Selasa 30hb mac 2010.
BISMILAH MAA SYAH ALLAH, ALLAHU AKBAR.
Tiba-tiba perasaan saya tertumpu terlampau kuat pada rakan-rakan Mufarakah Penang. Rindu, serindu-rindunya.kenangan masa dulu pun berlegar-legar dalam Fikiran...
Kamulah yang memperkenalkan pada saya pada Daerah Abjad Asli, kamulah yang bersungguh selama dalam pengajian saya , dan kamulah juga yang bersungguh bila saya mula menerima pengambaraan keroahanian. Dan kamu jugalah yang beria-ria mencarikan saya jodoh orang sana.
Kamulah juga yang sering mendendangkan senandung sufi, ayat-ayat sufi dan berkata-kata sebagai sufi. berwatak sebagai sufi dan hidup di alam sufi. Berdalilkan awwalut tariqat az-zunun..
ALHAMDULILLAH kesemuanya menjadi ramuan untuk saya menempuhi liku-liku kehidupan berterusnya, bila berada di tampat sendiri ,halaman sendiri,dan dalam keseorangan tak bersangka di hati lagi sebagai masih di Hadrat Daerah Abjad Asli, oleh kerana kebiasaan barangkali, adatnya sebagai seorang yang berpegang pada Kalimah Taqwa dan beramal dengan kelazimanya membolehkan saya masih dikekalkan di Naungan Abjad Asli.
Satu demi satu Allah Swt gerakan hati pada pilihnya untuk menghantrkannya ke hadrat Abjad Asli, bermulalah perjalanan mereka dan saya seadanya sekadar mana dapat memandu pada ketika itu yang terbaik pada ketika itu.
Pada pengalaman yang kita alami, saya jadikan sebagai pembantu dan permudah cara, bagi merungkai persepsi para pencinta Daerah Abjad Asli, semestinya banyak yang mencabarnya,Berbagai feel,berbagai kehendak ,dengan berbagai persoalaan yang tak tercapai oleh akal fikiran biasa, bertambah pula oleh cerita kononya bermimpi yang biasanya masyhurnya seperti yang seakan-akan telah di persembahkan dan banyak berlaku Cuma dalam tayangan wayang Gambar. Istilah tampatan tirip…
Saya dengan rakan-rakan Mufaraqah Penang.telah terputus sapaan kata. sekitar tempoh lebih 10 tahun ,khabar berita ada sekadar bersumber dari kaisahaan rakan kepada rakan. Demikian jugalah berita khabar yang saya perolehi sehingga kini, hanya dari rakan kepada rakan.
Rakan-rakan mufarakah peneng kononnya sedaya upaya mahu menyedarkan, sambil mengingatkan saya dan mahu saya berbaiah semula dengan Tuan Guru tua yang lebih aula dengan ilmu ladunnya dan dengan alasan di keranakan pada mereka ustaz mat sudah dah tak releven.
Pada kunjungan saya ke sekolah lama Madrasah Irshadiah Al-Asraf Al-Wataniah Sg.Bakap Penang sekitar julai 2009. Birpun Saya tak war-warkannya. Saudara-saudara mufarakah peneng, memakluminya dan akhirnya saya sendiri memaklumkan adanya saya di sana pada hari ketibaandan SMS yang mereka hantar pun masih lagi puitis dalam bentuk ayat-ayat di alam sufi masih rupanya….dan Dengan ayat peringatan sepertilah sebagai pemilik alam kerohanian…
Tersentuh juga perasaan hati…, Cuma saya tidak lagi berminat membicarakan perkara remehan sebegitu lagi.. saya dah tak segagah dulu untuk menyerang. Saya dah tak sesufi dulu untuk berkaraya, saya dah berfikir tak perlu menghiraukan mereka yang tak kunjung keluar dari rumah hantu,biarlah mereka seperti hantu, hantu di dalam rumah hantu.. tiada faedahnya di hulurkan tangan.. menganggu masa..sedangkan ramai lagi yang sedang melambai-lambai untuk di persilakan…
Dan saya juga memilih untuk perlu di jemput kerana bersangka saya sebagai tetamu pada waktu itu. barangkali hal seperti ini tidak di fikirkan oleh rakan-rakan mufarakah? Ataupun perkara ini amat memberatkan saudara-saudara. Atau saudara-saudara meyakini saya yang perlu menziarahi saudara-saudara?
Tiada apa yang perlu sangat untuk saudara-saudara memuliakan kehadiran saya, dan saya pula tiada perancangan apa-apa yang perlu sangat untuk saya berkunjung mencari di mana adanaya saudara-saudara pada waktu itu. Saya adalah Tatamu Ustaz Zainudin Osman dan Jadual saya ketika itu sedikit padat , Dengan Ustaz-Ustaz di Madrasah sendiri pun saya tak sempat ber ziarah.
Ketika di sekolah lama sempat juga rombongan kami menziarahi Rumah Penasihat Abjad Asli Pulau Peneng Ustaz Wahab (Pak Long Wahab).Selapas Solat Magrib anak buah Ustaz Zainuddin pula menjemput kami dan Pak long Wahab menghadiri kuliah mingguan Ustaz Mat Di Sg Petani Kedah.sepatutnya petang itu kami dah berkunjung ke kediaman Ustaz Mat di Selama. Perak ,Dan tak perlulah kami kejer Beliau sampai ke Sg. Petani, Tapi oleh kerana kesukaran saya untuk mencari-cari kenderaan dan pemandu jalan dan kebetulan hari itu saya masih menunggu ketibaan 2 orang rakan dari Kuala Lumpur .
12 tahun berlalu perubahan pembangunan terutama Jalan raya dari jeti Fery peneng ke Parit Buntar amat ketara berbanding ketika dulu.saya telah disesatkan oleh lingkaran jejantas yang dah semakin banyak dan besar pula. Padahal saya Berhajat benar untuk ziarah ke Kubur Almarhum Tok Guru Kerohnaian Pertama Saya, Tok Ayah Tasik Cikgu Saidin.Insyahallah saya akan datang lagi..
Setiba di markas di sungai petani, selapas Ustaz Mat selasai menyampaikan kuliah mingguan, Ustaz Idris pula menyambung dan mengulas SMS yang di hantar oleh mereka-mereka yang mufarakah. Oleh kerana ayatnya serasi dengan saya, maka saya beranggapan dan Saya bersangka tuan-tuanlah yang mengirim SMS kepada Ustaz Idris berkaitan dengan Ustaz Mat.
Pada malam itu Abjad sabah juga sempat beramah mesra dengan Ustaz Mat, ustaz Idris dan Jawatankuasa Cawangan Abjad dari negeri-negeri lain serta jamaah yang hadir pada malam itu.Khabarnya Jamaah dari Thailand pun ada.
Esoknya paginya dari Sg.Bakap kami ke Parit Buntar, kami terpaksa menaiki bas menuju Taiping dulu sebelum ke Ipoh kerana tiket Bas Ekspres dari Parit Buntar Ke Ipoh tidak cukup untuk kami berempat. Biarpun Kami lambat sampai ke Ipoh, Tapi Ustaz Zainuddin Osman Sabar menunggu kami.
No comments:
Post a Comment