sembang lama dengan Ayah non , banyak yang belum ditanyakan, tidak ada masa .

jadik ini nak pakat-pakat dengan rakan-rakan nak bawa mai balik Ust Zainal Abidin Sintok seorang sahaja ke Abjad Sabah.

Tak tentu lagi kami dapat bawakan Ayah Non. Bajet kami memang kecil. Harap-harap tidak ada yang kecil hati sebab kami tidak datangkan, kalau nak datang sendiri insyahallah kami alu-alukan juga. sebenarnya kami berhajat nak datangkan Ustaz Mat juga, tapi Kami tidak mampu untuk menjemput Ustaz Mat. Sedangkan itulah yang sangat di nanti-nantikan.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback