Monday, December 26, 2011

selamat bertugas

Sebelum solat subuh saya sudah packing barang jangan ada yang tertinggal, dan Sebelum bertolak kembali bergelandangan ke Labuan padapagi ini, saya sempat berlegar-legar di belakang rumah untuk cuba mencari-cari mana tahu ada buah durian yang gugur, kalau ada, bolelah dibawa sebagai ole-ole kepada sesorang, walau gerak rasa hati ……. ,Rasanya… orang tu masih bercuti…. Tudu bangatlah.

Sebenarnya dua tiga hari lalu saya tak jumpa lagi ada buah durian yang gugur, Sukar sudah untuk saya menemui buah durian yang gugur di belakang rumah, dan pagi ini walau hujan turun tak berhenti-henti saya mencuba meredanya dengan menggunakan suluhan handphone 1616, walaupun agak sedikit kebasahan dan demam saya belum berapa masak,ala… malang, saya tidak menjumpai walaupun barang sebiji, mungkin tanpa saya sedari buah pokok durian ini dah memang tak ada buah.

(eeeeee melintas sesuatu di sanubari saya. mungkin begini lagaknya saya, di usia seperti saya usaha mencari jodoh sebenarnya masih mudah, dan bukan pun sukar untuk memilih kalau sudah ada yang mahu dipilih, tapi itulah sangat suka berkira….. jodoh, jodoh, jodoh. Hinggalah sanggup menggunakan agensi pencari Jodoh… (bukan bab bomoh ) sebenarnya rakan-rakan pun dah menjadi agensi penemu jodoh secara sukarela, terima kasih jasa kalian memang tak mampu dibalas. Mudah-mudahan ada ganjaran di sisi Allah taalah. Walaupun saya sedikit liat…. rupanya saya masih mengharap.

Hampir sebulan saya bercuti, dan sebulan itu telah berlalu, alamak rupa-rupanyanya esok saya dah mula bertugas. Is is issssssss macam sekejap sahaja. Dan mampukah saya berhadapan dengan …… tanpa menjadi sasau? Sebulan saya bertapa. Sebulan saya Tidak menghadap Facebook. Dalam sebulan Saya tidak mengatahui perkembangan dunia…. Pasti dah ada perubahan

Pagi ini saya bersiap dan bertolak dengan kesemua isi rumah belum bangun, saya tak sempat cium tangan ibu, anak-anak buah tak sempat meminta duit dan adik beradik tak sempat pesan cepat-cepat bawa oleh-oleh dari Labuan khasnya.. pagi ini,seperti biasa dengan hati yang sedikit terganggu saya mula meradah hujan untuk memulakan perjalanan. Bismillah. Naiwaitu lilahi taalah….

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback