Jawatankuasa Abjad sabah telah mengadakan satu program Tamrin Pemuda Tauhid sempena cuti persekolahan yang berlangsung pada 12hb, 13hb dan 14hb jun 2010, sebenarnya Abjad Sabah telah menjemput 3 tokoh Abjad Pusat ke Sabah. Oleh kerana masalah taknikal hanya Tuan Guru Haji Idris dan Tuan Guru Hj. Zainal yang dapat hadir.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan yang berbahagia al- fadil Ustaz Hj. Ideris B. Hj. Mohamad, selaku timbalan YDP Pusat, Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia, Juga selaku YDP Warga Melayu Malaysia, Serta Timbalan Mursidul Am Warga Melayu.
Yang telah Mewakili Al-Fadil YDP Pusat. Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia. Selaku juga YDP Warga Melayu Malaysia. Serta Selaku Mursidul Am Warga Melayu. Untuk merasmikan cawangan Abjad Sabah serta mengadapkan Gelangang Latihan Pedang bersama Pondok Pusat Tarbiah Abjad Sabah.
Tidak dilupakan Juga Tuan Guru Ustaz Hj. Zainol Abidin B. Harun Selaku ketua Jurulatih Pusat Meranggkap Ketua Perhubunggan Warga Melayu Sabah. Yang sudi mengiringi yang berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj. Ideris ke Sabah.
Setinggi juga ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Program selaku juga para Penyumbang Dana Perbelanjaan Program ini,Tanpa kerjasama dan Kometmen anda semua program seperti ini tidak akan dapat dilangsungkan.
Biarpun seperti dalam laporan post mortem kita,terdapat beberapa kelemahan yang patut dan boleh kita sama-sama atasi di masa-masa hadapan. Sebenarnya Pada tanggapan saya berdasarkan kemampuan dan pengalaman baharu yang ada pada kita , saya beranggapan semua bahagian jawatankuasa telah mencapai tahap sumbangan 100%.
Cuma Barangkali bagi Yang berbahagia tuan Guru Ustaz Ideris Dan Tuan Guru Ustaz Zainol yang telah pernah melawat banyak tempat terperasan dan bolah melihat beberapa kelemahan jawatankuasa penganjur yang patut boleh di atasi pada masa-masa hadapan.
Pada Program ini Saya sendiri mendapat beberapa infor terkini, buah tangan dari tuan Guru, terutama pendedehan beberapa teknik-teknik amali. Walaupun pada teori-teori asasnya ,sebenarnya bertahun sudah saya telah didedahkan denganya.
Jadi Seruan saya, mari sama –samalah kita bersungguh-sungguh membuat latihan intersif sehingga zahirlah usaha kita selama ini.mudah-mudahan perbuatan kita di terima sebagai amal kebajikan di dunia untuk bekalan ke Negeri yang kekal lagi abadi. Jadi barangkali tidak ada salahnya pada amali-amali tersebut kita adakan juga in hause traning untuk rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir pada hari tersebut
Dan di atas beberapa respon pada pertemuan ini, maka saya juga telah berbincang dan mencadangkan kepada pentadbir blog ini, untuk bolehkah? memindahkan ruangan bicara badal sabah ini kepada satu sudut lain atau mungkin ada baiknya ianya dijadi blog yang berasingan pula.
Atas respon tersebut suka saya nyatakan kembali bahawa saya memang tidak di beri kuasa untuk mentafsir, menerangkan atau bercakap menganai sesuatu pun berkaitan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Jabat Kilat Malaysia. Jadi kiranaya anda berminat atau ada muskil pada Pertubuhan maka sudilah melayari pada portal yang Rasmi contohnya pada Abjad Malaysia dan Masuklah dalam Ruangan Forum untuk mencari maklumat yang sahih.
Sebaiknya carilah maklumat dengan bertanyakan guru yang ada aturiti untuk bercekap pada mengenainya.
Apa yang saya hidangkan dalam blog ini tidak mencerminkan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia. Ruangan ini hanyalah adalah semata-mata adalah satu perkongsian rasa pada pengalaman dan tidak semestinya gambaran khas kepada Abjad Sabah. Dan jadikanlah perkongsian ini mana Yang baik itu sebagai tauladan dan yang tak sesuai itu jadikanlah sampadan.
Sempena Seperti saranan tuan guru, jangan ada lagi antara kita yang tertinggal bas, jangan ada di antara kita yang turun bas terlalu awal, apatah lagi kalau ada yang sanggup terjun dari bas. Jauh sekali teringgin nak jadi driver bas . Dan kepada mereka-mereka yang mahal sangat nak naik bas, ucap selamat tinggal sajalah, kami tidak ada masa untuk menunggu-nunggu anda….
kalau boleh.. diletak sedikit gambar supaya kami di cawangan lain boleh meraai suasana disana
ReplyDelete