Wednesday, January 13, 2010

patod penunubakan dan sajian

Satu upacara masyarakat kami yang ada persamaan dengan ajaran agama lain ialah Pated * penunubakan iaitu satu tempat atau longgokan sesuatu yang dipuja disangkakan dapat menerbitkan kuasa yang boleh memberi pertolongan apabila diperlukan malahan kadang-kadang sembahan kepada patod ini adalah binatang yang lebih besar seperti dari kambing ke lembu dan kadang-kadang benda itu mau juga rasa konon kerbau yang pendek dan tak hendsome itu. ,sembahan-sembahan seperti tersebut juga ada didalam amalan agama hindu dan buddha.seperti yang kita biasa lihat di kuil-kuil hindu dan tokong Buddha.Cuma barangkali kita tak pernah berfikir atau ambil tahu, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik,tujuan atau kandungan yang tersirat dan tersurat didalam amalan seumpama ini. Apa lagi untuk bertanyakan keasahanya.

Manakala sesajin dalam amalan kebapaan itupun saya rasakan adalah upacara sembahan kepada Makhluk yang suka makan wangian.seperti binatang yang berlakun dalam sarkes apabila selasai membuat persembahan maka diberilah makanan.makhluk ini diberikan makanan kerana telah selasai melakukan perkhidamatan atau persediaan untuk melakukan tugasan-tugasan yang akan di berikan kemudian.

Makhluk ini sebenarnya dipelihara mengikut perjanjian persefahaman yang telah dipersetujuhi oleh pemiliknya. Bermacam-macam kaedah dan petua amalan dalam perjanjian seumpama ini.Menurut cerita makhluk itu akan memakan sedikit darah tuannya untuk memudahkanya menjelma seperti tuannya.makhluk yang tidak bertuan tidak mempunyai irasan wajah dan dikatakan tidak akan berapa ganas berbanding dengan makhluk yang telah memakan darah tuannya. Selain dari boleh menyerupai rupa tuannya termasuk boleh mencampuri isteri tuannya.maka makhluk bertuan ini lebih agresif dan suka cari pasal.malahan ia akan menyebabkan tuannya sukar untuk menghadapi norma kehidupan beragama, teramat mudah marah-marah.dikatakan pula susah untuk mati jika tidak sempat mewariskan makhluk peliharannya kepada pewarisnya.

Proses pewarisan ini sebenarnya tidak rumit kerana tidak memerlukan satu upacara yang tertentu.ia boleh berlaku dalam kata-kata kiasan,sesuatu benda-banda hadiah,dan lebih-lebih lagi kalau pemilik asalnya telah mempertaruhkan DAN menyetujuhi bahawa semua keturunan anak cucunya adalah pewarisnya.

1 comment:

  1. saya sangat rapat dengan ritual ini. bila dipertanyakan tentang amalan itu, "ni kenduri, hal org tua2"... memang TEPAT. hal org tua2 yang tidak mengenali dan menghayati secara mendalam makna AKIDAH dalam Islam!!! Semoga insan yang yang terlibat mendapat petunjuk untuk kembali ke jalan yang lurus(benar) daripada Allah S.W.T

    iman sesorang tidak akan sempurna selagi mana dia memakai azimat/tangkal. *k*

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback