Tadi petang saya menerima panggilan dari Ust Zul badal di sibu Sarawak. Beliau memaklumkan kepada saya, bahawa ada anak buahnya meminta pertolongan untuk merawat saudaranya yang sedang Berada di Tawau Sabah. Ust Zul juga maklumkan mungkin penyakitnya di sebabkan oleh SAKA. Allahu Akbar. siapalah diri saya untuk menghadapi SAKA ini. segan juga saya mahu akun yang saya tidak pandai.
Ust Zul juga maklumkan, bahawa Tuan Guru sudah Pesan apa antara yang diperlukan untuk berubat ini. Amat janggal bagi saya berbual dengan Ustaz Zul, Apa lagi nanti kalau berbual dengan Tuan Guru. Apa pun mudah- mudahan perkara ini dan semua ini ada rahsianya. AMIN
Sebelum menunda perbualan ini, Ustaz Zul meminta izin untuk beliau memberikan No hp saya kepada anak buahnya itu. sambil memberi ke Izinan terasa oleh saya ada sesuatu.... di hati.... Kenapa????? kenapa perlunya Ustaz Zul minta Izin untuk memberikan no hp saya kepada anak buahnya? Barangkali ini ADAB lah namanya kan? perkara yang kecil pun harus di jaga.
Ini perbualan pertama saya dengan Ustaz Zul. yang mana Ust Zul ini bertugas sebagai Guru kot? tak apalah, tugas hakiki apa pun, kalau ada masa untuk bermasyarakat apa salahnya kan? lagi baik, satu kelebihan juga bagi seorang Guru tapi boleh jadi Ustaz, susah pula kalau Ustaz jadi Cikgu..
Selang beberapa masa kemudian saya menerima SMS dari En Ardi (maaf saya belum minta izin untuk kongsikan penceritaan kami). lambat juga saya mendapat ilham bagi menjawab SMS yang di terima dari dia ini, tulis padam, tulis padam, saya ada niat untuk terus call, tapi... al-maklum sahaja. yang saya ini, tidak menyimpan kridit panggilan yang cukup, jadi saya balas jugalah menggunakan SMS.
Tugasan hakiki saya hari ini masih belum berakhir, jadi ada rasa kekok juga berhadapan dengan rakan sekerja berurusan dengan En Ardi ini, ayat untuk diguna dalam SMS ini pun payah nak reka.
oleh kerana Tugasan hakiki saya ini, saya tidak berani melatakan atau memulakan temujanji sebenarnya. bila boleh berlangsung. seperti biasa saya akan ada tugas rasmi (hakiki) semasa orang lain sedang bercuti.
nak lihat penjadualan tugas dulu, barulah boleh buat plan ke Tawau, kalau bukan tugas hakiki yang menghalang, saya sudah bersiap untuk berurusan dengan Famili ini, bayangkan jumlah rombongan dan Tiket kapal terbang dari Labuan menuju Ke Tawau sanggup di tanggong oleh keluarga ini!!!
Pernah suatu waktu dahulu saya pernah diminta menghantar oleh seorang kawan untuk ke lapangan Terbang Labuan. selalunya rakan ini adalah rakan bergurau yang terlampau. demi melihat riak mukanya saya pun berubah cara, dalam perbualan kami di dalam kerita katanya baru menerima berita yang bondanya di Tawau telah pergi buat selama-lamanya. inalilah....
ketabahan rakan ini, meningatkan peri hal saya sewaktu kehilangan Ayah, riak muka yang tenang dan lagi waras masih mampu mengurus perkara yang berkaitan, ketika rakan ini sedang berurusan untuk membeli tekit saya menunggu dalam kerita, takut kena saman,, sia-sia buang empat lima ratus bayar saman letak kerita.
selasai semuanya, saya bertanyakan rakan ini berapalah semuanya? jawapnya kalau saya ikut jam satu lebih petang ini. saya kena lima ratus lebih, jadi saya ikut jam dua katanya, jam dua pun chagge nya empat ratus lebih juga... ini baru jam sebalas lebih pagi, seratus untuk sejam.
kawan ini pergi dan balik Labuan Tawau tiga hari menghabiskan dalam dua ribu juga,.. kalau saya dengan rombongan Abjad Labuan ini ke Tawau berapalah agak-agak kosnya? nasiblah di labuan ini belum ada pendamping yang freee sentiasa.
En Ardi ingat saya pun cikgu, saya bukan Cikgu oooooooo , sebagai kata dari saya hanya dapat nyatakan Insyahallah jika dizinkan Allah swt. saya akan ke Tawau dari Ranau dengan kenderaan sendiri. bersama dengan rakan dari Abjad Sabah (Ranau). En Ardi pesan seminggu sebelum ke Tawau berurusan dengan beliau dahulu untuk mudah berurusan dengan famili saudaranya ini.
selasai berurusan dengan En Ardi dengan Tidak semana-mena muncul satu kesakitan di dada kiri, bagai ada benda yang menusuk, Allahu Akbar. Allah, Allah Allah..
Sepanjang perjalanan dari tempat bertugas ke rumah, seluruh tubuh saya diselubungi oleh satu Aura yang sangat menduga jiwa Rasa. terganggu keasyikan saya. situasi ini kadang-kadang menjadikan saya seakan-akan, ada gigi yang menjulur keluar.. jari akan mula menari-nari.. bulu roma akan teransang.
AZAM.... tuan-tuan, siapa yang keluar tiga hari angkat tangan?siapa nama? lafaz yang sering didengar selapas bayan oleh karkun Tablig. Insyahallah... AZAM tujuh hari.
Macam mana pula untuk perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sg Dua, Sebarang Prai Utara. P.Pinang awal bulan November ini? eeeeeee kalau saya ......... apa-apa pun cuba bawa-bawa bincang juga masa balik raya haji lusa... oh balik kampong oh oh baaaaalik kampungggggggg
Assalamualaikum....dari warga abjad wilayah..
ReplyDeleteAssalamualaikum...dari Abjad Pahang.
ReplyDelete