Wednesday, January 6, 2010

bicara awal badal sabah

Salam perkenalan dan salam untuk warga Abjad,warga bangsa Melayu Jawi. Syukur Allhamdullilah segala puja dan puji kehadratnya jua.Pada masa ini telah di sah kan lah sudah cawangan Pertubuhan Seni Silat Abjad Jabat Jilat Malaysia. ke Sabah Negeri di bawah bayu oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Terletak di Lembah Kinabalu menuju ke Air Panas Poring. KG. LOHAN SATU RANAU SABAH. Tempat kelahiran saya.Terima kasih saya kepada kedua ibu bapa yang amat memahami saya,keluarga seterusnya,saudara mara dan saudara-saudara mereka yang tak serik dan tak berbelah kepercayaan, memberi sokongan moral kepada diri saya. Tanpa anda semua apalah yang boleh saya lakukan,Saya akan berkongsi dengan pemilik bloger untuk menghias dan melayan emosi tetamu yang hadir ke halaman kami... dipersilakan.... Segala hormatnya bloger-bloger semua di alu-alukan melontaran mutiara mutiara yang berkilau-kilauan..... bukan saya tidak beradat tapi saya sering tercarik adat .....

Sekitar april 1990 kami seramai 9 0rang, iaitu 4 lelaki dan 5 perempuan atas usaha ABIM daerah Ranau.kami dari Ranau ke Kota Kinabalu dan bertolak ke kuala lumpur mengikuti penerbangan MAS yang mana tiket penarbangan kami di biayai sepenuhnya olah Tan Sri Kasitah Gadam *Menteri ketika itu terima kasih Tan Sri.*saya tidak lupa, panggil saja bila-bila... Jasamu saya kenang. Dari kuala lumpur kami bertolak pula menuju ke Peneng Bukit mertajam ke sekolah yayasan mesiriyah. pagi tu, sesampai saja terus ditemuduga oleh Tuan Mudir untuk penentuan kelas.oleh kerana saya yang ditemuduga,maka jadinya dimasuklah kami ke kelas ikdadi *pemulihan lah ni... pagi tu juga. wah....! alangkah terkejutnya saya. bila melangkah ke dalam bilik darjah dan dipilihkan pula tempat duduk di hadapan sekali.Adik-adik di belakang kata abang, abang tolong tunduk sikit tak nampaklah.... malu juga bah saya. apa tidaknya adik-adik di belakang tu masih rendah-rendah belaka. saya pula ni sudah lepasan SPM.

Seminggu kemudian dengan bantuan kak sakinah *lama saya tak dengar berita juga dia ini *kami pakat-pakat pindah ke madrasah Irshadiah al-asraf al-wataniah SG.Bakap sebarang prai selatan Peneng.jaraknya taklah jauh sangat dari Bukit Mertajam rm20.00 ketika itu sewa teksi.setibannya di sekolah ini satu lagi kekaguman muncul bah. wah...... begini rupanya yang dinamakan sekolah pondok.Asramahnya sebiji macam pondok pondok.orang-orangnya yang ada disekolah ni pun, ada yang dah berumur 80 tahun keatas pun ada.jadi.. ngamlah betul orang seperti macam saya berada di sini.

Beberapa bulan kemudian tiba-tiba saya jatuh sakit pula, adoi.... seksa juga sakit ditempat orang ni...mimpi pun macam-macam juga dirasa.sedang sakit ni tiba-tiba ada seorang kawan datang melawat dan mengsyorkan lalu membawa saya kehospital. alhamdullilah.. lebih seminggu jaga saya mengidap demam kura kata orang sana.bergilir pula kami jatuh sakit lepas seorang seorang. kira 4 orang semua kenalah.salam perkenalan barangkali. kawan yang melawat tu terus jadi pelawat harian kami, cepat mesrah dan tak berapa kekok mendengar cara kami bercakap. serasilah tu kan.. *Ust.Hasnan Bin Hassan khabarnya dia bertugas di Jabatan Agama Islam Peneng sekarang.rupanya dia ni adik kepada pengetua sekolah pada ketika itu.

Lepas tu berkenalan saya dengan Abang Jamil,Ust.Rashid Man *khabarnya dia ni salah seorang Badal Penang bagi aliran mufarakah dengan Ustat Mat Janggut ketika ni,.juga ada Abang Kadir yang tak putus-putus menghantar saya berubat, saya pun sakit teruk oh..buatan orang konon* tang man hang la ni abang kadir * merekalah yang memperkenalkan saya dengan Tok Ayah Tasik Cikgu saidin pesarah Cikgu berangkali dan selapas itu saya sering berziarah kerumahnya *Cuma saya tidak mendapat maklumat sebanar tentang keluarga dan diri Allahyaraham ini. Jadi sudilah kiranya waris atau sesiapa yang mengatahui biodata beliau mengirim kepada saya untuk pengatahuan saya.secara tidak langsung saya terus menerima tarbiah dan pendidikan Abjad ini terus dari beliau kali pertama saya bertemu dengan Tok Ayah Tasik. Hati saya dah berbisik macam pernah jumpa tapi dimana ya… sambil saling berkenal-kenalan saya nampak beliau menggunakan kemahiran mengira kekuatan nama saya wau... Apa ada pada nama…? tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu……?.beliau tak setujuh bila saya kata saya dari suku kaum dusun sabah. Katanya sepatutnya Saya adalah dari suku kaum Bugis,orang dusun ni mana ada.katanya.Jadi bolehlah kali saya mengaku saya dari suku bugis…? lama berkenalan, berziarah dan mengikuti aktiviti Abjad terbukalah sudah hati untuk berguru dan berbai’ah dengan Tok Ayah Tasik Cikgu Saidin * Tasik Junjung guru Selindang Mereh time Jepun. Belum bagi lagi. Tok ayah tasik suruh solat hajat istikorah 40 hari, tak apalah rasa masih mudah dilaksanakan, cuba kalau disuruhnya puasa seminggu, mungkin tak sanggup la… . ala… nak seribu daya tak nak berjuta dalih..dapatlah juga saya berbai’ah dengan tok ayah tasik dan membuat kenduri asas, Ust.Hasnan Bin Hasan minta emaknya masakan ayam empat warna ,saya ketika itu digelar si bodoh.dan memang pun barangkali saya ni bodoh.Alhamdulillah untuk naik ketahap seterusnya . saya tak ambil masa yang begitu lama. Tiga bulan aja dah mula berubah… heee..tak sampai ke bulan pun.


Pengambaraan Saya baru bermula…Pesan Tok Ayah Tentang apa yang saya akan hadapi disabah ini BANYAKAN BERSABAR, *Begitu jugalah pesan Ustaz Mat Pada kami Di majlis Kuliah Mingguan di Amanjaya SG Petani ketika kami berkunjung ke sana pada JUN 2009.

Saya berkenalan pula dengan ustaz Din guru dispilin sekolah, la ni ustaz Zainuddin Bin Osman ni SETIAUSAHA AGUNG PUSAT. Ustaz din ajar saya cara mengurut. Wah. Bab ni ramai orang kampung ku minat bah. Sekarang ni cara mengurut ini saya panggil Jabat Urat. alaa…. Nak bagi sedap nama ja bah. Di sekolah Irshadiah ini Selain ustaz Din ada juga ustaz Pak long Wahab saya kenal melalui abang Jamil* orang ni pun dah mufarakah dengan Ustaz Mat subahanallah.jasa-jasa mereka ketika aku bersekolah dulu aku tak pernah lupa. Pak long Wahab masih baca Kitab Umumi . Ustaz Din ni dah kami bawa sampai ke tampat kami.Dan sempat juga kawan-kawan bawa dia naik jembatan diatas pokok ke pokok tinggi tak tinggi mari datang cuba…. kami tak tinggal pun di atas pokok… Dan ada ura-ura ustaz Pak long Wahab ni pun mau di import juga ke tempat kami dalam masa terdekat. Kebetulan pula kami dalam 4 orang pelajar lelaki tu adalah seorang yang berjodoh dengan orang sana, anak tuan guru pula tu. ni depa nak mari makan belanja kat kampong kami la …. Tinggallah saya seorang lagi yang belum bertemu jodoh….. ibu- ibu ,bapa-bapa. Siapa yang…… aiya… lagu indon

Pernah juga Tok Ayah Tasik cerita pada saya, di halaman rumahnya suatu masa dahulu ramai berlatih latihan padang dan pernah satu ketika dahulu Syekh Nasir Osmani melihat persembahan latihan padang antara Tok Ayah Tasik dan Ustaz Mat ,tuan-tuan, puan-puan encik-encik dan cik-cik, mereka berdua ini saling tikam menikam didalam sehalai kain sarung, sehinggalah habis koyak rabak kain sarung tersebut. Alhamdulillah tak ada apa-apa.. tuan guru pun berlatih bah…. Ini sebut ja latihan gelanggang .. ada yang sakit perut dan ada yang konon tak berminat …

Dan seingatan saya, ada saya pernah mengutarakan tentang mimpi saya yang aneh, saya bermimpi ,saya berbai’ah dengan Tok Ayah dengan tangan bersilang……

Masa sekolah menangah dulu saya minat betul baca cerita bersiri dalam Varisari Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis dan ada buku dijual atas nama Berkelahi Dengan Syaitan oleh Tok Awang Ngah. Aku rasa mereka ni lain daripada yang lain, dan teringin sekali saya mau berkenalan dengan mereka ini, siapa sebanarnya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah ini…. *sudi-sudilah berkenalan dengan saya…yang amat menarik hati saya, suasana yang berlaku pada mereka ini dalam buku itu sentiasa ada dan pernah berlaku pada Masyarakat kami…apa tah lagi dengan saya dari dulu dan sampai sekarang pun, tak larat nak tanggung…, *dulu sepatah ayat al-quran pun aku tak pandai baca . Ustaz dalam cerita berkalahi dengan syaitan banyak menggunakan ayat al-quran dalam kaedahnya dan ada ditulis dalam tulisan rumi tapi aku tak mampu bunyikanya dengan betul, manakala watak datuk dalam bercakap dengan jin lebih banyak menggunakan petua-petua dan pantang larang masyarakat melayu pada ketika itu. wui… dulu-dulu aku orang muda memang berminat tau bab-bab begini dan ada juga aku ikut kawan menuntut ilmu…..

Cara aku berguru dengan Tok Ayah Tasik tidak sama berguru yang dulu-dulu.saya perlu menolak dan membuang semua yang terdahulu. Aku bermula dengan mengosongan segala-galanya ,sanggup tak sanggup!.?. Dan ada sedikit kejutan, percaya atau tidak percaya sedar atau tidak sedar. rupanya masyarakat kita ini memang mempunyai pendinding, kita mewarisi sesuatu dari nenek moyang yang telah membuat perjanjian dan persembahan kepada selain Allah s.w.t. dan yang jadi masalahnya sekarang, pendinding kita ini sering menuntut sesuatu, dahlah tidak sesuai dan tidak menapati syarak’...masyarakat kita pula terasa sayang akan benda-benda seperti begitu.. dan proses untuk memisahkanya pula sesuatu yang tak mampu digambarkan…kerana mereka mengatahui keturunan darah yang pernah mereka makan sejak dahulu lagi..BENARKAH INI BERLAKU ? rupanya saka yang saya bawa boleh dilihat sejauh jaraknya oleh pengamal kerohanian.. saka boleh diwarisi dengan mudah manakala membuangnya pula terpaksa melalui proses yang sukar…..entah dari mana saya warisi….

Saya beramal dengan Jabat 14 dan Jabat Penimbul Versi Tok Ayah Tasik sampai ke hari ini.. Saya juga maklum dengan beberapa versi Jabat 14 dan Jabat Penimbul lain.Dengan kawan-kawan pernah saya pamerkan Jabat 14 Versi Tok Ayah Tasik. Cuma saya lebih menggalakan mereka memakai Jabat 14 Versi Kabangsaan yang telah dipersembahkan oleh saudara Setiusahaa Agung Pusat. Manakala untuk Versi Jabat Penimbul Tok Ayah Tasik tidak pernah lagi saya persembahkan kepada sesiapa dan saya amat berharap juga dapat berlatih dengan pewaris Jabat Penimbul Versi Tok AyahTasik, kerana saya pernah mempunya rekod membuat kesilapan pada Versi Tok Ayah Tasik, Nasib ketika itu sempat lagi saya mempersembahkanya dihadapan Tok Ayah Tasik dan membuat pembetulan.

Sekitar 1995 selapas mengambil 4 Thanawi dan STA di Titi Serong Perak akhirnya saya mengambil keputusan untuk kembali ke kampong halaman.sambil cuba-cuba applay kerja dengan kerajaan dan.terpaksalah juga kerja-kerja kampong untuk cari duit saku. Lama juga menganggur, nasib ada juga yang sudi tolong jadilah saya guru sandaran ,3 tahun jadi guru sandaran . Nasib tak berapa baik, julai 1999 jawatan guru sandaran di berhentikan saya tak layak pula masuk maktab menganggurlah lagi. Alamak…. apa nak buat ni…tak ada tersimpan apa-apa..

Dalam tempoh menganggur kali kedua ini lebih banyak cerita dan pengalaman….
Sabtu 11.03.2001, pada hari kelahiran saya Ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir setelah sekian lama menghidap penyakit alaf baru. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI.. masa ayah saya meninggal dunia, saya hanya ada rm 29.00.mana nak cari duit.. ah….aku ada motor RG kira nak jualah motor tu.Alamak.. motor ni orang lain yang pakai pula . Subahanallah ini semua kehendak allah swt . Setelah kematian ayah. barulah saya tahu didalam dompetnya, ayah ada menyimpan gambar saya ,Allahu Akbar,.menjunjung kasih seorang ayah, Al- Fatihah untuknya..Ayah saya ini, pernah mengikut orang berbai’ah dengan saya. Ketika itu saya membai’ah orang tanpa izin dari Pusat. Lagi pun Orang yang datang, saya tak pernah ada bagi tau walau seorang pun yang saya ini beramal dengan Seni Silat Abjad. Ingat senangakah mau korek ilmu saya….aku susah payah belajar senang-senang mau kutipkah.. Macam mana mereka tahu… wallahuallam…

Satu hari, entah macam mana dimintalah aku oleh Balai Polis Ranau untuk memberi ketarangan konon ada budak-budak buat laporan saya Mengajar silat dan mengutip bayaran. Aku tak marahlah polis panggil saya.sebab ada jugalah tau sedikit tu peraturan , cuba bayangkan manalah saya mau bahayakan diri saya. dahlah Mengajar silat tu memenatkan, menganggu kerja dan memang tak dapat apa-apa income pun..buat apa nak buat juga..lebih baik tanam sayur atau tanam candawan dapat juga duit minum-minum kopi. Ya lah..kan .. Budak-budak ni lapor sebab saya tak mau Mengajar barangkali atau memang ada yang merasa di hati…. Sehingga aku mencari kerja pun diganggunya, cari punya cari kerja .. dan halangan demi halangan ,Alhamdulillah orang tolong dapatlah saya kerja di Labuan.

Julai 2004 saya mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Islam Abu Bakar Bebuluh Wilayah Persekutuan Labuan. Alaa…. Mula-mula dulu pun, aku ingatkan labuan ni maju dan sejeterah. Labuan bukan macam seperti dulu syurga membeli-belah. Tidak ada lagi yang menyeronokan tentang labuan melainkan bagi mereka yang lemah imanya.apa tah lagi bagi orang yang tidak beriman. kepada macam kami. Alahai.. kepada siapalah boleh disuarakan..dah lebih sepuluh tahun Elaun bulanan RM470.35, layak, pula menerima bantuan baitulmal RM250.00 jadilah RM667.35 sebulan. Sewa rumah, bil air ,bil letrik, belanja dapur.dan tambah lagi Penolong Pengarah yang ada sekarang banyak mewajibkan kehadiran aktiviti yang tiada kaitan langsung. tak datang, dapat surat amaran bila datang, terpaksalah keluar duit belanja tambang menambang kenderaan .kalau dikira-kira tak mampulah ustaz dan ustazah ni membesarkan anak-anak mereka dalam situasi begini, syabas., gua Tabik hormat lu semua Alhamdullilah mereka boleh bertahan sehingga kehari ini.sabarlah, dah dapat bertahan selama 23 tahun, apa saja kalau dua tiga tahun kehadapan lagi sabar. Dan banyakan bersabar.

Baru-baru ini yang ada SPM dapatlah tawaran DGA29 Kontrak 2 tahun. termasuklah juga saya. Lumayan… sehingga ada yang cemburu. Yang peliknya kami terpaksa turun pagi 7:30 Pagi - 11:30 Pagi dan petang1:30 petang - 5:30 petang,kalah-kalah time pejabat bah.di tambah lagi kena bergilir pula menolong tugasan kepejabat ,dan ayat powernya tak habis-habislah pula kami dikata tak layak tak layak. Kamu tak layak! Tapi disuruh kerja macam-macam. sapa tak sakit hati .Macamlah dia yang urus semua,sehingga habis dibantainya Penolong Pangarah yang lepas-lapas tak pandai buat kerja katanya. Wwho… nasib saya bukan ultramen fire….. terus bah…. Wah! main sedap hati aja…tuuu laaaa tak layak jadi ultraa…. Menn…. Inilah lumrah kita makan gajikan?, saparuh gaji itu memang untuk kita dimarah,tak tahan, baik letak jawatan saja. Barangkali itulah jawapannya untuk diri saya supaya dapat berkhidmat sepenuh masa sebagai Badal Negeri Sabah?
. Sekian wassalam

BADAL SABAH


4 comments:

  1. Terima Kasih Tuan Syekh Badal Sabah kerana sudi mewarnai beberapa coretan di blog hamba yang da'if lagi hina ini.
    Untuk pengetahuan para pengunjung blog ini, tulisan diatas merupakan Ihsan dari Tuan Badal Sabah. Ust Rahipin Bosirin.
    Webmaster blog ini sentiasa mengharapkan tulisan-tulisan perkongsian dari Beliau.

    ReplyDelete
  2. Masam masin kehidupan...
    jack,
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

    serba sedikit pasal Tamar Jalis :)
    *K*

    ReplyDelete
  3. Penolong Pengarah tu ckp besar, ckp x serupa bikin... mcm bagus ... suh guru2 pakai tudung labuh ... kat pejabat ramai yg pakai tudung sekerat...

    ReplyDelete
  4. Cikgu Saidin itu bapa saudara saya. :-) Al-Fatihah.

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback