Sunday, April 4, 2010

Adakah bersebab baru manusia perlu solat ?

Di samping meminati dinding Facebook Abjad Malaysia, saya juga meminati dinding Facebook Geng Abjad Malaysia.

Pernah saya baca pertanyaan di dinding facebook tapi lupa sudah sama-ada Facebook Geng Abjad Malaysia atau Facebook Abjad Malaysia.Berbunyi Berikan 3 sebab mengapa manusia perlu solat ? jadi saya letak pada komen, jika saya yang di Tanya ? saya Tanya balik apa erti SOLAT ?

Setakat masa dan ketika ini saya belum menemui sebab dan perlu manusia kepada solat, biasanya yang bertanya lebih mengatahuai daripada yang di Tanya. Maklumlah hanya solanan untuk menguji.

Keluasan ilmu dan martabat pengatahuan perlu ada adabnya,telah di kaisahkan pada satu malam, Ibnu Abbas selapas Solat Isyak di bawa oleh Saidina Ali ke sebuah bukit, lalu Saidina Ali mentafsir surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali dan tidak ada satu pun kalimah ayat tafsiran tersebut yang sama.

Atau pada ketikanya muncul kaedah 2 + 2 = 22 ( ب + ب = بب ) .

Saya merasakan SEBAB dan PERLU adalah dua perkataan yang memerlukan jawapan yang berlainan.

# Perlukah sebab mengapa manusia perlu sembahyang baru mahu menunaikan solat ?
# Atau bermaksud akan ada orang-orang tertentu boleh tidak solat ?
# Atau orang yang ada keperluan saja yang perlu solat ?

Melainkanlah kalau soalan ini diketegorikan sebagai soalan bodoh, maka saya akan layak mengupasnya berdasarkan sama-sama bodoh.

Pada empunya Perintah Solat ,tidak memerlukan faedah solat, bagi yang di suruhnya bersolat, manusia tak solatkah?, manusia terlampau banyak solatkah? tu manusia punya sukalah,kerana tak memberi kekurangan,bekas dan faedah bertambah, apa-apa padanya. Ini bukan jualan langsung, yang orang bawahan banyak dapat atomitik orang atas pun lagi banyak dapat.

Ini kes Nak makan nasi makanlah. Tak mau makan cubalah… tak mau makan. dipersilakan….

Menurut As-Sayekh Nuruddin Ar-Raaniry Muhammad Jilaani Bin Ali Bin Hasanji Bin Muhammad Hamid Shafie. Dalam kitabnya Siratal Mustaqim. Sembahyang pada Istilah Bahasa adalah meminta dengan kebajiakan, manakala sembahyang pada ISTILAH SYARAK iaitu beberapa perkatan dan perbuatan yang di mulai dengan takbiratul ihram (niat ) dan di sudahi dengan salam.

Dengan berdalil nakli
wa aqimu as-solata.
واقيموا الصلاة

Selain dari syarat yang zahir ada pula syarat yang batin sebagai kesempurnaan solat tersebut, syarat yang batin ini pula biasanya di amalkan oleh peminat sufi dan kaedahnya pelbagai mengikut martabat ilmu dan rohaniah sesorang.

3 sebab kenapa manusia wajib solat / 3 sebab manusia perlu solat/hikmah solat

1. Kehambaan
2. Kesyukuran
3. munajat

Solat adalah salah Satu Teras Rukun Islam yang lima. Di fardukan wajib keatas muslim yang mukalaf lelaki dan perempuan ,melainkan menerima salah satu dari tujuh keadaan yang Menegahkan Wajib solat.

1. Belum Baliq
2. Kafir Yang Asli
3. Gila
4. Pitam
5. Mabuk
6. Haid
7. Nifas

( * Atau boleh tak beriman langsung dengan ALLAH SWT. dan buat apa saja sesuka hati, Dengan syarat carilah dunia yang lain dari yang ada ini.)

Selain dari yang di atas, di hukum berdosa bila tidak menunaikan solat 5 kali sehari semalam,manakala yang engkar tentang kewajiban mendirikan solat, maka dianggap Merosakan Tiang Agama lalu di HUKUM KUFUR.

- Rahsia ,faedah dan kelebihan sembahyang telah banyak di perkatakan ,disuarakan dan kemudian dibuat kajian demi kajian,maka di terbitkan dalam bentuk buku bacaan sama ada oleh golongan awami atau golongan terpelajar, semua itu berlandaskan melalui pengalaman dan olahan serta persepsi sendiri.

- Seorang sarjan barat yang menghidap pening kepal yang bersangatan selama bertahun-tahun sembuh dalam Gerakan sujud dalam solatnya yang pertama.

- Ada pula yang sembuh dari penyakit kenser kornik bila mengamalakan cara solat yang betul.

Dalam Satu Hadis RASULALLAH SAW. di tanyakannya kepada para sahabatnya.di perumpamakan, Apa geranganya berlaku pada seseorang yang melalui 5 buah sungai yang mengalir , masih adakah baginya debu di badanya ?

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback