http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fdarussyifaperak.blogspot.com%2F2011%2F07%2Ffitnah-terhadap-tuan-guru-dato-dr-haron.html&h=DAQE9TiY5AQEj5m5UsFKoPNfn2xuC5EiedsPkGWVBLl0DlA
Perak Darul Ridzuan, Malaysia Darussyifa' Perak: Darussyifa' Cawangan Ipoh, Darussyifa' Cawangan Kemunting, Klinik Darussyifa' Kuala Kangsar, Klinik Darussyifa' Bota, Klinik Darussyifa' Changkat Larang, Klinik Darussyifa' Parit Buntar, Klinik Darussyifa' Selama, Klinik Darussyifa' Pantai Remis, Klinik Darussyifa' Bertam, Klinik Darussyifa' Kulim
Selasa, 12 Julai 2011
FITNAH TERHADAP TUAN GURU DATO' DR HARON DIN
Penulis telah menerima sebuah panggilan telefon daripada seseorang yang kononnya berhajat untuk mendapatkan rawatan. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Muhammad Mughani dari Pulau Pinang memaklumkan ingin mendapatkan rawatan berkenaan saka. Saya menanyakan kepada pemanggil bagaimana ia mengetahui sakitnya diakibatkan oleh saka? Pemanggil tersebut memaklumkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (ABJAD) di Pulau Pinang. Muhammad memaklumkan kaedah rawatan yang dilakukan oleh ABJAD agak pelik dimana dia diminta mengumpulkan bulu-bulu dibadannya serta peluh dan darah untuk sepuluh jari di kaki dan tangan untuk dizikirkan bagi kaedah membuang saka. Pesakit juga dikehendaki membayar kifarat kambing berjumlah RM 500.00
Pesakit memaklumkan telah menanyakan hal tersebut kepada sebuah rawatan Islam yang sering keluar dikaca televisyen dimana Ustaz berkenaan memaklumkan amalan yang dilakukan ABJAD adalah menjurus kepada khurafat. Penulis menasihati pemanggil agar berhati-hati dalam mencari kesembuhan dan mengelakkan syirik dan khurafat.
Muhammad menyatakan bahawa pihak ABJAD yang merawatnya mendakwa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri pernah mendapatkan rawatan daripada mereka dalam membuang 'SAKA' milik Tuan Guru. Saya menjelaskan bahawa Tuan Guru Dato' Dr Haron Din tidak pernah sama sekali mendapatkan rawatan sedemikian malah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sendiri tidak memiliki seekor pun jin mahupun saka dan ia adalah fitnah semata-mata untuk meraih simpati dan keyakinan pesakit. Saya masih ingat kata-kata pihak Darussyifa' Pusat apabila ditanya adakah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din memiliki jin pendamping ataupun saka ? Dengan nada senyuman pihak Darussyifa' Pusat menjawab "Jika Tuan Guru (Haron Din) memiliki jin pendamping, sudah tentulah saya turut memilikinya sama...tetapi ia tidak berlaku..."
Sudah menjadi sikap sesetengah pihak sanggup memfitnah dalam usaha meraih keyakinan orang ramai. Sikap memfitnah adalah dosa besar yang amat dimurkai Allah.
Mendaftar sebagai Pertubuhan yang sah disisi undang-undang bukan beerti pertubuhan tersebut pertubuhan yang sah disisi agama. Majlis Syariah Negeri-Negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan adalah badan berautoriti yang disediakan oleh kerajaan dalam mengeluarkan Fatwa berhubung penyelewenggan amalan sesebuah pertubuhan, namun urusan pembatalan pendaftaran pertubuhan tetap berada dalam bidang kuasa pihak yang lain. Dakwaan menyatakan jika pertubuhan 'Z' menyeleweng contohnya, kenapa pertubuhan tersebut mempunyai banyak cawangan di seluruh negara? Mengapa ia boleh didaftarkan secara sah disisi undang-undang? adalah merupakan soalan yang menunjukkan sipenanya tidak faham sistem dan fungsi badan-badan kerajaan di Malaysia. (petikan Artikel Asal)
INI DARI SAYA. (SECARA PERIBADI) (13.04.2012)
Sebelum ini, saya ada membaca post ini di laman x file Abjad oleh yang di majukan oleh saudara sang tropong.( TROPONG KILAT KOT?) ingatkan hasil penulisannya sendiri. huuuuuuuu dari sini rupanya.... jadik... ada baik juga budak tu heboh-heboh dan kutip dan simpan mana-mana x file Mengenai Abjad Malaysia.
Dapatlah juga saya baca artikel asalnya yang berada di laman yang sebenarnya. saya dapat alamatnya yang telah di Post oleh rakan di wall Facebook. mahu hampir setahun dah rupanya pula artikel tersebut diterbitkan.
Secara DASARNYA pihak tersebut telah menyebut dan menulis Nama pertubuhan ini dengan JELAS seperti yang tertera di Atas serta menyertakan fatwa yang di sangka berkaitan dengan Pertubuhan Ini. Alasanya hanya berdasarkan perkataan PEMANGGIL tersebut.
(18.4.2012) saya memang terasa, mungkin masih boleh kata Tak apalah... pada kata saya mungkin.. tapi untuk sejuta Ahli Bai'ah yang lain mungkin tidak... dan memang mungkin Tidak. (secara peribadi mudah-mudahan penulis ASAL tersebut akan menemui tulisan saya ini.)
Siapa sebenarnya pemanggil yang tidak pernah di temui Ini? dan Kenapa dapat di dan mudah percayai oleh saudara penulis? tidakah itu mendatangkan Fitnah? boleh kah penulis Hadirkan pemanggil tersebut sebagai saksi jika di kehendakai oleh pihak Pertubuhan yang di sebutnya?
Dan dari saya juga Dan Mengapa? Dan kenapa? Penulis hanya bertanya kepada rakan-rakan staf pusat sahaja?(maafkan saya kerana saya maklum yang ada staf yang hanya menumpang nama di situ. amalanya masih boleh di pertikai)
Tanyakan lah Orang yang dinamakan itu...( dan semasa tulisan ini di bina orang tersebut sedang menerima rawatan(pembedahan) di luar negera. mudah-mudahan Allah berkati dan sembuhkan beliau)
Pesanan saya kepada saudara penulis... Sila bina keberanian dalam diri dan agar tidak segen bertanya kepada orang yang di namakan itu secara bertentang mata.
Asalnya mungkin kamu Takut jadi orang kurang ajar?????? dengan tuan guru sendiri bila bertanya hal demikian. belajarlah elok-elok.. oleh kerana sekarang secara tidak langsung kamu dah jadi kurang ajar dengan Pertubuhan Lain dan pula mengheret pertubuhan sendiri menghadapi pertubuhan yang di namakan. pun juga secara sengaja telah memalukan Tuan Guru Sendiri..
Kan lebih elok minta porsenel kes live lima minit dengan Tuan guru sendiri dan tanyakan.. Insyahallah.. tidaklah tersinggung orang itu, malahan dapat buah utama yang lebih sahih kerana mendapat jawapan yang tulus ikhlas... saya tidak paksa pun beliau mengaku.. terpulanglah tapi
Pada pengalaman saya bersama ABJAD MALAYSIA saya lebih suka dan banyak minta posenel kes dengan Tuan Guru. sebab saya tahu juga tak terkira banyaknya posenel kes Tuan Guru dengan orang biasa atau dengan orang luar biasa dan sama ada dengan pak-pak menteri,mak-mak menteri.. Super VVIP. Bisnes MEN, Bisnes wormen. orang perseorangan yang berkerjaya atau yang selekeh merempat macam saya. bukan saya nak mengampu.. tapi itulah kenyataan sebenar...
Ada dan Pada masa Tuan Guru menceritakan atau Tercerita beberapa kes tersebut adalah kerana Tuan Guru jadikan sebagai contoh perumpamaan dan tauladan kepada anak-anak muridnya,kerana biasalah kerana macam-macam kerenah spesis bah anak-anak ini. ada anak-anak manja, anak-anak nakal, anak-anak bebal dan anak-anak seribu tahuun pun masih serupa ditakuk lama macam sayalah.
Perawatan SAKA ini mula menuju sebagai satu industeri sekitar 20 tahun lepas. pusat-pusat rawatan tumbuh bagaikan candawan tanpa kawalan dan seliaan kerana sambutan dan ketaksubaan penerima rawatan itu sendiri. juga menarik minat orang perseorangan untuk menceburinya..termasuk penulis itu sendiri.
Industeri lah katakan... bukan menuduh.. terpulanglah dengan niat masing-masing cuma akhirnya jangan terlalu taksub.. Saya secara Hormat di persilakan Menyertai Abjad Malaysia. saya tidak Berbai'ah dengan Abjad Malaysia kerana tertarik atau berniat dengan apa yang ada di Abjad Malaysia.
Dalam cerita wayang P.Ramlee, kita telah di sajikan dengan wujudnya dukun dan pawang palsu menerima kifarah sekitar RM3, RM5 tiba-tiba dikejutkan dengan pendapatan RM400 sekali perkhidmatan. fuuu yuuuuuuu. sekitar dewasa ini RM400 itu sama nialanya dengan RM4000. cukup lumayan. jadinya mana satu pusat rawatan yang tidak mengenakan sure chage free????????? kalau hanya sekali sekala freeee buat malu sahaja menuduh orang lain. mesti freee dari dulu dan selama-lamanya.....
RM300 yang di tawarkan itu adalah harga diskaun Ahli dan berpandukah tahap kirtikal dan jenis saka itu sendiri. alaaaaaaaaaaaaa free pun ada bah. tapi kalau ada rezeki lebih taknlah berkira sangat. kifarat bah namanya itu. ooohhhh maafkan saya, kerana tidak ada kelayakan untuk merawat pewaris saka. ataupun scan saka pun hanya memandai-mandai... yang saya tahu perawatnya memang penat gila.. setakat RM1000.00 pun macam tidak berbaloi lah..
siapa tidak mengatahui saka? apa itu saka? lucunya bila dikata khurufat cara rawatan yang di tawarkan oleh ABJAD MALAYSIA. kesian sungguh saya dengan itu orang... oleh kerana hampa duluan ajak main. jadiknya.. tolong habaq mai.. mana satu pusat rawatan yang tiada usur khurufat? taklah aku sepak habis.. setakat nak jentik jari ja gatal sangat ni..... ha!!!!!! habaq mai???? tang mana tu???
lagi-lagilah saya rasa lucu bila dikata yang menjawabnya yang selalu keluar di kaca TV. Artislah kono.. terlupalah sendiri membayar itu siaran... macam lah kami tidak nampak apa-apa.. hisssssss hingga ke lubang cacing asal usulnya pun boleh diceritakan. offff mengada-gada pula.
SAKA orang Arab, Orang India, orang Siam , Orang Amerika Selatan Serupa Juaga kah dengan SAKA di Indon atau Di Malaysia????? Habaq mai sikit?
Sebenarnya kita dari satu keluarga besar, sama-sama mengaku orang Islam, kenapa ada salah Faham. Tidak Bolehkah kita berkhidmat dengan masyarakat tanpa dengki-dangka ini?
Mari kita buka permis sebelah- menyebalah. jangan takut pelangan tak mai.. sebab pelanggan itu reziki Allah kepada kita dan lebih mantap dapatlah juga kita jadikan sebagai jambatan pelaburan ilmu yang bermanafaat di akhirat. Insyahallah
SALAM persaudaraan, SALAM ukuwah dari kami untuk dan kepada seluruh Pemilik dan Aliran yang berkecimpung dalam Industri Perawatan Perubatan Saka ini. bertolong-tolongan ke arah kebaikan.
sebaik-baik rezeki adalah isteri yang soleh hah,
sebaik-baik ilmu adalah yang menyuluh kepada penciptanya,
anak yang soleh adalah gabungan kedua-duannya. insyahallah
No comments:
Post a Comment