Monday, February 1, 2010

ikutlah kami ke daerah abjad asli

Sebenarnya saya ketinggalan teramat jauh dalam pengalaman IT ini . Biarpun dah lebin 3 tahun memiliki laptop jenama koman acer, koman-koman pun usaha sendiri juga. Saya minta kawan belikan di Kuala Lumpur sebab orang kata di sana murah sikit, lagipun saya tak tau apa benda ada dalam laptop kalau saya yang beli sendiri . Cumanya wiles internet gagal beroperasi. Sehinggalah pada satu hari di kedai lepak si Ulad, Cikgu Idrus Ariffin SMK Lohan Ranau .bertanyakan saya tentang Facebook? Apa itu aahh…? Kaisah ini baru berlaku sekitar cuti akhir tahun 2009. Nasib saya baik juga, kebetulan Cikgu Jasni Jahani SMK Timbua Ranau ada bawa laptop, dan atas saranan dan panduan Cikgu Idrus, Cikgu Jasni pun baru bina Facebooknya malam tu juga. ala..la tugasan saya pula adalah …. meniru….

Hujung tahun balik saja ke Labuan, saya belajar bina e mel baru .siap bebarapa minit ja. belajar pula cuba-cuba bina facebook setakat dapat uplood juga gambar dulu. 4 hari di Labuan, balik kampong cuti Krismas, awal-awal saya dah pesan minta Cikgu Mazlan belikan USB Adapter d Kota Kinabalu,harganya Murah sikit berbanding di Labuan biarpun Labuan pulau bebas cukai. Di resthause lohan Cikgu mazlan tolong Instal dan dah boleh dapat wiles internit sudah Cikgu Mazlan Atin setiusaha Abjad Sabah, maju dah dengan IT ni dan saya juga belajar tanam candawan dari dia.jom menanam candawan.Facebook belum boleh pakai ada kurang barangkali.

Bercuti tiga hari di kampung sempat masyuarat dan bagi bai’ah orang baru, esoknya saya pun bertolak kembali ke Labuan.cipta Rekod baru pukul 3.00 pagi dari rumah , singgah kawan di kundasang,cari punya cari gerai makan belum ada yang buka, oleh kerana belum ada gerai bukai awal pagi terus saja ke menumbuk ,sampai jam 8.30 pagi makan dulu… baru urus kereta. Jam 12.30 petang sampai Labuan lapor diri dulu di sekolah baru,Guru Besar Baru Ustaz Radzizam Awang Damit kemudian ke sekolah lama Guru Besar Baru Juga Ustaz Ali Han orang kuat Datuk Yusuf Mahal, saya ambil barang-barang peribadi yang ada. Tak jadi-jadi juga saya Guru Besar alaa.. la..
Esoknya bertugas dan baru berhadapan semula dengan laptop yang ada wiles, wui… seronoknya.. Alamak Facebook masih tak bole buka pula, hari tu suda bina, dah upload gambar pun , tapi tak pandai pakai pula, alaa…la.. tinggalkan dulu. ada tugas lain lagi ,boring-boring teringat pula nak menulis, masa inilah saya mula cuba menulis bicara Awal Badal Sabah, banyak kali juga edit dah post pun masih edit.

satu hari saya singgah di rumah seorang kawan ,sebab malas nak balik rumah awal ,tiada apa mau di buat,lepak punya lepak, saya Nampak kawan tu tinggalakan laptopnya semantara untuk solat . wah.. ada can menganggu…… kawan tu sedang main facebook bah tadi, jadi terujalah saya untuk cuba membuka kembali laman facebook yang terbangkali itu,buka punya buka. ai… tadi dia orang main dalam bahasa melayu kenapa saya buka dalan bahasa inggerish pula? Nilah kalau tak rajin sekolah Dah lah tak faham tak reti lagi… malu Segan-segan saya tanyalah juga empunya laptop itu Ustaz Wafi Suharin tak berkat barangkali. Jadinya saya bina lagi satu facebook dalam bahasa melayu pula, tu yang jadi facebook saya sekarang ,manakala yang ada gambar hendsom bahasa orang putih itu tak bergerak-gerak sudah.

Ustaz Azizi Madirin Pula Addkan saya dengan bebarapa kenalan awalnya.. dia yang main sehinggalah saya boleh bergerak sendiri . Alangkah indahnya dunia Facebook ini,saya pun ada juga menyarankan bebarapa rakan untuk membina facebook . Betul Kata Hanif Staring Boleh ketagih main Facebook ini. Asal saya menatap laptop kawan-kawan kata saya main facebook, sehingga boleh kensel main futsal wah…

Jadi lebih kurang sebulan lebih ni, saya rajin melayari laman internit ini,terutama Facebook Cuma waktu sekolah saja kerana belum memiliki boardbarnd sendiri. laptop koman saya ini wilesnya sudah boleh beroperasi selapas di format dan menggunakan windos 7 . Sambil-sambil facebook, belajar-belajar pula merayau ke laman orang melihat-lihat sambil menciplak apa yang boleh-bolah di ciplak. Saya dah jumpa blog kominiti peminat tamar jalis (SBDJ) dan (BDS) Tok Awang Ngah.
sehinggalah termasuk laman mereka yang hebat-hebat.wui.. debat kaw-kaw punya dia orang behujah hebat-hebat sehingga terdorong juga perasaan hati teringin join topik hebat-hebat itu. Nasib saya tak reti nak join sama .!nak campin it dulu. macam boleh makan juga,,,ha.. ha..ha ego juga diri, ya teringgat saya zaman muda-muda dahulu pantang tak join kalau bab ilmiah begini. Sampai berhari-hari, berkitab-kitab ,siang malam tak dapat rasa,selagi sebelum kepastian datang menjelma dan mesti menang punya ..belum terkalah tau sampai sekarang… .eee.. wah… memilih juga mangsa.. kalau yang ala kadar saja .. tak payah layan buat buang karan saja.

Saya suka acara seperti ini, kerana dikeranakannya saya akan rajin membaca, rajin mencari bahan rujukan dan yang lucunya begitulah caranya saya mencuri ilmu pengatahuan orang lain.belajar bertahun-tahun belum tentu sempat jumpa bab-bab yang demikin rupa.. jangan tiru tau…
Dan begitu mudah rupanya mencari bahan untuk hujah copy dan paste saja dari internit, berjuta bloger yang piau.. piau hebat.hebat ada bahannya. Tak mencabar minda kalau macam itu caranya. Jadi saya memilih untuk buka kadai juga .. dengan bahan pameran ala kadar jawab ikut persepsi diri bukan ajaran dari saya atau pendapat saya jauh sekali menganggap diri.

Setahun lebih sudah saya menjadi wakil guru pusat (badal)biasalah dan tadi setiusaha Abjad sms aktiviti latihan padang katanya cuti dah dua minggu, apa kena bro.. ? jawatankuasa padang inilah cabaranya bawa- bawalah bersabar... semangat sangat barangkali hingga segala iblis dan syaitan di hati tergerun ..pada halnya Sebenarnya bahagian inilah penyumbang utama dispilin pencapaian tahap demi tahap..bukan tujuan menjadi pendekar tanpa nama.. apa lagi mau jadi ultramen .. jauh sekali

Dan rasanya tugas saya sebagai pengerusi dan wakil Guru Ijazah cawangan untuk negeri sabah amat perlahan dikeranakan saya masih berada pada tugas asas sebagai penjawat Jawatan Jabatan kerajaan , kekengan masa dan jarak perjalanan yang amat jauh bagi melaksanakan apa yang sepatutnya boleh diawalkan. ditambah pula mula Agak berat pula rasa hati untuk melapaskan jawatan jabatan ini. Bila dah melalui pendapatan bulanan di angka begini dan lebih-lebih lagi terkenang masa – masa susah dahulu terdetik luahan rasa … mungkin tak sanggup bersusah lagi. * Mudah – mudahan Allah S.w.t. menganugerahkan dan memilihkan saya suatu keadaan yang akan menguntungkan saya dan untuk kita semua di dunia dan akhirat.

Saya sentiasa ingin dan bersedia berkongsi dengan semua. pada pengalaman saya yang menuju ke daerah abjad asli dan kerana barangkali tiba sudah saatnya untuk saya patut keluar ke daerah- daerah lain untuk mewar – warkan bahawa di mana ada satu daerah bernama daerah abjad asli yang mana pada daerah ini terdapat penghasilan yang jarang di temui di daerah perkampungan lain, biarpun penghasilan – penghasilan ini sebenarnya adalah hakcipta terpelihara dan hanya dapat dimiliki dan di kongsi oleh mereka yang telah di izinkan mencapainya, dan sepertinya saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya atas apa keadaan,cara,dan apa perolehan di daerah abjad asli ini. Formula – Formula yang di perolehi kemungkinan tidak sama dan Semestinya datanglah dan cuba sendiri…… alami suasan keriangan yang berlaku,

cerita mereka yang hanya melangkah ke gerbang pintu kemudian terpancul keluar dan mereka yang mengintai-gintai cuma dan mereka yang berkeliling-keliling cuma di daerah abjad asli ini amat kesian budi bicaranya kerana gagalnya mendapatkan gambaran perolehan di daerah abjad asli. Terlebih kesian lagi bagi mereka-mereka yang ke pekampungan gersang dan tandus untuk bertanyakan khabar berita hal ehwal di daerah abjad asli, negeri darul salam.padahal mereka yang berada di perdaerahan abjad asli ini berada di bawah payung dan di bawah naungan syekh muhiyiddin .
Rakan-rakan sekelian, mereka –mereka yang telah menuju ke daerah abjad asli ini datang dari segenap pelusuk gugusan perkampungan, perdaerahaan dan pernegerian, dan yang alang kepalang ada antara mereka ini adalah telah mencapai perolehan pangkat gelaran bangsawan,memegang kuasa dan pewaris di daerahnya lalu meninggalkan semua itu seterusnya melangkah menuju menerima seruan ke daerah abjad asli ini dan rata-rata mereka inilah yang mencapai kedaulatan menerima Anugerah seterusnya di daerah abjad asli ini.

Memang kita tidak nafikan ada antara mereka-mereka yang telah memasuki daerah abjad asli ini. Mengeluarkan diri atau terkeluar atau dikeluarkan ,lalu berceritalah keadan semasa yang tidak di gemarinya di daerah abjad asli ini, apa sebenarnya yang terjadi.? Sehingga ada perkara begitu berlaku… saya selalu mengumpamakan hal begitu seperti pada padi ada hampas ,pada beras ada padi, pada beras ada batu.Cuma mereka yang mengeluarakan dirinya dari negeri abjad asli ini adalah mereka-mereka yang tanpa tujuan, kemana pun mengambara daerahnya tatap serupa adanya jarang diketahui menjadinya walau bagi seorang keberadaannya

Tuan tuan puan. Melangkah saya kedaerah abjad asli dengan kosong sekosongnya dengan tujuan mudahlah saya mengutip serupa adanya yang ada pada daerah abjad asli ini. ini rupanya yang gagah melangkah masuk dengan membuang meninggalkan semua dengan tanpa niat untuk singgah mengambilnya kemudian sekembalinya dari perjalanan yang tak tentu berpatah pada arah yang sama,ini adanya atas nasihat Tok Ayah Tasik baru ku merasa kini...

Dan sebagai santapan minda ini ada satu soalan bodoh…?

Telah lengkap sempurnanya seruan dan ajaran Nabi Muhammad S.a.w tidak perlu ada lagi tambah atau kurang benda yang dah ada masa kini, seperti ada orang bertanya kan pandaikah Nabi Muhammad memandu kereta ? atau dulu-dulu mana ada jet bawa bom ? Nak Jawab Macam mana ? tentu bermacam-macam jawabnya kan ? bah letak solan ni di Facebook melatup …. Ini Jawaban tahap saya dengan penuh keyakin dan kepercaya Nabi Muhammad S.a.w. Mampu memandu kereta dan dengan kurniaan Allah S.w.t, sejak azali lagi Nabi Muhammad saw telah dahulu memandu kereta .
Wallahu ‘alam.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback