Sunday, January 29, 2012

catatan nakal saya untuk pautan Hamba Allah

Oooohhh ya… dalam tugasan sebagai wakil guru ini ada masanya saya telah mempamirkan kelemahan dan seakan-akan ada percanggahan dengan yang lain di tempat yang lain. Itu saya sangat-sangat ambil tanggungjawab. Sebab maksudnya seperti penerangan saya terdahulu… kaedah dan taktik penyampaian saya hanya ini berkuat kuasa dan diguna pakai untuk saya. Dan saya amat berharap jangan ada yang menjadikan nya sebagai hujah dan di jadikan penyanggah bagi mana-mana tempat di dunia ini.

Apa yang sering saya nyatakan hanyalah sebagai antara perbandingan dan ambillah iktibar darinya. Yang bermanafaat ada baiknya dicontohi dan yang tak ngamnya sesuailah untuk di tong sampahkan.

Dan berkaitan dengan pautan yang di letakan oleh Sang Hamba Allah di sebalah itu. Terima kasih kerana mengingatkannya. Saya rasa saya dah ada sentu benda ini dalam catatan lama. malas pula saya nak cek betul atau tiada, tapi Jadi kali ini saya akan mengulasnya mengikut kenakalan saya.

Saya sendiri pun sampai sekarang tertanya-tanya pasal Fatwa yang tidak diwartakan ini, macam mana boleh fatwa yang tidak diwartakan boleh diperolehi dan di pamerkan pula? Benda begini bukan termasuk maklumat terperingkatkah?

Secara nakal barangkali kita bolehlah berpeluang untuk saman pewarta fatwa yang tidak diwartakan ini? Tapi Kena Tanya dulu juga si pewarta ini. Sebab kenapa fatwa ini tidak di wartakan sehingga sekarang? Secara nakal kalau saya yang menjawabnya. Mungkin penyimpan mohor tidak berani letak Cop mohor untuk sah lakulah warta ini. Siapa berani oooooooooo

Secara nakal saya juga akan kata perwarta fatwa yang tidak diwartakan ini, ada maksud di sebaliknya sehingga sanggup tidak menunggu sehingga fatwa ini boleh di wartakan. Ini cerita lamalah kawan… tahun 1976 itu sudah berlalu, situasi pada masa itu dan berhadapan dengan siapa. Kami ada versi untuk penerangan ini di majlis kami. Untuk pamer-pamer di tulisan, minta maaflah…. kami tak menjual..

Kemudian 1984 boleh pula didaftarkan secara sah. Proses pendaftaran ini pun bukan alang kepalang untuk mengusahkan dan mengurusnya. Banyak masa dan tenaga material yang di sumbangkan oleh penyumbang untuk membantu yang di hormati Yang dipertua Abjad Malaysia. Antara punca masalah yang di alaminya ini ialah adalah pihak yang mengandalikan bahagian ini,( minta maaflah kasar sedikit), tidak memahami dan tidak mengerti benda yang di kandalikanya. Contolah macam kita sorong Al- Quran pada orang yang tidak kenal huruf dan tanda barisnya lah.

Mungkin Sebagai catatan nakal juga. Untuk pengatahuan akhirnya pihak yang menguruskan bahagian ini meletakan syarat sebelum pertubuhan ini di daftarkan secara sah kenalah perlu dirinya di Bai’ah kan dahulu. Masyah Allah, subahan Allah adakah ini pun bentuk rasuah juga….. hidayah allah swt. wallahualam

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback