Tuesday, August 10, 2010

solat Tarawih

hukum dan keutamaannya.

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.

Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih
Orang yang mula-mula mengerjakan solat Tarawih menurut Ibnu Qudamah dalam kitabnya yang lengkap "Al-Mughni" berkata: "Solat Tarawih adalah sunnat muakkad. Orang yang pertama kali mengerjakannya adalah Rasulullah s.a.w.. Hal ini berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. menyemarakkan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan dengan tidak mewajbkan kepada umatnya. Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah (s.w.t.) dan mengarapkan pahala daripada-Nya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Imam Muslim)

Saiyidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:
"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Adapun panggilan solat Tarawih adalah dinisbahkan kepada Khalifah 'Umar ibnu al-Khattab r.a. kerana beliaulah yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat pada malam bulan ramadhan itu dibawah pimpinan seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abdul-Qari, beliau berkata:
"Saya keluar bersama Umar ibnu al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan. Kebetulan pada saat itu orang ramai sedang mengerjakan solat secara berjama'ah dalam beberapa kelompok. Ada pula seorang yang bersolat secara bersendirian dan ada pula yang solat keseorangan tetapi kemudian diikuti oleh orang lain sehingga menjadi suatu kumpulan. Melihat keadaan itu Umar berkata: 'Saya berpendapat, sekiranya mereka ini dihimpunkan dibawah satu imam, nescaya ia adalah lebih baik." Kemudian Umar melaksanakan pendapatnya dan menghimpunkan orang ramai untuk mengerjakan solat dibawah seorang imam iaitu Ubai bin Ka'ab."

Alhamdulillah, Fardu taqdirnya, saya antara umat Muhammad saw yang di beri kekuatan , taufik dan hidayah Berjaya menunaikan dan melaksanakan ibadat solat sunat terawih 20 rakaat pada malam pertama ramadhan 2010.

Melatakan Level 20 rakaat pada malam pertama boleh memotivasikan diri untuk terus berjuang untuk melaksanakan 20 rakaat pada malam seterusnya.manakala bagi mereka yang telah melaksanakan solat sunat terawih 8 rakaat pada malam pertama pasti meletakan cabaran terkial-kial untuk melepasi angka 8 rakaat tersebut pada malam-malam seterusnya.

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, “(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan.”

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadan itu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)

Untuk nilai motivasi dan sebagai ilmiah ilmu. ceritanya kita boleh kaisahkan sebagai begini. 8 rakaat pada Rasullalah, tambah 4 rakaat pada Abu Bakar, tambah 4 rakaat pada Umar, tambah 4 rakaat pada Usman dan tambah 4 rakaat pada Ali maka jumlahnya = 20 rakaat. Dan Jika ditambah lagi dengan 4 rakaat pada guru-guru dan pada diri sendiri. Maka Nampak gayanya. Kita boleh solat sunat tarawih lebih dari 28 rakaat.
Secara rasionalnya perkaitan antara 20 rakaat atau 8 rakaat Cuma. bukanlah satu permasalahaan besar yang membabitkan hukuman yang berat, hanya lebih kepada kesanggupan iman. Bagi mereka yang telah di tiupkan keasyikan ibadat, yang mana tidak ada kepuasan dengan melaksanakan 8 rakaat Cuma. Dan Manakala yang dalam hatinya diselubungi keberatan melaksanakan 8 rakaat Cuma, pun macam satu siksaan sudah. Nauzubillah.

Meriahnya awal permulaan solat terawih ini memang tidak dapat di nafikan, surau dan masjid pasti penuh dengan jamaah lelaki, perempuan, dewasa ,remaja dan kanak-kanak, Kalau beginilah keadaan umat islam pada hari-hari biasa, Nescaya lahirlah gerun di hati musuh-musuh islam, Insyahallah. Allahu akbar..

Cuma kadang-kadang rasa tersalah pula.pada pengalaman saya bersolat sunat terawih di beberapa tempat, tak cantik bila saya melihat sudalah lambat datang, jamaah telah melakukan solat sunat terawih ada pula jemaah yang nampaknya baru nak berjamaah solat Fardu Isyak.Nak tegur takut, memang mazhabnya barangkali. Nak ajar, risau pula memang golongan terpelajar.

Ada pendapat yang membolehkan orang yang solat fardu boleh berimamkan orang yang sedang solat sunat sunat. Apa salahnya solatlah fardu isyak berimamkan orang yang sedang solat sunat tarawih, niat solat fardu isyaklah Dan bagi mereka-mereka yang melakukan sunat tarawih 8 rakaat, witir pun buatlah ikut dalam jamaah juga. 2 rakaat mengikut imam dan 1 rakaat itu buatlah juga berjamaah. dengan dua jenis pilihan sama ada mengikut rakaat yang pertama dan bila imam bangun untuk rakaat kedua. Niatlah mufarakah dan terus tahiat akhir, ataupun lambatkan dahulu rakaat pertama di biarkan dan masuk pada jamaah pada rakaat kedua. (Jadi juga sunat witir yang masih mengikut imam)

Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.

Madrasah ramadhan
1. Makan syahur
2. Puasa pada siang hari
3. Solat sunat terawih

blog abjad sabah menyambut ramadhan yang pertama

Puasa
Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan. Datanglah pula penyakit gastric. Tiba sahaja Bulan Ramadhan maka banyaklah pula pengidap gastric. Subahanallah.

Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.
Yang pasti, bulan Ramadhan akan berlalu dengan pantas sekali. Perhatikanlah, tanpa disedari kita akan berada dipenghujungnya. Oleh itu janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog abjad sabah khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2010M. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang-orang yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)
Semoga kita dapat menjaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.
Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat

Bismillahirrahmanirrahim…
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa
• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa
• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa
• Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
• Orang yang sakit
• Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
• Orang tua yang sudah lemah
• Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


• *Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang akan kita temui dalam pembacaan, ada yang memahami sebenarnya ia bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan mereka bahawa ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa.dikatakan Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.

• *Kita beribadat dan beramal kerana ia adalah kewajiban.dan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan ibadat sunat yang dalam jumlah banyak rasanaya menghendaki adannya motivasi kerjakan?

Monday, August 2, 2010

Julai yang berlalu

Asas warna kehidupan manusia adalah hitam dan putih. Dua elemen ini juga mempunyai aspek utama yang berlawan. Namun, ia juga saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain. Begitu juga antara kita Insyaallah.

Julai berlalu dengan saya melalui pengambaraan kerohanian yang serba tidak menjadi. Saya amat risau, merisu entah apa apa yang di risau hingga melarat bayangan dan hayalan yang tidak tentu-tentu ampun dan maafkanlah saya. Barangkali inilah kesalahan kerohanian.Mungkin perlu di denda dengan denda kerohanian juga uzlah 40 hari.

Asagfiulah ha innallaha gafurul azim
استغفرالله انالله الغفر الرحيم

Bila mana ku buka hanti untuk mencintai selainya,timbul pula bermacam-macam hayalan dan perasangka, takut pada persaingan, takut pada kekecewaaan,bermacam-macam lagi takut,kesemuanya akhirnya menjadikan aku sentiasa merisaukan tak tentu pasal. sebenarnya ianya telah mempengaruhi rutin harianku,subahanallah,

Sanggkaku aku telah bersedia menghadapi pancaruba godaan dunia, rupanya aku hanya di tahap menyangka, temberang saja ada. Akhir-akhir ini sifat pemarah saya kian meronta-ronta pula.

Alhamdulillah dua kali berulang-alik hujung minggu dari Labuan ke Ranau ,saya sedikit aman sentosa berbanding minggu-minggu sebelumnya.Gumpalan menyesakan di hati dan hayalan-hayalan yang menyiksakan fikiran jarang menyerang sudah.

Rutin kerja seharian jam 7.30 pagi, tulis nama,kalau teringin keluar atau berurusan pergi mana-mana kena isi borang keluar dulu, rehat jam 11.30 sampai jam 1.30. Nak balik rumah tak berbaloi,dengan masa,minyak dan makan tengahari.Jimat lagi makan di kantin, petang balik jam 5.45 petang kalau kudrat dan pokit masih berisi boleh singgah melepak di kedai mamak perkena roti telur dengan susu kambing.Lepas tu balik rumah.

Sampai rumah, selasai buat solat magrib biasanya dah KO terus.Isyak pula kalau terbangun tengah malam. Ataupun hanyut terus,beruntunglah bagi mereka yang dapat melaksanakan biarpun hanya sunat taubat 2 rakaat,tahajud 2 rakaat, hajat 2 rakaat. Apatah lagi bagi mereka yang dapat melaksanakan dalam jumlah yang banyak.subahanallah

Banyak Orang berkata kerjaya sebagai Guru ini tidak memenatkan,kerja setangah hari banyak pula cutinya. Tapi tidak banyak orang bertanya betulkah? begitu… Zahirnya begitulah kan? kalau Guru yang berkata begini, ini kerana semata-mata dia tidak menyesali memilih kerjayanya sebagai guru.Manakala bagi mereka yang kerjayanya lain dari Guru mengatakan begitu, adalah di keranakan mungkin hanya perasangka semata-mata dan ganasnya tahap hasad dengki,pergilah jadi Guru dulu,tidak payah Komen-Komen,atau buatlah sekolah sendiri dan buat semuanya sendiri, setakat pernah jadi guru menganti guru bersalin,janganlah buat tembirang... memang tak malu..Bila tak jadi Guru memanglah selamanya tidak di panggil Guru. Buruk-buruk pun Guru, selamanya dia tatap Guru.

Jabatan pula dengar-dengarnya akan mengarahkan guru-guru bertugas membaca khutbah jumaat di masjid-masjid. Dan sempena Ramadhan al-mubarak ini . bertugas pula sebagai imam solat tarawih . Hairan betulah macam mana idea ini boleh terpakai. Beginilah mulalah saya mahu mengata orang lain.

Guru-Guru Agama, Ustaz-ustaz ,ustazah-ustazah diangkut untuk mengimarahkan Masjid. Subahanallah, Dah tak adakah jamaah mahu datang ke Mesjid untuk bersolat rupanya ? Kiranya sudah Imam,Bilal , Ahli Jawatan kuasa Masjid dan Ahli Qariah masjid sudah keletihan hadir ke Masjid. Kan Masih ada itu Jamaah Tabliq yang lebih istiqamah memperlawa ahli Qariah Masjid hadir mengimarahkan Masjid.Bagi mereka peluang mengimarahkan masjid.

Bila Para Imam, Para Bilal yang ada Elaun dan ada tips kenduri pun rasa kepenatan mengimarahkan masjid,Apalah nak di hairankan,orang kampong terlebih-lebih lah lagi kepanatan dan tidak mampu lagi datang mengimarahkan Masjid.

Wahai…. Warga abjad wahai….. warga bangsa melayu.. pengorbanan kita makin di perlukan.

Sebenarnya atas sumbangan saya yang terhad ketika ini.Saya amat mencemburui rakan-rakan yang gagah perkasa kuat handal mempermosi dan berkorban masa,tenaga dan harta merakyatkan pertubuhan ini.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback