Monday, December 26, 2011

selamat bertugas

Sebelum solat subuh saya sudah packing barang jangan ada yang tertinggal, dan Sebelum bertolak kembali bergelandangan ke Labuan padapagi ini, saya sempat berlegar-legar di belakang rumah untuk cuba mencari-cari mana tahu ada buah durian yang gugur, kalau ada, bolelah dibawa sebagai ole-ole kepada sesorang, walau gerak rasa hati ……. ,Rasanya… orang tu masih bercuti…. Tudu bangatlah.

Sebenarnya dua tiga hari lalu saya tak jumpa lagi ada buah durian yang gugur, Sukar sudah untuk saya menemui buah durian yang gugur di belakang rumah, dan pagi ini walau hujan turun tak berhenti-henti saya mencuba meredanya dengan menggunakan suluhan handphone 1616, walaupun agak sedikit kebasahan dan demam saya belum berapa masak,ala… malang, saya tidak menjumpai walaupun barang sebiji, mungkin tanpa saya sedari buah pokok durian ini dah memang tak ada buah.

(eeeeee melintas sesuatu di sanubari saya. mungkin begini lagaknya saya, di usia seperti saya usaha mencari jodoh sebenarnya masih mudah, dan bukan pun sukar untuk memilih kalau sudah ada yang mahu dipilih, tapi itulah sangat suka berkira….. jodoh, jodoh, jodoh. Hinggalah sanggup menggunakan agensi pencari Jodoh… (bukan bab bomoh ) sebenarnya rakan-rakan pun dah menjadi agensi penemu jodoh secara sukarela, terima kasih jasa kalian memang tak mampu dibalas. Mudah-mudahan ada ganjaran di sisi Allah taalah. Walaupun saya sedikit liat…. rupanya saya masih mengharap.

Hampir sebulan saya bercuti, dan sebulan itu telah berlalu, alamak rupa-rupanyanya esok saya dah mula bertugas. Is is issssssss macam sekejap sahaja. Dan mampukah saya berhadapan dengan …… tanpa menjadi sasau? Sebulan saya bertapa. Sebulan saya Tidak menghadap Facebook. Dalam sebulan Saya tidak mengatahui perkembangan dunia…. Pasti dah ada perubahan

Pagi ini saya bersiap dan bertolak dengan kesemua isi rumah belum bangun, saya tak sempat cium tangan ibu, anak-anak buah tak sempat meminta duit dan adik beradik tak sempat pesan cepat-cepat bawa oleh-oleh dari Labuan khasnya.. pagi ini,seperti biasa dengan hati yang sedikit terganggu saya mula meradah hujan untuk memulakan perjalanan. Bismillah. Naiwaitu lilahi taalah….

Tuesday, December 20, 2011

Sembang-sembang kedai kopi

Saya ada bertanya kepada Seorang kenalan peraih buah mengenai harga terkini terutama Raja Buah, harga sekilo buah Durian, Gred A di borong dengan harga RM5.00 sekilo dan di Jual dengan Harga RM6.00 kepada pemajak atau pemborong, manakala harga untuk jualan atas Meja RM7.00 sekilogram. Masih Mahal kan?

Gred Super atau Gred berjanama seperti MAS PAHANG keluaran Dato Gani Gilong di raih pada harga Sekilogram RM10.00, manakala harga jualan atas meja pada kadar RM18.00 sekilogram, Cuma Gred super ini, MAS PAHANG contohnya jarang di borong oleh para pemajak akibatnya para peraih mengalami kerosakan bekalan dalam simpanan, terkini inilah yang di lakukan oleh para pemborong Buah dari luar untuk menjatuhkan Nilai pasaran raja buah yang selalu di tentukan oleh peraih tempatan.

Sebenarnya para pemilik pokok buah tidaklah sangat menikmati istemewa harga buah ini, kerana para peraih inilah yang menikmati laba keuntungan setiap kali menjelang musim buah-buahan berbuah, dan saya pernah di fahamkan oleh seorang kenalan yang ada menceritakan pendapatanya setiap kali musim buah berbuah adalah dalam lingkungan RM30.0000.00 ke atas dan amat memaranjatkan modalnya hanya air liur.

Para peraih ini juga jarang membayar penuh jumlah harga yang di persetujuhi semasa meraih buah, kadang-kadang sehinggalah menjelang akhir musim buah ini berakhir jumlah tunggakan belum di bayar penuh. Sabar sajalah pemilik buah, tapi apakah ada salanya para penanam dan pemilik buah ini bersatu dalam satu pesatuan? Ada nagitifnya tapi pandanglah positifnya insyahallah ada manafaatnya.

Nasiblah dua pokok durian di belakang rumah ada buahnya jadi tak lah sangat saya merasa mahalnya harga buah durian kerana setakat melapaskan rasa mengidam merasa rasa buah Durian bolelah bergilir-gilir dengan anak-anak buah mengagak buah yang luruh, biarpun saya amat terkejut juga bila mama menceritakan bahawa anak-anak abang saya rupanya menjual buah durian yang mereka kutip. Untuk duit poket mungkin.

Cerita kedai kopi Bukan setakat sembang pasal buah durian sahaja, dewasa ini kita tidak pelik memperhati dan mendengar para pengulas pengunjung kedai kopi yang tidak menyedari keperluan mendapatkan tauliah mengajar dahulu, sebelum hangat dan penuh semangat memperkatakan hukum Fiqah sehinggalah permasalahan empat mazhab terbesar sunnah , subahan Allah,, hebat sungguh….. kesiannya tak faham sejarah empat Mazhab itu sendiri dan yang lebih malang tak tahu mazhab apa di amalankan nya selama ini, jauh sekali untuk perbandingan atau menguasai salah satu dari empat Mazhab itu.

Dan yang amat mendukacitakan juga bila melihat para pengkritik kita ini terdiri dari mereka-mereka yang memakai seluar Nampak lutut dan kadang-kadang pula sedang Azan berkumandang pun masih lagi bersemangat mengulas topic yang di ungkitkan dan hidangan belum di habiskan. Jauh sekali untuk tergerak hatinya menuntun tuntutan laungan Azan tersebut.

Demikian juga bab Akhlak, para pengulas pendapat Imam Al-Ghazali terutama bab hati, mudah di bicarakan oleh mereka-mereka yang tidak menjaga Auratnya, majlis ilmu diadakan di kedai kopi sambil makan dan minum dan ada lagi yang hebat sanggup berkata, alaaaaaaaaaaaa yang bertudung pun tak sembahayang, yang kopiah haji pun masih membeli No ekor. Mungkin mereka ini terfikir bahawa malaikat Atid dan Rakib akan menerima Alasan yang begitu rupa.

Demikian jugalah permasalahan perlakuan sunnah Nabi sehingga menuduh sesat, bida’ah dan sebagainnya, tidak terkecuali jugalah permasalahan aliran akidah yang perpecah kepada 73 firkah, di ulas sedangkan para pembicaranya terdiri dari mereka-mereka yang sedang memakai seluar jeans, T Shirt barangan yang tidak pernah Nabi Saw memakainya.

berpakaian sukan atau duduk kedai kopi bercerita pasal masalah Agama bukannya salah pun, usrah dan tazkirah boleh dibuat di mana-mana sahaja, tapi kenalah ada kesesuaiannya, beradab, berhema dan beradat…

Permasalahan dan perbahasan mengenai bidang Agama ini tidak akan pernah selasai sampai bila-bila pun,kerana masing-masing sudah memandang diri, sehingga sanggup berkata kamilah aliran yang betul kamu adalah aliran yang salah.

Sebenarnya macam mana kaedahnya untuk mengatahui mana aliran yang betul dan mana aliran yang sesat? Seingat saya jawapan yang selalu di berikan berlainan mengikut kesesuaian oleh pertanya. Dan yang sangat mendalam dalam ingatan saya ialah jawapan berbunyai, belajarlah… biarpun sendiri dalam hati saya berkata sampai bila untuk belajar? Untuk itu belajarlah….

Asas membina diri, berusahalah melapaskan dari dari tuntutan mempelajari hak fardu Ain, jauhkan dan elakan diri dari menjerumuskan kecenderungan membaca permasalahan khilafiah, tidak ada manafaatnya pun, kalau sakadar untuk ambil tahu, percambahan idea dan pemanas pemikiran tak jadi soal pun.

Yang lainya hanya taqdir dan hidayah rahmat dari Allah swt, kerana yang diberikan idea dapat memkirkan dan yang di berikan di hidayahkan maka geraklah hatinya dengan rahmat Allah swt cukuplah dalamilah dan fahamilah tuntutan bab Fardu Ain kepada setiap individu Muslim, kerana kadang-kadang tu jumlah rukun solat pun tak tahu, tapi bising-bising pula bab talkin kubur, tahlil itu bida’ah. Ini bidaah Nabi tak pernah buat.

Cuti hujung tahun tinggal lagi beberapa hari, macam tak mahu meninggalkan kampong halaman pula, tambah-tambah seorang dari tiga orang anak buah yang penakut dengan saya semasa di awal kehadiran saya bercuti, tak lekang dengan saya, payah nak tinggalkan, time saya menghadap nasi pun pasti datang untuk minta di dukung, time saya solat suka tegak berdiri di tempat sujud, kadang-kadang meniru perbuatan saya. Kalau saya nak keluar berjalan-jalan terpaksa di pujuk agar tidak mengikut.

Saya kena bersedia mula bertugas jadi kena mula membayangkan kesibukan melaksankan segalah tugasan rasmi, kalau tidak, berat hati pula nanti bila tiba masa untuk berangkat kembali bertugas, alahai……. Cuti ini pun Saya tidak sempat menengkan fikiran, perasaan mudah terusik …. Alaaa Ustazah ini pun dah peringatkan. Timbul balik sebuah pengharapan, dan saya akan menghadapinya sebaik mungkin, usaha tangga kejayaan.

Ustazah ni nak mai nak makan derian,tapi depa tak habaq awal, depa sampai Cuma sampai sekarat jalan, kat Pekan Nabalu. Jauh lagi dari kampong saya dan PEKAN NABALU satu Lokaliti Penampatan kebanyaknya Non Muslim, tak jadilah ustazah ani membeli keropok bayam, saya pun tak tahu sapa sebenarnya pengelur keropok bayam ini? Ada cop Halal kah? Saya pun……. Ingat-ingat belum pernah memakan benda ini.

Kalau benda SINALAU BAKAS itu kompomlah barangan ini tidak HALAL, ada beberapa tempat yang aktif beroperasi, bagi mereka yang baru melalui jalan Temperuli- Ranau mungkin teruja melihat dan mencium haruman Asap yang datang dari gerai tepi jalan menjual sinalau bakas. Asap ini pula memasuki kenderaan dan akan terus melekat baunnya dalam kenderaan dan pakaian selagi tidak di tanggalkan dari badan pasti bebau haruman asap tersebut. Mungkin anda tak perasan?

Saya masih terfikir untuk Mahu berhenti kerja, tapi kelak tak ada pula duit untuk perbelanjaan harian,bila bertugas, berhadapan pula dengan berbagai-bagai aneka kerenah permasalahan. baik lagi lah ada kerja,ada kerja ada duit, bila ada duit boleh belanja siapa sahaja yang di minati.

Oooooooooo ya… saya baru beli beg duit. Beg duit lama dah nak hancur berkecai, sudah dua puluh tahun rasanya saya memakai dompet tersebut,masa saya berkerja tukang sapu sampah di pesta Pulau Pinang, dompet baru ini Biasa-biasa saja,Cuma saya amat berharap mudah-mudahan ada rezki dompet baru di tahun baru...

Di masa kini tahap sukar untuk memilih dan memasuki bidang kerjaya yang betul-betul di minati dan mencapai tahap mustahil bila tidak mengalami sebarang masalah menimpa semasa dalam bertugas. apa lagi dengan jumlah bilangan rakan sekerja yang banyak, maka banyaklah kerenahnya. Jadi Pandai-pandailah untuk mengurus diri agar terus dapat bertahan dalam kerjaya. demi ada duit perbelanjaan

Saya sendiri pun sepatutnya telah berhenti kerja beberapa tahun yang lepas,kerja ini boring dan penuh dengan tekanan, tapi bila memikirkan Sangat susah hidup tanpa ada kewangan yang stabil. Balik kampong nak buat apa pula? Yang ada harta pusaka tu tak ada masalah lah, yang macam saya boleh jadi makan batu.

Sepanjang bercuti hujung tahun ini nampaknya Pusat Tarbiah lengang sahaja, saya pun tak boleh buat apa-apa, masing-masing dengan perancangan masa terluang, saya pun ingin menikmati suasana cuti ini sepuas-puasnya. Nanti bila ditempat bertugas saya tidak akan terbayang-bayang lagi keseronokan di kampong halaman.

Bila nanti mula bertugas, Konon-konon dapat menumpukan kometmen pada bidang tugas rasmi yang perlu dilaksanakan, dan sememangnya saya amat menjangkakan kesibukan dan banyaknya bidang tugasan yang akan dilaksanakan sepanjang penyambungan kontrek kedua saya dalam tugasan rasmi ini, insyah Allah. Sasaran kerja untuk 2012 dan menuju sasaran tarap hidup di era 2012.

Manakala bagi sasaran tugasan di Abjad Sabah sepanjang 2012, sepenuhnya diserahkan kepada ketentuan Allah swt, kerana di dalam diri saya mungkin penumpuan semakin berkurangan namun walau apa sekalipun perjalanan Abjad Sabah adalah di dalam kehendek dan Rahsia Allah swt. Susah nak disampaikan dan nak diterangkan melainkan kepada mereka-mereka yang telah digerak dan di hidayahkan oleh Allah swt untuk mencarinya.

Saya bukan mengejar duniawi tapi saya memerlukan kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan sehari-hari, saya telah mengelami hari-hari yang amat sukar sehingga berlinangan air mata mengenangnya, tambah pula hari demi hari kos perbelanjaan hidup makin sukar dan bertambah mahal, saya belum ada isteri dan belum ada anak-anak pendapatan semacam tidak mencukupi, dengar sahaja harga susu dan kos lampin pakai buang pun dah mengetarkan jiwa…. ya Allah berkatilah dan tambahkanlah Reziki kami dan rezki dompet baru saya.

Serasnya memang ada cemburu di hati melihat rakan-rakan sebaya memiliki kereta dua tiga biji, ada yang memiliki kenderaan mewah, ada yang memiliki kenderaan hobi untuk di rosakkan, ada yang memiliki rumah sendiri lagaknya sebuah seperti sebuah istana menanti, sedangkan saya masih seperti dahulu, itu duluuuuuuuuuu…… dan sekarang pun sama sahaja.

Kalau bukan kerana rumah keluraga ini mungkin tidak ada maknanya lagi saya untuk terfikirkan kampong halaman. Apa lagi untuk berfikir untuk balik kampong….
Umur saya makin bertambah…., mata mula rabun, rambut putih masih dapat disembunyikan. warna jangut pula makin cantik berkilat, wa……duh alamak bila nak pesan gigi palsu ni………..? belanja belum sukup bah....

Kenapa perlu memakai gigi palsu? Sedangkan saya tetap hendsom tanpa memakai gigi palsu pun. Dan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu meningatkan saya bila nak pesan gigi palsu?, sebab tanpa peringatan itu serasa saya macam saya tak ada masalah gigi pun…

Insyahallah setakat ini tahap sabar dan redha saya dengan ketentuan taqdir pilihan diri ini adalah tidak tergugah. Saya menikmati pengalaman yang jarang orang rasai, dan dengan pengalaman itu menjadikan saya bertambah lebih terbuka dan memotivsikan diri bila berhadapan dengan Masyarakat sekeliling yang ditaqdirkan perlu melalui perkhidmat dari saya.

cuma saya amat takut dan risau dengan pengambaraan rohani dan jasmani ini saya semakin menjadikan saya jahat dan bertambah licik,... nauzubillah.

Wednesday, December 14, 2011

KENAPA HARUS MEWARISI PERBALAHAN INI.....

Menuju pertengahan di bulan December 2011, bermakna saya telah bercuti hujung tahun dalam beberapa minggu, cuti hujung tahun ini saya tak kemana-mana, cuti hujung tahun saya hanya mampu bermain-main di halaman sendiri, dan banyaknya hanya berleger-leger di halaman rumah.

Di hujung tahun setiap tahun memang di lembah pergunungan kinabalu mengalami suasana cuaca yang tidak menentu tapi sejuklah yang bersangatan yang sering berpanjangan, belum tahap wujud salji, sebab kalau siang panasnya macam di KK.
Hanya kabus tebal menghalang penglihatan di malam hari, pakai baju tebal dan selalu minum-minum Nescefe panas. Pun tak pelik juga kalau ada yang oder Nescefe Ais di masa cuaca sejuk malam,

Rasa sejuk makin menggila bila mana hujan ada turun, sejuk hingga menyucuk dalam dalam jiwa. Sesetangah rakan mengusik inilah iklim yang sesuai untuk berumahtangga…. Cheeeeee gua juga yang kena taka pa juga bukan banyak topic pun mereka boleh menang dengan saya, kena bagi chan juga mereka membalas.
Cuaca amat sejuk di malam hari dan panas siang memungkinkan selalunya saya akan menghidap selesma dan sememangnya saya dah selesma pun. Dan selesma saya biasanya akan berlarutan sehingga balik dari bercuti.

Asal balik kampong dan duduk di kampong memang sungguh seronok, banyak kebiasaan yang dapat dilalui dan di amalkan sehinggakan saya lupa yang saya ini seorang penjawat Awam, dan pada jawatan kontrak ini, saya mula tidak berbohong, saya tidak lagi mengaku berkerja sebagai pengawal Keselamatan Swasta di Labuan. Saya dengan penuh rasa Ego dan Sombong sangat berbangga bertugas Sebagai Ustaz di Jabatan Agama Islam, dengan status ini memudahkan saya bermasyarakat. Dan yang pentingnya jaranglah orang berani menuduh sembarangan, oooooooooooooo Rupanya Saya Ustaz Pula tu…… ah.. panggil saya Ustaz pun boleh, panggil Abang pun boleh, panggil Pakcik pun tak apa.

Alhamdulillah cuti tahun ini, dua pokok durian di belakang rumah pusaka berbuah dan buahnya ada dah yang Gugur Masak dan rosak. buahnya tak banyak pun Cuma amat istemewa untuk saya barang kali, sehari dapatlah saya sebiji dan telah dalam dua minggu berlalu saya merasa memakan Buah durian, anak-anak abang saya pun tidak perasan buah durian dah ada yang masak, abang saya yang mengaku menanam durian ini, lucu juga saya curi-curi lah mengutip buah yang gugur ini. Bukan apa bah kalau bukan saya yang jaga dan rawat Pokok durian ini memang tak sempat membesar bah pokok Durian ini.
Di pertengahan bulan December ini, khabarnya harga buah durian makin turun, Nasib saya dapat merasa juga ada durian di belakang rumah kalau tidak terpaksalah membeli Durian jika teringin untuk memakannya, kalau tidak terpakslah membeli buah durian, ini kerana sebelum ini harga durian yang tidak bernama yang dijual pada kadar RM16.00 sekilogram, kalau D16 dalam RM25.00 sekilogram belum lagi Mas Pahang, Mas Johor, Raja, kenyau dan banyak lagi lah yang pada tahap RM35.00 sekilogram.

Harga buah durian ini mungkin akan mula turun di pertengahan dan penghujung Bulan December ini, kerana pada masa itu buah durian akan mula luruh serentak dan berkemungkinan berlaku lambakan Buah durian dan berkemungkinan harga mencapai RM5.00 atau RM3.00 sekilogram tapi yang berjenama itu harganya tetap tidak Berubah. Jadi kalau ada kenalan yang teringin makan buah durian tak salah juga saya boleh uruskan. Ada bah yang saya offer dating dan bawa family sekali dan perkenalkan kepada saya ehem.. ehemnya… Tak percaya dengan saya kot?

Genaplah dua tahun dan masuk tahun ketiga saya mencoret dalam blog ini, banyak pengalaman yang dikutip dari perkongsian ilmiah, pengulangan pengalaman penemuan dan cara kehidupan saya di halaman orang saya kongsi dan Abadikan dalam blog ini. Walaupun akan timbul rasa malu dalam diri bila membaca catatan itu di kemudian hari. Macam nak delet sahaja.

Tak kisalah kalau ada yang menuduh saya ingin mempamirkan diri, untuk berbanga atau untuk melebih-lebih rasa ego. Pada dan bagi para pelawat dari Aliran Lain akan dan telah ada terguris di hati, maafkanlah…….. ini adalah rumah kami dan apa yang kami bicarkan ini adalah tidaklah lebih dari hal di rumahtangga kami.tidak pernah pun saya masuk rumah orang untuk mempamirkan diri, setakat meninggalkan jejak sebab pernah melintas lalu, jadi apa pun yang saya bawakan dari rumah orang itu adalah percambahan ilmiah dari kami dan kalau ada terasa itu Bermakna anda sebagai pembaca telah mecuri-curi dengar perbualan kami.

Dan lebih-lebih lagi pada maksud saya dan rakan-rakan berada di nun lembah pergunungan pedalaman Sabah ini, minta di ambil tahulah hal kami disini,kami kongsikanlah keperluan kami di sini,kami kongsikan cabaran kami di masyarakat kami dan kami sesungguhnya masih perlu di pengawasan murabbi, tapi apakan daya kami, yang nun jauh di mata dekat di hati ini, jauh dan berbelanja besar kami semata-mata untuk memeluk dan mencium tangan para murabbi meredah keberkatan mereka.

Dan dengan perantaraan blog inilah kami dapat berinteraksi dan berkirim berita kepada seluruh masyarakat luar. Dan kami gagahi dan disemat di hati kata-kata peransang para-para tuan Guru utamanya dari Ustaz Zainuddin Osman,dengan katanya Abjad Sabah pada ketika ini adalah seperti Abjad Di semananjung Tanah Melayu dua puluh tahun yang lalu.

Kepercayaan Tuan Guru Ustaz Ahmad Junaidin membenarkan saya sebagai Wakilnya di Sabah dan Labuan, walau terpampar segala kelemahan diri, saya sedayanya cuba semampu berkhidmat dengan gaya diri yang kadang kala mempamirkan langkah tari yang sumbang, tapi itulah saya… saya menyumbang tapi masih amat memerlukan sumbangan, dan kenapa saya masih belum amat berkira-kira pada khidmat saya. Mungkin saya tak salah untuk menentukan bentuk sumbangan yang diperlukan.
Dari coretan dan luahan hati saya maka dapatlah dibaca perlu apa saya dan kami di sini, kalau kami terjatuh kami tidak menoleh di kiri kanan atas bawah untuk mengharap siapa-siapa untuk menghulur tangan, seadanya kami tahu dan faham kami perlu bangun sendiri biar terkial-kial pelambat pelambab atau apa jua pun kami sedar diri kami hanya menongkat tangan sendiri untuk bangun selagi ada tangan yang boleh menungkat badan.

Pada Masa bercuti ini sedayanya upayanya saya mencuba menjernihkan Akal fikiran dan Rasa hati untuk meredhai dan pasrah atas kegagalan saya berhadapan dengan pelajaran yang lepas-lepas, sesungguhnya saat berhadapan dengan pembelajaran adalah satu pengalaman yang sangat berharga, saya yang penuh kelemahan diri mengakui telah gagal untuk mencapai markah lulus. Saya di tewaskan oleh rasa dalam diri, lemah dalam dakwah bil hal. Semuanya kehendak Allah swt, Mudah-mudahan semua yang pernah ada di persekitaran saya istemewa atau tidak adalah dalam ingatan tulus ikhlas dari saya dan mudah-mudahan semua mereka itu kekal sihat-sihat sahaja dan gembira di samping orang-orang yang menyayangi dan di sayangi.

Masa bercuti ini pun memang kehendak Allah swt juga, seorang kawan lama, yang satu masa dahulu pernah kami tidur sebantal tapi mimpi Asing-asinglah. Ustaz ini perkenalkan saya dengan seorang gadis yang mana Gadis ini pada suatu dahulu pernah diceritakanya kepada saya,tapi masa itu saya tak ambil peduli, pada ketika dan di saat ini saya tak ada alasan munasabah untuk mengelak, lagi pun dah ada sedikit cabaran. Antarannya Sebab Saya pun bergelar lelaki juga..

Sesungguhnya hasrat hati saya untuk melapangkan rasa di hati agar tidak bersebabkan ada rasa kecewa dan dendam atas kegagalan memiliki Seseorang. Maka saya beralih arah, tidak… tidak…. Tidak sekali…

untuk saya hendek meniru perlaku semua mereka itu, tidak mungkin, kerana pada rasa kecewa itulah akan menyebabkan pilihan dimasa ini mungkin punca bermasalah di masa hadapan, seperti kata saya sungguh menyesallah menerima kamu, tapi sapa suruh kan? Tak siapa pun paksa, sendirilah tanggung. Memenatkan orang lain menyelasaikan masalah .
Jadi seterusnya saya sedang memilih sedikit melengah-lengahkannya. Atas dasar untuk bersikap ada kematangan dan pertimbangan kewarasan, dan saya berhajat untuk akan cuba menghadapi kenalan baru ini sebaik mungkin sebagai seorang kawan. Sebagai Ustaz dan sebagai seorang lelaki yang ingin memikat.

Seperti kegagalan dahulu yang Saya bertindak dan berhadapan mulanya sebagai seorang rakan sekerja, kemudian sebagai seorang Ustaz dan sebagai seorang lelaki tua yang teringin memikatnya. mudah-mudahan tidak ada dendam dan tidak ada penyesalan, Pada hal saya cuba belajar bersikap seperti Abang long yang sangat cerewet mengambil tahu pasal adik-adiknya.

Insyahallah segala pelajaran yang lalu seharusnya amat berguna pada diri saya berhadapan dengan watak baru yang baharu sahaja diperkenalkan kepada saya ini. Sesungguhnya dan sungguh menyentuh jiwa… .ya Allah… Kenapa begini lagi yang perlu saya hadapi?

Sesungguhnya saya sangat malas berhujah dan berebat dan memperkatakan hal furu’ (cabang) ilmu yang serasa saya remeh temeh. Dan pernah Suatu ketika dulu pernah diceritakan oleh seorang rakan mengenai seseorang dari Ranau telah berpindah ke Labuan yang menganut anutan yang jarang-jarang di temui di Malaysia. Memang kehendak allah swt sungguh saya terkejut dan teruja dan saya hanya mampu mengeleng kapala dan tersenyum bila mana mengatahui yang gadis yang saya kenali ini kini menganut Ajaran yang tidak diiktiraf di Malaysia dan lelaki yang diceritakan oleh rakan itu adalah adik lelaki gadis ini. Allahu Akhbar.

Dalam isi perbincangan berdasarkan ingin berkenal-kenalan Dan sungguh tegas gadis ini menyatakan bahawa gadis ini tidak mungkin merubah akidah yang dipilihnya walaupun apa akan berlaku dan terjadi, biarpun akhirnya andai jika diri dipulau oleh rakan-rakan dan atau lelaki akan menjauhi dari dirinya. Tidak mungkin…. Tidak….. tidak… tidak dan tidak mungkin,,, Alamak…. gadis ini berkata sambil menjeling kat aku lah… lemah semangat beta. Sehingga saya nak palingkan diri pun, gadis ini tak kisah..

Ada sukatan pelajaran baru rupanya… dari berhadapan ingin memuslimkan Gadis Non Muslim kepada menghadapi Gadis Muslim yang bertekad Akidah yang di pegangnya….. saya suruh bertaubat, saya pula di suruhnya insaf… insaflah.. insaflah begitulah, susah kalau tidak faham katanya. Saya yang tidak faham? Atau gadis ini tidak mengerti?
Semuanya adalah takdir Hidayah dari Allah swt.

Topic pertama yang di bayangkan, dengan selamba gadis ini berkata Akidah yang saya bawakan ini adalah saduran Ajaran Non Muslim Juga. Sepertinya kepercayaan mempercayai akan kembali munculnya Nabi Isa as. Di Akhir Zaman. Kenapa perlunya Nabi Isa as yang akan diturunkan kenapa Bukan Nabi Muhammad saw yang di panjangkan umurnya? Logikah di akal yang adanya manusia yang di panjangkan umurnya demikian rupa?

Pertama kali dalam sejarah saya memulakan perkongsian Ilmiah dengan memperkenalkan tugasan dan hal saya Di Abjad Sabah. Dan saya bermaksud untuk cuba akan sentiasa meluangkan masa berhadapan dengan kenalan baru ini…. Insyahallah. Dan saya dengan tidak segan silu mengakui bahawa memang tidak mampu berhadapan dengan adiknya yang memang dah tersohor dengan keahlinya.
Pada kesempatan yang lain seperti yang saya imbaskan juga. Saya ceritakan yang Di ranau sendiri telah sampai dan telah wujud lebih dua puluh Fahaman sama ada AJARAN KEPERCAYAAN atau ALIRAN KEBATINAN, termasuk ada tiga yang sedang hangat diperkatakan memperjuangkan ALIRAN AKIDAH yang sedang semerbak di kembangkan.

Saya kata satu dari IRAN, satu dari MADINAH dan satu Dari Pakistan lantas Gadis ini kata bukan Pakistan lah INDIA nyatnya lagi orang di Pakistan pun tak suka Jamiat ini.. saya cakap bukan dari PAKISTAN kah? Gadis ini tegas menjawab dari INDIA bah kubur Nabi Isa pun di sana tapi tidak di umumkan takut kena serbu.. angota jamiat sahaja yang tahu.

Saya tidak tahu macam mana berhadapan dengan gadis ini, Cuma sangat suka saya nyatakan kita umat di hujung dan dah jauh dari masa dakwah Nabi saw. Sedang mewarisi tradisi khilaf pertikaian remeh-temeh sehingga tidak memungkinkan kita bertemu titik perdamaian dan persamaan. Dan kenapa pula kita terus berbangga mendokong arus pertikaian ini?

Seharusnya ini antara kelebihan umat Nabi saw di penghujung ini yang telah mewarisi dan menerima Agama Islam yang telah lengkap sempurna, berbanding dengan para Syuhada BADAR, Suhada UHUD, Syuhda KHANDAK dan banyak lagi syuhada peperangan untuk mempertahankan penyeberan Agama Islam sehinggalah kita terima dan warisi di hari ini. Mereka tidak sempat melihat islam telah lengkap di turunkan, Al- Fatihah untuk sekelian mereka itu.

Saya telah nyatakan kepada gadis ini antara tiga aliran besar itu, saya lebih memilih ALIRAN yang berasal dari MADINAH, kenapa ? kata Gadis ini, saya jawab kerana ALIRAN ini lebih hampir dan sinonim dengan Asal usul Dakwah Nabi Muhammad.

Kalaulah Muhammad Saw di pilih sehingg hari qiamat, menandakan Ajaran dan dakwah Nabi Muhammd sw tidak kan lengkap sempurna, Nabi Isa as pula bukan menyampaikan Ajaran yang pernah di perintahkan oleh Allah swt untuk beliau sampaikan kerana telah di Mansukan oleh Kehadiran Al-Quran dan Nabi Muhammad, hanya ada beberapa tugasan taknikal yang ditaqdirkan Oleh Allah swt kepada Nabi Isa as untuk melakukannya. Contohnya membunuh sang Dajal yang tidak dapat di apa-apakan oleh makhluk Manusia Martabat Wali.

Seharusnya kita ingat mengingatkan saudara-saudara seislam kita, kita umat Islam di Nusantara ini adalah antara orang Islam yang terpilih, kerana selapas Islam di Nusantara terus berkembang dan memiliki identitinya sendiri, para alim ulamanya bergerak ke timur tengah hanya untuk tasahih keberkatannya ilmunya, sehingga ada antara mereka menjadi Guru murabbi besar dengan tidak segen mampamerkan identity Nusantara di sana. Orang melayu Nusantara mengajar luhgatul Arabiah kepada orang Arab Sendiri. Orang Arab mengaji dan mutalaah kitab karangan ulama yang berasal dari Nusantara.

Tidaklah seperti segenarasi saya ini, pergi ke Pakistan maka bawa baliklah identity PAKISTANNYA, pergi ke India maka membawa balik identiti INDIANYA, pergi ke IRAN maka membawa balik identity Irannya, pergi ke MADINAH maka membawa balik identity MADINAHNYA, pergi ke mesir maka dengan megah dan berbangga membawa balik identity MESIRNYA. Di sinilah semunya bermula.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback