Tuesday, August 16, 2011

KEPERLUAN ETNIK DUSUN ISLAM UNTUK MENCIPTA SATU PERSEPSI MODEN DAN KETAMADUNAN SEBAGAI ORANG ISLAM


Perkampungan Ratau Yang Terletak Di Daerah Ranau Sabah, Telah Di Huni Penduduk Sekitar Penghijraan Selapas Wabak Taun Melanda Perkampungan Legenda Nunuk Ragang. Di Ceritakan Mulanya Penduduk Perkampungan Ratau Tinggal Dalam Beberapa Buah Rumah Panjang. Yang Mana Rumah Penjang Ini Di Huni Oleh Beberapa Keluarga Dan Rumah Panjang Ini Mungkin Di Ketuai Oleh Seorang Dabus.(Labuz/Kadus)

Sebelum Kepulangan Bapa Ali Dan Bapa Samad Yang Berkelana Untuk Mencari Pekerjaan, Tradisi Masyarakat Perkampungan Ratau Berpegang Dengan Agama Labuz (Dabus). Ini Dapat Dibuktikan Oleh Sebuah Batu Besar Yang Terbelah Dua (Pampang) sebagai (patod penunubakan) Dan terdapat Juga Medan Pengumpulan Kepala Manusia (Kinedau) Yang Tewas Dalam Ekspedisi Mangayau (Senggerib/Menengerib).

Secara Peribadi Penulis Tidak Mengatahui Apakah Sebenarnya Agama Labuz Ini. Penulis Tidak Mengambil Kisah Pembacaan Awal Mengenainya Penulisan Dan Pendengaran Mengenai Agama Labuz Ini. Sehinggalah Ustaz Haji Ideris Nasir Berkongsi Pengalamannya Ketika Berkunjung Di Rumah Tuan Haji Mian Bin Mohd Ali. (Anak Bapa Ali) sekitar Perasmian Cawangan , Pusat tarbiah dan tapak latihan pedang Abjad Sabah.

Jadi Penulis Sarankan Sesiapa Yang Ingin Membuat Sarjana Atau Master Atas Tajuk Perkembangan Agama Islam Di Ranau Atau Berkaitan Dengan Ajaran Mandur Sarif Atau Atas Tajuk Amalan Lama Agama Labuz. Rasanya Tidak Rugi Untuk Berkongsi Dengan Tuan Haji Mian Ini. Dan Tidak Lupa Juga Dengan Saudara Ustaz Aziz Muji Yang Pernah Menawarkan Kesudiannya Berkongsi Cerita Pasal Bapa Mandur Sarif Ini.

Sependengaran penulis Bapa Ali Dan Bapa Samad sebelum berguru dengan Mandur Sarip di kebun getah Britis, mereka berdua ini adalah juga anak murid Pak Mausa kerena telah pernah juga berguru Dengan Pak Mausa, (tidak diketahuai dengan jelas ciri-ciri Ajaran Pak Mausa ini.) Dan penulis berkepercayaan sebelum merantau semestinya bapa Ali dan Bapa Samad ini ber Agama tradisi Masyarakat perkampungan Ratau. Mungkin Labuz/mungkin dabus/mungkin kadus atau. (mungkin Pagan).

Sebagai sumber pengkongsian penulis sertakan sesuatu mengenai Agama Labus Berdasarkan (Sumber: Momogunology Research Centre) By Nikh J
Pitas, Sabah

Agama Labus mempunyai kalender tersendiri. Dalam tahun Agama Labus, bulan pertama bermula selepas Upacara Kaamatan. Selepas Pesta KAAMATAN maka bermulalah bulan Pertama Agama Lzabus. Bulan pertama biasanya di sambut dengan pesta serta Magahau. Pada bulan kedua, ketiga dan keempat biasanya aktiviti utama adalah di kawasan laut iaitu MUSIM MAGASIN. Musim itu adalah masa menangkap ikan dan membuat GARAM BATU dengan memasak air laut di tempat yang mereka sediakan.

Jadi jelaslah bahawa Pesta KAAMATAN adalah tahun baru pada asalnya bagi bangsa Momogun jika menurut kalender Agama Lzabus.

Tahun ini iaitu 2006 ialah tahun ke-11 dalam Agama Labus. Kitaran tahun mereka adalah 100 tahun. Selepas selesai 100 tahun maka kiraan akan bermula lagi ke tahun ke-1 dan demikianlah pusingan tahun mereka seterusnya. Setiap kali selesai tahun 100 maka akan dimula kiraan tahun ke-1 lagi sebagai penggal seterusnya.

Dalam pusingan 100 tahun itu ada dua perkara yg penting yang mereka rayakan secara RITUAL dan WAJIB. Upacara agama Labus itu ialah UPACARA MAMASI dan UPACARA MANAGAS.

Setelah tumpasnya Sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut di bawah kuasa British dengan penangkapan Aki Tumanggung Karantud dan di buang daerah (Aki Tumanggung adalah di kenal sebagai Raja Momogun Rungus terakhir. Aki Tumanggung dibawah British ke Elopura Sandakan sebagai tahanan seumur hidup dalam pembuangan), maka UPACARA MANAGAS sudah 200 tahun lebih tidak di jalankan.

Ini berikutan penangkapan British terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu di halang pihak British kerana upacara itu tidak di setujui Undang-Undang British. MANAGAS adalah satu "upacara penyucian TANAH MOMOGUN yg di lakukan oleh nenek moyang sejak di Nunuk Ragang lagi pada zaman purba. Ia adalah satu upacara korban penyucian dan pembebasan baik kuasa asing mahupun segala penyakit. MANAGAS ini juga bertujuan menyucikan segala dosa manusia dan sesiapa yg berlaku jahat iaitu tidak tunduk kepada HUKUM AGAMA LZABVUS akan ditimpa penyakit wabak dan pelbagai malapetaka.

Berikutan gagalnya Upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British terpaksa berpindah di Sandakan kerana penyakit wabak dan pelbagai masalah menimpa pihak British. Menurut kepercayaan mereka itu berlaku kerana Upacara Managas di halang oleh pihak British.

Penyakit wabak menyerang Kudat dengan luar biasa pada masa itu kerana upacara yg sewajarnya gagal di jalankan. Ramai menjadi mangsa dgn penyakit itu termasuk penguasa British.

Pada hari ini Agama Labus terus di ANUTI oleh sebahagian orang kampung bagi menghormati semangat Kinoringan Mamangun, Mamasi dan Lzumaag yang menjaga bangsa Momogun sejak turun temurun.

Menurut agama ini apabila bangsa momogun di aniaya atau di jajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yg tidak pernah terjadi di serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap momogun. Hal ini di katakan oleh Bobohizan Guraumanuk sebagai wasiatnya.

Untuk memanggil semangat Lumaag yg menjaga gunung kinabalu maka di perlukan upacara memalu gong 40 hari 40 malam utk tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa momogun. Upacara MIAGUNG / Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau sebagainya.

Upacara miagung ini dilakukan oleh lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari secara berterusan dan upacara komburongoh dijalankan oleh wanita dgn membakar komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobohizan / bobolzizan ROVUSAN yg layak akan kendalikan upacara ini. Upacara ini adalah satu cara DEMONSTRASI PURBA MOMOGUN yang menurut mereka mampu mengubah keadaan. Upacara ini juga merupakan satu aktiviti "pengundangan semangat-semangat nenek moyang yang bersemadi di TANAH MOMOGUN".
Dan ini pula martabat Ilmu yang ada pada Agama Labuz Mengikut William_D'Conquer wrote:
bushido wrote:Bukan perbincangan agama dan di larang bersoal jawap berkaitan agama di sini!!!)

Saya tertarik dgn Ilmu-ilmu orang Kadus (Labuz/Pagan) seperti yang Tompinai bushido utarakan:

1. SINDAAT RAGANAI = hanya mampu di lakukan apabila di persetujui selepas sesi MAGADANG (mesyurat dgn semangat2 di kalangan Bobohizan Rovusan yg paling berkuasa.) Sindaat ini adalah tidak membawa apa-apa penyakit dan wabak tetapi ia akan menyerang sasaran dgn pelbagai keadaan masalah iaitu perang saudara, bunuh sesama saudara, danpertumpahan darah sesama saudara akan berlaku.)

2. SINDAAT MOGKORUDU = sindaat ini pertama kali di lancarkan pada zaman Aki Sook sebagai ketua Bobohizan Rovusan bagi agama lzabvus. Sindaat ini adalah asal-usul nama KOTA MARUDU (MOGKORUDU) yg dulunya di kenali bandau (MONDOU). Mondou ini di jumpai oleh AkiRungsud pada masa baru membuka kawasan itu dari Nunuk Ragang. Mondou adalah sejenis haiwan yang sebesar musang tetapi amat pelik kerana imejnya bukan dalam bentuk suasana realititi (imejnya seperti imej 2 dimensi atau 1 dimensi) dan paling di takuti jarang sekali di muncul. Menurut mereka hanya ada masalah yg paling besar atau paling menggembirakan baru mondou akan muncul. Sindaat MOGKORUDU adalah sindaat di mana sesiapa yg berkabung atas kematian ke atas keluarga akan menyebabkan kematian secara berantai termasuk haiwan ternak dan tanaman akan layu. MOGKORUDU = berkabung atau ratapan atau kesedihan.

3. SINDAAT SARAGUNTING = sindaat ini di lakukan dgn membuat satu objek lalu membuat satu upacara tertentu dgn menetapkan bahawa objek itu sebagai orang yg menjadi mangsa sindaat. Jika objek itu di simpan dalam api maka orang yg di tetapkan tersebut akan di serang cacar atau terbakar badannya.

4. ILMU KEBAL - ini macam biasalah..pengamal ini akan diuji dgn menjadikan kedua-dua kaki dari tapak kaki sampai di paha sebagai sebahagian dari kayu api dan di bakar selama yg ditentukan oleh Vozoon (ketua rumah panjang). Ini ujian api dan ada lagi ujian seperti mencabut pokok kayu yg besar atau mengangkat seekor kerbau dgnsebelah tangan..

5. PURINAIT - purinait adalah satu ilmu khusus yg menjadi asas utk meloncat bagi menjadi Bobohizan. Purinait adalah yg paling asas dalam agama lzabvus. Apabila masuk dlm peringkat Purinait ini makaorang itu sudah di "ikat" utk menjadi pengikut lzabus. Ini kerana apabila termasuk dalam zon purinait ini maka ia berkenalan atau perlu mempersembahkan korban kepada ketua-ketua semangat. Tugasnya ialah belajar berkomunikasi dgn semua ketua-ketua semangat.

6. LIMPONOZ - ini adalah tahap paling rendah iaitu belajar ayat-ayat mantera. Limponoz = mantera yg di hafal utk memanggil semangat... tahap ini biasanya di lakukan budak-budak belasan tahun. Selagi perlu membaca mantera ia disebut limponoz kerana ia memanggil semangat yg tidak ada GELARAN. Bacaan mantera ini adalah dari semangat yg tidak ada kawasan pemerintahan dan terdiri dari semangat jenis pelarian dan tidak banyak peraturan yg di buat. ini kerana semangat jenis ini adalah tiada kawasannya sendiri.

Barangkali Ada Lagi Martabat Ilmu Yang Belum Tercatat Dan Belum Dipamerkan. Oleh Kerana Penulisan Penulis Hanya Bertaraf Blog Maka Isinya Pun Bertaraf Menolog. Semestinya Dari Penulis Lain Versinya Pula. Bukan Untuk Menunjuk Pandai Dan Penulis Tidak Juga Untuk Bercanggah Atau Merek-Reka, Atau Meremeh- Temeh Perolehan Orang Lain, Penulis Cuba Persembahkan Sebagai Tambahan Perbandingan Ilmiah. Lainlah Kalau Nak Buat PHD. Penulis Kena Wajib Turun Kelapangan Untuk Mengkajinya. Apa Yang Ada Ini Hanya Mukadimah Untuk Pembuka Jalan Orang Lain Nak Sambung Untuk Fakta Yang Lebih Bersesuaian. Dipersilakan.

Penulis Hanya Pewaris Dari Waris Asal Dari Kampung Ratau, Penulis Tidak Pernah Tinggal Di Sana. Dan Penulis Dalam Umur 40an Ini Belum Kalah Jari Tangan Ini Untuk Menghitung Kehadiran Ziarah Di Asal Muasal Keturunan sendiri . Tak Ada Harta Pusaka Yang Hendak Di Agih-Agih Macam Mana Nak Datang?

generasi Perkampungan Ratau akhirnya berkelana juga ke merata-rata tempat. Jadi Penulis juga masih berkesempatan hidup dan terasuh oleh generasi awal kerana membesar bersama nenek moyang yang di katakan Beragama Pagan ini. nenek moyang yang masih mewarisi tradisi Asal Muasal Di Perkampungan Ratau.

Sedikit ingatan curahan pengelaman dengan aki (Tok Wan/ Atok) dan edu yang sememangnya penulis terlalu rapat dan mesrah dengan mereka, tentunya penulis teramat manja dengan mereka.Penulis selalu minta di angkat dengan Wakid.

Dan perkongsian kenangan mengusik kalbu satu hari penulis mengikut si edu pigi tabasan mengukad kasau ( korek Ubi Manis di Kebun) inilah makanan ruji utama ketika masa itu, ada kenduri baru jumpa Nasi dan Lauk Ayam(tinamba atau luntak).


Nak jadi cerita maka pada hari peristiwa itu sehingga ke hari ini penulis tidak dapat penulis lupakan. Si Edu (Tok/ Nenek)rupanya lupa membawa bekalan Air. Penulis sudah cekik tekak bagaikan di padang pasir sahara menangis-nangis. (Buduh kan … kalau aku suruh tadah air mata tu jadi air minum,) ala tambah-tambalahlah lagi kering tekak cucu tersayang ini.

Dengan penuh kasih sayang susah payah Si Edu mengayakan satu kemahiran hidupnya yang unik, mula-mula si edu kutip dan beri penulis koyakan daun pisang buat macam gelas katanya. Tercengan penulis maka Terhenti penulis menangis.

penulis melihat Si edu dengan kudrat tuanya memecah dan memulas batang tebuh untuk mengeluarkan airnya. biarpun sedikit Cepat-cepat aku mendahnya. Minum nyaman sekali sehingga penulis tidak meninggalkan walau sedikit untuk Si Edu terima kasih Edu. Rahmat Allah swt kepada kamu semua.

Alhamdulillah. Sehingga kini bila melihat batang tebu dan penjual Air tebu hati penulis jadi sedu sedih tersentuh. Sebab Arwah neneklah penjual Air tebu sekarang kaya-kaya.

walaupun penulis tidak dapat mencatat dan menghafal segala rinaait dalam sesuatu ritual. Penulis masih berkeyakinan mentera-mentera pantun yang berunsur ritual itu dituturkan pada sesuatu acara adalah seratu peratus dalam bahasa yang penulis amat memahaminya dan pasti penulis boleh menirunya dalam bahasa moden sakalipun,tidak seperti Amalan mandur Sharif yang penghujungnya sahaja penulis memahaminya dan dapat menyebutnya.

Sedar tak sedar setujuh tak setujuh, percaya atau tidak. penulis mewarisi segalanya. Penulis Memang seorang yang berbakat besar, sesuai untuk mewarisi warisan ,.

Penulis Nampak apa yang orang lain Tidak Nampak. Penulis dapat berbicara dengan sesuatu yang orang tidak Nampak. Penulis di ikuti oleh sesuatu yang orang lain tidak Nampak. Dengan Susah Payahnya penulis Cuba Peralihkan Semuanya. Adakah Penulis Berjaya?


ADAKAH AGAMA LABUZ DI KAMPONG RATAU INI TERGOLONG SEBAGAI ANISME? ATAU TERGOLONG SEBAGAI AGAMA PAGAN?

Tidak Mungkin Dan Tidak Boleh Diterima Yang Mana Moyang Kita Yang Berhijrah Ke Nunuk Ragang Itu Kononya TIDAK BERAGAMA(PAGAN). Kiranya Nenek Moyang Kita Berasal Dari Utara Borneo Maka Semestinya Mereka menganut Falsafah Kung FU TZE atau Falsafah Lao Tze . Dan Demikian Juga Lah Kiranya Nenek Moyangnya Yang Berasal Dari Selatan Borneo Maka Semestinya Anutan Mereka Adalah Agama Hindu. Dari Gutama BUDDHA.

Sebelum Islam Tiba Ke Alam Nusantara, Agama Hindu Dan Buddha Menyebati Dalam Jiwa Masyarakat Di Ratau Ini. Amalan Kerohonian Yang Masih Membekas Di Jiwa Dan Lidah Masyarakat Adalah Kalimah Sembahayang Dan Puasa. Ini Bermaksud Masyarakat Awal Sudah Berpuasa Ketika Masih Beragama Hindu Dan Buddha.

Buddha Tokoh Penegak Agama Hindu Yang Tidak Dikenali. Bangsa Yahudi Umat Nabi Musa As, Dan Nasrani Pengikut Nabi Isa As Pernah Berpuasa. Amalan Berpuasa Juga Masih Tercantum Di Dalam Kitab-Kitab Agama Purba.

Timbul persoalan Baru, dari mana Buddha mengetahui amalan berpuasa ini adalah laluan menemukan Pencerahan?
*(Tidak Mustahil, di bulan Ramdhan Ini pastinya adanya berulang mereka-mereka yang di anugerahkan oleh Allah Swt pencerahan dengan menemukan Iman Islam dan ihsan contohnya Si Dia Insyahallah taalah amin)

Satu Fakta Mengatakan Perkelanaan I Ching Dari Tanah Besar Cina Dilaporkan Mula Berguru Kepada Pendita Buddha Melayu Sriwijaya. Ajaran Buddha Kemudian Dikembangkan Di Cina Yang Sebelum Ini Sudah Arkab Dengan Falsafah Lao Tze, Kung Fu Tze Dan Lain-Lain Lagi.

Lalu Terbentuk Sebuah Aliran Buddha Yang Terjalin Dengan Falsafah-Falsafah Itu. Semua Ini Tidak Menolak Hakikat Bahawa Orang Nusantara Adalah Bangsa Guru Kepada China Dalam Ajaran Budha Sebelum Islam Itu Tiba Di Rantau Ini. penulis petikan dari penulisan H Fansuri

VERSI CERITA ASAL MUASAL PADI MASYARAKAT DUSUN SABAH SAMA SEPERTI JUGA VERSI CERITA ASAL MUASAL PADI MASYARAKAT DAYAK DAN HINDU.

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.
Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.


Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

SECARA NALURINYA SEMESTINYA KITA AKAN MENOLAK KEWUJUDAN MASYARAKAT YANG TIDAK SAMPAI PADANYA AGAMA

Mana mungkin boleh diterima oleh akal wujud satu Masyarakat yang Tidak Mempunyai Pegangan Agama. Telah Allah Swt Utuskan Para Utusanya beratus ribu Para Rasul Dan berpuluh Para Nabi Bermula Dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Mana Mungkin Ada Lagi Manusia Yang Tidak Beragama. Mustahil Ada Kaum Yang Tidak Beragama.
Apa Erti Agama Pada Bahasa? Dan Apa Erti Agama Pada Istillah?

Nabi Muhammad Membawa Ajaran Semawi Yang Memansuhkan Segala Jenis Agama Semawi Sebelumnya. Al-Quran di Wahyukan sebagai Mujizat Nabi Muhammad Saw. Dan Al-Quran juga memansukan jenis-jenis kitab agama sebelumnya.

Allah Swt Telah Berfirman Dan Telah Dibukukan Dan Tertulis Dalam Kitab Al-Quran Al Karim Bahawa Agama Yang Ada Di Sisinya Adalah Agama Islam

Seperti Yang Penulis Telah Nyatakan Dalam Penulisan Lepas Memang Penulis Gemar Nyatakan Agama Yang Di Bawa Bersama Dari Asal Muasal Orang Dusun Ranau adalah Pagan Hindu (agama Keharingan Dayak).

Dan Ada Juga Penulis Yang Mana Penulis Membaca Penulisan Mereka Yang Mereka Menamakan Amalan Ini Sebagai Anisme

Rata-Rata Juga Penulisan yang Penulis Baca Beranggapan Dan Menyatakan Fahaman Ini Sebagai Fahaman Pagan (Tidak Beragama) Atau Mungkin Pagan Ini Bererti Fahaman Agama Yang Tidak Berkaitan Dengan Agama Samawi.

BAGAIMANA KITA MENGATAKAN FAHAMAN PAGAN ITU SEBAGAI TIDAK BERAGAMA PULA SEDANGKAN ADA FAKTA INI ?
(Penulis secara Peribadi memohon maaf kiranya pautan yang penulis copy ini menimbulkan kurang senang setengah pihak)

PAGANISME Adalah Sebuah Kepercayaan/Praktek Spiritual Penyembahan Terhadap Berhala Yang Pengikutnya Disebut Pagan. (Http://Id.Wikipedia.Org/Wiki/Paganisme), Jadi Tentunya Sudah Jelas: Punya Banyak Tuhan/ Sesuatu Yang Dikultuskan

Sekarang Mari Kita Beralih Ke Hari Kelahiran Yesus Yaitu Natal. Secara Umum Yesus
Dianggap Oleh Umat Kristian Lahir Pada Tanggal 25 Desember. Tetapi, Para Sarjana
Kristian Yang Cerdas Tahu Benar Bahwa Sebenarnya Yesus Tidak Lahir Di HarIni i. Sejarah
Mencatat Bahwa Gereja Kristian Awal Merayakan Di BULAN MEI, April, Atau Januari.

Beberapa Kalangan Kristian Percaya Bahwa Yesus Lahir 20 Tahun Sebelum Tanggal Yang Kini Diterima (25 Desember 1). Jadi Mengapa 25 Desember Dipilih Sebagai Hari KelahiranYesus?

DEWA PAGAN BUDDHA Dipercaya Lahir Pada 25 Desember Ketika ‘Roh Kudus’ Turun Pada Ibunya Yang Masih Perawan Bernama Maya. Kristus Atau Mesias Terbesar Dan Tuhan
Orang-Orang Persia, Yaitu Mithras, Juga Dipercaya Lahir Pada Tanggal 25 Desember Jauh Sebelum Kedatangan Yesus

Penulis-Penulis Kristian Yang Beraliran Sepihan Dari Arus Perdana Seperti JW, Twoness. Menurut Dakwaan Kumpulan Ini , Sesetengah Ajaran Agama Kristian Seperti Trinity, Kristmas, Easter Terutamanya Elemen-Elemen Yang Selalu Dikaitkan Dengan Gereja Katholik Adalah Dicedok Dari AGAMA PAGAN.

Sebagai kesimpulan keharaman Orang Islam dusun Menyambut dan merayakan Sambutan Tadau kamatan kerana berlandaskan Kesucian Akidah.

Biarpun Kita mengatahui banyak lagi Adik beradik,saudara mara, sahabat handai. Dan rakan-rakan kita dalam Bangsa Dusun untuk kita cuba dapat meraptkan ukhwah dalam usaha berdakwah. Itu bukan Alasan, kerana kita wajib dan perlu Untuk mencipta satu persepsi moden dan ketamadunan Sebagai Orang Dusun Islam.

Gelaran sebagai Mualaf itu tidak manis, tetapi berbanggalah sebagai Mualaf kerana sumbangan Orang Mualaf dalam perkembangan dan penyebaran Agama Islam Adalah tidak ada Tolak bandingnya Bermula Dengan Khalifah Ar- Rasyidin yang pertama Syaidina Abu Bakar As- Siddiq ra sehinggalah ke Generasi ini.

Maka sekali lagi penulis panjangkan laungan dan war-warkan kepada orang dusun Islam agar kita berdiri atas Nama Bangsa Melayu Sabah. Seperti mana Orang Banjar Menamakan Bangsa Mereka Selapas Memeluk Agama Islam dari Bangsa Asal meraka Dayak.

HANTARKAN KOMENTAR DAN PANDANGAN ANDA DI FEACBOOK WARGA MELAYU SABAH. SEBUAH NGO YANG BERDAFTAR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN.

7 comments:

  1. tidak perlu berdiri atas nama melayu sabah. saya tidak bersetuju. dusun islam dusun isam lah, "tuhan jadikan berbangsa-bangsa agar kita mengenali antara satu sama lain" lebih kuranglah terjemahan.... kenapa pula perlu berdiri atas nama melayu sabah??????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjemahan penuh. (sekadar membantu)

      firman Allah:

      Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

      Surat Al-Ĥujurāt (49:31)

      Delete
  2. Kenapa perlu tukar kpd melayu sabah...malayu is melayu. Dusun is dusun.. agama kita boleh tukar tapi bangsa d tidak boleh ditukar walaupun tukar bangsa d I.c kad tapi tetap darah kita berbangsa dusun. Nabi tidak melarang kita berbangga dengan bangsa. Kerana nabi pun berbangga dengan bangsa arab. Tapi jangan mengangkat bangsa mengatasi agama. Itu yg salah.

    ReplyDelete
  3. salam semua dan juga kpd penulis, kepada penulis..kita urang dusun islam tidak perlu untuk mengubah siapa kita...Islam itu universal (untuk semua) dan islam itu bukan melayu, sebagai urang dusun islam saya berbanga dengan siapa saya..jangan kerana terlalu ikutkan sesuatu kita sanggup mengubah siapa kita..islam hanya satu cuma identiti saja yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. pertubuhan baru thelah ditubuhkan lihat facebook Pertubuhan Dusun islam Sabah...

    ReplyDelete
  5. saya amat2 tak setuju..cadangan tukar bangsa apabila memeluk islam..itu namanya lupa daratan..melayu itu ialah bangsa bukan agama..pleaselah buka minda jgn lupa asal usul...

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya sekiranya Dusun Islam di Sabah menukar kepada Melayu Dusun (beragama Islam) sebagai bangsa, secara jujur apakah terma saudara maranya yang masih menganut agama Kristian?

    adakah mereka ini dipanggil Melayu Dusun juga?

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback