Semalam hari jumaat 26.02.2010 labuan mengadakan perarakan maulidul rasul. Selasai saja saya balik dan tertidur.Terbangun dari tidur selepas balik dari perarakan sambutan kelahiran junjugan mulia Muhammad S.a.w ,dalam keadaan amai saya mencapai makalah yang tertulis padanya Tajuk Usah Pandang Rendah Kepada Orang Fasik, catatan Tuan Guru Nik Aziz, dah lama saya Nampak benda tu sebenarnya, tapi memang tak minat baca, lagi pun mengikut persepsi awal saya mengenai tajuk tu, bukan sumber untuk saya mendapat bahan untuk diolah,jadi terbiar begitu saja.
Akhirnya hari ini, oleh kerana ketiadaan bahan untuk dibaca maka terbacalah dan menjadi satu kebiasan bagi saya membaca dari arah songsang, saya akan mula baca dari penutupnya ,manakala ceritanya awalnya lambatlah kan? kena tahu. rupanya ada cerita berkaitan dengan seorang wali Allah bernama Uwais Al-Qurani.
Saya sebetulnya lupa-lupa inga,t menganai wali Allah Uwais al-Qurani ini. Cuma nama ini sentiasa terpahat di hati, jiran sebalah rumah pun ada anaknya bernama begini, Cuma oleh karana lahjahnya barang kali, jadi bunyinya kedangaran menjadi Quais al-qarni.
Dan setiap kali saya berulang-alik tempat kerja. saya akan melalui surau yang mengadakan solat jumaat Uwais al-qurani surau kampung pantai wilayah persekutuan Labuan.
Bila terbaca catatan ini rupanya banyak sangat bahan yang boleh di olah, untuk kita di kongsi bersama-sama.Cuma barangkali perkongsian kita amat terhad ,kerana Terkadan ada cerita yang baik, Cuma saya tak mampu untuk mengolahnya dalam bentuk tulisan.
Dalam catatan tuan guru nik aziz ini. merakamkan bahawa Rasulullah s.a.w menutup khutubah haji widaknya dengan sabdanya yang bermaksud ‘anda yang hadir di Arafah ini hendaklah sampaikan sesuatu daripadaku kepada mereka yang tidak hadir, kerana mungkin mereka yang mendengar daripada kamu lebih cerdik dan bijak daripada kamu yang mendengar terus daripadaku sendiri.
Justeru itu Al-Ghazali r.a. mengingatkan agar tidak pandang rendah terhadap sesiapa jua. Kerana kita tidak tahu boleh jadi orang yang dipandang rendah lebih baik daripada kita akhirnya.
Berkenaan dengan cerita Uwais Al-qurani ini Rasulallah s.a.w. berpesan kepada Saiyidina Umar dengan sabdanya yang bermaksud ‘ jika kamu berjumpa dengan seorang dari Yaman yang bernama Uwais Al-Qurani, hendaklah minta Uwais doakan kamu kerana doanya berkat. Uwais Al-Qurani seorang yang dikenal oleh ahli langit walaupun tidak dikenali ahli bumi.
Nabi Muhammad s.a.w. Mengenali Uwais walaupun tidak pernah bertemu meksipun sezaman denganya. Uwais seorang wali Allah yang masyhur di kalangan para malaikat kerana ketaatanya kepada ibunya dan kasih sayangnya kepada Fakir miskin.
Pada malam harinya Uwais Al-Qurani berdoa kepada Allah swt; andainya pada hari ini ada orang yang mati kelaparan , semoga tuhan tidak meletakan kesalahan dosa kepadaku, kerana saya sudah tidak apa-apa lagi, semuanya telah saya berikan kepada fakir miskin.
Pada Zaman Abu Bakar as Siddik menjadi khalifah,Umar al Khatab belum Berjaya menemui Uwais, kerana belum juga muncul-muncul sehinggalah Umar Al Khatab sendiri menjadi khalifah.
Ketika satu kabilah dari yaman menunaikan haji barulah Umar Al Khatab bertemu dengan Uwais ,kerana Uwais ini rupanya bertugas hanya sebagai pengambala unta kendaraan kabilah yaman tersebut.
Tidak hairanlah, di kalangan kabilah dari Yaman merasa hairan bagaimana seorang Amirul Mukminin yang mulia teringin sangat hendak bertemu dengan Uwais yang hanya bertugas sebagai pengambala unta mereka.
Begitu rendah anggapan kalangan kabilah dari Yaman itu terhadap Uwais Al-Qurani yang mereka tidak ketahui, meskipun sekian lama mereka kenali telah menjadi pengambala unta kenderaan milik mereka.
Sedangkan beliau seorang Wali Allah yang masyhur di kalangan para Malaikat, dikenali oleh Rasullulah s.a.w. sendiri sedangkan belum pernah bertemu denganya,begitu juga dengan Umar al-Khatab sentiasa mencari-carinya setiap kali datangnya musim Haji, memohon untuk di doakan. Kerana mengatahui bahawa doa Uwais Al-Qurani amat Mustajab dan Berkat.
Bila ada tuan Guru nak datang ni, marilah pakat-pakat buat kebajiakan dan berebut-rebut minta di doakan kebaikan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Tolong angkat Selipar pun tak mustahil, boleh jadi hal sebab musabab jadi Wali Allah.
Kebanyakan Para Wali bermula berada dalam situasi yang Maksiat, Fasik dan ada pula yang Kufur, atas anugerah Allah Taalah mereka mendapat hidayah, segera bertaubat dan terus pula menjadi Wali Allah. Di kenal juga para Wali Allah ini mempunayai Kalimah Taubatnya sendiri (doa taubat) yang menjadi sebab musabab terkenalnya mereka di langit, seperti doanya Uwais Al- Qurani.
Kalangan pengamal Suffah juga menyarankan supaya para ahlinya mencari Kalimah yang boleh menjadikanya gemar, sejuk hati dan Zuk berzikir seolah-olah telah menyesali segala perbuatan maksiat yang dilakukanya.
Kalangan Ahli Suffah juga berikhtiar untuk dapat berlinangan air mata ketika mengalunkan Kalimah Taubatnya, bergetar isi hatinya bila mendangarkan alunan bacaan Al-Quran. Cuma harus di ingat tersedu menagis ketika mendirikan solat boleh menjadikan solatnya terbatal.
Bila mana kita telah menerima Talqin Kewajipan Kalimah Taqwah Secara Berhak daripada seorang Guru yang ahli pada babnya itu dan mengaku murid kepada Murabbi Sultan Aulia Syaid Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani, sehingga beberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun pohon diterima menjadi murid baginya.hal ini adalah sebenar- benar barang yang bergantung dengan Agama Islam.kerana yang demikian itu sahaja dapat menjadi kuat dan kekerasan ke atas segala seteru dan dengan dia terhasil pelihara Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda Dan Negara.
Maka dapatlah di fahami dengan mengambil hak tersebut seorang itu mempunyai persediaan pada dirinya untuk melawan musuh-musuhnya yang bersifat binatang jinak dan binatang buas.
Perjuangan melawan musuh kamu dan musuh Allah Taala tidak tercapai kecuali setalah adanya usaha yang bersungguh-sungguh melumpuhkan segala musuh-musuhnya yang berada dan bersarang di diri seorang.
Atas pengalaman sendiri, saya lebih mensyorkan tertunainya Solat Hajat Malam seterusnya Salam 1000 kali kepada Murabbi Sultan Auliyah Syaid Syekh Muhiyiddin Abdul Gadir Al-Jailani dalam tempoh 40 hari. Sebagai penyokong kepada perkara asas,
1. Adab Guru ,
2. Cukup Jabat 14 Saja * Kenapa Terkejar-Kejar Lagi Jabat Lain?
3. Pohon Gerak
4. Tambahan Zikir Peringkat Taqarub
Asas kepada Agama Islam ialah tidak ada paksaan hanyalah didasarkan kepada menerima contoh-contoh Ajaran yang baik,lalu melaksanakannya dan mempertahankan kebenaran dan perkembangan Agama Islam, Jika Diancam Atau Dinodai Atau Dicerobohi Oleh Musuh-Musuh Allah.
Maka sebab wujud PENDIRIAN ABJAD umpama sebuah latihan ilmu mempertahan diri untuk mempamerkan segala kekuatan dan kemuliaan yang terhimpun dalam Agama Islam serantak Rohani dan Jasmani asas pendirian ilmu dan Hulubalang Allah.
Jelasnya Kekuatan Keabjadnya adalah dari pancaran Kekuatan Agamanya, Adalah Mustahil Keabjadnya kuat melebihi Kekuatan Agamanya.
No comments:
Post a Comment