Cuti hujung minggu yang lapang, belum ada sebarang aktiviti dirancang mula di laksanakan,kelmarin pagi pun,saya tidur melebihi batas,selapas tidur sepuas-puasnya, saya baru mengalihkan kereta dan baru punggah masukkan ke dalam rumah sewa segala barang yang ada dalam bonet kereta. Lebih kurang lima kali juga saya berulang-ulang mengambilnya. Saya sangat jarang ada minat untuk mengemas kini kini apa barang yang ada di dalam bonet kereta, ala-ala gaya macam stor jugalah….sampah sarap ni..
Semua jiran hairan dengan bonet kereta saya, apakah jadah barang kamu simpan ini? Banyak sangat tu…, ohhh “ Saya dengan penuh bermega menjawab, ini semua barang saya dari tempat kerja… saya dah di pindahkan”. Kawan atu pula. Yang mengeluh.. Tak habis-habis lagikah perpindahan kamu tu? Saya “ jawab entalah….. saya ikut perintah saja ani.”
Kawan atu lagi bertanya. Pindah di mana? Naik Pangkat kah? Pindah Sekolah lama, sama serupa saja bah.. guru biasa. Jawab saya. Kawan atu bertanya lagi jauh atu…. Kamu minta pindah kah? Saya jawab jauh memang jauh, bukan juga saya minta pindah mereka yang tukarkan saya. Nasib saya lah ani.
Esok saya akan mula bertugas di tempat baru, cepat betul benda ini terjadi, boleh dapat arahan mulut sahajakah????, hari Selasa orang lain dah lebih dahulu tahu dari empunya diri,heboh dah saya bertukar, apa tidak tenganga saya di Tanya-tanya rakan-rakan,langsung tak ada memo pun, laaa petang hari Khamis barulah sah ada surat arahan bertukar, tapi saya diarah di suruh sendiri mengambil surat itu lagi...., oiiiiiiii apakah jadah…. apa punya skil keraja begini. Surat baru sehari hanya, hampir setarap notis 24 jam, selalunya surat atu memang tidak bagi peluang untuk merayu. Tak apalah ini hari saya, kamu pun ada harinya juga.
Lapang-lapang hari ahad ini, saya mencuba membuka membaca kitab Al-Quran yang rasa-rasanya lama saya tidak menyentuhnya. Rindu juga mahu menyambung bacaan, baru Juz 25. Astagfirullah hal azim sangat amat terkejut saya, kerana tamat kontrak dua tahun pertama saya, rupanya saya baru sampai membaca setakat ini, subahan Allah.
Sejak di lantik ke jawatan kontrak ini, begitu sibukah saya? Begitu lalaikah saya? Benda apa lagi yang membelengu? Sehingga semalas begini… Sehingga selemah begini…
Masa mula bertugas balik dari bercuti hujung tahun itu,saya ada juga menyambung bacaan mungkin tertambah selambar dua sahaja dan saya ada terniat nak qatamkan bacaan ini sebelum balik bercuti tahun baru cina. Cuma belum lah pula saya terfikir dan terlintas di hati yang bacaan saya ini adalah sambungan bacaan saya yang saya telah mulakan sedari dua tiga tahun lepas lagi….
Bukan jua nak menyenaraikan diri lah…,sengaja kenang-kenangkan kisah masa muda mudi dulu,sejajal-jajal mana pun saya, biasanya dalam setahun saya dapat qatam bacaan al-quran ini paling kurang empat kali, dan sewaktu serajin-rajin saya, pernah juga saya qatamkan bacaan al-quran ini dalam seminggu sahaja. Tapi itu dulu….. ekkkkkks
Zaman persekolah di pondok memang susah lagilah susah dicabar,tak boleh chalengge lah… tahap Gaban, Dewa dewi.. terutama masa baca jaga Jenezah hingga ke atas Kubur, purata satu juz itu empat puluh minit lah saja baca…. Dan kalau saya yang hendel itu tugasan. saya akan chagge RM10.00 sejam. Kami pernah dapat tugasan yang paling lama, uuuuuuuui kami berkampong selama seminggu tapi masa itu chagge nya hanya RM7.00 sejam saja dan berbahagi dengan sepuluh orang kawan dan ada potong sumbangan untuk sekolah.
Time tu Saya pun antara yang boleh qatamkan satu juzz itu dalam empat puluh minit. Bacaan saya tidaklah lawa atau secantik saya. gaya bacaan... saya meniru kaedah taranum murattal dan pada masa itu jarang-jaranglah sangkut atau semput. Bunyi tajwid tak sampai tidaklah di kisah sangat, langsung saya tidak reti bab taranum mujawwad, Cuma makhraj dan panjang pindek itu tuan guru saya mengaji lebih utamakan. Lagi pun lidah gergasi bah… orang tua liat betul menyebut.
hari ini Saya mula membaca selapas menikmati minuman panas dari jenama yang ada di iklankan di TV. Saya mulai cuba membaca menyambung bacaan yang dah begitu lama saya tinggalkan. Al-quran yang saya guna pakai ini adalah hadiah orang semasa saya menghadiri bacaan Qatam Al-quran sempena Kenduri Arwah di Sungai Butun. Masa itu saya sedang bertugas di tempat yang saya mula bertugas esok…
hari yang Agak menduka cita kan, bacaan saya semakin teruk, liat lidah dan mulut untuk mengambil makhraj yang betul. Saya hilang kekuatan untuk menghabiskan walau sehelai dua muka Cuma. Ayat pertama yang saya baca perlu saya ulang sehingga sepuluh kali untuk dapat mengurangkan tersekat, tersangkut dan semput, sesak nafas. Belum lagi tajwidnya.. kelancaran bacaan saya sudah hilang… lahjah Arabnya jangan tanyalah…
takanlah hanya pasal minum minuman panas ini?
Terasa juga mahu menyalahkan minuman yang kebiasaan saya ambil minum!!! Ada pengaruhkan kah minuman kegemaran saya ini? Lidah kelat tergeliat bila hendak mengambil stating.. adoi payahnya!!!
Dulu kala guru saya mengaji, saya anggap sangat-sangat kejam juga lah, kerana saya amat jarang di naikan bacaan dalam seminggu. Semuka muka surat itu mungkin saya mengambil masa berbulan-bulan untuk melangkaunya. Sekarang baru saya berakal.. Memanglah kalau Lidah gergasi dan tiada ampus pun boleh jadi semput, dah laa buta baris pun ada.
Semuka muka surat itu di bahagi dua. Separuhlah kan? Hari-hari saya hadir mengaji. tolak hari jumaat kerana hollday. Selama tujuh tahun mengaji saya hanya sempat sampai ke Juzz sebelas sahaja, ada Sembilan belas lagi… tak Dan menyambung kerana ingin sangat balik kampong, saya segera balik kampong kerana takut termakan pujuk dikawinkan oleh keluarga angkat dengan Anak mereka ataupun pilihan mereka,dah ada yang merisik diri, bukan tak sudi… tapi saya juga masih ada kedua ibu bapa yang perlu di pohon restu.
Maka barangkali di sinilah saya ada kesilapan dan kesalahan, Kerana telah menguris hati-hati yang orang mulia, orang-orang budiman dan orang-orang dermawan. maka dengan setulus kasih semanis bicara, saya hamparkan harapan maaf dan ampunkanlah perbuatan saya itu.
Demikian jua mereka-mereka yang ada tersimpan di hati ini,saya gagal memahami anda dan saya lambat menyedarinya. saya berhadapan dengan anda pada pernampilan yang ada. akhirnya peluang yang telah ada itu,mematangkan dan saya amat mensyukurinya.
Cabaran Selama saya belajar mengaji dengan tuan guru ini, Separuh muka surat itu kalau sangkut jaranglah ada keampunlah boleh ada budi bicara dari tuan guru ini untuk membolehkan naik bacaan. Tunggulah disitu esok masih disana. Hari lusa masih ulang yang sama. Tulat hampir putus harapan tak mahu hadir mengaji. Sampai tahap atu….. Inilah akibatnya kalau lidah ultramen.
Sayangnya bila kaedah ini saya praktikan dalam pengajaran saya. Nauzubillah apa yang jadi??? Hari ini datang sepuluh orang. Esok seorang pun tidak mahu datang… genarasi dah berubah? Penyampaian pun berubah, bodoh tahap lembu pun terpaksa di naikan kalau tidak…. Hemmmmpppppp hilang motivasi.
Apa pun itu sebenarnya Hidayah anugerah Allah swt kepada hamba pilihannya.
Jadi dari renungan dan pengalaman saya, maka setiap individu orang yang mengaku sebagai seorang MUSLIM atau seorang MUSLIMAT ini, patut dan wajib dan lagi mesti ada membaca Al-quran setiap hari, dan sekurang-kurangnya juga perlu melafazkan kalimah syahadatain itu di hadapan seseorang yang ada kemahiran.
Sebab sehebat mana pun anda!!! sepandai mana pun anda!!! Pakar apa pun anda!!!!! Se Alim mana pun!!!!! akan terbatil dengan sendirinya akan lidah seseorang itu untuk menyebut kalimah-kalimah ayat dari Al – Quran bila sentiasa di abaikan pembacaanya dan inilah yang sering cuba dilakukan untuk melalaikan diri-diri yang menjadi sasaran mudah. Belum pun lagi ada penambahan kesan dan factor dari Air Format tersebut.
PESAN saya dan INGATKANLAH kepada sesiapa pun kenalan sahabat handai yang mengaku sebagai beragama ISLAM, katakana dan NASIHATKANLAH kepada mereka-meraka yang ada kawan dan RAPAT dengan Rakan Non Muslim, ada RAKAN SEPEJABAT, ada rakan sesekolah dan lebih-lebih kepada yang TINGGAL SERUMAH (saya sangat-sangat memohon maaf. kerana secara terbuka saya war-warkan pernyataan ini.) saya sedang menjaga rumah
maka perasan curiga-mencurigai adalah sifat berhati-hati, itu juga adalah rasa yang sangat-sangat Normal. Sangat-sangat dituntut, Jangan sangat-sangat berharaf dan ada keyakinan anda dapat memuslimkan rakan anda itu kerana anda bukan itu. Sekali lagi Anda bukan itu. Anda bukan itu. Jagalah diri sendiri kerana saya juga bukan itu...
Di Kerana juga jiwa perasaan itulah juga antara penyebab anda akan di tewaskan. berpontesi untuk di tewaskan. Kerana juga bersebab di sebaliknya….. normal bagi kawan anda itu Non Muslim juga sangat-sangat berhajat untuk me Non Muslimkan (memurtadkan) anda sedangkan anda telah mempernampakan segala kelemahan diri. Solat tak buat, mengaji tak reti, tutup aurat pun tak faham bahasa. Air Format!!! anda termakan Budi!!!!!!! dan Diperkenalkan kepada anda seorang taman social yang lebih muda, mewah !!!!!! puhhhhhhhh....... laaaaaaaa…. jahanam terus…
Nak menyalahkan siapa?
Air Format ini sebenarnya di bina dan di perbuat dari apa? Cara-caranya????????? Lucu juga saya membaca komen-komen mengenainya di alam siber ini. Bodoh mangkuk ayun tak reti bahasa pun ada, ketagak babal pandai macam lembu pun ada. AWAS!!!!!!!!! Lu percaya atau lu tak percaya, lu memang gila. Macam mana tak Gila. Hanya orang gila yang sangup cerita pasal rahsia dalam ruangan terbuka? KFC pun boleh gulung tikar kalau pecah terbongkar resepi utamanya.
Minta maaflah kawan, saya pakai bahasa kasaq… ini saya pinjam bahasa lawak antarabangsa.
Bila Allah s.w.t. kurinakan Anugarahkan kepada kita beberapa rahsia, maka wajib kita simpan rahsia itu… nak tahu, kena belajar. Nak belajar kena menuntut. Nak menuntut kenalah berusaha hadirkan diri dalam majlis ilmu. jangan dok cedok dan kutip bacaan dalam alam siber ini. Nanti tuan guru kamu facebook, tak pun tuan gurunya kamu namanya syekh blog forum. Malaikat tak pandanglah sebab Tak ada sarir sahih ilmunya.
No comments:
Post a Comment