Tuesday, August 10, 2010

solat Tarawih

hukum dan keutamaannya.

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.

Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih
Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "Solat Tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripada-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Imam Muslim)

Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Adapun panggilan solat Tarawih adalah dinisbahkan kepada Khalifah 'Umar ibnu al-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul-Qari, beliau berkata:
"Saya keluar bersama Umar ibnu al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'Saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." Kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."

Alhamdulillah, Fardu taqdirnya, saya antara umat Muhammad saw yang di beri kekuatan , taufik dan hidayah Berjaya menunaikan dan melaksanakan ibadat solat sunat terawih 20 rakaat pada malam pertama ramadhan 2010.

Melatakan Level 20 rakaat pada malam pertama boleh memotivasikan diri untuk terus berjuang untuk melaksanakan 20 rakaat pada malam seterusnya.manakala bagi mereka yang telah melaksanakan solat sunat terawih 8 rakaat pada malam pertama pasti meletakan cabaran terkial-kial untuk melepasi angka 8 rakaat tersebut pada malam-malam seterusnya.

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, “(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan.”

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadan itu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)

Untuk nilai motivasi dan sebagai ilmiah ilmu. ceritanya kita boleh kaisahkan sebagai begini. 8 rakaat pada Rasullalah, tambah 4 rakaat pada Abu Bakar, tambah 4 rakaat pada Umar, tambah 4 rakaat pada Usman dan tambah 4 rakaat pada Ali maka jumlahnya = 20 rakaat. Dan Jika ditambah lagi dengan 4 rakaat pada guru-guru dan pada diri sendiri. Maka Nampak gayanya. Kita boleh solat sunat tarawih lebih dari 28 rakaat.
Secara rasionalnya perkaitan antara 20 rakaat atau 8 rakaat Cuma. bukanlah satu permasalahaan besar yang membabitkan hukuman yang berat, hanya lebih kepada kesanggupan iman. Bagi mereka yang telah di tiupkan keasyikan ibadat, yang mana tidak ada kepuasan dengan melaksanakan 8 rakaat Cuma. Dan Manakala yang dalam hatinya diselubungi keberatan melaksanakan 8 rakaat Cuma, pun macam satu siksaan sudah. Nauzubillah.

Meriahnya awal permulaan solat terawih ini memang tidak dapat di nafikan, surau dan masjid pasti penuh dengan jamaah lelaki, perempuan, dewasa ,remaja dan kanak-kanak, Kalau beginilah keadaan umat islam pada hari-hari biasa, Nescaya lahirlah gerun di hati musuh-musuh islam, Insyahallah. Allahu akbar..

Cuma kadang-kadang rasa tersalah pula.pada pengalaman saya bersolat sunat terawih di beberapa tempat, tak cantik bila saya melihat sudalah lambat datang, jamaah telah melakukan solat sunat terawih ada pula jemaah yang nampaknya baru nak berjamaah solat Fardu Isyak.Nak tegur takut, memang mazhabnya barangkali. Nak ajar, risau pula memang golongan terpelajar.

Ada pendapat yang membolehkan orang yang solat fardu boleh berimamkan orang yang sedang solat sunat sunat. Apa salahnya solatlah fardu isyak berimamkan orang yang sedang solat sunat tarawih, niat solat fardu isyaklah Dan bagi mereka-mereka yang melakukan sunat tarawih 8 rakaat, witir pun buatlah ikut dalam jamaah juga. 2 rakaat mengikut imam dan 1 rakaat itu buatlah juga berjamaah. dengan dua jenis pilihan sama ada mengikut rakaat yang pertama dan bila imam bangun untuk rakaat kedua. Niatlah mufarakah dan terus tahiat akhir, ataupun lambatkan dahulu rakaat pertama di biarkan dan masuk pada jamaah pada rakaat kedua. (Jadi juga sunat witir yang masih mengikut imam)

Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.

Madrasah ramadhan
1. Makan syahur
2. Puasa pada siang hari
3. Solat sunat terawih

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback