balik bercuti raya tahun 2012. saya tidak banyak bergerak. selalu dan kebanyakanya hanya berada di kawasan rumah. hujung-hujung ramadhan. saya cuba perbaiki bangsal candawan yang hampir roboh. nasib disanggah oleh pokok mangga.kalau tak.. sudah ranap menyembah bumi. semua tiangnya habis reput diserang anai-anai. maklumlah tiangnya semua dari jenis kayu yang mudah di serang anai.
memang saya dah sedari masalah bangsal cendawan ini dari awal. cuma tak sempat untuk mendapatkan tiang yang keras bagi menganti tiang yang telah jelas reput dimakan anai. kesibukan untuk majlis sendiri menyababkan banyak benda terbiar begitu sahaja.
Ada niat dan cadang nak robohkan terus bangsal candawan ini. tapi bila terfikir masa tidak cukup dan pula apa dan dimana saya hendak menyimpan bekas bangsal ini.mungkin peralatannya dah tidak boleh pakai sudah. lalu raknya sahaja yang saya buka dan biarkan kawasannya terbuka. mana tau suatu masa nanti ada idea lain lagi untuk dibuat.
raya.. raya..raya.... entah kenapa saya dah hilang mood beraya. beberapa tahun kebalakangan ini memang saya tidak oder baju raya. walaupun tahun 2012 ini ada membeli baju untuk berhari raya.. tapi sama sahaja... tidak ada pun aura raya.
kadang-kadang juga saya hairan kenapa malaysia ini sering kali bercanggah dengan kawasan nusantara ini untuk menentukan tarikh permulaan puasa mengakibatkan juga penentuan tarikh berhari raya pun berlaku sama. tahun ini pun Berunai dan sebahagian Indonosia berpuasa dan berhari raya mengikut Arab Saudi meninggalkan malaysia sehari menyambut puasa dan berhari raya.
saya teringat cerita kawan yang bertugas ketika setiap kali cerapan bulan. katanya memang bulan itu kelihatan tapi tidak berada pada kedudukan yang tepat untuk melayakan dikatakan anak bulan itu kelihatan. masa cerapan bulan ini sebenarnya ada dibolehkan untuk melihat sama. tapi saya belum pernah nak mencubanya. dasar pemalas kan?
masa raya ini pula beberapa kenalan menamatkan zaman bujang. tidak semua saya dapat hendak menghadirinya.ucapan tahniah dari saya untuk semua. semoga bahagia hingga selama-lamanya. saya hanya sempat menjenguk saudara Sodzrie pemilik tapak pusat tarbiah abjad sabah. sebab jodohnya pula memang jiran rumah saya juga. cik Suzannah
mana-mana orang kenalan yang jauh itu. minta maaf sahajalah bukan ada dendam dihati,kemampuan tidak ada sudah. hanya doa dan ingatan tulus ikhlas dari saya.
raya ini juga saya menerima kunjungan dari ahli bai'ah dari kota belud. terpakslah saya minta jasa baik saudara mazlan untuk membawa mereka ke mana. sebab nak bawa ke rumah saya sendiri memang tidak ada apa-apa. lagi pun. jalan menuju ke rumah tersekat oleh tetamu yang berkunjung ke majlis Saudara Sodzri.
alhamdulilah kami menuju ke rumah keluarga saudara Mazlan, mulanya saya ingatkan rumah mentuanya rupanya rumah bapanya. oooooo lupa pula nama member dari KB ini, belaiu ada membawa 3 orang rakan lagi untuk bertanya dan mendengar perbualan kami.
saudar member dari KB ini melontarkan beberapa persoalan yang kebanyakanya telah saya cuba utarakan dalam Blog ini. sehingga Cikgu mazlan ini saya perlukan untuk menjawab persoalan dari member ini. biasalah pertemuan kedua selapas bai'ah dua tahun lalu. banyak benda dibicarakan.
Tuesday, August 28, 2012
Sunday, August 12, 2012
ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA HARAPKAN, ALLAH BAGI APA YANG PERLU PADA KITA.
Penulisan Ini sebenarnya Bertarik 29 Mei 2011,lebih setahun terperap di laptop, Alhamdulillah kelmarin Dulu Saya Seberangkan Kenderaan saya Ke Menumbuk Sambil-Sambil Itu Ambil Peluang juga. saya Teruslah Balik Ke Kampong Halaman. Sekitar Dua Bulan Tidak Balik Kampong Rasa Rindu Berkobar-Kobar Pula.
Semalam Yang Ada Dipergunakan Dengan Sebaiknya, Jumpa Dengan Kekawan-Kawan Dan Tidak Lupa Pula Dengan Permintaan Seorang Kawan Yang Meminta Di Urutkan Jarinya Kelingkingnya Yang Nampak Memang Ada Bengkak, Kebetulan Ci Orang Lama Ada Di Sebelah Saya Membelanja Meminum Secawan Nescafeee….. banyak juga kami sembang
Time Begini Kalau Ada Saya Dengan Ci Orang Lama Tentu Saya Yang Akan Ditunjukan Oleh Ci Orang Lama. Saya Pula Memang Dah Agak Lama Tidak Ada Latihan Tentunya Akan Menolak, Ci Orang Lama Pula Katanya Sejak Saya Cakap Hari Itu Bermulalah Cutinya… Jadi Ini Malam Berbuka Lah Pula C Orang Lama Ini.
Malam Ini Juga Saudara Sodzri Khabarkan Laptop Yang Lama Saya Hantar Untuk Dibaiki Itu Tiba-Tiba Boleh Buka.. Masyah Allah. Allahu Akbar . Sangka Saya Dah Jadi Skrap Dah Dan Inilah Yang Saya Pakai Hari Ini. Mungkin Ada Hikmah Di Sebalik Itu.. Insyahallah
Sekarang Ini Sebelum Post Penulisan Yang Tertangguh Lama Konon Mau Bina Dulu Kata-Kata Pengantar Lah Bah Ini Kan?
TULISAN ITU ADA DI BAWAH INI
Penat Perjalan, Makin Terasa Pagi Ini. Ahad 29.05.2011 Allahamdulillah Nasib Penulis Amat Bertuah Kerana Berjaya Mendapat Tempat Pada Pelayaran Waiting List Untuk Masa Tambahan Perlayaran Terakhir Ke Enam Pada Tarikh 27.05.2011,Pada Jam Satu Lebih Pagi Hari Sabtu Sudah Ini.. Uuuuuuuiiiiiiii Na Ko…. Penulis Adalah Penanti Terakhir Yang Terpilih, Penulis Mendapat Tepukan Sorakan Gemuruh Dari Rakan-Rakan Pesert Waiting List Yang Sabar Menanti Saban Waktu Sedari Awal Pagi Jumaat Dan Ada Yang Dari Khamis Malam Jumaat. Setiba Penulis Di Perut Fery. Penulis Mendapat Beberapa Ucapan Lagi Dari Staf Kru Fery. Memang Nasib Engkau Lah Ini. Kereta Penulis Berada Di Belakang Sekali Terapit Oleh Dua Punggung Lori.
Tiba Di Menumbuk Dan Menjadi Kebiasan Penulis Untuk Singgah Di Masjid Menumbuk. Ketika Keluar Dari Kereta Untuk Menuju Ke Dalam Masjid Pekan Menumbuk, Terasa Langkahan Kaki Sedikit, Ada Ganganggunya, Mengapa Pagi Ini Kembang Seram Sejuk Seluruh Angkota Tubuh Badan Penulis Dan Bila Penulis Raba Bahagian Tengkuk Terasa Rambut Bagaikan Sabut Kelapa Yang Enggan Lerai.
Penulis Melihat Lampu Di Bahagian Solat Perempuan Ada Yang Berpasang, Barang Kali Lupa Di Padamkan Oleh Jamaah Yang Menyinggah, Pelayaran Tambahan Ke Empat Akan Tiba Di Menumbuk Sekitar Jam Sepuluh Lebih Malam, Pelayaran Tambaha Ke Lima Pula Akan Tiba Di Menumbuk Sekitar Jam Dua Belas Lebih Pagi. Dan Pelayaran Tambahan Ke Enam Ini Yang Tiba Sekitar Jam Dua Lebih Pagi.
Bila Penulis Masuk Ke Perkarangan Masjid Aura Makin Kuat Terasa Dan Tindak Balas Angota Penulis Pun Makin Kuat Merasa,Dan Tersangat Jarang Angota Badan Penulis Membuat Tindak Balas Separas Ini. Apa Lagi Penulis Tidak Asing Dengan Masjid Ini. Radar Penulis Mentafsir Aura Ini Mungkin Pada Tahap Empat Atau Lebih Dalam Skala Ricter Dan Jarak Hampiran Mungkin Sampai Separas Lima Atau Sepuluh Kaki. Penulis Masih Membayangkan Sekiranya Pusat Gegeran Aura Berada Sekitar Lima Ratus Meter Dari Jarak Penulis. Maka Jelaslah Pemilik Sang Aura Ini Memang Bukan Alang Kepalang Sembarangan…
Penulis Hanya Tumpang Singgah…. Lagipun Ini Rumah Allah… Kita Imarahkan Rumah Allah, Jadi Tak Payah Minta Izin Restu Sesiapa Lagi…. Sepatutnya Tidak Ada Sekatan Menghampirinya…. Dan Sepatutnya Dan Semoleknya Masjid Ini Sendiri Ada Ilmu Pengasihnya Untuk Dan Agar Menarik Ramai Jamaah Menghampirinya. Mengapa Pula Ada Aura Menghalangnya?
Sewaktu Remaja Penulis Ada Didedahkan Dengan Beberapa Kaedah Langkahan, Penulis Dah Tak Beramal Dan Tak Hafal Dengan Lagi Dengan Kaedah Amalan Salam Bumi, Apa Lagi Untuk Menggunakan Samarannya Sahabat Empat, Dan Pada Situasi Begini Penulis Selalunya Terus Mohon Dan Menyerahkannya Kepada Yang Maha Kuasa Tuan Punya Milik Semua Maha Kaya Tiada Terperi ,,, Dan Biarlah Penulis Terpengsan Ketakutan Dari Jangan Terpancar Kalimah Dari Mulut Penulis Cukuplah, Risaunya Mungkin Penulis Dapat Mencipta Satu Daya Gegaran Yang Mana Kekuatnya Boleh Membangunkan Seluruh Penduduk Pekan Menumbu, Suara Dari Arah Masjid?????? Bikin Malu Saja. Kalau Azan Tak Apalah No?
Masa Penulis Singgah Masuk Di Dalam Masjid Pekan Menumbuk Kelihatan Jam Menunjukan Waktu Tujuh Minit Untuk Mencapai Jam 3.00. Sambil Untuk Cas Hp. Penulis Singgah Untuk Meneruskan Dan Mencuba Juga Menghabiskan Dan Meneruskan Rutin Solat Hajat 12 Rakaat Dan Qatam Quran. Biarpun Hajat Dan Niat Itu Semacam Baru Seminggu Penulis Laksankan Sudah Suluh Terang Nyatanya. Rahmat Allah Sangat Luas, Yang Mahal, Maka Agak Mahal Memilikinya. Apa Yang Kita Harapkan Belum Tentu Allah Permudahkannya. Allah Beri Apa Yang Perlu Untuk Kita. Mana Tahu Hari Itu Belum Kita Perlu, Sampai Masa Allah Permudahkannya Juga Kerana Allah Maha Mengatahui Bahawa Kita Kini Amat Memerlukannya. Amin Amin Amin Ya Rabil Alamin.
Ketika Hendak Memulakan Takbir Ratul Ihram Solat Tahiatul Masjid Aura Itu Melanda Lagi. Biarpun Di Selubungi Oleh Aura Rasa Itu.(Adakah Semuanya Mainan Perasaan Sahaja? Merasa Adanya Bayangan Yang Berjalan-Jalan?, Merasa Adanya Jammah Yang Ikut Serta Bersolat?, Atau Merasa Adanya Mata-Mata Yang Sedang Gagah Memerhatikan?, )Penulis Teruskan Menunaikan Solat-Solat Sunat Ini, Dan Agak Ada Sedikit Pendapatan Untuk Penulis ,Selain Aura Itu Lebih Menempatkan Dan Memempatkan Hati Jiwa Dan Perasaan Kita Kepada Yang Maha Kuasa, Dengan Berpindah Tempat Setiap Kali Selepas Mendirikan Solat Sunat Itu, Dapat Merasa Kawasan Yang Lain Itu Berlainan Lah Pula Tahap Auranya. Dan Sebaiknya Kalau Anda Lebih Mampu.. Silakan Hamiprkanlah Diri Pada Pusat Arah Aura Yang Sedang Melanda……
Pagi Khamis Penulis Pesan Dengan Rakan Untuk Beli Suis Temprcue Untuk Ganti Yang Ada, Mungkin Yang Asal Ini Telah Rosak. Dari Saranan Dan Nasihat Kawan-Kawan Penulis Cuba Tukar Dulu Suis Temperucenya. Baru Akan Boleh Nampak Masalah Seterusnya, Lepas Bertugas Baru Hantar Kereta Ini Ke Rumah Kawan. Menjelang Isyak Dah Sedikit Nampak Mana-Mana Yang Jadi Masalah. Esok Pagi Kena Pergi Beli Lagi Kipas Radiotar.
Hari Jumaat Pagi Awal Pagi Penulis Sudah Mencari Kedai Menjual Part Kereta. Penulis Jumpa Di Kawasan KG. Muslim, Motor Nya Sahaja Pula Ini Berjual. Ingatkan Sesekali Dengan Kipasnya, Saya Beli Baranga Ini Dengan Harga RM80.00, Konon Harga Bagi Benda Itu Yang Origenel Punya Adalah RM250.00. Boleh Tahan Juga Kan? Tahan Sampai Rusak.
Lepas Membeli Pagi Ini Saya Menunggu Pula Rakan Yang Berkerja Di SESB Untuk Datang Pasangkan, Oleh Kerana Sedang Bertugas Lambatlah Lagi Saya Menunggunya.
Rakan Yang Mambuat Ini Tidaklah Ambil Masa Untuk Membuatnya. Bila Test , Macam Dah Setel Masalah, Petang Ini Boleh Teruskan Usaha Untuk Berbaris Witing List Untuk Menaiki Fery Ke Menumbuk .
Rakan Yang Sedang Menolong Membaik Pulih Ini Sedang Mencari Guru Silat, Sangat Teringin Belajar Katanya. Pada Sempat Lagi Kami Berbual Panjang Selapas Siap Kerja-Kerja Itu Di Pagayaman Restoran , Tempat Ini Tak Jauh Dari Rumah Sewa Penulis. Menjelang Waktu Solat Jumaat Barulah Kami Berpisah.
Dalam Jam Dua Petang Baru Penulis Bergerak Ke Hotel Labuan,Tempat Menyusun Menunggu Giliran (Waiting List) Lebih Kurang Dalam 40 Buah Kenderaan Di Hadapan Penulis, Empat Setengah Kenderaan Penulis Bergerak Tiga Ke Hadapan, Pelayaran Tujuh Setengah , Kenderaan Penulis Berada Di Tangga Ke Dua Belas, Pelayaran Jam Sembilan Setangah Penulis Masih Berada Di Nombor Yang Sama.
Masa Penulis Berbaris Witing List Lebih Kurang Jam Sepuluh Lebih Malam Penulis Menerima Kiriman Sms Dari Guru Besar Mengkhabarkan Bahawa Anak Salah Seorang Ajk PIBG Sedang Kerasukan Dan Kini Menjangkiti Adiknya Pula. Penulis Sedikit Sahaja Mengenali Keluarga Ini, Anak Yang Di Maksudkan Ini Adalah Dalam Darjah Yang Mana Penulis Adalah Gurun Darjahnya Pada Tahun, Antara Murid Yang Cemerlang UPSR Dan SRU Jheins Memilih Masuk Ke Sekolah Menagah Tajaan MAIWP. Insyahallah Lepas Balik Dari Cuti Balik Kampong Ini, Kalau Fardu Takdirnya Jasa Penulis Yang Perlu Di Zahirkan. Sedia Menolong.
Oleh Kerana Akhir Sudah Malam, Mau Waktu Subuh Sudah Ini. Jadi Kali Ini Penulis Mengambil Keputusan Untuk Berihat Dan Tidur Sahaja Di Masjid Menumbuk.
Selasai Solat Subuh Penulis Menuruskan Rutin Lepas Subuh Itu Pun Jika Rajinlah….. Dari Menumbuk Penulis Bertolak Lebih Kurang Masuk Jam Enam Pagi, Penulis Tidak Menyinggah Di Mana-Mana. Keadaan Jalan Raya Sedikit Sibuk, Terutama Di Jalan Lintas Inanam.
Tiba Di Jalan Raya Tempeluri – Ranau, Sekali Lagi Penulis Tergukat Dan Sempat Mengayakan Aksi Memotong Dari Arah Sebelah Kiri Untuk Menghilangkan Rasa Mengantuk. Ruang Sebelah Kiri Ini Sebenarnya Kusus Untuk Kenderaan Yang Tak Lajak Untuk Naik Bukit Terutama Lori Yang Penuh Muatan.
Cuma Mungkin Kadang-Kadang Setengah Pemandu Tidak Pirhatin Terutama Mungkin Pada Pemandu Yang Baru Melalui Jalan Ini Atau Pun Pemamdu Itu Sediri Tidak Sedar Kenderaannya Sudah Tidak Mampu Laju Pada Laluan Mendaki Ini, Kalah Malu Kot? Itu Yang Buat Bodoh …Tak Juga Menyiring Ke Laluan Kiri.
Biarpun Sekarang Kenderan Penulis Dah Ada Penyakit Over Hot, Penanda Merah Mudah Muncul, Namun Lokasi Ini Sungguh Susah Di Lepaskan,, Kegemaran Memotong…… Sangat Jarang Di Temui Di Jalan Raya Lain Dan Dikeranakan Iswara Ini Sangat Berkuasa Di Laluan Mendaki… Tak Percaya??? Tak Apa Kerana Anda Bukan Tuannya.
Dalam Menghampir Jam Sebalas Penulis Sudah Berlegar-Legar Di Pekan Ranau, Sangat Sibuk Sehingga Semua Arah Mengelami Kesesakan, Apalah Ranau Ini Tak Berusaha Maju… Untuk Mengatasi Kesesakan Ini, Pun Sudah Bertahun Sudah Jem Sana Sini, Terutama Setiap Hari Sabtu Dan Setiap Satu Haribulan, Dan Sekiranya Anda Ada Urusan , Mencari Paking Kereta Mungkin Menangis Pun Tiada Guna Mencari, Esok Baru Ada Kosong … Datanglah Sebelum Subuh..
Petang Di Rumah Dan Memang Belum Kan Kemana-Mana. Sedang Penulis Makan Petang, Kebetulan Ada Kenalan Melimpas Depan Rumah, Kelihatannya Macam Seorang Yang Berkerja Memotong Getah, Bila Menyedari Penulis Yang Sedang Duduk Di Ruang Kosong Halaman Rumah, Kenalan Ini Menyapa Dan Kenampakan Ada Sedikit Keceriaan, Dengan Sedikit Tersipu-Sipu Kenalan Ini Memulakan Perbualan Kami Petang Ini, Penulis Pun Tak Ingat Tahun Berapa Kali Terakhir Kami Ini Pernah Bercerita. Ooooo Budak Masih Mengintai Dari Luar Saya Di Dalam Rumah..
Dan Saya Agak Teruja Juga Kerana Kenalan Ini Dapat Menuturkan Dailek Bahasa Suku Daerah Dengan Sangat Baik, Jadi Sedikit Masalah Pada Penulis Menafsir Gaya Perbualan Kami Ini Ke Dalam Bahasa Melayu.
Mulanya Kenalan Ini Sedikit Mengumpan Penulis, Ustaz Mungkin Sudah Tahu Bah Kana Pa Yang Saya Mahu Cakap Ini? Penulis Pula Menjawab, Bah Ko Tak Cerita Macam Mana Saya Tahu. Lalu Kenalan Ini Mengumpan, Tiadakah Si Orang Lama Bagi Tau Cerita Apa-Apa? Penulis Jawab Saya Baru Sampai Dan Kamulah Yang Pertama Dapat Jumpa Saya.
( Dalam Bab Begini Penulis Akan Mula Berubah Nada Suara Dan Teges Dalam Menentukan Butiran Kata)
Akhirnya Kenalan Ini Pun Meluahkan Hajat Besarnya, Aiiiiiiiii Yaaaaaa Penulis Pun Tak Kawin Lagi, Datang Lagi Satu Kerja Yang Orang Kawin Sahaja Selalu Buat, Gaduh Dan Nak Minta Bercerai Pula. Bila Dah Kawin Syok Sendiri, Bila Menghidap Masalah Semua Nak Di Susahkan. Maklumat Awalnya Rakan Ini Cerita Isterinya Ini Saudara Baru, Nun jauh Di Kota Belud Sana, kedua Ibu Bapa dan keluarganya Belum Masuk Islam. Sekarang Ini Isterinya Kembali Tinggal Bersama Dengan Ibubapanya. Tak Terbayang Oleh Penulis Bagaimana Keadaan Sebenar Perempuan Ini Bersama Keluarganya.
Inilah Risiko Berkhawin Dengan Pasangan Saudara Baru. Tanggung Jawab Sangat Besar Untuk Di Tunaikan.
Penulis Sudah Di Maklumlkan Tentang Isu-Isu Sedemikian Yang Melanda Dalam Kalangan Keluarga Penulis Sendiri. Yang Amat Kesiannya Di Kalangan Perempuan Yang Mengikut Suami Yang Memeluk Islam Kerana Hendak Nikah, Lama Kelamaan Hanyut Dalam Budaya Hidup Suaminya, Lalu Ada Juga Yang Datang Berjumpa Dengan Penulis Untuk Minta Tolong, Ustaz Tolonglah….. Nak Tolong Macam Mana? Penulis Sediri Sentiasa Mengelak Pada Keadaan Seperti Ini, Biarpun Diri Ustaz Tapi Untuk Bab Memberi Kefahaman Agama Dengan Bakal Isteri Yang Bukan SEAGAMA Baik Mengaku Kalah Awal-Awalah, Selagi Boleh Di Elak, Maka Elakanlah, Inikan Pula Nak Tolong Orang Lainlah Pula. Tiada Susah Mencari Susah, Tiada Penyakit Tanggung Penyakit Orang….
Pada Kenalan Ini Secara Terus Terang Penulis Suarakan Surechage RM1500.00, Kena Ada Sebenyak Itu, Ko Carilah Mana-Mana Tempat Minta Tolong Pun Ko Kena Ada Sebanyak Itu, Mulanya Sangat Liat Nak Faham, Saya Minta Tolong Kenapa Diminta Bayar Sebegitu Banyak Katanya.
Mulanya Penulis Minta Dengan Cara Yang Paling Mudah, Cuti Ini Penulis Ada Di Rumah, Maka Penulis Minta Kenalan Ini Datang Bersama Pasangannya Dan Sebaiknya Bersama Keluarganya, Cara Itu Penulis Tak Berkira Pun.
Bila Kenalan Ini Cerita Yang Isterinya Tak Mahu Mengikutnya Balik Ke Ranau, Penulis Dah Nampak Sedikit Jalan, Maka Penulis Buka Lagi Jalan, Dengan Menyatakan Kepada Rakan Ini Agar Balik Sana Kampong Tampat Isteri Nya Dan Pigi Bawa Isteri Kamu Itu Jalan-Jalan , Perlawa Dia Balik Sini Dengan Baik. Ko Bawa Dia Jalan-Jalan Sampai Dia Sudi Ikut Kamu Balik Ranau, Jadi Kata Penulis Ko Ikhtiarlah Macam Mana Ko Boleh Pujuk Isteri Kamu Datang Kesini Tanpa Paksaan.
Penulis Tidak Terkejut Dengan Jawapan Kenalan Ini, Katanya Kalau Saya Nak Ke Kampong Isteri Saya Kena Pakai Duit Banyak Lagipun Semua Keluarganya Bukan Islam. Penulis Pun Menjawap Dengan Sedikit Nada “ Kamu Suruh Saya Tanggung Masalah Kamu Apa Ada Kena Mengena Dengan Saya Masalah Kamu Itu”? Kenapa Saya Mesti Tolong Kamu? Itu Masalah Kamu, Tanggung Lah Masalah Kamu Tu? Rakan Ini Sebut Lagi Saya Minta Tolong Sahaja Kenapa Perlu Saya Bayar Pendahuluan Pula ?
Penat Kasi Faham Orang, Penulis Pun Kata Beginilah, Kamu Minta Tolong Ini Bermakna Kamu Bagi Saya Kerja, Kamu Bagi Saya Kerja Tapi Kamu Tidak Mahu Bayar Segala Kerja-Kerja Saya. Kebiasaanya Saya Berkerja Ini Di Bayar RM30.00 Sehari. Bila Kamu Minta Tolong Sama Saya, Maka Saya Terlepas Peluang Kerja Yang Dapat Upah RM30.00 Sehari, Saya Sudah Rugi RM30.00. Bila Mana Saya Panggil Orang Baca Doa, Belanja Makan Kenduri Untuk 20 0rang RM140.00. Mereka Yang Basuh Piring Membersihkan Bekas Mengemas Belum Dikira Lagi, Maka Kerja-Kerja Itu Sekurang-Kurangnya Saya Telah Rugi RM250.00 Kerana Mahu Menolong Kamu. Saya Tidak Menerima Menafaat Dari Permintaaan Tolong Oleh Sesiapa Pun.
Ketika Saya Post Tulisan Ini Saya Tidak Mendapat Apa-Apa Makluman Dari Rakan Kenalan Ini. Cuma Saya Sempat Mendengar Yang Isteri Tersebut Ada Balik Juga Kerana Sedanga Sarat Mengandung. Nauzubillah Lelaki Ini Mudah-Mudahan Akan Berubah Tabiat Dan Lakunya. Kepada Isterinya Dan Para Jiran Sekeliling.
Penulis Menyatakan Keluhan Hati Di Sepanjang Menyelasaikan Permintaan Dan Hajat Orang, Mereka Hanya Tahu Datang Minta Tolong.
Tapi Tidak Pernah Ambil Tahu Macam Mana Orang Yang Di Minta Tolong Itu Berkerja Untuk Membantunya. Terutama Bab Sama Ada Dengan Kaedah Yang Menapati Syarak Ataupun Kaedah Yang Memang Jelas Nyata Kesyirikannya.
Bukan Saya Tidak Mahu Menolong Tapi Sebenarnya Sayalah Yang Amat Memerlukan Pertolongan.
Wednesday, August 1, 2012
betulkah Bahasa melayu hanya ada 4 perkataan asli?
Kekangan Masa Yang Tidak Teratur Antara Penyebab Saya Tidak Mampu Untuk Membuat Catatan. Idea Untuk Menulis Di Bulan Jun Dan Julai Tidak Kunjung Tiba. Saya Pun Makin Rasa Boring Ulasan-Ulasan Saya Hanya Berkisar Benda-Benda Yang Telah Banyak Kali Di Utarakan. Teringin Mencuba Menulis Benda-Benda Yang Lebih Di Cari-Cari Oleh Para Pelayar Internit. Ramadah keberapa sudah ini?
jadi nak jugalah konon post barang apa yang dapat untuk bulan ramadan yang mulia ini. jamaah di rumah sahaja terawih tahun ini. mula terbelenggu kata alasan diri.
Semasa Menghadirikan Diri Ke Seminar Penulisan Al-Quran Resam Uthamani Yang Di Anjuran Oleh Bahagian Kementerian Dalam Negeri Cawangan Sabah. Dua Tiga Minggu Lepas, Dalam Salah Satu Slot Tersebut Salah Seorang Pemceramahnya Ada Memberikan Intro Dalam Slot Nya Iaitu Pemblogger Abu Nuha. Mengulang Kata Seorang Pendita Yang Pernah Didengarnya Menyatakan Perkataan Asal Melayu Hanya Ada Empat Patah. Tiga Perkatan Itu Disebutnya Manakala Satu Lagi Saya Malu Menyebutnya Katanya.
Manakala Perkataan Yang Lain-Lain Adalah Pinjaman Dari Bahasa Lain-Lain Di Dunia. Bahasa Melayu Ini Banyak Saduran Dari Bahasa Terutama Bahasa Inggerish Dan Bahasa Arab. Manakala Bahasa Inggeris Ini Pun Meminjam Perkataan Dari Bahasa Arab.
Apa Yang Saya Tidak Sangka, Tapi Macam Pernah Jugalah Rasanya Saya Dengar Yang Mana Pemblogger Abu Nuha Menyatakan Perkataan Sebutan Permainan Bilyard (Snoker) Adalah Pinjaman Kata Bahasa Dari Arab Oleh Bahasa Inggerish. Yang Mana Katanya Perkataan Bil Yad Ini Jika Diterjemahkan Ke Bahasa Melayu Bermaksud “ Dengan Tangan”.
Saya Juga Teringat Kembali Pembacaan Saya Dalam Buku PEMUDA TAUHID Yang Ada Menyebut Asal Usul Keturunan Melayu. Bahawa Asal Usul Melayu Adalah Campuran Dari Pelbagai Jenis Manusia Lelaki Dan Perempuan,Yang Berbagai-Bagai Kelompok Bangsa Manusia Yang Bersuku-Puak Supaya Berkembang Biak Dalam Tamadun Masyarakat Kehidupan Manusia.
Kewujudan Bangsa Melayu Bermula Dari Kelompok Campuran Yang Berasal Dari Pelbagai Kelompok Keturunan Bangsa Manusia Terdahulu, Mereka Mendiami Di Wilayah Atas Angina Dan Bawah Angina Di Negeri Kalaha (Kedah Tua) Terdiri Daripada Keturunan Umpama Manggol,Arab Parsi,Cina,India Dan Lain-Lain. Mengikut Sejarah Peristiwa Kewujudan Bangsa Melayu Ini. Hanya Berlaku Pada Tahun 531 Hijrah (1136 Masihi) Di Istana Bukit Meriam. Kota Kuala Muda Kepada Raja Pertama Di Alam Melayu.
Cuma tidak pastilah pula bila masa pula sabah ini menerima kewujudan bangsa melayu. Saya Cuma oleh kerana saya juga baru dikhabarkan dan diceritakan oleh orang rumah yang pernah membaca, hardcopy penulisan perkembangan kedatangan islam ke Ranau mengikut kerja Tesis IR oleh Saimin bin Ismail @ Arif di IAIM Bandung. ( Imam Kg. Libang Ranau Sabah) Jadi insyahallah saya dalam perancangan untuk mencarinya dan mendapatakanya agar dapat saya cuba kongsikan di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)