Tuesday, October 23, 2012

tugas tambahan menanti

Tadi petang saya menerima panggilan dari Ust Zul badal di sibu Sarawak. Beliau memaklumkan kepada saya, bahawa ada anak buahnya meminta pertolongan untuk merawat saudaranya yang sedang Berada di Tawau Sabah. Ust Zul juga maklumkan mungkin penyakitnya di sebabkan oleh SAKA. Allahu Akbar. siapalah diri saya untuk menghadapi SAKA ini. segan juga saya mahu akun yang saya tidak pandai.

Ust Zul juga maklumkan, bahawa Tuan Guru sudah Pesan apa antara yang diperlukan untuk berubat ini. Amat janggal bagi saya berbual dengan Ustaz Zul, Apa lagi nanti kalau berbual dengan Tuan Guru. Apa pun mudah- mudahan perkara ini dan semua ini ada rahsianya. AMIN

Sebelum menunda perbualan ini, Ustaz Zul meminta izin untuk beliau memberikan No hp saya kepada anak buahnya itu. sambil memberi ke Izinan terasa oleh saya ada sesuatu.... di hati.... Kenapa????? kenapa perlunya Ustaz Zul minta Izin untuk memberikan no hp saya kepada anak buahnya? Barangkali ini ADAB lah namanya kan? perkara yang kecil pun harus di jaga.

Ini perbualan pertama saya dengan Ustaz Zul. yang mana Ust Zul ini bertugas sebagai Guru kot? tak apalah, tugas hakiki apa pun, kalau ada masa untuk bermasyarakat apa salahnya kan? lagi baik, satu kelebihan juga bagi seorang Guru tapi boleh jadi Ustaz, susah pula kalau Ustaz jadi Cikgu..

Selang beberapa masa kemudian saya menerima SMS dari En Ardi (maaf saya belum minta izin untuk kongsikan penceritaan kami). lambat juga saya mendapat ilham bagi menjawab SMS yang di terima dari dia ini, tulis padam, tulis padam, saya ada niat untuk terus call, tapi... al-maklum sahaja. yang saya ini, tidak menyimpan kridit panggilan yang cukup, jadi saya balas jugalah menggunakan SMS.

Tugasan hakiki saya hari ini masih belum berakhir, jadi ada rasa kekok juga berhadapan dengan rakan sekerja berurusan dengan En Ardi ini, ayat untuk diguna dalam SMS ini pun payah nak reka.

oleh kerana Tugasan hakiki saya ini, saya tidak berani melatakan atau memulakan temujanji sebenarnya. bila boleh berlangsung. seperti biasa saya akan ada tugas rasmi (hakiki) semasa orang lain sedang bercuti.

nak lihat penjadualan tugas dulu, barulah boleh buat plan ke Tawau, kalau bukan tugas hakiki yang menghalang, saya sudah bersiap untuk berurusan dengan Famili ini, bayangkan jumlah rombongan dan Tiket kapal terbang dari Labuan menuju Ke Tawau sanggup di tanggong oleh keluarga ini!!!

Pernah suatu waktu dahulu saya pernah diminta menghantar oleh seorang kawan untuk ke lapangan Terbang Labuan. selalunya rakan ini adalah rakan bergurau yang terlampau. demi melihat riak mukanya saya pun berubah cara, dalam perbualan kami di dalam kerita katanya baru menerima berita yang bondanya di Tawau telah pergi buat selama-lamanya. inalilah....

ketabahan rakan ini, meningatkan peri hal saya sewaktu kehilangan Ayah, riak muka yang tenang dan lagi waras masih mampu mengurus perkara yang berkaitan, ketika rakan ini sedang berurusan untuk membeli tekit saya menunggu dalam kerita, takut kena saman,, sia-sia buang empat lima ratus bayar saman letak kerita.

selasai semuanya, saya bertanyakan rakan ini berapalah semuanya? jawapnya kalau saya ikut jam satu lebih petang ini. saya kena lima ratus lebih, jadi saya ikut jam dua katanya, jam dua pun chagge nya empat ratus lebih juga... ini baru jam sebalas lebih pagi, seratus untuk sejam.

kawan ini pergi dan balik Labuan Tawau tiga hari menghabiskan dalam dua ribu juga,.. kalau saya dengan rombongan Abjad Labuan ini ke Tawau berapalah agak-agak kosnya? nasiblah di labuan ini belum ada pendamping yang freee sentiasa.

En Ardi ingat saya pun cikgu, saya bukan Cikgu oooooooo , sebagai kata dari saya hanya dapat nyatakan Insyahallah jika dizinkan Allah swt. saya akan ke Tawau dari Ranau dengan kenderaan sendiri. bersama dengan rakan dari Abjad Sabah (Ranau). En Ardi pesan seminggu sebelum ke Tawau berurusan dengan beliau dahulu untuk mudah berurusan dengan famili saudaranya ini.

selasai berurusan dengan En Ardi dengan Tidak semana-mena muncul satu kesakitan di dada kiri, bagai ada benda yang menusuk, Allahu Akbar. Allah, Allah Allah..

Sepanjang perjalanan dari tempat bertugas ke rumah, seluruh tubuh saya diselubungi oleh satu Aura yang sangat menduga jiwa Rasa. terganggu keasyikan saya. situasi ini kadang-kadang menjadikan saya seakan-akan, ada gigi yang menjulur keluar.. jari akan mula menari-nari.. bulu roma akan teransang.

AZAM.... tuan-tuan, siapa yang keluar tiga hari angkat tangan?siapa nama? lafaz yang sering didengar selapas bayan oleh karkun Tablig. Insyahallah... AZAM tujuh hari.


Macam mana pula untuk perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sg Dua, Sebarang Prai Utara. P.Pinang awal bulan November ini? eeeeeee kalau saya ......... apa-apa pun cuba bawa-bawa bincang juga masa balik raya haji lusa... oh balik kampong oh oh baaaaalik kampungggggggg


Sunday, October 14, 2012

wow....... faktor


Hujung minggu, sekali lagi saya di arahkan menghadiri satu program, dua hari yang sepatutnya rehat hujung minggu, seperti selalu dalam hati ini punyalah membebel, nasiblah saya Ustaz dan hanya kuli-kuli sahaja.. walau berat hati mana sekalipun. terpaksa akan hadir, tidak ikhlas lah kan?

melihat sekali imbas tantatif kursus saya tidak faham langsung, semua slot dalam dua hari semuanya di Isi olen nama Tuan Asmadi Tuan Umar, saya pula bengong tidak kenal langsung Budak kah? atau Jenis orang Tua lah empunya nama ini? cuma saya ada rasa hairan jugalah, kenapa seorang sahaja penama pulun semua Slot dua hari kursus ini.

Dah lah bengong, tidak sempat google dan tidak sempat tanya rakan-rakan siapa penceramah ini, hadir pagi ini semalas atau seberat hati mana pun,, buat-buat macam adalah juga semangat konon, cakap pada hati mana lah tau nama ini memang nama besar dalam industeri,

wah.... awal bangat saya sampai, pada hal dah berlalu jam lapan pagi. dalam senarai 10 lah... juga saya. redup ja suasana ini, orang belum ramai yang hadir dan langsung tidak ada urus setia, punya bengong acara begini pun tidak ada urusetia, haa.. mulalah mulut saya ini bercakap.. konon mau daftar kehadiran yang awal bangat bah ini.

setangah jam berlalu. masih tidak nampak siapa urusetia dan sapa penganjurnya. waduh... tadinya tergesa-gesa meninggalkan hidangan Isteri, kalau saya tahu, sempat lagi saya menghabiskan sarapan pagi tersebut. silap saya juga tidak menyalin tantatif tersebut ini tergagah bertanya hal.

sembang dengan kawan. jadi ambil keputusan perkena Kopi lah dulu. tidak jauh dari bangunan hendak berkursus ini ada satu meden selera menghadap pantai dan Pagi ini Medan Selera Taman Damai Kg. Layangan ini hanya cuma ada dua gerai yang beroperasi.

tak ingat dah saya, sama ada pernah saya bercerita pasal tempat berkursus ini, (pasal saya dengan pelancong korea itu.. kah..kah... lucu lah ) kalau pernah, yang ceita ini hanyalah refres balik.. di luar dewan kursus ada plak yang menceritakan tentang penyerahan kalah pihak jepun, rasanya itu sahaja yang menarik di tempat ini.

dengan segalas kopi O mengambil masa pula untuk di habiskan.. cerita masalah dunia lah konon.. tidak pandai habis.

bila sampai di dewan kursus nampaknya acara dah bermula, mencari tempat duduuk yang sesuai, wah.. memang hendsom lah penceramah ini, tapi pakai kemeja lengan pendik, tengah sendiri memperkenalkan diri. wah...................................................

siapakah dia ini? wow.. pengasas Imam Muda dan Ustazah pilihan Terbiatan Astro, rupanya kursus ini dan acara ini adalah IMAM MUDA QARIAH, dan slot pagi ini adalah apa tu ahhhhhh lupa pula, ... sampai juga bab protokol. is... iss....

Brended untuk lawak mega pun sama dicerita, ada aku kisah!!!! kah...kah... ustaz ini macam tak Ustaz.. laju je ayat macam kerita api susah ayat bertapis, saya pun ada skil cam dia. tapi Ustaz ini kan suaranya buat Ikalan bahasa Melayu rm30/saat, Rm50/saat kalau Arab dan RM80/saat kalau orang putih.

brended, ada aku kisah... syurgaku bukan dihati mu, syurga milik Allah buat apa aku nak jaga hati kamu????? banyak juga Penceramah ini tapau sekali untuk kami, pengalaman dalam penyiaran semasa di RTM, dan sekarang di Astro. juga pengalaman mencari penceramah dalam programnya dan pengalaman dengan para Mursyid Imam Muda, sekali juga dengan Imam Muda yang tunjuk kepala. dunia oh dunia.

malasnya saya semua notanya dalam bahasa Ingerish jadi saya tidak faham sangat, walaupun saya bukan peserta Imam Muda Qariah tetapi untuk diri perkara yang dikursuskan ini sangat penting sebagai pendakwah, Tuan Asmawi juga ada cerita kiranya ini bukan Program Jabatan tentunya konsaltonya mengenakan surchagee RM500 satu kepala.

cuma saya terkesan bila Tuan Penceramah ini kata, yang lain saya tak ada point untuk tidak tabik.(sebenarnya banyak point yang boleh dikongsikan bersama ilmu dari Tuan Asmawi ini, tapi saya mengelami kekangan masa untuk mengolahnya) tapi pada hal perkataanya yang berbunyi, Ustaz Azhar Idrus itu tidak sekolah Tinggi pun. Setakat sekolah Pondok sahaja... waduh... waduh... budak ini. patutlah dikatanya Ustaz yang mengajar menggunakan kitab. membaca sebaris bercakap berjela-jela... bila nak habis kitab tersebut?

betulkah Ustaz Azhar Idrus ini Top dan Glemer kerana Branded? bukan kerana ilmunya? Sekolah Pondok tidak berilmu tinggikah? subahanAllah.

bodoh-bodohnya saya.. dan siapa lah saya? tapi bab yang beliau pertikai inilah adalah bab yang boleh saya makan, jadik saya bersangka Tuan Asmadi pun masih mencari kesempurnaan tapi macam saya nampak sampai bila pun tidak akan sempurna kerana tidak ada rabitah dan wasilah, kerana sangka saya juga, yang beliau tidak dapat ditik virus yang ada dalam diri. padahal penyakit orang lain mudah sekali dikesanya. maklumlah seorang yang mencari wow facktor dalam diri seorang Imam Muda dan Ustazah pilihan, dan Juga Brended Lawak Mega.













Saturday, October 6, 2012

Iman Ibubapa dan Bapa Saudara Nabi Muhammad saw



Kelmarin saya dan orang rumah hadir menghadiri Muzakarah Pemegang tauliah mengajar agama islam wilayah persekutuan labuan tahun 2012M. walaupun progrem ini untuk saya, tapi sengaja saya membawa orang rumah bersama. kerana kesian kat dia yang asyik duduk didalam rumah sahaja.

lambat juga saya sampai, ketika saya dan orang rumah tercari-cari tempat duduk masing-masing ceramah 1 oleh yang berbahagia Ustaz Zamihan Bin Mat Zin dari KDN bertajuk Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang berlangsung. malu jugalah saya. akhir-akhir ini saya banyak kali terlewat.

selama ini, dari pemerhatian dan pembacaan saya di IT Blog dan sedutan YouTube. persepsi saya terhadapanya tidak berubah. saya tidak mengharaf penemuan Besar atau pendapatan besar untuk hadir paksa dalam progrem majlis Ilmu seperti ini. selalu saya berfikir dapat refres ilmu pun dah memadai. maklumlah saya ini bukanlah kitab yang boleh membaca sendiri. ilmu yang ada didada pun, untuk diri pas Fardu Ain pun belum tentu.

saya berkongsi komenter Berbahagia Ustaz Zamihan menyebut pertikaian Aliran-Aliran Pemikiran terdahulu yang masih dibawah ke masa kini oleh para pendukungnya Masyah Allah. subahan Allah. disinilah tanggungjawab besar di pikul oleh Ahli sunnah untuk menerbitkan Dalil-dalil yang jitu untuk menyanggah segala pertikaian yang mana berada dalam linkungan masyarakat islam itu sendiri atau anasir-anasir yang dibawa dari luar kominiti islam ini sendiri.

Rasa rindu pula saya bila terdengar Ustaz Zamihan menyebut Kitab-Kitab Akidah, zaman kertas kuninglah konon. macam Juhari tauhid, darus samin dan banyak lagi yang disebutnya. macam tiba-tiba ada cahaya bersinar di otak saya.

terbayang kisah lama,... nak cari lawan berhujah. berkarat sudah rasanya memori ini. lama tak test. tak kanlah saya nak tray Test Ustaz ini pula?

Ustaz Zamihan juga menyokong pendapat yang menyatakan IbuBapa Nabi Muhammad ini ber Agama Islam dari Agama Nabi Ibrahim As. kebetulan saya pun ada menjawab pertanyaan seperti ini seminggu yang lalu. yang timbul ketika berenteriksi dalam jawab soalan latih tubi pelajaran Tauhid untuk peperiksaan UPKK 2012.

Murid tahun Lima bertanya. jadi macam saya meniru pernyataan Ustaz Zamihan untuk menjawab pertanyaan murid tersebut.. tak apalah kita kongsikan sahaja.

Dengan murid tahun Lima bab akidah seperti ini mereka dah terkesan kalau salah cakap macam mana akan jadinya..... alang-alang guru yang menghadapinya... hancurlah asas akidahnya. kita kena pandai cerita. cuma yang pentingnya orang yang bertanya ini kena ada asasnya juga. nasib lah budak ini ada basic. tahulah ia nama kitab yang empat itu dengan bahasa yang digunaknnya. serta nabi yang menerima wahyunya.

Budak-budak ini faham Agam islam ini hanyalah Agama yang di bawa oleh baginda Nabi Muhammmad saw. kan ada pula dalil nakli ayat al-quranyang kira-kira bermaksud sesungguhnya agama disisi allah hanyalah Islam, jadi kafirlah konon ibubapa Nabi muhammad serata datuk nenek moyangnya juga.

jadi saya ceritakan lah dengan budak-budak ini. semua Agama dan kitab yang diturunkan itu adalah Islam, kebetulan sebelumnya ada pula soalan yang bertanya yang berbunyi berikut adalah antara keistemewaan Al-Quran ialah..

1-murid lebih tertarik memilih perkataan menyambung ajaran terdahulu..

2- oleh kerana di situ ada perkataan pilihan memansuhkan maka saya pilih perkataan tersebut sebagai jawaban soalan tersebut.

Nabi Muhammad saw lahir dari keturunan yang Mulia, semua mereka adalah mulia. bapanya, bapa-bapa saudaranya, datuknya dan moyangnya serta Nabi muhammad sendiri sehingga menerima wahyu pertama adalah beriman dengan Agama Nabi Ibrahim as.

Biarpun kaum Quraish menyembah berhala dan kejahilan mula melanda masyarkat mekah. tetapi tidak dapat dinafikan dalam kaum Quraish itu masih ada lagi yang beriman. hatta Abu Lahab dan Abu Jahal sekalipun beriman dengan Agama Nabi Ibrahim wallahu A'lam.

copy past dari Abjad malaysia



Cuma bila NabiMuhammad saw telah diutuskan menjadi nabi dan rasul yang terakhir, seterusnya sebagai memansuhkan ajaran Nabi Allah Ibrahim as, baharulah iman Abu Lahab dan Abu Jahal dihukum kan kerana tidak mengikrar dengan lisan tentang kebenaran Muhammad sebagai utusan Allah swt.

selasai ceramah pertama ini, majlis pun berhenti rehat, saya mengambil keputusan untuk terus mengedarkan diri. sangat sukar pula untuk meneruskan dan menghabiskan ceramah dua dan ceramah tiga. bukan apa bah kawan.. kita kongsi rasa.. bertahun-tahun sudah waktu rehat hujung minggu seperti ini kita diarah untuk hadir, dalam sebulan hampir tidak jumpa ada hari hujung minggu tidak dicuri semata-mata melengkapkan program orang lain. mantang-mantanglah kami ini kuli-kuli sahaja. senang sahaja arah itu ini.

saya pun hairan. bukan saya makin pandai, saya makin boring pula. tidak hairan lah yang hadir ini hanya menghantar badannya. suasana menuntut ilmu sukar untuk dipraktikan.

Dan kepada mereka-mereka yang akan membuat progrem. walau berkuasa dan saya di bawah kuasa. rasa-rasalah dan fikir-fikirlah jangan sampai mencuri dan menganggu masa rehat orang lain. kamu tidak takutkah doa saya akan makbul?



DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback