Tuesday, April 20, 2010

Pentingnya Berguru Dalam Menuntut Ilmu

Sambil menunggu Tangki Air penuh,bersembanglah saya dengan jiran sebelah rumah, sesak juga kami keputusan bekalan air . Dalam seminggu ini baru 3 kali saya mandi, itupun terpaksa menumpang di rumah kawan,pakaian belum cerita lagi,yang seriau betul bila tiba time nak buang air besar . Apa kena dah? Wilayah Persekutuan Labuan ni , boleh putus bekalan air?

Jiran saya ni, junior saya masa di Madrasah Irshadiah Peneng dan seterusnya ke Tahzib Parit Buntar pun ikut. Dalam kami berceritan, katanya beliau mula melihat faedah mengaji kitab umumi masa-masa dahulu. Biasanya beliau suka menyebut SIRAS SALIKAN sebagai rujukan, dan beliau ceritanya sedang mutalaah balik bab awalnya berkaitan Fadilat Ilmu, mana tahu bersesuaian dan boleh di jadikan modal untuk giliran tazkira. Cuma sayangnya ia membeli versi rumi.

Tambah beliau ,teringgin mahu berjumpa dengan Ustaz Din, ialah murid memohon keberkatan sambil memohon maaf dan di halalkan segala perkara terutama ilmu, mudah-mudahan ada kesempatan.

Saya pun sebenarnya masih menyimpan dan membawa naskah kitab SIRAH SALIKIN ini bersama naskah SABILUL MUBTADIN versi kitab kuning, ada lagi dobit di kiri kanan, sebagai bahan rujukan.Ulama mengketogorikanya kitab Siras Salikin sebagai bahan bacaan awal pertenggahan dalam Ilmu Tasauf begitu juga Sabilul Mubtadin atas sedikit dari MATLA’IL BADRIN dalam bidang Ilmu Feqah, Saya menghadiri bacaan 2 buah kitab ini di hadapan Ustaz Aziz Hj. Badry sampai qatam. Bacaan harian dan mengambil masa lebih kurang dalam 6 tahun untuk tamat, mengikut yang saya tahu Ustaz Aziz ini menerima Tariqat Samania.

Dan nak di jadikan cerita ketika saya mengikuti pengajian mengaji Kitab Umumi, biasanya saya akan duduk berhadapan dengan Tuan Guru, kata orang tempat tu berkat ,jadi sesuai benarlah dengan saya yang bodoh, sambil-sambil duduk depan ni, ia sebenarnya berkuasa sepenuhnya dengan baki air minum Tuan Guru, air ini… pernah juga saya habiskan minum air tersebut seorang diri, keluarlah segala maki hamun sumpah seranah dari kawan-kawan yang berniat nak minum sama.

Melainkan kalau jadual Arwah Tuan Guru Mat Saman Kati As-Samani yang datang Baca Kitab, ui… na.. sapa tak kenal dia ? confom Habis di tanyanya I’rab, Feel Apa?. Mana Mubtada Mana Khabarnya? Apa lagi kalau terhangug-anguk mengantuk, Jadi tak ngam saya yang bodoh ni duduk menghadapinya. Soalan tak berjawab kenalah sedas dua tiga patah perkataan, jadi Kena duduk di belakang sajalah.

Belajar ilmu agama ini Wajib Berguru, TAK SAH, salsilah ilmu kalau hanya setakat membaca buku-buku agama tersebut, walau kitab itu seagung manapun,atau kitab itu dikarangan oleh Ulama Agung sekalipun . Atau sudah berbaiah dengan jalan kerohanian sehebat mana sekalipun,kewajiban berguru membaca buku tak lepas, Cuma kaedah berguru ini mungkin ada situasinya. Mungkin qatam semalam kah? Sehari qatam ? atau …….

Berkat Bacaan Kitab,Berkatnya Guru Yang Membaca Kitab Dan Berkatnnya Ilmu Yang Kita Tuntut Menjadikan Diri Kita Juga Hidup Dalam Keberkatan.

Teringgat saya ketika mula-mula berkenalan dengan Tok Ayah Tasik (cikgu saidin / Cikgu Aziz ). Pada ketikanya selapas solat fardu Magrib saya akan berbasikal menuju ke Rumahnya di Tasik Junjung,ketika itu belum ada lampu jalan, kiri kanan jalan masih Pokok Sawit Dan Pokok Getah, Padang Golf masih belum siap,dan berbasikal pulang dari rumah Tok Ayah Tasik sekitar jam 12.00 – 1.00 pagi, boleh tahan juga seramnya….

Keteringin berziarah ,bertanya dan mendengar berbagai persoalan dan pertanyaan yang diutarakan dari para pengunjung yang menziarahi rumah Tok Ayah Tasik. memulakan saya, mula malas naik mengaji baca kitab umumi malam,dan malam yang di sangka menakutkan tidak mematahkan niat saya untuk keluar.

Sesuatu yang menyeronokan saya ,sebenarnya dalam kunjungan saya ke rumah Tok Ayah Tasik ini tidak memerlukan saya bercakap,sampai bagi salam bersalaman dan saya akan duduk di sudut kaki lima rumah Tok Ayah Tasik, Cuma mendengar pertanyaan pengunjung, dan ada ketikanya pada persoalan berkaitan hukum – hakam agama dan tanda baris serta huruf Kalimah AL- QURAN AL-KARIM Tok Ayah Tasik akan memandang saya…. Beliau biasa berkata ” dia ni dari Sabah, mai sini Mengaji Agama Di Sg. Bakap , saya tak mengaji Agama jadi saya kena Tanya dia “

Dari bahasanya itu menzahirkan penghormatan beliau kepada mereka yang Menuntut Ilmu Agama, pada hal pada masa itu, saya baru datang menuntut ilmu. Barang kali Apatah lagi penghormatan beliau ke atas mereka-mereka yang menyebarkan ilmu Agama tentulah lebih lagi.

Cuma setelah menerima Talqin Kalimah Taqwa secara berhak , datang balik sifat malas dan tempat saya menadah kitab umumi ini pun,mulalah diduduki orang lain, pula.
Sesuatu yang jadi ingatan, sekiranya saya lama tak datang ziarah, Tok Ayah Tasik akan berkirim salam
Cuma Kenapa yah? orang-orang yang menerima talqin kalimah secara berhak ini suka mencarik adat. Akan berperangai lain dari kebiasaanya , ada yang asik berzikir tidak mau mencari kerja, ada yang lepas Talqin Kalimah Taqwah terus hilang begitu sahaja, ada pula yang sentiasa melilau bersangka hidup sebagai suffa,ada pula yang kuat beramal tapi tidak mahu menuntut ilmu. Dan berbagai-bagai hal lagilah.. Hanya jauhari mengenal manikam.

Dari 15 tahun dulu saya tidak suka jadi Cikgu Sekolah,Antara yang saya tidak suka adalah kerana tidak tahan dengan perangai kanak-kanak sekolah, memenatkan . Kuat bising, kuat main, berjalan ke sana ke mari dan tidak dengar cakap,saya pula suka marah-marah.pantang kalau kelas bising mulalah saya teriak-teriak. Dan terasa di hati’’yang aku belajar tak sesuai untuk ajar bebudak ni , asyik-asyik ب ا ت sahaja”. Boring betul

Alhamdulillah , saya menemui adanya keseronokan menghadapi murid, saya boleh bertahan dan mengawal situasi , boring pula kalau kelas tak bersuara, bising saja kelas, sayalah mengajar, saya mengajar kelas tentu bising.

Kadang-kadang saya memperdengarkan kepada murid sesuatu yang jauh dari pencapaian pemikiran dan pemahaman murid sekolah, Ibubapa tentulah komplen kan? saya menyimpan sesuatu kekuatan dalam diri saya. Saya beranggapan ibubapa yang sangup komplen guru, adalah Ibubapa yang memang tak berkat, sekiranya Guru itu terdoa di hati geranganya apa berlaku nescaya ALLAH SWT Makbulkan. Tak kira guru itu beragama lain atau mengajar subjek lain, MERTABATNYA TETAP GURU.

Ada penyesalan saya tidak mengambil perguruan sebagai kerjaya. Dah lah Gaji besar, kemungkinan saya dah jadi guru besar, rumah besar, kereta besar, isteri besar dan mungkin badan saya pun dah besar.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback