Wednesday, February 24, 2010

biasa la... tu

Bismillah… Maa Syah.. Allah. Allahu Akbar

Selasa 23hb febuari 2010 jam 9.00 malam saya menerima sistem pesanan ringkas dari Setiausaha Abjad Cawangan Sabah, bahawa beliau telah menerima panggilan telefon dari balai polis Ranau, dan dikehendaki untuk berhubung dengan bahagian itu dalam masa terdekat. Sebenarnya dari pengalaman saya memang perkara seperti ini sentiasa akan berlaku dan kita hendaklah berkesediaan untuk berkerjasama setiap masa dan ketika. atas kata kapisiti kita,Warga Bangsa Melayu Sekira-Kira Agama Islam, Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah. Dan sebagai rakyat Malaysia kita juga perlu menunaikan tugasan awam, kerja sosial dalam membantu Negara dalam apa-apa aspek sekalipun terutama dalam sesuatu bidang yang kita boleh membantu dan mencurahkan bakti.

Ketarampilan Seni Silat Abjad Asli kepada Masyarakat juga adalah satu tugasan awam untuk membantu terutama dalam Dakwah Islamiah, membantu mendidik anak bangsa lebih berdispilin dan Sangat Cinta Setia Pada Nusa Dan Bangsa. Terutama di masa kini yang mana cabaran budaya gejalah sosial yang sangat-sangat meruncing diperkatakan oleh masyarakat kita ,
Abjad Asli berdakwah dan tampil ketengah masyarakat mengikut acuan sendiri,ruang kosong dipenuhi untuk penawaran aktiviti-aktiviti dan perkhidamatan kemasyarakatan yang bersesuaian adalah keutamaan sebagai daya penarik muda-mudi , manakala ketenangan jiwa dan persediaan kerohanian, lanjutan pengatahuan agama adalah penawaran kepada golongan yang lebih dewasa.

Abjad Asli tidak perlu untuk bersaing dengan mana-mana pertubuhan , malahan Abjad Asli sentiasa terbuka dan sentiasa melebarkan kerjasama kepada mana agensi-agensi atau pertubuhan-pertubuhan terutama dalam bidang yang mampu untuk dikongsi bersama.
Bermula Abu jahal (terjemahan melayu ialah Bapa segala orang Jahil ) digelar jahil bukan kerana sebab tak pernah bersekolah, atau tidak bijak atau tidak pandai meniaga atau tidak pandai memimpin atau segala-gala atau lagi. Abu Jahal adalah bangsawan orang arab ada kedudukan dan tempat dalam masyarakat Arab jahiliah, Orang Arab yang disebut Jahiliah ini kerana keengganan mereka beriman dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pertubuhan Abjad tidak pernah menghirukan pertuduhan-tuduhan liar dari mereka-mereka yang Fasik lagi jahil murakkab. Abjad Asli adalah Pertubuhan yang sah dari segi undang-undang sivil dan hukum-hukum syarak, ahli pertubuhan Abjad ada juga dari kalangan pengamal undang-undang sivil dan hukum-hukum syarak, Cuma tak berminat heboh pasal bab saman menyaman ini, buang masa saja. Lebih baik sembahyang sunat dua rakaat.. dan bermunajat . ya Allah.. jadikanlah aku murid bagi mereka itu di dunia dan akhirat biarpun aku didalam beberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun. Amin
Abjad Asli bergerak seperti pertubuhan-pertubuhan lain, di mana ahli-ahlinya perlu membayar yuran kemasukan dan yuran keahlian tahuanan sebagai para syarat sebagai keahlian. usahlah dipertikai yuran yang tak seberapa itu, nak seribu daya tak nak seribu dalih.Abjad Asli cawangan sabah ini,Ahli Jawatankuasanyalah yang terpaksa berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan apa-apa program dan segala aktiviti, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri , kalau tidak, apalah yang dapat dibuat tanpa sumbangan peruntukan kewangan.

Barangkali Saya belum sampai tahap untuk berat memikirkan nasib budak-budak yang tak cemerlang keputusan peperiksaanya, bukan ber sebab kerana saya bukan Guru Akedamik,memanglah tugas awam saya utamanya sebagai Guru Agama, sebenarnya yang lebih merisaukan saya, melihat esok mati masuk kemana orang-orang ini? Sama ada telah memilih syurga ? atau telah memilih neraka ? sebagai distinasinya akhirnya!!!..
Umur aqil baliq bagi lelaki selewat-lawatnya 15 tahun manakala bagi perempuan pula umur 9 tahun dah ada yang aqil baliq, jadi seandainya meninggal dunia sebelum umur aqil baliq ini. ALHAMDULLILAH tanpa mengira status agama mana sekalipun kompom terus menjadi anak-anak syurga.manakala seandainya Meninggal dunia ketika dalam darjah 6 sudah pasti akan akan merasai dihisab amal buruk baik perbuatanya di dunia ini.lebih-lebih lagi didalam kubur malaikat mungkar dan nangkir pula, pastinya tak akan bertanya pasal kenapa tak lulus S.P.M? kenapa tak masuk univesiti? Kenapa tak dapat kerja?

Alhamdulilah Tarbiah Abjad Asli kepada Pendukungnya, telah terbukti berkesan dan berkembang pesat,ini boleh dibuktikan dengan wujudanya pusat jagaan orang-orang tua, pusat jagaan anak-anak yatim, sekolah Tahfiz dan wujudnya instituit pengajian tinggi Agama swasta milik sendiri Pertubuhan Abjad Asli. Dan Saya juga telah dikhabarkan dengan adanya pusat pemulihan dan klinik perawatan sendiri contohnya Milik pak Non bertempat di SG. Petani kedah, ini semua adalah bukti sumbangan dan jasa bakti Pertubuhan Abjad Asli kepada masyarakat Malaysia, Abjad Asli Ini bukan Sekadar satu cerita kosong belaka..

Allhamdulilah syukur Tiba-tiba Allah S.W.T. telah memilih Abjad Asli Cawangan Sabah Muncul di Kg.lohan Ranau Sabah. Apa Istimewanya Kg.Lohan 1? Cabaran yang dialami oleh pendukung-pendukung Abjad Asli memang lumayan hebatnya.. Selalu saya kata, banyak mendapat Markah Free… sapa tak mau markah free?
yang peristiwa yang mengembirakan ini kita rakam bersama surat Al-Quran (110) An-nashr ayat1-3.
بِسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيمِ
اذاجَاء نصراللهِ والفتح
ورأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا
فسبح بحمدربك واستغفره انه كان توابا
Ertinya,
Apabila pertolongan Allah dan kemenangan itu telah datang dan telah kamu lihat manusia dengan berduyun-duyun memasuki agama islam,maka bertasbihlah memuji tuhanmu dan meminta ampun kepadanya,sesungguhnya Allah itu penerima taubat.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback