Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1136 M, Di Istana Bukit Meriam,Kota Kuala Muda, Negeri Kedah apabila Baginda Maharaja Phra Ong Maha Wansar apabila Baginda menerima kunjungan mengadap Sayyid Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad Bin Sheikh Jaffar Al-Qumari Utusan Khas Sultan Auliya’ Sayyid Sheikh Muhiyiddin Abdul Qadir Al-Jilani Qaddasallahu Sirrah bersama sahabat-sahabatnya untuk menzahirkan hukum-hukum Agama Islam dengan jelas dan terang.
Dalam suatu majlis istiadat khas yang menghimpunkan hulubalang kepahlawanan maharaja untuk mempamirkan segala kekuatan sihir A’la menjadi kekuatan benteng pertahanan dan kedaulatan pemerintahan maharaja itu, dengan menghiring minuman keras yang akan menjadi minuman kepada maharaja itu serta yang hadir,lalu Syyid Sheikh Abdullah Al-Qumari segera mengambil kesempatan daripada peluang tersebut menzahirkan kehebatan ilmu pertahanan diri hulubalang allah (silat) secara Zahir Dan Batin yang diambil dari Guru Murabbi, sehingga Berjaya mengalahkan segala kekuatan dan kehebatan kepahlawanan sihir A’la yang dimiliki oleh maharaja itu sekali gus kedualatan maharaja itu diruntuhkan dan Sheikh Abdullah Al-Qumari dapat menawan Maharaja itu dan pembesar-pembesar Istana beserta dengan rakyat jelata yang hadir seumpama berlaku kepada peristiwa Futuhul Makkah.
Ms27/ms28 buku pemuda Tauhid
Menurut blogger P borneo nabalu,(Permata Borneo Nabalo Ranau
Jejak-jejak keluarga .....: Pendahuluan konsep keluarga kendongoi ...
myhajimin-salasilah.blogspot.com/.../pendahuluan-konsep-keluarga-) islam tersebar di pantai barat sabah sekitar 40an, oleh Pendakwah dari Bandung Indonesia, Suami isteri Nenak Maloi dan Hamba Wan atau dikenali juga sebagai Hj Idris telah datang ke Sabah bersama-sama dengan seorang lagi pendakwah yang di kenali Mandur Sharif Radin Jaya Winata (Muhammad Sharif) di tahun sebelum 50'an. Sebelum mereka menyebarkan dakwah, pendakwah ini telah berkerja di pelbagai estat yang terdapat di bahagian Barat Negeri Sabah.
Selepas beberapa tahun kemudian Nenek Maloi dan Hamba Wan menetap di Buang Sayang Papar sementara Muhammad Sharif Radin Jaya Winata berkampung di Kampung Lebou Estat Menggatal. Anak Hamba Wan ialah Hj Munsharif Hj Idris dan cucu-cucunya ialah Wan Masriah, Wan Salleh, Wan Arshard dan Wan Masira.
Walau bagaimanapun, sebelum Muhammad Sharif menetap di Lobou Estet,anak Mandur Sarif Nurimahwati ada di Suka layu Bandung Indonosia, manakala Ewon Monan ada di sekitar Kota Kinabalu,
Seorang yang dikenali ramai yang kuat menuntut ilmu yang telah merantau untuk mendapat pekerjaan dan setelah berkerja di Pedas Baili Estet Inggeris dengan tidak sengaja terjumpa dengan Muhamad Sharif. Pengamal yang dimaksudkan ialah Sadi Angiran. Sadi Angiran sebelum berguru dengan Muhammad Sharif, beliau telah menceritakan keadaan keluarganya yang bila setiap kali isterinya mengandung anak yang dilahirkan akan mati (tiada yang hidup). Mendengar penjelasan itu maka Muhammad Sharif memberitahu kepada Sadi bahawa ilmu yang dituntut itu adalah "Ilmu Hitam" dan perlu dihapuskan dan tidak perlu diamalkan lagi. Setelah penjelasan ini Sadi Angiran pun mendekati agama yang di bawa oleh Muhamad Sharif. Sadi atau dikenali juga Mandor Sadi Angiran memeluk Islam dan mempelajari tentang Islam.
Setelah beberapa waktu kemudian, Sadi yang telahpun sedia mengenali Ali yang telah menuntut ilmu dan kekuatan daripada Pak Mausa. Ali atau (Yundal) Bapa Muhamad Ali KG.Lohan ulu dan dipakai namanya pada Sekolah Menangah Agama Ranau Sabah,dipercayai memiliki ilmu ( dipercayai ilmu hitam ) yang agak tinggi sehingga setiap percakapan (Sebut sahaja ) akan dikabulkan. Ali juga tidak mempunyai anak walau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Mereka telah beradu kekuatan dan ternyata Ali tertewas. Oleh sebab kekuatannya itu, Ali bertanyakan Sadi dari mana dia mempelajari ilmu kekuatan. Mandor Sadi pun memberitahu bahawa dia telah belajar daripada Muhamad Sharif. Setelah mendengar penjelasan, Ali pun berguru dengan Muhamad Sharif tentang Islam.
Setelah Ali dan Sadi belajar tentang Islam dan membuang ilmu yang dituntut daripada Mausa( menurut cerita pak musa ini berasal dari paitan sawa (hilir) Beluran,Sabah dewan pak musa beofort, papar dan kota kinabalu di ambil nama daripada jasanya). Barulah kedua-dua mereka mendapat anak sendiri. Anak-anak Ali ialah Hj Amin Ali (Suami Siti Mulah Hj Roman) , Amisah (Isteri Hj Madi), Hj Mian(Suami Sainah Jaafar), Sakium (isteri Hj Harun) mereka menetap di Kampung Lohan, Lingkodau dan Keranaan Ranau sementara anak-anak Sadi Angiran pula ialah Emin, Saimin, Sanin, Motin, Setiah. Saimin dan Sanin menetap di Kampung Beriawa Keningau. Emin, Sanin dan Moting belum berkahwin (1998).
Sebelum Islam bertapak di Tagudon Lama dan Kampung Sosondoton, Ali memaklumkan kebaikan tentang Islam di Ratau dan Sosondoton dan Sadi memaklumkan kebaikan Islam di Kampung Tadgudon Lama. (sebab utama bila mereka anak hidup yang dilahirkan setelah ilmu hitam dibuang). Bila ada penerimaan agama ini di kedua-dua Kampung, Radin dihantar oleh Muhamad Sharif untuk mengajar mengaji dan memaham Islam di Kampung Tahudon Lama tetapi cuma kurang dua bulan, Radin pulang dan diganti dengan Gilang dan Rahaman dari Kota Belud. Orang yang mula-mula memeluk Islam di kampung ini ialah Hj Roman (Bandual), isteri Rijah dan Tiah. Disamping cara lain mengembang Islam ialah membawa pengikut-pengikut baru ke Lebou Estet berjumpa sendiri dengan Muhamad Sharif Radin. Antara anak murid Hj Roman ialah Saimin Akar, Midan, Maran, Hamid, Ghani Gonggot dan Saidi. Antara anak murid Hj Roman yang memperdalamkan ilmu Islam dengan Muhamad Sharif ialah Saimin Akar (gambar), Karano, Ghani Gonggot dan Saidi sementera anak murid Ali ialah Rasuman dan Nerudin di Sosondoton.
Orang yang terawal memeluk agama Islam mengikut kawasan/kampung di Kundasang ialah:-
• a. Pinolobuh : Hj. Sahajali (Gumaral Sawinda), Hj. Laiman Salian (Mayor Salian), Maidin Juhaman (Gook Gimbawang), Lasimin Kobu (Dungkin Kobu), Harun Salian (Boon Salian).
• b. Nosorob : Jahamin Alifaji (Tinggalan Kayat), Jusuman (Konsoi), Kasimin Katoh (Kontugal Katoh), Juriman Katoh (Mogong Katoh)
• c. Kinasaraban : Miasin (dipercayai antara yang terawal memeluk Islam di Ranau).
Selepas itu lebih ramai yang mengikuti jejak mereka dan belajar Islam secara lebih mendalam dengan Shariff Bin Ambik yang bekerja sebagai mandur Estet Getah milik British di Lobou, Telipok.
Antara yang seangkatan dengan mereka di kawasan Ranau seperti berikut:-
• a. Ratau : Mohd. Ali, Samad
• b. Torolobou : Manjun (ayah kepada YB. Datuk Hj. Masidi Manjun)
• c. Waang : Ghani Gunggot
• d. Togudon Lama : Roman, Ajak, Kasuman, Saimin
• e. Randagong : Rizal
sumber Haji Laiman Salian
Mereka yang Pernah menuntut dengan mandur sarif di kampong Lohan 1
1.Almarhum abang Saupin ( Aziz Saupin)
2.Almarhum abang sabin ( Ebin sabin )
3.Almarhum nawawi (yaplin Nanawi)
4.Almarhum Amat ( Jefreddin Amat )
5.EN. Kasibun (Kamil Kasibun)
6.EN Rusdi (Rusining Rusdi)
7.EN Jahalan ( Taufik Jahalan)
8.EN Osman (Bairi Osman)
9.HJ. Rimah (sidi samad)
10dan ramai lagi
Sesungguhnya Muslim itu ialah mereka mengamal syariat Islam yang dijabarkan dalam rukun Islam dan Mukmin ialah mereka menyakini dan mengamalkan rukun Iman. Dari itu agama-agama lain di sini tidak disebar melainkan di Kampung Toboh sahaja
Raden Jaya winata bukan ustaz tetapi telah menyempaikan Islam melalui cara perubatan (Muallij). Pada tahun 1136-1380 M dikatakan pula sheikh sharif Aulia mengislamkan wilayah Deli, Borneo, Filipina, hingga wilayah Mataram.
Atas nama Sharif pada nama Mandur Sharif (1955-1970) ada riwayat mengatakan sekitar tahun 40an, saya mengandaikan bahawa Mandur Sharif ini adalah mewaris sesuatu dari Sheikh Sharif Aulia . mandur sharif bukan lahir dalam keluarga bernama Sharif, dan ada cerita meriwatkan bahawa beliau berasal dari Serawak berbangsa Melanau , biarpun pada dasarnya kedengaran namanya itu di sebut orang dalam bunyi jawa.
Pengaruh mandur sharif kepada mereka-mereka yang pernah bertemu dengan beliau memang hebat biar adakalanya cerita-cerita tersebut tidak dapat di yakini pada masa sekarang.berduyun-duyun lah masyarakat kedazan dusun menuntut dengan beliau.dan dari inilah kononnya bermula penyebaran islam dan ada yang lebih hebat lagi mengandaikan bahawa kalau bukan Mandur Sarif maka mereka tidak memeluk Islam Subahanallah.
Dan amat malang sekali bagi pengemar ilmuan ini, lahir sahaja saya ke dunia ini, saya tidak meminati perkara dan benda ini,sedari awal saya mencarik adat istiadat mereka,Arwah Ayah selalu marah-marah.
yah.. Ketika musim padi masak maka ibu menolong ayah menuai padi, ibu tidak menyangka bahawa hari ini saya mahu keluar dan saya beranggapan barangkali ketika saya lahir ke dunia ini, tidak ada tangisan dari saya . betul tak ibu?
Pada pohonan kayu pelindung yang rendeng (tempat ini masih ada) ibu berehat dari panas mentari,allahu akbar rupanya saya sudah ada di dunia, Ibu memasukan dan mendukung saya di dalam sirung nya. Nenyak barangkali tidurku.. sepanjang jalan tak sesiapa perasan aku ada dalam sirung ibu sehinggalah sampai di rumah.nenek dan datuk saudara pula tak kurang gempaknya, tak percaya… apa itu dalam sirung? anak buluh betung ? terima kasih ibu selamat hari ibu.
Kenapa pada hari ini, anak-anak yang baharu dilahirkan di buang sembarangan? Jahiliah Bangsa arab dan Firaun hanya menanam hidup-hidup bayi lelaki. Ini Jahaliah modren pula tidak memilih bayi lelaki atau perempuan dibuangnya macam buang sampah. Zaman malu mengatasi rasa tanggungjawab, susahnya mengakui kesalahan atau masyarakat kita telah hilang mesra penyayang.
ADAKAH YANG MENARIK MINAT MEREKA DALAM DIRI MANDUR SARIF ADALAH ITULAH ISLAM?
Dan saya ada keraguan tentang adunan amalan mandur sarif dan amalan pak mausa….
Sharif Abu Bakar dalam penerusan dakwah golongan Sharif Awlien di Filipina, telah melaksanakan undang-undang Syarie Islam, berdasarkan kitab Minhaj,Fatthul Qarib, Taqreebu i-intifa,Miratu at-tulab. Sempatkah Mandur Sharif mengajar para peminatnya salah satu dari kitab-kitab tersebut?
Barangkali nama Kitab pun para pengikut Mandur Sharif ini terlepas pandang,sebenarnya semakin lama semakin terlalu jauh jurang perbezaan, seperti mana puasa bulan Ramadhan mereka hanya amalkan pada hari pertama, pertengahan dan hari terakhir, Dan terkadang mendahului pengumuman penyimpan mohor raja-raja tarikh mula puasa dan tarikh sambuatan hari raya.
Dan berbagai lagi karenah yang orang biasa seperti saya kebiasaan terpaksa menghadapinya
Dan satu dalam pemikiran saya, tidakah En. Sadi dan EN. Ali mencampurkan amalan mandur sarif dan amalan pak mausa ...
Assalamualaikum. TAHNIAH.. kerana berjaya menulis beberapa catatan sejarah yang teramat penting.
ReplyDeleteBagaimanapun, saya ingin membuat PEMBETULAN FAKTA yang telah saudara tulis seperti berikut;-
"Walau bagaimanapun, sebelum Muhammad Sharif menetap di Lobou Estet,anak Mandur Sarif Nurimahwati ada di Suka layu Bandung Indonosia, manakala Ewon Monan ada di sekitar Kota Kinabalu"
SEBENARNYA..., Puan Nurimahwati dan Ewun adalah ADIK BERADIK anak kepada Allahyaraham Abdul Manan - Seorang Dusun yang tinggal di Kg. Boronuon Telipok.
Fakta selanjutnya tidak dapat saya tulis disini kerana terlalu panjang ceritanya.
Tahniah kerana berjaya menulis sedikit sebanyak sejarah pengislaman di negeri Sabah ini.
ReplyDeleteCuma, saya tidak berapa setuju sekiranya kita mengHUKUM para pengamal amalan yang dibawa oleh Mandur Sarif. Sebab, ada dua aspek utama yang saya rasa perlu diambil perhatian. Pertama, tentang isi amalan yang dibawa oleh Mandur Sarif dan kedua, berkenaan dengan pembawaan atau peribadi murid-murid yang mengamalkannya. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan yang berfokuskan kepada dua cabang tersebut.
Jadi pada pendapat saya, kajian ilmiah perlu dilaksanakan sebelum kita membuat sebarang andaian mahupun kesimpulan.
Kita patut bersyukur kerana adanya peranan Mandur Sarif dalam proses pengislaman penduduk di negeri Sabah ini walaupun hanya berkesempatan mengajarkan sedikit pengetahuan berkenaan dengan Islam.
Peranan utama kita dalam generasi terkini adalah menambah apa yang kurang, memperbaiki, dan memperbetulkan kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan oleh generasi-generasi pengamal amalan yang dibawa mandur sarif.
Wallahualam.
Dr,
AHLI FIKIR
salam.... trima kasih banyak2 di atas infrmasi yg saudara skalian brikan...
ReplyDeletesaya ckup tertarik dengan fakta dan maklumat yang diutarakan..
saya berpendapat generasi zaman Mandur Sarip adalah generasi pmangkin untuk penyebaran islam di sbh.... jasa dan tanggungjawab mereka pada masa itu sangat besar dalam penyebaran islam... saya sgt bersetuju dgn pendapat yang menyatakan bhwa kita sbgai gnerasi skrg ini harus lbih peka terhdp msalah2 yang smakin hri smakin mcbar dlm arus pmodenan ini.. kita lah yg sharusnya menambah baik lg sgala kekurangan yg ada... mungkin pada msalah yg timbul pada msa dhulu x sma dgn msalah2 yg timbul pda msa kini... jdi jln pnyelesaian yg digunakan adalah berbeza... tidak ada msalah dlm dunia ini yg x dpt dslesaikan...
selain itu saya juga bersetuju supaya fakta yg berkaitan dgn klalifah Allah zaman Mandur Sarip ini diteliti sdalam2nya dan dperhalusi sblum dipaparkan.. kerana fakta dan maklumat ini sgt berguna dan sgt pnting utk dijadikan rujukan dan pgetahuan..
saya berharap agar dapat berkongsi ilmu dan maklumat dari pihak tuan... sekiranya terdapat lg maklumat atau fakta yg berkaitan dgn Mandur Sarip dan pengamal amalannya...kerana setahu saya masih ramai lg murid2 Mandur Sarip.. yg seperguruan yg masih blum dijelaskan.... terima kasih banyak..
ASSALAMUALAIKUM..BANYAK FAKTA DAN MAKLUMAT PERLU DIPERBAIKI...DAN ADA JUGA YANG SALAH...UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...MANDUR SHARIFF TIDAK PERNAH AJAR PUASA 3 TU...ORANG RANAU SENDIRI YANG MEREKA2 KEMUDIAN...SO SAYA MENCADANGKAN JANGAN MENULIS ARTIKEL...TANPA MERUJUK KEPADA RAMAI ORANG YANG BERKENAAN...KERANA KESALAHAN AKAN MEMBAWA FITNAH...TQ
ReplyDeleteAPAKAH SEBENARNYA NIAT DAN TUJUAN MEULIS ARTIKEL INI...?UNTUK KEBAIKAN ATAU MENCARI SUATU KEKURANGAN ORANG LAIN DAN MENAIKKAN NAMA SENDIRI..WALLAHUALAM...ADALAH TIDAK ADIL UNTUK MEMBUAT KESIMPULAN...TTG PERKARA YANG KITA SENDIRI TIDAK HIDUP DAN MELIHAT DAN MENDENGAR DENGAN MATA KEPALA SENDIRI...MEMBUAT ANDAIAN2 YANG DIDENGAR DARI SEBAHAGIAN SUMBER2 LISAN DAN BEBERAPA ORANG SUMBER TAK AKAN DAPAT MENDEDAHKAN KEBNARAN SEBENAR...MALAH BOLEH MENJADI SUATU FITNAH ...SESUNGGUHNYA ALLAH SWA SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BENAR...
ReplyDeleteSalam.. nama yang ada ..ada yang tiada..penceritaan nya menarik..faktanya banyak lari..penulis artikel ni kena dalami dulu ilmu sempurna hidup sempurna mati baru bisa ya komen tentang jalannya susur Putera raden jaya winata.
ReplyDeletetuan/ puan, saudara /saudari yang sudi meletakan komen disini, dengan rasa rendah diri sayaamat mengalu-alukannya dan saya juga terasa diri bila lambat mengucapkan ribuan terima kasih atas komen ini oleh itu dengan ini saya juga amat mengalu-alukan untuk tuan puan menghantar post ini di Facebook ABJAD SABAH untuk kami cepat menerima responnya. Syukran
ReplyDeleteuntuk Anonymous Said. April 26.2011 dan octeber 3, 2011 sila baca
ReplyDeleteSunday, October 3, 2010
respon catatan rudi dan ahli fikir(himpunan cerita mandur sarip 24.5.2010)
http://abjad-sabah.blogspot.com/2011/10/lagi-respon-penulis-pada-komen-di.html
salam, kepada yang punya blog ini, ketika saya sedang mencari-cari maklumat tentang mandur sharif saya terjumpa blog ini, dari apa yang saya baca terdapat fakta yang tidak begitu tepat dalam tulisan saudara..mungkin saudara tidak banyak tahu berkenaan amalan yang dibawa oleh mandur sharif, sebab itu beberapa komen diatas turut membidas apa yang saudara tulis..saya merupakan anak kepada murid mandur sharif, ayah saya merupakan pengamal tegar amalan tersebut ketika hayatnya, sedikit sebanyak saya tahu tentangnya...namun tidaklah saya dapat menceritakan disini kerana terlalu panjang untuk dihuraikan...
ReplyDeleteNamun jika saudara berminat ingin tahu selanjutnya, mungkin kita boleh berkongsi maklumat tentang hal ini,
kita jangan menghukum sesuka hati tanpa mengetahui cerita sebenar..
tq.
Apa yang saya tahu, Haji Idris (Hamba Wan) datang ke Sabah lebih awal daripada Mandur Sharif. Memang kedua-dua mereka berasal dari Jawa. Tetapi semasa Mandur Sharif tiba, Haji Idris telah meninggal dunia.
ReplyDeleteAnak lelaki Haji Idris yang bernama Munsharif kemudiannya menjadi murid kepada Mandur Sharif. Apabila Mandur Sharif kembali ke Indonesia, beliau digantikan oleh Hj Munsharif dengan gelaran Bapa Muda.
Hj Munsharif telah meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Kg Buang Sayang, Papar bersebelahan kubur ayahnya, Haji Idris. Nama sebenar anak-anak Hj Munsharif ialah Hajah Masrijah, Hj Wan Salleh, Hj, Wan Arsad dan Hajah Wan Masrisah.
Orang Papar.
Asslamualaikum. Saya Wan Syazhriman Shafik Bin Wan Azman, cucu kepada Hj Wan Salleh bin Hj Munsharif. Saya berminat untk mengetahui lebih lanjut sekiranya tuan mmpunyai maklumat salasilah yg lebih mendalam mengenai keluarga Hamba Wan. Sekiranya tuan setuju, tuan boleh berhubung dengan saya di 014-654 2868 .
Deletesalam,
ReplyDeleteamalan ini berasal dari wali songo sunan ampel yang telah menurunkan kepada menantunya raden fateh pengasas kerajaan demak dan sekolah pondok pertama dijawa tengah pada kurun 15. raden fatah lahir dipalembang 1455-wafat didemak jawa tengah 1518 selepas memerintah majapahit. beliau keturunan rasulullah kacukan cina.
dalam senarai nama tawassul nama raden fateh ada disebut untuk dihadiah kan al-fatihah selapas rasulullah dan syeikh abdul kadir jailani.
nama mandur sharif di baissan ke 4.
nama sebenar mandur shariff ialah syeikh muhammad shariff adiwinata ambik (sumber: anak dan cucunya) berasal dari bandung sumatera indonesia. ia lahir pada1894 dan wafat serta dikebumikan diganjur bandung sumatera indonesia pada 1969. beliau datang ke sabah pada 1921- dan kembali ke kampung halamannya pada 1953. saya mempunyai banyak gambar-gambar mereka termasuk gambar kuburan mandur shariff.
saya adalah pewaris generasi ke-3 yang mempunyai salinan segala amalan mereka yang cukup lengkap termasuk terjemahannya dalam bahasa melayu. ilmu mereka adalah tarekat berasaskan ilmu hakikat, segala doanya di ilham berlandaskan pengamatan dan penghayatan wali songo terhadap al-quran dan sunah rasul.
apa yang saya faham ialah amalan mereka ini bertujuan untuk mencapai makrifatullah.
doa-doa mereka adalah jelmaan al-quran, walaupun tidak ada dalam al-quran.
saya pernah bertemu dengan muhammad ali, abdul hamid,neiman, haji karno.
untuk pengetahuan semua kebanyakan ilmu tarekat yang ada di selatan filipina, borneo indonesia, semananjung malaysia sumbernya hanya 1 iaitu al-quran, yang diilhamkan semula sebagai doa doa khusus dalam bahasa ibunda masing-masing.
di indonesia wali songo, disemananjung wali tujuh, tok kenali, dan ada yang dari syeikh muhammad arsyad al-banjari yang pernah menuntut ilmu di mekah dan madinah lebih 30 tahun dalam bidang syariat dan tarekat.
allahuakhbar.. sesungguhnya mandur sarif(bapa tua) itu dikalangan wali-wali yang terpilih...al-fatihah..
DeleteAsslamualaikum. Saya Wan Syazhriman Shafik Bin Wan Azman, cucu kepada Hj Wan Salleh bin Hj Munsharif. Saya berminat untk mengetahui lebih lanjut sekiranya tuan mmpunyai maklumat salasilah yg lebih mendalam mengenai keluarga Hamba Wan. Sekiranya tuan setuju, tuan boleh berhubung dengan saya di 014-654 2868 .
Deletealhamdulillah..kerana dapat menulis sejarah..penyebaran islam di sabah dan khususnya orang dusun ranau..harap akan datang Tuan dapat merungkai sejarah yg lagi detail..konsikou..
ReplyDeletealhamdulillah..kerana dapat menulis sejarah..penyebaran islam di sabah dan khususnya orang dusun ranau..harap akan datang Tuan dapat merungkai sejarah yg lagi detail..konsikou..
ReplyDeleteTuan Puan yang Di Rahmati Allah.. Tiba-tiba tergerak hati melawat Penulisan Lama ini.. Blog Yang Lama Tak Aktif. sayangnya Komen-komen anda tidak bersambut. j
ReplyDeleteika berminat sila lawati saya di Blog ini ceritadarisiringbukit : RESPON KOMEN DI POST SELAMAT ...
sirungnabalu-danganaknabalu.blogspot.com/.../selamat-hari-ibu-dan-kumpulan-cerita...
10 Okt 2013
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetiap perbuatan salah pada diri sendiri haruslah meminta keampunan kepada Allah S.W.T, tetapi jikalau perbuatan salah pada orang lain haruslah mencari orang yang kita berbuat salah tersebut.
DeleteMbah Wan ... bukannya Hamba Wan
ReplyDeleteFrom Wan Ahmad Wan Arshad (013-866-2285)