Saturday, April 3, 2010

bolehkah berdoa atau meminta-minta menjadi Wali Allah ?

Saya jadi peminat dinding Facebook Abjad Malaysia, macam-macam ragam orang letak komen, medan untuk bahas persepsi pun ada.

Satu hari saya terbaca pertanyaan bolehkah meminta-minta jadi Wali Allah? di dinding Facebook Abjad Malaysia. Wau… satu permasalahan yang hebat, lalu saya cuba melayari halaman yang membahaskan topik ini.

Masa terhad mencari, jadi saya kurang mendapat bahan yang saya minat untuk diletakan untuk di ulas.

Asy Syaikh Abdul Aziz bin Nashir Ar Rasyid rahimahullah memberi kesimpulan bahawa sesuatu yang di luar kebiasaan itu ada tiga macam:

- Mu’jizat yang terjadi pada para Rasul dan Nabi
- Karamah yang terjadi pada para wali Allah
- Tipuan syaitan yang terjadi pada wali-wali syaitan

Manakala di ceritakan bahawa datanganya seseorang ke Daerah Abjad Asli adalah atas 3 dorongan utama.

1. Nak Jadi Pendekar
2. Nak Jadi Bomoh
3. Nak Jadi Wali Allah

Pada hari berbaiah menerima talqin kalimah secara berhaq, harus bagi pembaiah boleh menzahirkan kesemua seumpama yang telah di nyatakan di atas.

Dan harus juga penerima baiah talqin kalimah secara berhaq, hanya bolah menzahirkan nombor pertama dan kedua sahaja.

Dan harus juga penerima baiah talqin kalimah secara berhaq, hanya boleh menzahirkan salah satu di antara nombor satu dan nombor dua atau nombor tiga.

Manakala penerima baiah talqin kalimah secara berhaq yang dapat menzahirkan seumpama nombor tiga di atas, maka nombor satu dan dua adalah mengikut baginya.

Dan harus juga terjadi penerima baiah talqin kalimah secara berhaq ,tidak menzahirkan walau satu pun dari kesemua di atas itu.

Cuma di pertanyakan bolehkah Bercita-cita menjadi yang bernombor tiga ? adakah bersalahkita bercita-cita menjadi seumpama nombor tiga?

Kita dahulukan dengan cuba memahami dan berbicara dengan pengertian dan persepsi kalimah Wali Allah.

Panggilan WALI ALLAH bukan sebagai pangkat , tujuan kemuncak atau martabat seseorang, mahu pun pemberian oleh kerana terlampau banyak berbuat ibadat.

WALI ALLAH biasanya sebagai sebutan penghormatan makhluk kepada makhluk atas persepsi memuliakan kerana memang di muliakan Allah swt, dan diolah sebagai Hamba Allah, atau Kekasih Allah. golongan ini, Yang di pilih oleh Allah Swt, menjadi kekasihnya di dikalangan manusia sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda.baru memeluk Islam atau yang dah lama jadi muslim.

WALI ALLAH harus memiliki kekeramahan. Iaitu sesuatu yang luar biasa (mencarik bagi adat) Karamah ini Allah Ta’ala berikan kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman serta bertaqwa kepada-Nya, Karamah (atau dalam bahasa Melayunya ‘keramat’) adalah kejadian di luar kebiasaan (tabiat manusia) yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba tanpa disertai pengakuan (pemiliknya) sebagai seorang nabi, tidak memiliki pendahuluan tertentu berupa doa, bacaan, ataupun dzikir khusus, yang terjadi pada seorang hamba yang shalih, baik dia mengetahui terjadinya (karamah tersebut) ataupun tidak, dalam rangka mengukuhkan hamba tersebut dan agamanya.

Dan ada juga WALI ALLAH yang tidak menzahirkan apa-apa kekeramahan, sehinggalah orang tersebut meninggal dunia.

Wali Allah dan Kekeramatanya adalah dua benda yang berasingan, Ada kekeramahannya bermakna ia wali Allah.sedangkan tiadanya keterzahiran kekeramahanya.tidak menafikanya sebagai Wali Allah.

Jadi bolehkah berdoa atau meminta-minta menjadi Wali Allah ?

Kita tidak terlepas dari pro dan kontranya, Cuma saya suka menggalakan bagi martabat awami untuk memilih berdoa atau meminta-mintalah menjadi WALI ALLAH,seperti kita berdoa diletakan bersama orang-orang sholihin, seperti kita berdoa meminta-minta nikmat syurga dan berdoa dijauhkan dari azab neraka , atau daripada kita memilih atau meminta-minta memilih nombor pertama atau nombor kedua.

Berlainanlah sekali barangkali bagi mertabat mutawasit ,dan lebih-lebihlah lagi bagi martabat khawas ke muntaha. Mungkin sampai tahap mengharamkan diri meminta-minta sesuatu dari ALLAH.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback