Sunday, June 27, 2010

MELAYU * RANAU * LOHAN

Semasa cuti sekolah 3 minggu, saudara kita pemilik permis pusat Tarbiah Abjad Sabah ada juga bertanya belum ada artikel terbaru dalam Abjad Sabah. Ya.. memang saya sedikit kelang-kabut tak ada masa nak buat, masa cuti sibuk up grid dan menyiapkan bangsal candawan, sehingga dua sesi tamrin tuan guru hj. Idris saya misssss....

Masa masyuarat postmortem saya ada janji ada cerita nak kongsi nanti dalam blog ini, rupanya Allah nak ingatkan saya,sebenarnya saya terlupa nak kata insyahallah ada bahan yang saya akan kongsi bersama nanti dalam blog ini. Tunda mesyuarat pun saya terlupa….

Hari isnin 21hb jun 2010 hadir ke sekolah rupanya saya belum siap menjumlahkan markah kertas peperiksaan murid macam mana ni? esok Selasa dan rabu, kursus set induksi sukatan pelajaran kuala Lumpur, hari khamis latihan kebakaran. Kesian rakan-rakan tak sempat siap jumaat ni. Isnin nak serah dah dengan ibubapa murid.
Jumaat petang Alhamdulillah sempat saya siapkan dan serah pada Guru Besar untuk tanda tangan sistem pemarkahan murid tahun 6 Abu bakar yang akan di serahkan kepada ibu bapa petang esok (isnin).28hb jun 2010.

Semalam saya hantar laptop ini untuk di rawat, windos 7 nya pandai reststart sendiri setiap 2 jam.dan rasanya ofisnya kembali kepada 2007. Tak lagi pakai beta 2010.
AHAD .pagi tadi lepas kelas tambahan saya beli tekit fery untuk hari raya dapatlah 5hb sept 2010. Singgah kedai mamak perkena roti telur dulu baru balik rumah.. zzzzzzzz dululah….

Bangun… adei malas tah aku
Bila nak menulis saya dah tidak ingat apa yang teringin sangat saya nak kongsi ……. subahanallah.

Semasa lawatan yang berbahagia TUAN GURU USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD ke Sabah. Ditakdirkan ALLAH SWT saya jadi sebagai pengiring beliau, sebenar nya saya dah ambil beg, TUAN GURU HJ.ZAINAL ABIDIN B. HARUN, maknanya beliaulah yang akan mengikut saya. Inilah ketentuan ALLAH kita manusia hanya berkehendak yang memakbulkanya. hanyalah milik ALLAH SWT.

Kebetulan pula USTAZ HJ. IDRIS B. MOHAMAD kebiasanya menggunakan Loghat Kedah,sedikit berlainan dengan loghat Peneng, nasib giliran saya, entalah apa gerenganya yang berlaku pada pengiring TUAN GURU HJ. ZAINAL ABIDIN B. HARUN pula, cian juga kali di orang ini,jangan tah sepatah kata tak keluar-keluar pertanyaan dari di orang ini.

Pun agak kekok dan lambat saya menangkap cetusan bahasanya TUAN GURU, apa pun untuk tidak mensia-siakan perjalanan ke Ranau ini, saya mesti bertanya dan mendengar apa sahaja yang keluar dari mulut beliau. Oleh kerana beliau dah biasa dengan sekitar Kota Kinabalu, Teluk Likas, Bangunan Yayasan Sabah ini tiada apa yang perlu saya ceritakan apa.

Sekitar kawasan UMS TUAN GURU tanya nama tempat yang menanan sayuran utama di Sabah, lalu saya jawab nama tempat itu ialah kampung kundasang. Lalu tuan guru kata bukan kundasang, tapi KHURASAN, satu lembah yang sejuk, tanah rata di pergunungan dan ada awanan pada sekitarnya. Itulah makna khurasan pada bahasa arab.

Sampai di Temperuli, saya ceritalah kononya tempat ini di panggil di timpah lori,Tuan Guru sekali lagi menyanggah cerita saya, lalu cerita beliau suatu masa dulu tempat ini adalah kawasan lombong bijih, dan taukehnya orang cina, bila lombong dah nak tutup, Taukeh cina ini pun kata tanpa lori, tak boleh nak buat apa-apa. Habislah tak tau lagi cam mana mau kerja.

Sepanjang perjalanan TUAN GURU amat seronok bercerita, saya pesen dengan pemandu kereta jangan melebihi kelajuan 70km/j. kita tak tergesa-gesa nak sampai ke Ranau, Cerita Tuan Guru dari rumahnya di lanai ke rumah TUAN GURU HJ. ZAINAL di sintok jaraknya lebih kurang 120 km, biasnaya beliau hanya mengambil masa 40 minit untuk sampai, kota kinabalu – ranau 100km saya ambila masa 3 jam untuk sampai, TUAN GURU HJ. IDRIS kata biasa memandu pada kelajuan 180km/j. saya kata kereta apa itu ? jangan main-main. Tuan Guru Hj. Idris pakai Keretanya mercedis bah. KONTRAKTOR SUPER A. Jeles aku tau. Saya Cuma pakai pinjam iswara 1.3 milik bank ccm 6 tahun lagi.pun kepayahan nak menyelasai…

Sampai di PEKAN NABALU, berehat sambil-sambil mencari itu namanya KERUPOK BAYAM,.masa di pasar filipin di Kota Kinabalu, Tuan Guru dah tanya-tanya. Rupanya inilah rupa kerupok bayam keluaran dari kampung kundasang. Selama ini saya pun Cuma dengar-dengar saja. Esok bila nak balik ke semananjung nak masukan dalam kotak katanya,nak bagi dengan anak, dulu Saya beli habis hanjur dalam kapalterbang. Tak dan sampai rumah.

Mana pula pengiring HJ. ZAINAL ini? main laju juga kamu, bawalah sembang tuan guru tu mana nak tau dapat sepatah dua ilmu di dada. rupanya geng ini dah sampai MASJID JAMIK KUNDASANG,tak apalah tunggu kami sana. Sebenarnya masih ada satu lagi ISWARA mengikut di belakang saya.pengiring untuk USTAZ ZAINUDDIN. oleh kerana USTAZ DIN tak sampat bersama-sama kali ini. Pengiring ini mengikut di belakang saya saja.
TUAN GURU HJ. IDERIS sedang giat MEMPERMOSIKAN WARGA MELAYU. Dan tertubuh sudalah juga WARGA MELAYU SABAH,dari kota kinabalu – Ranau beliau dah ada ceritakan mengenai warga melayu ini secara terperinci. Saya sebenarnya pun ada memiliki mitos dan cerita dongeng mengenai erti melayu ini yang telah biasa saya ceritakan dengan orang sekeliling. Terutama bersumberkan cerita kanak-kanak hikayat Dato Merpati.yang saya terbaca di pusat sumber sek. Keb. Perancangan Ranau Sabah.(1996) saya bertugas sebagai Guru Sandaran Agama.

Masyarakat Dusun Sabah Juga mempunyai mitos sendiri yang beranggapan berasal dari Yunan China,tidak di ketahui pula siapakah yang membawakan mitos ini. Kononya ada suku kaum di China yang bertutur sama dengan bahasa Dusun. Cuma saya lalu akhirnya terperasan dan lebih tertarik dengan nenek moyang di Sosondoton Ranau yang tinggal dalam satu rumah panjang. Dan adanya tradisi mengayau dengan di buktikan dengan adanya longgokan tengkorak kepala (kinedou) dan parang panjang (gayang) berambut serta berkulit kepala mangsa.

Saya tidak sempat bercerita dua tiga patah dengan Tok Ayah Tuan Guru Hj. Zainal Abidin B. Haron, Memang Saya biasa Mendengar Nama Ini dari Mulut Arwah Cikgu Saidin Tasik Peneng. Dan Saya dah merasai sentuhan Nadi 10 darinya, Syukran wa sukrilillah.

Dan Sebagai ilmiah
MELAYU* RANAU* LOHAN

1) MAKNA MELAYU Rujuk dalam buku Pemuda Tauhid Susunan Tuan Guru Hj. Idris.
2) RA 1- di eja dengan huruf arab ra berbaris atas (ra) – alif berbaris atas (a)
= dengan maksud lihat رَ

NAU 2- di eja dengan huruf arab alif- lam- nun baris depan (nu ) – ra berbaris depan wakaf (r)
= dengan maksud cahaya اَلنًّورٍ

3)LOH 1- di eja dengan hurup lam berbaris atas (la) –wau berbaris mati (u)
- ha nifis berbaris depan wakaf (h) لَوح
= dengan maksud suratan tulisan
HAN 2- di eja dengan huruf ha nifis dan alif baris atas (haa) – nun berbaris dua di depan wakaf (n)
= dengan maksud yang rindu atau suka- ria حَا نٌ

Mohon restu…..

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback