Saturday, October 6, 2012

Iman Ibubapa dan Bapa Saudara Nabi Muhammad saw



Kelmarin saya dan orang rumah hadir menghadiri Muzakarah Pemegang tauliah mengajar agama islam wilayah persekutuan labuan tahun 2012M. walaupun progrem ini untuk saya, tapi sengaja saya membawa orang rumah bersama. kerana kesian kat dia yang asyik duduk didalam rumah sahaja.

lambat juga saya sampai, ketika saya dan orang rumah tercari-cari tempat duduk masing-masing ceramah 1 oleh yang berbahagia Ustaz Zamihan Bin Mat Zin dari KDN bertajuk Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang berlangsung. malu jugalah saya. akhir-akhir ini saya banyak kali terlewat.

selama ini, dari pemerhatian dan pembacaan saya di IT Blog dan sedutan YouTube. persepsi saya terhadapanya tidak berubah. saya tidak mengharaf penemuan Besar atau pendapatan besar untuk hadir paksa dalam progrem majlis Ilmu seperti ini. selalu saya berfikir dapat refres ilmu pun dah memadai. maklumlah saya ini bukanlah kitab yang boleh membaca sendiri. ilmu yang ada didada pun, untuk diri pas Fardu Ain pun belum tentu.

saya berkongsi komenter Berbahagia Ustaz Zamihan menyebut pertikaian Aliran-Aliran Pemikiran terdahulu yang masih dibawah ke masa kini oleh para pendukungnya Masyah Allah. subahan Allah. disinilah tanggungjawab besar di pikul oleh Ahli sunnah untuk menerbitkan Dalil-dalil yang jitu untuk menyanggah segala pertikaian yang mana berada dalam linkungan masyarakat islam itu sendiri atau anasir-anasir yang dibawa dari luar kominiti islam ini sendiri.

Rasa rindu pula saya bila terdengar Ustaz Zamihan menyebut Kitab-Kitab Akidah, zaman kertas kuninglah konon. macam Juhari tauhid, darus samin dan banyak lagi yang disebutnya. macam tiba-tiba ada cahaya bersinar di otak saya.

terbayang kisah lama,... nak cari lawan berhujah. berkarat sudah rasanya memori ini. lama tak test. tak kanlah saya nak tray Test Ustaz ini pula?

Ustaz Zamihan juga menyokong pendapat yang menyatakan IbuBapa Nabi Muhammad ini ber Agama Islam dari Agama Nabi Ibrahim As. kebetulan saya pun ada menjawab pertanyaan seperti ini seminggu yang lalu. yang timbul ketika berenteriksi dalam jawab soalan latih tubi pelajaran Tauhid untuk peperiksaan UPKK 2012.

Murid tahun Lima bertanya. jadi macam saya meniru pernyataan Ustaz Zamihan untuk menjawab pertanyaan murid tersebut.. tak apalah kita kongsikan sahaja.

Dengan murid tahun Lima bab akidah seperti ini mereka dah terkesan kalau salah cakap macam mana akan jadinya..... alang-alang guru yang menghadapinya... hancurlah asas akidahnya. kita kena pandai cerita. cuma yang pentingnya orang yang bertanya ini kena ada asasnya juga. nasib lah budak ini ada basic. tahulah ia nama kitab yang empat itu dengan bahasa yang digunaknnya. serta nabi yang menerima wahyunya.

Budak-budak ini faham Agam islam ini hanyalah Agama yang di bawa oleh baginda Nabi Muhammmad saw. kan ada pula dalil nakli ayat al-quranyang kira-kira bermaksud sesungguhnya agama disisi allah hanyalah Islam, jadi kafirlah konon ibubapa Nabi muhammad serata datuk nenek moyangnya juga.

jadi saya ceritakan lah dengan budak-budak ini. semua Agama dan kitab yang diturunkan itu adalah Islam, kebetulan sebelumnya ada pula soalan yang bertanya yang berbunyi berikut adalah antara keistemewaan Al-Quran ialah..

1-murid lebih tertarik memilih perkataan menyambung ajaran terdahulu..

2- oleh kerana di situ ada perkataan pilihan memansuhkan maka saya pilih perkataan tersebut sebagai jawaban soalan tersebut.

Nabi Muhammad saw lahir dari keturunan yang Mulia, semua mereka adalah mulia. bapanya, bapa-bapa saudaranya, datuknya dan moyangnya serta Nabi muhammad sendiri sehingga menerima wahyu pertama adalah beriman dengan Agama Nabi Ibrahim as.

Biarpun kaum Quraish menyembah berhala dan kejahilan mula melanda masyarkat mekah. tetapi tidak dapat dinafikan dalam kaum Quraish itu masih ada lagi yang beriman. hatta Abu Lahab dan Abu Jahal sekalipun beriman dengan Agama Nabi Ibrahim wallahu A'lam.

copy past dari Abjad malaysia



Cuma bila NabiMuhammad saw telah diutuskan menjadi nabi dan rasul yang terakhir, seterusnya sebagai memansuhkan ajaran Nabi Allah Ibrahim as, baharulah iman Abu Lahab dan Abu Jahal dihukum kan kerana tidak mengikrar dengan lisan tentang kebenaran Muhammad sebagai utusan Allah swt.

selasai ceramah pertama ini, majlis pun berhenti rehat, saya mengambil keputusan untuk terus mengedarkan diri. sangat sukar pula untuk meneruskan dan menghabiskan ceramah dua dan ceramah tiga. bukan apa bah kawan.. kita kongsi rasa.. bertahun-tahun sudah waktu rehat hujung minggu seperti ini kita diarah untuk hadir, dalam sebulan hampir tidak jumpa ada hari hujung minggu tidak dicuri semata-mata melengkapkan program orang lain. mantang-mantanglah kami ini kuli-kuli sahaja. senang sahaja arah itu ini.

saya pun hairan. bukan saya makin pandai, saya makin boring pula. tidak hairan lah yang hadir ini hanya menghantar badannya. suasana menuntut ilmu sukar untuk dipraktikan.

Dan kepada mereka-mereka yang akan membuat progrem. walau berkuasa dan saya di bawah kuasa. rasa-rasalah dan fikir-fikirlah jangan sampai mencuri dan menganggu masa rehat orang lain. kamu tidak takutkah doa saya akan makbul?



1 comment:

  1. ASSALAMU ALAIKUM WR-WB KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL JITU YANG AKI,BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 380 JUTA ALHAMDULILLAH, SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN MOBIL WALAUPUN SAYA CUMA PNS GOLONGAN 1B.INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI, RUSLAN SALEH KARENA APAPUN KEADAAN ANDA JANGAN PERNAH BERPUTUS ASAH KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN.

    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE (KLIK)www.penarikan-uang-ghaib.webs.com SAYA SUDAH BUKTIKAN 3X THNKS ROOMX SOBAT
    ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★
    ╔══╗═════╔╗═════
    ╚╗╔╬═╦═╦═╣╠╦╦╦╦╗
    ═║║║╩╣║║╬║═╣║║║║
    ═╚╝╚═╩╩╬╗╠╩╬╗╠═╝
    ═══════╚═╝═╚═╝══
    ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback