Tuesday, December 20, 2011

Sembang-sembang kedai kopi

Saya ada bertanya kepada Seorang kenalan peraih buah mengenai harga terkini terutama Raja Buah, harga sekilo buah Durian, Gred A di borong dengan harga RM5.00 sekilo dan di Jual dengan Harga RM6.00 kepada pemajak atau pemborong, manakala harga untuk jualan atas Meja RM7.00 sekilogram. Masih Mahal kan?

Gred Super atau Gred berjanama seperti MAS PAHANG keluaran Dato Gani Gilong di raih pada harga Sekilogram RM10.00, manakala harga jualan atas meja pada kadar RM18.00 sekilogram, Cuma Gred super ini, MAS PAHANG contohnya jarang di borong oleh para pemajak akibatnya para peraih mengalami kerosakan bekalan dalam simpanan, terkini inilah yang di lakukan oleh para pemborong Buah dari luar untuk menjatuhkan Nilai pasaran raja buah yang selalu di tentukan oleh peraih tempatan.

Sebenarnya para pemilik pokok buah tidaklah sangat menikmati istemewa harga buah ini, kerana para peraih inilah yang menikmati laba keuntungan setiap kali menjelang musim buah-buahan berbuah, dan saya pernah di fahamkan oleh seorang kenalan yang ada menceritakan pendapatanya setiap kali musim buah berbuah adalah dalam lingkungan RM30.0000.00 ke atas dan amat memaranjatkan modalnya hanya air liur.

Para peraih ini juga jarang membayar penuh jumlah harga yang di persetujuhi semasa meraih buah, kadang-kadang sehinggalah menjelang akhir musim buah ini berakhir jumlah tunggakan belum di bayar penuh. Sabar sajalah pemilik buah, tapi apakah ada salanya para penanam dan pemilik buah ini bersatu dalam satu pesatuan? Ada nagitifnya tapi pandanglah positifnya insyahallah ada manafaatnya.

Nasiblah dua pokok durian di belakang rumah ada buahnya jadi tak lah sangat saya merasa mahalnya harga buah durian kerana setakat melapaskan rasa mengidam merasa rasa buah Durian bolelah bergilir-gilir dengan anak-anak buah mengagak buah yang luruh, biarpun saya amat terkejut juga bila mama menceritakan bahawa anak-anak abang saya rupanya menjual buah durian yang mereka kutip. Untuk duit poket mungkin.

Cerita kedai kopi Bukan setakat sembang pasal buah durian sahaja, dewasa ini kita tidak pelik memperhati dan mendengar para pengulas pengunjung kedai kopi yang tidak menyedari keperluan mendapatkan tauliah mengajar dahulu, sebelum hangat dan penuh semangat memperkatakan hukum Fiqah sehinggalah permasalahan empat mazhab terbesar sunnah , subahan Allah,, hebat sungguh….. kesiannya tak faham sejarah empat Mazhab itu sendiri dan yang lebih malang tak tahu mazhab apa di amalankan nya selama ini, jauh sekali untuk perbandingan atau menguasai salah satu dari empat Mazhab itu.

Dan yang amat mendukacitakan juga bila melihat para pengkritik kita ini terdiri dari mereka-mereka yang memakai seluar Nampak lutut dan kadang-kadang pula sedang Azan berkumandang pun masih lagi bersemangat mengulas topic yang di ungkitkan dan hidangan belum di habiskan. Jauh sekali untuk tergerak hatinya menuntun tuntutan laungan Azan tersebut.

Demikian juga bab Akhlak, para pengulas pendapat Imam Al-Ghazali terutama bab hati, mudah di bicarakan oleh mereka-mereka yang tidak menjaga Auratnya, majlis ilmu diadakan di kedai kopi sambil makan dan minum dan ada lagi yang hebat sanggup berkata, alaaaaaaaaaaaa yang bertudung pun tak sembahayang, yang kopiah haji pun masih membeli No ekor. Mungkin mereka ini terfikir bahawa malaikat Atid dan Rakib akan menerima Alasan yang begitu rupa.

Demikian jugalah permasalahan perlakuan sunnah Nabi sehingga menuduh sesat, bida’ah dan sebagainnya, tidak terkecuali jugalah permasalahan aliran akidah yang perpecah kepada 73 firkah, di ulas sedangkan para pembicaranya terdiri dari mereka-mereka yang sedang memakai seluar jeans, T Shirt barangan yang tidak pernah Nabi Saw memakainya.

berpakaian sukan atau duduk kedai kopi bercerita pasal masalah Agama bukannya salah pun, usrah dan tazkirah boleh dibuat di mana-mana sahaja, tapi kenalah ada kesesuaiannya, beradab, berhema dan beradat…

Permasalahan dan perbahasan mengenai bidang Agama ini tidak akan pernah selasai sampai bila-bila pun,kerana masing-masing sudah memandang diri, sehingga sanggup berkata kamilah aliran yang betul kamu adalah aliran yang salah.

Sebenarnya macam mana kaedahnya untuk mengatahui mana aliran yang betul dan mana aliran yang sesat? Seingat saya jawapan yang selalu di berikan berlainan mengikut kesesuaian oleh pertanya. Dan yang sangat mendalam dalam ingatan saya ialah jawapan berbunyai, belajarlah… biarpun sendiri dalam hati saya berkata sampai bila untuk belajar? Untuk itu belajarlah….

Asas membina diri, berusahalah melapaskan dari dari tuntutan mempelajari hak fardu Ain, jauhkan dan elakan diri dari menjerumuskan kecenderungan membaca permasalahan khilafiah, tidak ada manafaatnya pun, kalau sakadar untuk ambil tahu, percambahan idea dan pemanas pemikiran tak jadi soal pun.

Yang lainya hanya taqdir dan hidayah rahmat dari Allah swt, kerana yang diberikan idea dapat memkirkan dan yang di berikan di hidayahkan maka geraklah hatinya dengan rahmat Allah swt cukuplah dalamilah dan fahamilah tuntutan bab Fardu Ain kepada setiap individu Muslim, kerana kadang-kadang tu jumlah rukun solat pun tak tahu, tapi bising-bising pula bab talkin kubur, tahlil itu bida’ah. Ini bidaah Nabi tak pernah buat.

Cuti hujung tahun tinggal lagi beberapa hari, macam tak mahu meninggalkan kampong halaman pula, tambah-tambah seorang dari tiga orang anak buah yang penakut dengan saya semasa di awal kehadiran saya bercuti, tak lekang dengan saya, payah nak tinggalkan, time saya menghadap nasi pun pasti datang untuk minta di dukung, time saya solat suka tegak berdiri di tempat sujud, kadang-kadang meniru perbuatan saya. Kalau saya nak keluar berjalan-jalan terpaksa di pujuk agar tidak mengikut.

Saya kena bersedia mula bertugas jadi kena mula membayangkan kesibukan melaksankan segalah tugasan rasmi, kalau tidak, berat hati pula nanti bila tiba masa untuk berangkat kembali bertugas, alahai……. Cuti ini pun Saya tidak sempat menengkan fikiran, perasaan mudah terusik …. Alaaa Ustazah ini pun dah peringatkan. Timbul balik sebuah pengharapan, dan saya akan menghadapinya sebaik mungkin, usaha tangga kejayaan.

Ustazah ni nak mai nak makan derian,tapi depa tak habaq awal, depa sampai Cuma sampai sekarat jalan, kat Pekan Nabalu. Jauh lagi dari kampong saya dan PEKAN NABALU satu Lokaliti Penampatan kebanyaknya Non Muslim, tak jadilah ustazah ani membeli keropok bayam, saya pun tak tahu sapa sebenarnya pengelur keropok bayam ini? Ada cop Halal kah? Saya pun……. Ingat-ingat belum pernah memakan benda ini.

Kalau benda SINALAU BAKAS itu kompomlah barangan ini tidak HALAL, ada beberapa tempat yang aktif beroperasi, bagi mereka yang baru melalui jalan Temperuli- Ranau mungkin teruja melihat dan mencium haruman Asap yang datang dari gerai tepi jalan menjual sinalau bakas. Asap ini pula memasuki kenderaan dan akan terus melekat baunnya dalam kenderaan dan pakaian selagi tidak di tanggalkan dari badan pasti bebau haruman asap tersebut. Mungkin anda tak perasan?

Saya masih terfikir untuk Mahu berhenti kerja, tapi kelak tak ada pula duit untuk perbelanjaan harian,bila bertugas, berhadapan pula dengan berbagai-bagai aneka kerenah permasalahan. baik lagi lah ada kerja,ada kerja ada duit, bila ada duit boleh belanja siapa sahaja yang di minati.

Oooooooooo ya… saya baru beli beg duit. Beg duit lama dah nak hancur berkecai, sudah dua puluh tahun rasanya saya memakai dompet tersebut,masa saya berkerja tukang sapu sampah di pesta Pulau Pinang, dompet baru ini Biasa-biasa saja,Cuma saya amat berharap mudah-mudahan ada rezki dompet baru di tahun baru...

Di masa kini tahap sukar untuk memilih dan memasuki bidang kerjaya yang betul-betul di minati dan mencapai tahap mustahil bila tidak mengalami sebarang masalah menimpa semasa dalam bertugas. apa lagi dengan jumlah bilangan rakan sekerja yang banyak, maka banyaklah kerenahnya. Jadi Pandai-pandailah untuk mengurus diri agar terus dapat bertahan dalam kerjaya. demi ada duit perbelanjaan

Saya sendiri pun sepatutnya telah berhenti kerja beberapa tahun yang lepas,kerja ini boring dan penuh dengan tekanan, tapi bila memikirkan Sangat susah hidup tanpa ada kewangan yang stabil. Balik kampong nak buat apa pula? Yang ada harta pusaka tu tak ada masalah lah, yang macam saya boleh jadi makan batu.

Sepanjang bercuti hujung tahun ini nampaknya Pusat Tarbiah lengang sahaja, saya pun tak boleh buat apa-apa, masing-masing dengan perancangan masa terluang, saya pun ingin menikmati suasana cuti ini sepuas-puasnya. Nanti bila ditempat bertugas saya tidak akan terbayang-bayang lagi keseronokan di kampong halaman.

Bila nanti mula bertugas, Konon-konon dapat menumpukan kometmen pada bidang tugas rasmi yang perlu dilaksanakan, dan sememangnya saya amat menjangkakan kesibukan dan banyaknya bidang tugasan yang akan dilaksanakan sepanjang penyambungan kontrek kedua saya dalam tugasan rasmi ini, insyah Allah. Sasaran kerja untuk 2012 dan menuju sasaran tarap hidup di era 2012.

Manakala bagi sasaran tugasan di Abjad Sabah sepanjang 2012, sepenuhnya diserahkan kepada ketentuan Allah swt, kerana di dalam diri saya mungkin penumpuan semakin berkurangan namun walau apa sekalipun perjalanan Abjad Sabah adalah di dalam kehendek dan Rahsia Allah swt. Susah nak disampaikan dan nak diterangkan melainkan kepada mereka-mereka yang telah digerak dan di hidayahkan oleh Allah swt untuk mencarinya.

Saya bukan mengejar duniawi tapi saya memerlukan kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan sehari-hari, saya telah mengelami hari-hari yang amat sukar sehingga berlinangan air mata mengenangnya, tambah pula hari demi hari kos perbelanjaan hidup makin sukar dan bertambah mahal, saya belum ada isteri dan belum ada anak-anak pendapatan semacam tidak mencukupi, dengar sahaja harga susu dan kos lampin pakai buang pun dah mengetarkan jiwa…. ya Allah berkatilah dan tambahkanlah Reziki kami dan rezki dompet baru saya.

Serasnya memang ada cemburu di hati melihat rakan-rakan sebaya memiliki kereta dua tiga biji, ada yang memiliki kenderaan mewah, ada yang memiliki kenderaan hobi untuk di rosakkan, ada yang memiliki rumah sendiri lagaknya sebuah seperti sebuah istana menanti, sedangkan saya masih seperti dahulu, itu duluuuuuuuuuu…… dan sekarang pun sama sahaja.

Kalau bukan kerana rumah keluraga ini mungkin tidak ada maknanya lagi saya untuk terfikirkan kampong halaman. Apa lagi untuk berfikir untuk balik kampong….
Umur saya makin bertambah…., mata mula rabun, rambut putih masih dapat disembunyikan. warna jangut pula makin cantik berkilat, wa……duh alamak bila nak pesan gigi palsu ni………..? belanja belum sukup bah....

Kenapa perlu memakai gigi palsu? Sedangkan saya tetap hendsom tanpa memakai gigi palsu pun. Dan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu meningatkan saya bila nak pesan gigi palsu?, sebab tanpa peringatan itu serasa saya macam saya tak ada masalah gigi pun…

Insyahallah setakat ini tahap sabar dan redha saya dengan ketentuan taqdir pilihan diri ini adalah tidak tergugah. Saya menikmati pengalaman yang jarang orang rasai, dan dengan pengalaman itu menjadikan saya bertambah lebih terbuka dan memotivsikan diri bila berhadapan dengan Masyarakat sekeliling yang ditaqdirkan perlu melalui perkhidmat dari saya.

cuma saya amat takut dan risau dengan pengambaraan rohani dan jasmani ini saya semakin menjadikan saya jahat dan bertambah licik,... nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback