Monday, March 8, 2010

antara acara kem pemuda tauhid yang menarik

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Di Dunia Ini Dan Yang Penyayang Di Akhirat Nanti

15hb Mac Cuti sekolah ini. Ahli Jawatankuasa Abjad Sabah dengan berbesar hati telah mengatur dan mengadakan satu program yang di namakan KEM PEMUDA TAUHID, program 3 malam 2 hari ini di penuhkan dengan Program Ilmiah Berbentuk Kefahaman Dan Amali. Ahli Jawatankuasa juga sedaya upaya mengeluarkan penajaan untuk membawakan kali kedua ke Ranau, Yang Berbahagia Setiusaha Agung Abjad Malaysia Ustaz Zainuddin Bin Othman Hadir Untuk Merasmikan Program Ini.

Saya sebenarnya teringin untuk memporomsi acara program ini terlebih awal,jadi pada Masa-masa terluang , saya cuba mencari bahan untuk di ketengahkan dikongsi bersama sebelum program ini berlangsung, sebagai tambahan cerita,namun setelah melawat dan membaca beberapa artikel dari Malaysia dan Indonosia seterusnya menonton youtube video berkaitan tajuk mandi minyak ,saya tidak bermaya .saya perlu dan mesti melihat respon masyarakat setempat dahulu,saya nun jauh di sini , lahir sedikit kegusaran dalam hati untuk mengetengahkan tajuk ini akibatnya Ahli jawatankuasa yang menanggung. Dan di tambah serasa-rasanya saya tiada point menarik untuk mengulas tajuk seperti ini.

Apa pun saya membawa tuan-puan para pembaca menilai dan mengatahui maksud acara seperti ini, mengikut seperti persepsi saya ,saya amat bersetuju atas persepsi kepentingan , faedah dan tujuan mandi minyak ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah adalah berbentuk perubatan.

Ada juga perguruan silat yang menceritakan upacara mandi minyak ini adalah penguji mentel untuk penaik bengkung, peringkat dan pemasuk hikmah istemewa. Kalaupun benda ini tidak ada,memang tak rugi juga mencuba,Cuma kalau memang benda itu ada…rugi besar tidak mengikut.

Tidak nafikan adanya riwayat yang mengatakan tegahan berubat dalam bentuk yang panas,seperti makruh mengambil air sembahayang dengan air yang panas, barangkali dari itu,maka dikisahkan perubatan dalam bentuk minyak panas dan besi panas adalah tidak di pormosikan. Nak mandi minyak juga ? di persilakan… tak mendatangkan dosa pun.
Bagi mereka yang pernah merasai nikmat dan keistemewaan mandi minyak ini barangkali tiada masalah untuk mengulang. Apa lagi mereka-mereka telah mengalami dan mengatahui kemujaraban minyak mandian ini tentunya tidak sabar-sabar lagi menunggu.

Upacara dalam majlis mandi minyak ini perlu dilakukan dengan tertib, dari itu terbitnya peraturan . tertib ini ada untuk mengelakan ada kelalaian yang boleh melambatkan lagi acara-acaranya. Peraturan yang di bentuk semasa dan selapas upacara adalah dispilin semata-mata, kehangatan mandian minyak panas itu kita turunkan perlahan-lahan dengan menggunakan minyak mandian itu juga. dan ini mengambil masa yang agak lama juga.

Yang belum pernah merasai dan menghadiri mandi minyak ini jangan terlampau mendengar dan Tanya-tanya cerita dari orang yang mengaku sudah pernah mandi minyak, Suspen je dia orang tu. Belum cuba belum tau bah..

Minyak Kelapa Tulin yang mendidih dicampur dengan Rempah Ratus, seterusnya di doakan Oleh Wakil Guru. apa bila di mandikan, aura panas minyak memudahkan aroma rempah ratus diserap oleh tubuh manusia dan di kisahkan mandi minyak panas ini amat mujarab dan dapat menawar lagi menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit dalam dan luar badan yang telah lama di hadapi atau masih baharu. Termasuklah segala buatan dan kiriman orang Insyahallah Allah taalah di datangkan kesembuhannya.
wassalam

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback