Saturday, January 16, 2010

Apa menarik sangat di daerah Abjad asli

Telah di khabarkan kepada saya bahawa Pertubuhan Seni Silat Abjad Jabat Kilat Malaysia Cawangan sabah di kg. lohan 1 ranau telah memulakan aktiviti latihan padang dan diadakan pada setiap malam sabtu bertempat di padang permainan bola kg.lohan. Tahniah. teruskan...
kepada sesiapa yang berminat sila berhubung terus dengan Jawatan Kuasa Latihan Padang. Bukan pedang ah…..

Dengan pengalaman yang sedikit jua ini bersama di daerah Abjad Asli. Saya selalu mengumpamakan pertemuan saya dengan daerah Abjad Asli ini seperti satu masa tiba-tiba terlihat seorang gadis yang menarik dimata dan menarik dihati, lalu tergeraklah hati untuk mahu berkenalan denganya,dan ikhtiar cara berkenalan denganya adalah didorongkan dari kekuatan dan kehendak hati… saya terdorong ke daerah Abjad Asli ini pada hal seperti yang saya telah ceritakan dalam bicara awal Badal Sabah.

saya ingin kongsikan bersama,

Apa sebenarnya yang menarik sanggat tentang daerah Abjad Asli ni.. perkara terperinci tentang Abjad Asli ini adalah seperti yang tertera di pautan laman web Abjad Malaysia. Rujuk saja disana. Segala yang benar belaka adalah yang diterakan disana.
Apa yang saya akan utarakan adalah dari persepsi saya dari pengalaman saya. Versi saya ini bukan Ajaran saya. Tak kenal maka tak cinta. Dari mata turun ke hati?seperti Faham saya ketika kecilnya Ahmad* sering mengasingkan dirinya dari Kaumnya Quraish ke gua hirak’ atas panduan hatinya yang melihat telatah dan adat budaya kaumnya, ketika itu tidak bersesuaian dengan hatinya. Itulah anggapan saya dengan Abjad Asli ini.saya melihatnya dan merasai kehidupan di daerahnya maka adalah ia Abjad Asli ini yang bertepatan bersesuaian dengan hati saya.

Alhamdulillah.. saya dipermudahkan untuk memahami dan kekadang saya berkebolehan untuk menerangkanya mengikut persepsi saya.Ramai orang menggariskan, menandakan atau menganggap,atas perkara yang dikatakan antara ciri-ciri atau tanda-tanda bagi satu ajaran yang salah melalui pembacaan Cuma. Tidak adanya pendidikan secara formal,apa pun dalam kehidupan beragama kita tidak dapat lari dari jenama keberkatan, jadinya kadang-kadang belajar sedikit, alhamdullilah incomenya dapat banyak.seaindainya Seumpamanya kira terteralah juga kirtikan dan anggapan, tuduhan terhadap siapa-siapa yang ada itu semua, atas dalil yang telah diadakan itu maka salahlah dan kekadang mudahnya tertera perkataan Ajaran Sesat dengan alasan untuk menjaga kedaulatan,memurnian, kesucian agama Islam.Maka Selalu saya ingatkan diri sendiri dengan maksud al-quran. Dan” kenapa tidak kamu menjadi” umat yang menyeru.. kepada kebaikan dan menegah* keburukan dan kemungkaran(* saya tak letak mencegah)
maka atas nama kebaikan dan menegah itu memerlukan ilmu...* cuma asasnya hati..

Mengapa ajaran itu sesat? Adakah dikeranakan kerana yang membawa ajaran itu itu sesat ?? atau memang isi pelajaran ajaran itu sesat lagi menyesatkan? Dipermulaan saya mendakati daerah Abjad Asli ada rakan dan kalangan yang mempunyai ilmu mengatakan Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia adalah ajaran sesat!!. Adakah dengan butanya itu cinta maka butalah hati ku maka lalu hanyutlah aku di buainya oleh kebutaan? Atau bila mana Tok Ayah Tasik gelar aku si bodoh maka bodoh sangatkah aku? Dalam ingat aku, selalunya saya suka mengutarakan sesuatu persoalan soalan yang bodah. Maka beraggapanlah aku, bodoh jugalah yang menjawab akan soalan-soalan bodoh ku itu.
Lalu aku mengandaikan memang Ajaran Seni Silat Abjad Asli ini memang sesat lagi menyesatakan lalu aku terjun kedaerah Abjad Asli bersama labu-labu . Kenapa? dengan pengatahuan dan keupayaan dan kekuatan penjumlahan nama saya, dengan enam bulan diwaktu gelap-gelita saya berbasikal berulang-alik ziaraah kerumah Tok Ayah di Tasik akhirnya Tok Ayah Tasik masih menyarankan saya menyempurnakan Solat sunat hajat Istikorah 40 hari dahulu? Adakah ini solan bodoh atau perbuatan bodoh jugakah? Atau rosak sudahkah itu labu-labu oleh angan-angan mimpian hayalan dikerana telah berzikir berjuta-juta?

Sebagai manusia biasa saya tidaklah terlari dari telah mengguris hati dan perasaan Tuan Guru Tok Ayah Tasik Cikgu saidin” mudah-mudahan Allah S.w.T telah meletakan beliau kesuatu tempat yang menjadi idaman para-para pengimpinya”, dengan soalan-soalan bodoh, dari sanggahan bicara,dari tingkah laku maklumlah kita ini orang sabah tidak memahami pembudayaan kemelayuan, adat resam orang melayu.di tambah lagi dengan mimpi aneh saya di akhir…*cerita mulut kemulut pernah dikhabarkan satu ketika dulu, bila tok ayah marah, lalu matikan lampu rumahnya, seluruh Malaysia juga telah mengalami kegelapan.WALLUA’LAM

Seni Silat Abjad Asli ini memang tidak ada lebihnya atau betulnya bagi mereka yang tidak dihidayahkan Allah s.w.t.Memasuki ke daerah Abjad Asli.. macam mana tu ? Manis gula.,pedasnya lada, indahnya perasaan didaerah ABJAD ASLI tidak dapat diluah untuk dikongsikan bersama-sama.Orang kata Abjad Asli ini sesat ataupun orang kata ajaran Abjad Asli ini memang betul pun tak merubahkan kehendah Allah S.w.t. jadilah aku menjadi daripada yang ada jua ini. Pastinya yang tak mendapatkan hidayah ke daerah Abjad Asli termasuk orang-orang yang dirugikan…

Apakah dengan berzikir boleh melengah atau melalaikan seorang budak sekolah dengan pembelajaranya….. ? rasanya saya perlulah berdalil dan mempormosikan buku NUR AMALINAH murid pintar 18 A SPM.Kerana atas tanggungan diri saya dah kalah bah. tidak dapat membuktikan atas nama kecemerlangan.apa lagi kerjaya yang tidak tetap. bujang lagi... faham ku tu semua.
wallahu 'alam

2 comments:

  1. Tak faham , Islam itu indah .. Abjad tu cuma NGO sahaja , pertubuhan sahaja bukan Agama , Buya x ajar Ghuluw ... Buya ajar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah .. jadi jgn taksub sgt .. sekian pndpt saya

    ReplyDelete
  2. Tak faham , Islam itu indah .. Abjad tu cuma NGO sahaja , pertubuhan sahaja bukan Agama , Buya x ajar Ghuluw ... Buya ajar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah .. jadi jgn taksub sgt .. sekian pndpt saya

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback