Seminggu persekolahan yang agak ribut-ribut, amat banyak yang tidak kena dan banyak yang belum standbay. Tahun ini banyak betul yang kurang, tidak hairanlah bila mendengarkan adanya rungutan dan luahan hati tidak senang ibu bapa penjaga, siapalah kami ini, orang bawahan kuli-kuli sahaja.
Apa pun rungutan ibu bapa penjaga kepada kami, yang mampu kami buat hanya biarkan tak berjawab, biarpun ada luka dan teringin nak fahamkan di orang ini. Tak ada masa untuk itu.. sibuk melayan masih ramai yang belum berurusan.. mudah-mudahan mungkin pada suatu hari nanti mereka akan memahaminya sendiri…
Tidak ada menafaatnya sekolahkan anak kalau ustaz dan ustazanya tak redha, jaranglah yang ada ibubapa penjaga yang berperangai demikian anak-anaknya ada tempat di mana-mana, pandai macam mana sekalipun. Pintar tara mana sekalipun, Ilmu yang mereka belajar tetap tidak memberkati dalam diri apatlah lagi kepada keluarga.
Ibu bapa penjaga sudah bermasalah dengan sekolah, hadir pula anaknya ke sekolah dengan berbekalkan masalah. Kesian betulah…, kurang-kurang ibu bapa penjaga kena ambil tahu juga karenah anaknya di sekolah. Tanya ustaz-ustazanya, atau lebih baik datang sendiri melihat perangai anaknya dalam bilik darjah. Kalau tersangat menganggu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, kenalah faham. Patut akur dan Kena ikhtiar lebih sedikit kerana anak itu juga setiap hari sedang mengutip dosa kerana menganggu budak-budak lain belajar. Secara tidak sengaja ibubapa penjaga juga turut menikmati dan menanggung dosa anaknya tersebut.
Atulah asam garam pahit manis bila berurusan dengan ibu bapa penjaga, ada jua bah ibu bapa penjaga yang rama – tamah, sporty dan prahatin. Dan sudah terbukti ibu bapa penjaga yang demikian inilah yang ada anak-anak yang sentiasa mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian kecemerlangan yang amat membanggakan.
Ibu bapa penjaga bermasalah maka anak-anaknya pun terus mewarisi tradisi bermasalah, nauzubillah Kedewasan dan kematangan menjadi benteng kesabaran berhadapan dengan ibubapa penjaga yang merungut dan mencelah ketidak kelengkapannya keperluan anak-anak di Sekolah.
Tahun kesembilan saya mengajar agama di SRAI Labuan, saya sudah bertugas di tiga buah sekolah, dan telah bertugas di bawah perintah enam orang Guru Besar. Telah berhadapan dengan berbagai ragam bentuk karenah ibubapa penjaga. Dan saya rasa saya telah bertugas dengan sebaik-baik yang mampu di perbuat. Tapi tidak pernah dapat Anugerah…
Saya tidaklah kisah persepsi ibubapa penjaga dengan saya. Lagi pun mereka tidak ambil peduli sapa saya. Jadi saya pun tidak perlu banyak mengelak. Kalau jumpa ibu bapa penjaga yang buang tabiat walau pun di hati kecil saya terasa nak bagi ja sebiji penampar berakal lah terus orang tua tu..
Tanpa ribut dan khabar apa-apa, minggu kedua persekolahan ini memang saya merasakan ada sedikit kelainan, gelombang pertukaran ke penempatan baru rupanya terjadi dan mengena juga kepada diri saya. Dalam hati memang sangat membantah. Adakah arahan pertukaran saya ini kerana saya bermasalah dispilin? ataupun ada laporan yang tidak mahukan saya berkhidmat di sini lagi? Kalaulah kerana naik gaji tak apalah juga. Ani eeeeeee buang karan saja…
Apakan daya.. saya juga tidak mahu menyusahkan sesiapa. Saya beranggapan khidmat saya di sekolah ini sudah tidak diperlukan lagi. Kalau sangat diperlukan tentunya mereka yang akan berusaha untuk menahan dan pertahankan saya agar terus ada di sini. Malulah saya….. kalau sendiri yang cuba terhege-hege nak membantah. Mana lah tahu pihak pentadbiran juga yang usahakan saya untuk di pindahkan.
Selama seminggu ini, saya tidak berubah dan saya terus menguruskan segala urusan dan saya juga berusaha menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih luar biasa. Sebagai Sejerah dan kenangan seterusnya Sebagai beberapa sumbangan saya yang terakhir di tempat ini.
Ada Lucu juga bah. Adakah Saya yang dipindahkan diminta pula untuk membuat kenduri perpisahan. Macamlah kan? Saya yang nak pindah.. tak apalah memang lama sudah ada terniat nak buat kenduri ani. Dulu pun saya dah ada minta seorang ustazah atu siapkan, tapi mungkin dirasanya saya bergurau..
Alhamdulillah saya dapat juga laksankan nya biarpun dah terlambat dan maksudnya telah berlainan..
Pada ruang bicara terakhir sesi penggulungan, suasana semakin sentementel..
seminggu yang sangat menyayukan hati… sendu, murid-murid dah saya nangiskan,dengan rakan-rakan saya test sikit aje. woooooo ada..... saya dah ada sentuhan aura itu.. alhamdulillah, moga semuanya akan di bukakan .... amin.
serasa saya ehemmmmmmmmmmm, di mana pun saya ada. saya memang di sayangi........ tak perlu ayat power... semuanya datang dari hati yang ........
and.....para peminat blog yang budiman, doalah dalam hati agar bisa sempat diketemukan dengan aku, heeeee bole aku yang belanja.
di perkata akhir, senada saya hanya begini Tidak ada apa perkataan yang mampu saya luahkan, tapi di mana pun saya berada, kira pun saya dikelelingi oleh mereka-mereka yang berserban besar-besar, biarpun di sekeliling saya semuanya berambut panjang atau di sekeliling saya terdiri dari bermacam-macam jenis warna baju. Dan saya tidak melihat kamu,,, saya tidak sempat melayan kamu. Jangan kamu kecil hati… kerana insyahallah. kamu semua tetap ada di hati saya. Kamu semua tetap ada di hati saya.
No comments:
Post a Comment