Sunday, March 21, 2010

kem pemuda tauhid 1/2010

Bismillah maa syahallah allahu akbar.
Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas apa yang sebelum dan selapas terbitnya Blog Abjad Sabah yang jadinya seperti catatan diary kehidupan Badal Sabah sendiri.

9hb march 2010
Baru- baru ini saya menerima kunjungan rakan dari Cawangan Kemaman Terangganu, salah seorangnya bernama Ismail dan sememangnya beliau tidak kekok dengan gaya pertuturan yang saya persembahkan , biasanya keramahan dan keseronokan bercerita agak kekok oleh sebab gaya pertuturan yang berlainan. Tapi antara kami perkara itu tidak terjadi , malahan pertemuan kami menyeronokan.

Saya terposona juga dengan penceritaan Ismail ini. Dari beliau telah memperkenalkan dan memperlawa Abjad Sabah untuk melawat Cawangan Abjad di Kemaman Terangganu , menurut Ismail Cawangan Kemaman antara yang aktif dan kukuh kedudukanya, dan Ismail menceritakan kalau dalam Cawangan Terangganu dia adalah antara yang duduk barisan yang di belakang sekali.. benar atau tidak , rasanya itu adalah kesopanan dan kesusilaan . Belakang atau depannya kita ini adalah kehendak Allah Yang Maha Esa.

Kalau tak silap saya, Ustaz Nik sebagai Badal Cawangan Kemaman. Saudara Ismail ada juga mengambarkan berkenaan ustaz Nik ini.

Cuma saya terpegun bila Ismail menzahirkan sangkanya terhadap Badal Sabah, wara’ , janggut panjang , pakai lilitan serban besar, seorang Ustaz Tua yang biasa kita lihat mengajar di Sekolah Agama . lebih kurang begitulah anggapanya…

Benarkah persepsi Ismail terhadap badal sabah ini terbukti tepat? Jadi untuk menjawabnya pengunjung hendeklah melawat Abjad Sabah.

15hb mach 2010
ketika saya menjemput Tuan Setiausaha Agung Abjad Pusat Ustaz Zainuddin Osman, di Terminal Dua Lapangan Terbang Kota Kinabalu ( 100Km dari Ranau ) Pertamanya Beliau menyaimpaikan salam keatas Warga Abjad Sabah dari Al-Alamah Ustaz Ahmad Junaidin Yang Dipertua Abjad Malaysia.

Dalam perjalanan balik ke Ranau Tuan Setiusaha Abjad Malaysia ada menceritakan petikan dan lontaran dari rakan-rakan yang telah melawat Blog Abjad Sabah terutamanya mengenai Catatan Bicara Badal Sabah. Wah… Riak juga saya jadinya…

Seadanya Catatan Bicara Badal Sabah sebenarnya masih dalam ruang lingkup berbentuk kedaerahan dan kalau tersasar maksud bermakna sememangnya saya budak baru belajar kalau salah tolong ajarkan.

Dan sememangnya Badal Sabah ada di sebabkan keperluan adanya, bukan didasarkan berkelayakan untuk berada padanya. Dengan yang demikian itulah Abjad Sabah sentiasa mengalu-alukan kehadiran warga Abjad Malaysia untuk menziarahi kami, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.

Dengan rata-rata warga Abjad Sabah Ranau ini dalam tahap penguasaan ilmu agama yang kirtikal, ayat-ayat sufi jangan harap dapat di faham apa lagi boleh di mengertikan.. jadi tak adalah budaya kata-kata sufi… dan tidak pernahlah kedengaran ayat-ayat sufi di kumandangkan.. malahan direct the point pun tak tercapai maknanya..

saya menantikan ulasan Tuan Setiusaha Abjad Malaysia mengenai lawatanya ke sabah sekiranya Beliau akan menukilkannya dalam blognya.sama-sama kita layari blog ustaz zainuddin othaman dan Facebook zainuddin othman telah mula beroperasi.

Selasailah sudah majlis mandi Minyak Abjad Cawangan Sabah. Terima kasih daun keladi kepada Setiausaha Agung Abjad Malaysia kerana sudi hadir pada program kecil anjuran Abjad Cawangan Sabah. Ada dana terkumpul, abjad sabah akan merancang program dan Abjad Sabah akan menjemput lagi sesiapa yang berminat untuk hadir.

Terima kasih juga pada Jawatan Kuasa Program yang sudi bertugkus lumus mencurahkan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program yang sehingga boleh dapat di hadiri oleh Setiausaha Agung Abjad Malaysia.Allah swt. sahaja yang maha mengatahuinya.

Saya sebenarnya hampir-hampir tidak dapat mengikuti program ini, kerana di saat-saat akhir saya menerima surat arahan kerja pada hari cuti persekolahan, saya telah cuba memohon pelepasan dengan menyertakan surat jemputan dari Setiusaha Cawangan Abjad Sabah selaku Penyelaras Program.

Alhamdullilah belumpun selasai proses penghantaran surat pelepasan, arahan kerja itu di pindahkan pada suatu tarikh hari berkerja. Ketentuan Allah Swt dapatlah juga saya menghadiri majlis yang dirancang oleh Jawatankuasa Abjad Sabah ini.

Tiga malam Tuan Setiusaha Abjad Malaysia tidak tidur melayan anak-anak buah di Cawangan Abjad Sabah ini. Keramahan , tutur kata lemah lembut dan ketabahan Tuan Setiausaha melayan karenah anak-anak buah membuatkan suasana kekeluargaan terpancar pada situasai.

Sambil tekun menerima amanat, anak-anak buah tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan tips-tips sebagai kegunaan individu, bermacam-macam di Tanya. Nak terbang pun ada..nak ayat pengasih pun ada..

17hb march 2010
Apa lagi bila mana Tuan Setiusaha akan berangkat pulang terasa anak-anak buah tidak mahu melepaskannya.dalam penghantaran ini saya tidak mengikut serta. Tapi saya di fahamkan dalam perjalanan ini, tuan setiausaha Agung Pusat sempat memahirkan diri dalam beberapa teknik silap mata jadi mohonlah agar beliau dapat mempersembahkannya. Tapi mesti ada pengerasnya….Kan?

19hb march 2010 malam sabtu,
untuk pertama kalinya saya menghadirkan diri ke Tapak Latihan Padang Abjad Sabah padang bola Sepak Kampong Lohan 1 Ranau Sabah. Kehadiran adalalah membanggakan sekitar lebih 20 orang lebih. Saya sendiri mengandalikan Sesi Adab Guru, Jabat 14 dan sesi melepaskan gerak. subahanallah.. barangkali betullah kata zenarasi pertama 11 tahun pun belum merasai ada apa-apa.

Kami di Jawatankuasa Abjad Sabah belum dapat mencari Guru Latih yang mempunyai Bai’ah Kalimah Tauhid, Asasnya Jawatankuasa Latihan Padang sememangnya mempunyai langkahan hulubalang, malangnya pewaris langkahan tersebut tidak menizinkan Jawatankuasa Padang untuk mengguna pakai langkahan tersebut dalam latihan padang yang adakan.

Pagi 20hb march 2010
Saya dikunjungi salah seorang zenarasi pertama Warga Abjad Sabah. Orang kata dia ni nak panggil ustaz bukan ustaz nak kata tok bomoh tak Nampak ciri-ciri Bomoh, bila merawat orang mujarab dan dah ramai yang sembuh di rawatnya.

Sebenarnya pagi itu,Saya menyuruhnya agar beramal dengan nadi 10, dalam tempoh 40 hari dan jangan memenuhi jemputan orang dalam tempoh itu. Nampaknya beliau macam agak keberatan .

Akhirnya dalam perbincangan saya dengan Setiusaha Abjad Sabah berkaitan mimpi, Baharulah kawan kita ini mengakaui bahawa amalan dan keupayaan yang beliau amalakan dan gunakan ini berasal dari bermimpi diletakan dalam tanganya oleh Almarhum Cikgu Saidin Tasik. 13 tahun yang lalu.. Allahu akbar

Dengan Ustaz Din pun beliau tidak bertanyakan hal ini, tidak sempat berebut-rebut dengan orang lain katanya. Oleh kerana saya yang menjawab, jawapan saya, tidak menerimanya pakainya walaupun yang hadir dalam mimpi itu wajah guru saya, kerana yang datang itu hantu dan ajaran itu dari hantu dan salasilahnya amalan dan ajaran ini adalah berasal dari hantu.

Malamnya sempat kami buat qatam quran di rumah saya, mudah-mudahan bertambah reziki dan tambah isi rumah dan berhajat yang terasas di hati… amin. Dan pertamanya saya perdengarkan syair maharaja , masa majlis mandi minyak ustaz Din telah perdengarkan buat julung kalinya.

Jam 1.00 pagi 21hb march 210
saya bertolak kembali ke Labuan, saya akan menaiki fary di menumbuk pada jam 7.30 pagi, setiba di Labuan pada jam 9.00pagi, sampai di rumah maka penanda tibalah masa untuk qada segala kepanatan..
allah… allah… allah.. allah…allah…allah… allah

2 comments:

  1. Walau tangan ini tidak mencapai gerak dipohon ,walau hati ini tidak tergapai rasa pada rahsia. walau zahir ini hanya gah dalam jahil, apatah lagi batin ini tempang dihinggap noda. Syukurku beganda-ganda pada yang ESA , walau hati sering terhinggap kesana sini, namun kurniaNYA mengunci kaki ku pada Alif Ba Jim Dal walau masa menujah berlari walau faham cuma secubit rasa pada daerah ini.
    kucup ku pada tangan guru ku sentiasa teguh. Hanya lafaz kebiasaan terima kasih buat mu tuan, mampu aku bicarakan. kerana berkat tangan mu, aku terkunci pada lafaz kata mu pada membesarkan yang Maha Perkasa.
    Hanya lafaz kebiasan terima kasih buat mu tuan mampu aku bicarakan, walhal sebenarnya lebih dari itu. Agaknya kebiadaban dan kejahilan ku selama ini membuatkan aku bodoh pada perjalanan ini kerana menzahirkan tuan seperti teman seadanya. Rasa hati ku meronta mengucup tangan mu sezahirnya, tapi ego dan malu seolah menganggap tuan seperti teman. Mendengar aku pada dua guru, salah beradab pada gurunya, menjatuh rohani serendah-rendah. Pasti ini bukan kosongan, Hikmah Allah menyampaikan berita ambil sebagai tauladan.

    Pada angapan ku yang jahil, mungkin berkat guru tertahan kerana adab yang tidak beradab pada mu tuan. Ku pohon kurnia DIA ,Tuhan yang Amat Pengasih dan Pemurah, menzahirkan adab ku yang beradab pada mu tuan. Angkatla telunjuk mu menunding kepala ku, sulamlah tali pada hidung ku, InsyAllah akan ku merangka mengikutimu. Biar keliling mengata taksub, taksub ku pada yang hak. Aku pohon doa dan ampun maaf pada selama ini dalam pergaulan. Terbangkan aku menuju Mursyid, biar sampai kepada Murabbi.
    Hanya inila semampu aku, yang bisu pada syariat dan buta pada makrifat. Luahan hati yang masih mati, masa bermadah pada detik ini masih terasa hati beulam riak. Itula adat bagi salik, Tuan ku mohon maaf, doa di pinta.

    Wassalam..

    En. Salik

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback