Monday, August 1, 2011

Kasih Dan Rahmatnya Keatas Diri Kamu

Hari Ini Satu Ramadhan 2011,. Selamat beribadat puasa. Ramadhan kedua Aku menulis dalam Blog ini. dua tiga minggu lepas aku tak ada idea untuk di kongsi bersama. aku tak ada stok penulisan yang sudah siap untuk di post.

Alhamdulillah Walaupun Sedikit Amat Keletihan Berpuasa Pada Hari Pertama ini . lumrah berpuasa,

Dan mudah-mudahahan Aku Masih Bisa Bertahan Seadanya.Menahan gelora Berantakan di Hati Sanubari ku Dan Akal Fikirku tetap sewaras manusia. Ada lagi pula persoalan yang belum berjawab…

Zainal Abidin Sintok
Diri mu milik siapa???
Kenapa khidmat di salah tempat???
Apakah memadai dengan yang sedikit itu???
Sedangkan balasan yang besar tersimpan di Tangan Tuhan Mu...
Lantaran itu,berbuat lah sesuatu yang berbaloi dengan masa yang ada ini...
Usah menjadi orang2 yang menyesal di kemudian hari nanti...

Aku Mandi Dan Cuba Melelapkan Akal Fikir Ku Biarpun Aku Tahu Makruh Mandi Dan Tidur Petang. Seperti Kata Orang Membawa Kepada Sakit Mata Dan Kurang Akal, Mana Aku Peduli Tentunya Berdenyut Denyut Urat Saraf Menghantar Darah Berudara Ke kepala Otak Aku… Mamai

Kurang Bermaya Aku Menanti kumandang laungan Azan Magrib Bagi Menandakan Waktu Berbuka Puasa Bagi Wilayah Kg. Geggarak Dan Merinding. Adui…. Lambat Nya….. Kering Tekak Ini.
Sebelum Bersurai Petang Tadi Sempat Aku Berseloroh Dengan Si Dia. Esok Jangan Puasa Lagi Ahhh !!!!!. Kenapa Ustaz ? Tanyanya, Issss Ini Yang Buat Aku Ketar Lutut Ini. Manis Benar Dan Mekar Sungguh Senyumanya Hari Ini, Tidak Pernah Aku Nampak Si Dia Segembira Secumil Ciut Seriang Begini Semanjak Aku Bersama Bertugas Dengannya. Macam Makin Terasa Amat Rugi Kalau Tidak Berjaya Memilikinya, Apa Di Hujung Minggu Yang Memberinya Kegembiraan Luar Biasa Ini? Astagafirullah Halazim Bulan Puasa Be Ini Kurang sudah Pahala Puasa Saya.

Pagi Tadi Pun Memang Si Dia Yang Memulakan Permainan, Adakah Baju usang Saya Ini Di Katanya Baju Baru, Tapi Biasakan? Memang Terjek Juga Aku Tau… , Kembang Lubang Idung Mancung Ini. Apa Katanya Menyekat Aku. Uuuuu La Laaa…. Hendsom Lah Ustaz Hari Ini…… Pakai Baju Baru Lagi.. Baru Beli Kah Ustaz? inilah sumandak ini jinak-jinak merpati, entah berapa banyak lagi hati lelaki yang hendak di perlakukanya begitu..yang kesian akulah.. merana badan. Dalam Hati Aku Tak Apa Nanti Sekejap Lagi Aku Akan Balas Ayat Itu.

Calar tatel ustaz aku… kadang aku rasa budak ini berdendam dengan lelaki, tapi tak patutlah dan memang tak baiklah kan main tuduh-tuduh ni kan? Nauzubillah … Nanti timbul pula pergaduhan.

Budak ini memang baik, sayangku sayang Allah Swt, aku tahu Allah menyayanginya, selama sama-sama bertugas ini yang aku pasti sangat mod budak ini memang mudah berubah, aku dan Dia macam ada persamaan dengan ganguan sikap.. aku memang mewarisi Saka, tak tahulah pula Si Dia ini bersaka atau tidak. mudah-mudahan itu hanya mood kaum hawa.

Bila Mereka mula heboh pasal scan saka aku terus gelabah. Maafkan saya. Kami ada peraturannya. Tolong jangan riuh-riuh ini benda bukan benda main gurau-gurau.
Bulan puasa kononya segala iblis kena belengu, jadi mungkin saka pun terkurung pada tempatnya, kalau ada juga? Aku pigi belajar dulu lah baru aku dapat jawab.

Ramdhan ini, Tak Tahulah Aku Sama Ada Si Dia Berpuasa Atau Tidak Pada Hari Ini, Sebab Bila Aku Tanya, Pandang Muka Aku Pun Tidak, Angguk Pun Tidak, Geleng Kepala Pun Tidak, Semuanya Tidak , Aku Tahulah Tak Cukup Hendsom .. Buat Apa Senyum Menghadap Pc Kata Ku, Oiiiii Pandang Lah Aku Kalau Senyum, Rugi Tak Siapa Nampak Senyuman Kamu. Napa Mengadap Computer Tu Kalau Senyum, Macamlah Pula Aku Sembang Bertanya Dengan Patung Peraga Pakaian.

Aku Agak-Agak Memang Si Dia Ikut Juga Berpuasa, Sebab Aku Pernah Dengar Cerita Yang Si Dia Ini Memang Dari Zaman Kanak-Kanak Jarang Miss Berpuasa Melainkan Bersebab, Konon-Konon Aku Ambil Peluang Menambah Pengatahuanlah Beri Sikit Tunjuk –Ajarlah Pada Si Dia, Cik…. Nanti Petang Kalau Berbuka Puasa Pasang Niat Tau, Apa-Apalah Niat Kata Ku, Jadi Si Dia Minta Contoh Macam Mana Niat Itu Ustaz? , Jadi Aku Cadangkanlah Contoh Mintalah Niat Remove Ustaz Rahipin Dari Menganggu Hidup Mu, Terkajut Aku Jawapannya , Apa Katanya Si Dia Ini Aku Bukan Niat Remove, Tapi Aku Terus Delet Katanya, Aku Delat Ustaz Rahipin, Aku Delet Ustaz Rahipin. Wuuuuuuuuuuuuu Tidak Aku Terlompat. Nauzubillah Salah Pula Aku Tunjuk Ajar Ini. Makan Tuan.

Awal Pagi Tadi Tiba-Tiba GB Kami Dapat Panggilan Mengarahkan Guru Lelaki Hadir Ke Dewan Masjid Untuk Program Ihaya Ramadhan Anjuran Jabatan, Faham Sangat Sudah Kami Tentu Tak Ramai Yang Datang Program Ini Menyebabkan Kami Lagi Jadi Mangsanya.

Sampai Di Dewan Ooohhhh Ustaz Yang Beri Ceramah Adalah Jiran Rumah Sewa Saya. Bukan aku tak Rescep , tabik… Dari Jabatan Mufti, Baru Balik Bercuti Kawin Di Negeri Sembilan. Dan dengarnya pasangannya itu pangkatnya lebih tinggi darinya, Rezeki jodoh pertemuan mereka, tumpang gembira, dan di ucapkan Selamat Pengantin Baru

Jadi Antara Yang aku Dapat Kongsikan Dari Penyempaian Ustaz Ini, Ialah Yang Bagi Kita ini Iaitu Mana-Mana Yang Belum Bertemu Jodoh Ini, Selain Solat Istikarah Untuk mudah Di Tunjukan Dan Di Tetapkan Pilihan sama ada Yang Disanakah? Atau Yang Disinikah? Atau Kedua-Dua nya Kah?

Manakala Di Bulan Puasa ramadhan Ini Ustaz Itu Sarankan kerana Di Bulan Puasa Ini Adalah Masa Yang Sesuai Dan Amat Mustajab Akan Berdoa Bertemu Jodoh juga . mungkin ustaz ini amal petua ini, bah mari pakat-pakat kita amalkan.

Bilakah Masa Berdoanaya? Masanya Ialah Ketika Membaca Doa Berbuka Puasa Itu Dan Sambungkan Dengan Hajat Kita, contohnya seperti doa saya ini, saya Mula dulu kamu Tolong Aminkan Ya..ini doa saya (Allah Huma Laka Sum Tu Wa Bika Aa Mantu Wa A’laa Rizkika Aftr Tu Birahmatika Ya Rabil Alamin. Ya Allah Permudahkanlah Dan Pertemukanlah Jodoh antara Si Dia Dengan Aku. AMIN YA ALLAH)

Kalau Si Dia Berdoa Benda Lain Dan Aku Pula Berdoa Doa Seperti Ini, Apakah Akan Terjadi? Nahas yo,,, Tepuk Sebelah Tangan Tak Akan Berbunyi Kan? Dan Saya masih Ingau Betul Dengan Kata-Katanya Ustaz Carilah Orang Lain,, Pililah Si Anu Atau Si Anu,, saya bukan baik ,,,,,, Jangan Mengharap,, Saya Sudah Pun Ada Pilihan… Dan Kami Telah Merancang Kearah Itu..
Makin Sakit Hati Aku Mendengarnya Dan Makin Membara Di dada Memikirkannya. Aaaaaaahhhhhh Lawan Dengan Sebersih-Bersihnya Pinjam Kata-Kata para Perajurit. Pertahan Hingga Ke Titisan Darah Terakhir.

Usaha Sudah, Ikhtiar Pun Sudah, Maka Berserah (Tawakal) Kepada Allah Swt Untuk Ketentuannya.

Mustahilkah? Tentu tidak mustahil kan? ingatlah sabda nabi, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dikabulkan. Hanya saja kalian harus tahu bahwa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main."

Mungkin ada pada suatu masa Si Dia akan kata juga Ustaz Pililah saya. Biarpun saya bukan baik, berilah saya peluang. Mari kita bersama merancang masa hadapan.

Itu Bukan kerja kami. Bukan itu yang di hajatkan sebenarnya cuba hayati dan fahami ayat ini.mudah-mudahan ada Faedahnya.

WAHAI ENGKAU YANG BERNAMA,………….

SEDAR ATAU TIDAK ALLAH SWT HENDAK TUNJUKAN KASIH DAN RAHMATNYA KEATAS DIRI KAMU,
KIRANYA ENGKAU ADA RASA BERTANYA KENAPA KAMU YANG HENDAK DI PILIH? ATAU PERLUKAH AKU DI PILIH?

AKU PUN AKAN BERTANYA KENAPA SEHINGGA PERLU AKU YANG HADIR ? KENAPA BUKAN ORANG LAIN?
TUGAS INI BERAT RUPANYA SEHINGGA AKU YANG DI PERLU TERUS DI SISI KAMU MENYAMPAI DAN MEMPAMIRKAN KASIH DAN RAHMAT ALLAH SWT KE ATAS KAMU.

AKU SANGAT BERSANGKA ALLAH SWT HENDAK ANUGERAHKAN ENGKAU DENGAN KEMULIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JADINYA TAK SALAH RASANYA AKU HENDAK MENUMPANG SAMA.

AKU TAK TERBANTAH YANG ENGKAU DAH ADA KEMULIAAN DI DUNIA, SEPERTI AKU TIDAK TERBANTAH YANG ENGKAU JAUH DARI KEMULIAAN AKHIRAT. HANYA MUNGKIN AKU BOLEH MEMBANTU MENCARIKAN KUNCINYA.

PERCAYALAH RAHMAT DAN KASIH ALLAH SWT KE ATAS KITA ADA PADA SETIAP KETIKA.

Syukur Alhamdulillah
Namun Aku Tetap Pasrah, kirapun aku yang mempamirkannya rahmat dan kasih ALLAH swt itu, sesungguhnya hidayah Itu Adalah Di Milik Allah Swt. Apapun persoalan hidup kita, apakah kita sedang bahagia atau sedih, tetaplah berdoa kepada Allah. Jangan pernah berhenti memanjatkan doa kepada Allah, karena doa adalah masa depan kita. Doa adalah kekuatan kita, doa adalah senjata kita. Perhatikan adab-adab berdoa, dan bersabarlah menunggu dikabulkan-Nya .....!

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback