Monday, March 19, 2012

PERGI TAK AKAN KEMBALI MURID TERAKHIR GENERASI PERTAMA MANDUR SHARIP DI MASYARAKAT KAMI

Esok Hari Saya Akan Berangkat Kembali Ke Tempat Bertugas. Seminggu Bercuti di kampong Sentiasa Di Rasa Sangat Cepat Berlalu. Macam Tidak Ada Semangat Untuk Bertolak.. kembali.

Hari seperti hari Ini Kebiasaan saya Adalah Hari Untuk Melangsaikan Dan Menyiapkan Mana-Mana Benda Yang Belum Selasai. Dan Pada Pagi Hari Ini Saya Sedikit Awal Bersiap Menuju Ke Rumah Kawan Yang Se Hobi Dengan Saya. Rakan Dalam Hobi Yang Jarang-Jarang Ada Orang Minat.

Hobi yang tidak ngam dengan tugasan Rasmi dan tugasan kurang rasmi saya, minat punya pasal tapuk-tapuklah saya buat ini hobi. dan Beberapa Hari Yang Lalu Saya Sudah menyatakan Untuk akan menghantarnya, Mana Tahu Kawan Ini Dapat Buat Up Gredding, Dan Saya Pula Mendapat Faedahnya. Untuk Di Komseilkan. lumayan juga tau.....

Oleh Kerana Pagi Ini Saya Bukan Berseorangan Datang Melepak di rumah kawan ini, kerana ada lagi seorang yang sama hobi dengan kami, pun membawa hajat hampir seperti saya. semakin Bertambah-Tambahlah Modal Dan Asas Cerita Kami.

Dalam Keasyikan Kami Bercerita. Hp Saya Berdering Lalu Terpadam. Astaga…… Saya Lupa Cas. Sedikit Bernasib Baik Kerana Ekstra Cas Masih Hidup Dan Masih Dapat Memaparkan No Pendail Tersebut. Tapi Nampak Macam Celcom Semananjung. Dengan Berpandukan No Yang Di Rakam Ini Saya Sms Kan Untuk Dail Nombor Yang Satu Lagi..

Bila Hp Saya Berdering Mempamirkan Nombor Tersebut, Barulah Saya Ingat Nombor Ini Pernah Mendail Saya Sewaktu Saya Mendail Seseorang Untuk Meminta Memasukan Kawan Melawat Taman Air Panas Poring.

Ala… Orang Yang Mendail Ini Adalah Sepupu Kepada kawan kami ini. Adik Tuan Rumah Yang Asyik Melayan Kami Bercerita. Hinggakan Deringan Dan Sms Di Hp Nya Terabai Begitu Sahaja. Saya Serahkan Hp saya Untuk Mereka Bercerita.

Selasai Mereka Bercerita, Adik Tuan Rumah Ini Pun Memaklumkan kepada saya Bahawa Pendail Tersebut Meminta Saya Menghantar Mereka Pergi Melawat Bapa Tua Yang Sudah Semalaman Menyebut-Nyebut Namanya, si kawan adik Tuan Rumah Tempat Kami Bercerita. Kenapa Tidak Datang Melawat Dia?

Sebenarnya Tiga Hari Lalu, Pada Suatu Masa Di Tengah-Tengah Malam Pendail Ini Telah Menimbulkan Kecemasan Kerana Terlalu Awal Menentukan Keadaan Bapa Tua Yang Semakin Tenat. Nasiblah Kerana Baharu Adik Tuan Rumah Dan Abangnya Pemilik Rumah Tempat Kami Bercerita Ini Yang Bergesa-Gesa Kerumah Pendail Untuk Memastikan Situasi Sebenar Bapa Tua.

Rasanya Bermula Dari Sanalah Oleh Kerana Keadaan Bapa Tua Semakin Tidak Stabil Maka Sekelian Sekelurga Kembali Sepakat Untuk Menghantar Semula Bapa Tua Ke Hospital, Sedangkan Bapa Tua Sebenarnya Baru Keluar Juga Dari Wad Hospital.

Seminggu Yang Lalu Bapa Tua Di Jumpai Oleh Jiran Berbangsa China Sedang Pengsan Di Tepi Jalan Raya Berhampiran Dengan Surau Kg. Muhibbah Perumahan Rumah Murah Ranau. Kononya Bapa Tua Teringin Melihat Senarai Namanya Sebagai Penerima BR1M, Memang Jadi Kebiasaan Melihat Bapa Tua Di Waktu Pagi Berjalan Dari Perumahan Rumah Murah Menuju Pekan Ranau. Saya Pun Telah Pernah Beberapa Kali Menumpangkanya Semasa Menjumpainya Ketika Singgah Mengambil Kawan Dari Perumahan Ini.

Kalau Tidak Silap Saya Pada Hari Ini Rasanya Masuk Hari Ketiga Bapa Tua Masuk Wad Di Hospital. Buat Kali Kedua dalam seminggu. Mengikut Catatan Tidak Rasmi Bapa Tua Telah Berumur 103 Tahun. Dalam Usia-Usia Yang Lanjut Bapa Tua Masih Dapat Bergerak Berjalan Dan Melawat Anak-Anaknya Walaupun Jauhnya Tempat Tinggal Antara Anak-Anaknya Sangatlah Berjauhan.

Saya Terbawa-Bawa danterikut-ikut Memangilnya Bapa Tua Kerana Itulah Pangilan Anak-Anaknya, Cucu Cicitnya Dan Para Piutnya. Sedangkan Saya Pula Bukanlah Keluarga Terdekat Dengan Bapa Tua Ini. Saudara Cikgu Mazlan Adalah Cucu Menantu Kepada keluarga Bapa Tua ini. . Manakala Saya Hanya Ada Kaitan Ikatan Kekeluargaan, Di Mana Saya Selayak Adik Beradik Dengan Bapa Tua Ini, Cuma Selembut Lidah, Saya Di Panggil Juga Pakcik Oleh Anak-Anak Cucu Bapa Tua Ini.

Sedikit Sebanyak Cerita Bapa Tua Ini Telah Saya Ceritakan Di Dalam Penulisan Yang Terdahulu. Sebagai Antara Yang Masih Di Sahih Aslikan Oleh Arwah Bapa Tua Samad (Sook, Keningau) Mengamalkan Aliran Mandur Sharip.

Lebih Kurang Dalam Jam Sebalas Pagi. Saya, kawan Adik Tuan Rumah Dan Pendail Tersebut Tiba Di Hospital Daerah Ranau. Dalam Enam Tujuh Tahun Saya Tidak Melalui Tempat Ini. Tidak Banyak Perubahannnya. Hanya Rupanya Dah Ada Pengawal Kesalamatan Mengawasi Pintu Masuk. Kumpulan Kami Tidaklah Melalui Kawalan Yang Menyukarkan Untuk Keluar Dan Masuk Kawasan Wad Lelaki & Dada.

Dalam enam tujuh tahun lepas saya bersama pendail dan adik tuan rumah ini pernah berkerja dengan kontraktor yang memasang paip bomba di sekeliling bangunan hospital ini. Dengar khabarnya ramai pekerjanya yang tidak mendapat upah sepenuhnya. Termasuk saya yang tidak menerima barang beberapa sesen pun. Pada hal anggaran upah saya pada masa itu bernilai RM030.00 /hari. Saya tidak berkira sangat kerana Sub kontraktor ini terlalu berjasa dengan saya. Susah sudah saya mahu balas. Cuma bermula dari sinilah tiba-tiba kearkaban kami mulai renggang dan meretak. dengar-dengar khabar sikawan semakin maju dalam bidang ini tahniah. jangan lupa menyumbang pada hari saya..

Setibanya Kami Di Kawasan Wad Lelaki & Dada Kelihatan Ahli Keluarga Yang Hadir Belumlah Lagi Ramai Sangat, baru tiga keluarga, Mungkin Masih Berihat Kerana Kepenatan Berjaga Malam Di Malam Tadi. Kemunculan Saya Sedikit Mengejutkan Mereka, Ala Cuti Bah.. Terang Saya.

Agak Lambat Juga Adik Tuan Rumah Ini Mendapat Peluang Untuk Ketemu Dengan Bapa Tua. Saya Pula Tahu Sajalah.. Asal Di Jumpa Mesti Pertanyaan Wajib. Bila Lagi Ini? Esok-Esok Silap-Silap Anak Baru Tinggi Macam Ini.. Menyesal Tahu… Selalunya Saya Dah jadi tubal Menjawab Pertanyaan Tersebut.

Sesempat Bapa Tua Hendak Berbicara Dengan kawan Adik Tuan Rumah ini, Hadir Dan Tiba Pula Beberapa Lagi Rombongan Keluarga. Saya Dan Adik Tuan Rumah kembali Berlegar Agak Jauh Sedikit Dan Sedang Rancak Berbual Pasal Beberapa Hal. sebab macam tidak ada chan bapa tua face to fece denganya lagi.

Antaranya yang jadi topik saya dan adik tuan rumah ini. Kata Adik Tuan Rumah Biarpun Bapa Tua Telah Menyerahkan Dan Menurunkan Ilmu Pengatahuannya Kepada Haji Tersebut. Nampak Gayanya Tuan Haji Itu Tidak Kemasukan Dan Tidak Serasi Dengan Ilmu Pengatahuan Tersebut Kerana Masih Gagal Membaca Dan Menghafal Menteranya.

Menurut Adik Tuan Rumah Bapa Tua Berhajat Untuk Menyerahkan Dan Menurunkan Ilmu Pengatahuannya Kepadanya. cuma masih ada ketakutan dan kerisauan katanya, Dan Adik Tuan Rumah Ini Memaklumkan Kepada Saya Bahawa Beliau Telah Melihat Dan Membaca Susunan Ajian Yang Telah Di Catat Secara Tulisan Tangan Oleh Bapa Tua Sendiri. Malah Adik Tuan Rumah Telah Boleh Membaca Beberapa Sunan Yang Sesuai Untuk Di Milikinya. Terutama Untuk Perubatan. konon tidak boleh ambil bab ini sahaja.

Antara kami berdua macam ada terkesan sedikit kerisauan sekiaranya Bapa tua mengalami masalah dalam sakaratulmautnya, kerana perlu mewariskan amalanya sebelum mudah menghembuskan nafas yang terakhir. Tadi kata adik tuan rumah ini bapa tua ada berkata-kata tetapi saya kurang faham maksudnya terangnya. Saya pun tidak boleh kata apa-apa. Lebih-lebih lagi pun saya tidak lah sangat arif dengan kaedah Amalan bapa tua ini. Kita tunggu sahaja kata saya.

Adik Tuan Rumah Ini Juga Menceritakan Memang Ajian yang tercatat di dalam buku Tersebut Dalam Bahasa Sunda Dan Ada Juga Terselit Tulisan Jawi Dalam Ajian Tersebut. Saya Sangat Tidak Menyangka Bapa Tua Boleh Menulis Dan Membaca Tulisan Jawi. Kerana Para Syaratnya Ajian Ini Harus Ditulis Dan Di Hafal Oleh Penuntutnya. Apa Pun Saya Perlu Melihat Dan Membaca Catatan Tulisan Tangan Bapa Tua Yang Di Maksudkan Oleh Adik Tuan Rumah Ini. Untuk mengsahkan kebetulanya.

Adik tuan rumah ini kononya pernah juga bertanya kepada bapa tua kenapa tidak di tukar sahaja bahasa sunda itu ke bahasa malayu supaya mudah di faham. Jawab bapa tua pula kononya ajian ini tidak menjadi kalau ditukar bahasanaya. Macam ada ketaksuban dengan bahasa sunda pula. Melainkan jin dalam mentera itu hanya memahami arahan dalam bahasa sunda sahaja.

kerana Setahu saya tidak ada bezanya bahasa sunda dengan mana-mana bahasa di dunia melainkan jika yang di bandingkan itu adalah bahasa arab atau kemudiannya bahasa ibrani kerana ini bahasa kitab semawi.

Kita baca doa dalam apa bahasa sekalipun difahami oleh Allah s.w.t. makbul atau tidak doa itu bergantung kepada perkenan Allah s.w.t. bacalah dua ratus tahun sekalipun tidak henti-henti tidak menjadi juga tanpa izin Allah s.w.t. , Di sinilah bermulanya terkilaf para peminat seni aliran. Mahu mudah dan short cut sahaja. Maka Mudah tertipu dan terpedaya. Sehingga menyangka mereka telah memilikinya. Kesian sungguh.

Cuma Buat Masa Ini Tidak Pastilah Siapa Yang Akan Mewarisi Buku Tulisan Bapa Tua Ini. Buat Setakat Sekarang Ini Belum Ada Didalam Kekeluargaan Ini Yang Cenderung Di Perturunkan Oleh Bapa Tua akan ilmunya Ini. cuma Kata adik tuan rumah lagi, pernah si ibu si pendail pernah meminta bapa tua menurunkan ilmunya kepadanya tetapi tidak di berikan juga.

Cuma Yang Saya Amat Yakin kawan Adik Tuan Rumah Pernah Membaca Ajian Sahabat Empat Dan Salam Bumi. Kerana bila saya menyebutnya macam ada kecenderungannya untuk mendengar. Maka Saya Mengulas Mengikut Apa Yang Saya Masih Ingat Di Mana Seingat Saya Yang Mana Pernah dulu saya Diberikan Beberapa Susunan Sunan Yang Diberikan Oleh Sepupu Emak Saya. Antaranya Bernama Susunan Sahabat Empat. Salam Bumi Dan Samaran Salam Bumi. Mandi Hayat. Jurus Pancak Silat Atau Jurus mengubat.

Saya memang minat bab-bab ini tapi masalahnya jangan sertakan atau di ikutkan dengan syarat. Bab syarat-syarat ini kompom saya langgar lah… macam ada syariat selain syariat islamiah. Mana boleh!!!!!

Oleh Kerana macam kawan Adik Tuan Rumah Ini Berminat Dengan cerita Salam Sahabat Empat?, Lalu Saya Cuba Meneka Adakah Sahabat Empat Itu Adalah Versi Empat Nama Malaikat? Atau Versi Empat Nama Sahabat Utama Nabi Muhammad Saw? Atau Versi Empat Nama Penglima Yang Bernama Pelik Sehingga Tidak Ada Nama Sedemikian Rupa Di Dewasa Kini? pak Awang ..... Atau pun empat nama yang mengandungi nama Hindu?

Dalam Menunggu Dan Berbual Ini Saya Dikejutkan Oleh Adik Tuan Rumah Yang Tiba-Tiba Terasa Kehilangan Kunci Yang Sedang Di Bawanya. Sedangkan Saya sendiri pun Dari Awal Amat Yakin Melihat Anak-Anak Kunci Itu Sedang Di Main-Mainkan Oleh Jari-jari Adik Tuan Rumah ini.

Walaupun Kami Telah Berpindah Di Beberapa Loksi Untuk Selesa Berbual Bicara. Rasanya saya masih melihatnya. Bila tersentak demikian Rupa-rupanyanya benda Yang Dimain-Mainkan Oleh Jari Adik Tuan Rumah ini, hanya dua Pucuk Daun Bunga Hiasan.

Saya mula berkata-kata siang-siang lagi kami telah dipermainkan, saya pasti dan memang melihat kunci itu dibawa-bawa oleh adik tuan rumah berjalan-jalan. Kenapa akhirnya saya temui juga anak kunci tersebut masih di dalam kenderaan saya. Iss issss. Terang punya silap mata. Teringat kembali pernah saya lalui peristiwa seumpama ini berhadapan Dengan arwah bapa sendiri.

Selasai perkena soto ayam Di Kantin Hospital, Kami Kembali Berkumpul Di Ruang Legar Wad Lelaki & Dada. Pada Kesempat Yang Ada Ketika Saya Dan Ibu Pendail Sahaja Yang Berada Di Pondok Rehat. Di Tanyanya Saya. “Ajarlah Saya Mengurut Katanya…” Dan Semestinya Saya Akan Menjawab Manalah Saya Pandai Mengurut……. Ibu Pendail Tidak Juga Puas Hati.. Jadi Si Anu…… Siapalah Yang Ajar Dia Mengurut…., “Sekali Lagi Saya Menjawab Saya Mana Mengurut Jadi Macam Mana Saya Mau Ajar Orang Mengurut…., Tidak Pastilah Sama Ada Penerangan Saya Ini Di Terima Atau Tidak. Sebab dalam ingatan macam kisah ini pernah saya dengar heboh tidak lama dahulu.

Maksud Ibu Pendail Ini Sebenarnya Si Orang Lama. Inilah contoh kekurang fahaman Si orang lama terhadap teologi pengubatan dan hukum Agama. Oleh Kerana Saya Jawab Saya Tidak Mengajarnya. Cuma Si Orang Lama Ini Memandai-Mandai, Maka Si Ibu Pendail Ini Pun jadi bersemangat dan mula Buka Cerita. Katanya Pernah Dahulu Beberapa Orang Di Perkempungan Perlancungan Air Panas Poring Itu Berurut Untuk Merancang Agar Tidak Lagi Akan Beranak. Dan Oleh Kerana Percayakan Akan Kebolehan Si Orang Lama Ini dalam bidang mengurut. Maka Mereka-Mereka Ini Pun Abaikanlah Memakan Pil Perancang yang di nasihatkan kepada mereka. Sehingga Datanglah Ketentuan Allah S.W.T. Hamil Jugalah Surirumah Ini. Nak kata apa lagi?

Cerita Saya Dan Ibu Pendail Ini Terputus Kerana Datang Lagi Seorang Adik Beradiknya Ikut Berbual Dengan Kami. Tidak Semana-Mana Mereka berdua meminta Saya Cuba-cubalahlah Urut Dan Pegang-Pegang Bapa Tua Tersebut. Apa lagi lah guna benda yang di pelajari jika bukan antara inilah gunanya kata mereka..

Dan Menjadi Kebiasaan dan saya amat memahami Dalam Diri Saya sendiri berhadap Situasi Dan Permintaan seperti Begini, minta maaflah……. percakapan demikian Akan Membuatkan Saya Tidak Akan Rasa Selesa. Rimas, Ingin Marah Pun Ada. Jadi menjadi budaya saya, yang mana Saya akan berdiam diri dan tidak akan berkata apa-apa. Kerana api sedang menyala-nyala.. dan kalau boleh saya akan segera beredar..

Oleh kerana saya tidak boleh beredar maka saya Mengambil Keputusan Untuk Berdiam Diri. Dan Menguatkan Zikir Di Dalam Hati. Moga tenang dan redalah gelodak di hati… mereka tidak tahu apa yang saya tahu..

Mari Kita Kongsikan Pemikiran Dan Cuba Renungkannya Sejenak. Mudah-Mudahan Ada Hidayah. kerana Allah S.W.T. Timpahkan Sesuatu Musibah Kepada Seseorang Itu Agar Orang Itu Menyedari Kesilapannya. Inilah antara Kasih Sayang Allah kepada hambahnya. Orang Ini Pula Tidak Mahu Menginsafi Kesalahanya Malahan Ditolong Pula melupakannya. Awasi Murka Allah… Kalau Nak Menolong Pun Ingatlah Murka Allah.

jangan jadikan maunnah معونة menjadi istidraj استدراج.. semata-mata mempelajari bangsa ihaana (اهانة

Melihat Situasi Bapa Tua, Fikiran Saya Melayang, Menghayal Beginilah Suasana Dan Keadaan Arwah Bapa Saya. Sayu Dan Pilu Dirasa Kenapa Pada Ketika Itu Saya Tidak Ada Perasaan Sedemikian Rupa. Hampir Mengalir Air Mata Ini, Perasaan Didedasak Oleh Rasa Keserba Salahan Tidak Berada Di Sisi Arwah Ayah Ketika Sedang Nazak Dan Pada Akhir-Akhir Tenat Penyakitnya. Allahu Akbar Rupanya Saya Bukan Segagah Mereka.

Sedikit Keributan Bilamana Keadaan Bapa Tua Semakin Tidak Stabil, Saya Amat Tertarik Dan Terpegun Dengan Keselambaaan Puan Doktor Memeriksa Dan Mengurus Bapa Tua. Tenang Dan Bersemangat Berhadapan Dengan Ahli Keluarga Bapa Tua Yang Hadir. Menerangkan Opsen Rawatan Selanjutnya iaitu Peralatan Hos Yang Di Sambungkan Terus Ke Paru-Paru. Kerana Sambungan Oksegen sekarang Ini sudah Tidak Berfungsi.

Pada Pandang Pertama Telah Timbul Bunga-Bunga Di Hati..saya... inikah rambang mata

Kononya Bapa Tua Pun Suka Berhadapan Dengan Puan Doctor Ini. Walupun Ada Yang Berkata-Kata dan bertanya pada saya, Kalau Ada Yang Berani Mengurat Puan Doctor Ini pun, Hanya Semata-Mata Kerana Menyayangi Kerjanya.. bukan orangnya…

Seikhlas Hati Pada Saya Semuanya Bermula Dari Budi…. I Like… Kalau Sayalah Kalau Pun Doktor Ini Tidak Kenal Saya.. Tapi Saya Akan Tetap Mengingatinya. Tolong Kirim Salam Ahhhhhhh….. Mudah-Mudah Puan Doctor Ini Diberikan Hidayah Oleh Allah S.w.t.

Sebelum Beredar Kerana Waktu Berkerjanya Telah Tamat Puan Doctor Ini, meluangkan kesempatan dan dengan Selamba Duduk Di Sekitar Kami. Memberi Dorongan Dan Semangat Kepada Semua. Supaya Bersedia Menghadapi Apa Sahaja Kemungkinan.

Lebih Kurang Dalam Jam Dua Petang Petunjuk Peralatan Hospital Mengesan Ketidak Stabilan Denyutan Nadi Jantung Bapa Tua. Kami yang ada mula gelabah. Saya Melihat Beberapa Jururawat Dan Seorang Lagi Doctor Wanita Sedang Merawat Bapa Tua. sakaratulmaut Tirai Ditutup. Saya pun beredar keluar.

Selang Beberapa Lama Kemudian Suasana Sayu Mulai Melanda,Berlinangan Air Mata mereka, Sebak Ketika Membuat Dan Menyambut Panggilan, Pernah Saya Melaluinya dengan penuh senyum manis. dan di hari ini Tinggal Saya Yang Masih Penuh Dan Mudah Dengan Senyuman Ketabahan. bukan saya tidak menjiwainya

Innalilahi Wainnailahi Rajiuun. setiap yang bernyawa pasti ada kematiannya..

Maka Habislah Sudah Generasi Pertama Murid Mandur Sharip Dalam Masyarakat Kami…



dan satu kekaguman bagi kami untuk dirakamkan kepada kedua-dua Doktor Wanita yang merawat Bapa Tua. Terima kasih.

Thursday, March 1, 2012

DYMM Tuanku Sultan Badlishah Memerintah Di Zaman Darurat

Sebelum Berakhir Penguasaan Penjajahan Inggeris, Berlaku Pencerbohan Tentera Jepun Melalui Negeri Siam, sehingga Serta Berlaku Penalukan Tentera Jepun Ke Atas Sebahagian Tanah Melayu.

Peperangan terus Berlaku Sehingga Penyerahan kalah Tentera Jepun. Apabila dua bandaraya utamanya di bom oleh tentera bersekutu.

Setelah Itu Timbul Pula Tentera Komunis Menuntut Hak Perkongsian Atas Perjanjian Dengan Pihak Inggeris, Yang Mana Tentera Komunis Dijanjikan Keatas pemerintahan Sebahagian Tanah Melayu, jika mereka Berjaya mengalahkan tentera jepun. Pihak Komunis Berjaya Mengisytiharkan Berkuasa Melaksana Memerintah Dan Melarang Selama Tiga Hari di Tanah Melayu.

Pihak Kominis Berharap Dapat Menguasai Sepenuhnya Tanah Melayu Bila Mana Sultan Badlisah Ditangkap Atau Di Bunuh, pada Ketika DYMM Tuanku Sultan Badlisah Berada Bersama Dengan Tuan Guru Syeikh Yahya Toha. Kg. Pisang, Kupang. Kedah. Komunis Bertindak Menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Residentnya Tuan Adam.

Keduanya Di Bawa Ke Kem Komunis Di Kampong Dalam Wang. Bawah Gunung Baling. Pihak komunis Menggali Lubang Untuk Menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Hidup-Hidup Untuk Memaksa Baginda Tuanku Menyerah Diri. Baginda Memohon Pertolongan Tuan Guru Haji Yahya Untuk Menyelamatkan Baginda. Dan menyelamatkan tebusan tersebut,
Tuan Guru Syekh Yahya Toha Segera Menubuhkan Pasukan Penyelamat Seramai 125 Orang Diketuai Oleh Tuan Guru Sheikh Mahmood Nasir Othmani Lanai. Hanya Tiga Orang Sahaja Anggota Pasukan Penyelamat Yang Tiba Di Tempat Kejadian Untuk Menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar.

Mengikut Riwayat Sebenar hanya Tiga Orang Dari Pasukan Penyelamat 125 orang ini Yang Tiba Di Tempat Kejadian tersebut iaitu:

1-Tuan Guru Sheikh Mahmood Nasir Othmani- Ketua
Sheikh Mahmud nasir othmani dilahirkan pada hari rabu 14hb julai 1898 kembali kerahmattulah pada rabu 16 januari 1980m
2- Tuan Haji Ahmad Bok Bak
3- Tuan Haji Daud Bongor

Semasa Tiba Di Kem Tersebut Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Telah Diikat Badannya Dengan Tali Dan mereka berdua Sedang Di Seksa Di Dalam Lubang Kubur Oleh komunis.

Kira-Kira 600 Orang Tentera Komunis Yang Lengkap Dengan Senjata Moden Dan Canggih (Pada Masa Itu) Manakala Pasukan Penyelamat Itu Tiba Dengan Tangan Kosong.Mereka Segera Mengangkat Keluar Serta Membuka Tali Yang Diikat Pada Badan Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam. Seterusnya Pasukan Penyelamat Ini Memaklumkan Dan Meminta Izin Kepada Ketua Tentera Komunis Iaitu Cheng Ping Bahawa Mereka Akan Membawa Pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam.

Cheng Ping Angguk Kepala, Maka Angota Penyelamat Pun Terus Beredar Pulang, Lebih Kurang 30 Meter Dari Lokasi Tersebut Baharulah Pihak Komunis Cuba Menembak pasukan penyelamat ini Dari Belakang Dan Tembakan Pihak Komunis Itu Berlaku Hampir Sejam Sehinggalah Pasukan Penyelamat itu Hilang Dari Pandangan mata Mereka.

Tiga Ahli Pasukan Penyelamat Yang Sampai Di Lokasi Dan Berjaya Membawa Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Keluar Dari Kem Komunis Tersebut, Seterusnya tebusan Selamat dan Di Bawa Pulang Kemudian Dipersembahkan Dan Di Serahkan Kepada Baginda Kebawah DYMM Tuanku Sultan Badly Shah Dalam Keadaan Sihat Dan Afiat. (saya petik dari Sumber RISALAH WARGA MELAYU MS 36 )

Yang panjang lebernya ada di pautan
http://abjadmalaysia.blogspot.com/2008/09/ringkasan-penyebaran-dan-perkembangan.html

Nota nakal saya.

Tiga orang boleh merempuh masuk challenger 600 orang!!!!!! Kenapa tidak Tangkap dan ikat Cheng Peng masukan dalam karung dan bawa balik Sekali????? Siapa dan dari mana 600 0rang ini??????? Cuma saya rasa-rasa 600 orang ini semuanya orang pandai-pandai bah…

Banyak bahan cerita dan kisah yang berlaku prca dan pra merdeka tapi tidak tercatat dalam buku sejarah. Sehingga sukar dan penuh sensitviti untuk menyentuhnya…

Pengkisahan-pengkisahannya hanya di tutur dari mulut ke mulut dan berkemungkinan versinya telah berubah jika periwatnya memang tidak amanah. Seperti pembelot tali barut yang makan habuan dari pihak inggeris dan pembelot tali barut yang makan habuan dari pihak jepun…

# Jadi Siapakah? Dan tidak ada kah istemewanya Sheikh Mahmud Nasir Othmani Dan Tuan Haji Ahmad Bok Bak Serta Tuan Haji Daud Bongor Di Sisi DYMM Tuanku Sultan Badlishah (1943-1958) Selapas Peristiwa Ini?

# Dan tidak anakandanya Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (1958- ) Tidak Melihat Atau Tidak Maklum Dengan Fatwa Yang Cuba Di Wartakan Pada Tahun 1976 itu?

Mengenai fatwa yang tidak sempat di wartakan itu, Tidak Kisalah Warta Itu Tetap Ada Dan Akan Ada Dan Akan Ada, Selagi Boleh Di Copy Dan Di Paste Di Mana-Mana. Pertubuhan Telah Maklumkan dan telah ada Penafian di Akhbar harian oleh YDP Pusat yang mana bahawa sah nya, pertubuhan Tiada Kaitan Langsung Dengan Amalan dan Fatwa Tersebut.

Tapi Masih Ada Individu Yang Galak Untuk Mempamerkan Pautan Tersebut dalam web mereka.. Di Serahkan Sepenuhnya Ke Hadrat Allah S.w.t Untuk Menjaga Segalanya. Seperti mana doa Abdul Muttalib menyerahkan keselamatan Baitullah Ka’bah ketika mana hendak di serang oleh tentera bergajah Pimpinan Raja Abrahah.

Setakat Ini Memang Dengan Kekuatan Budi Bicara Dan Ihsan Tuan Guru, Untuk Tidak Mengizinkan Pasukan Guaman Untuk Mengambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Perlakuan Ini.

Kalaulah Saya… Jangankaan Saman Malu di Dunia Sepuluh Juta Ringgit, Cukup Pakai Ribu-Ribu Sahaja…. tujuh keturunan pun saya tidak mampu membayar, sedangkan Sepuluh Ribu……. Untuk Hantaran mahu Kawin …. Nasib pandai malu, Kalau Tidak , Saya sudah buka akaun bank Minta Bantuan Derma Orang Ooooooo……….

Seperti sepatutnya, Kerja Kita Adalah Melaksanakan Perintah Allah S.w.t, lagi pun, Semakin Hari Dan Hari Demi Hari Pertubuhan Makin Berkembang Luas Insyahallah khabarnya Telah pun Mencapai Sejuta Ahli Bai’ah.. hidayah Allah swt.

Anak-Anak Murid Syekh Mahmud, Anak-Anak Murid Tuan Haji Ahmad Dan Anak-Anak Murid Tuan Haji Daud Terus Di Permuafakatkan Dan Di Persaudarakan Oleh Tuan Guru Ustaz Mad Che Din.

Saya cuba-cuba meneka dan mencari-cari Anak-Anak Murid pewaris Tuan Haji Ahmad, Pakai Pertubuhan Silat Apa sekarang ? Begitu Juga Anak-Anak Murid pewaris Tuan Haji Daud. Duduk Pakai Pertubuhan Apa?

La Ni pula… Anak-Anak Murid Syekh Mahmud, Dibawah Pimpinan Ustaz Mad Che Din.Duduk Di Pertubuhan Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia Yang Didaftarkan Di Negeri Perak.
http://abatasa2.blogspot.com/2010/11/amalan-khalifah-pusaka-wali.html

biar pun Anak-Anak Murid Syekh Mahmud Ramai ,….
Yang Mengaku Anak Murid Syekh Mahmud Pun Ramai,
Yang Mengaku Pernah Belajar Pun Ramai,
yang mendakwa amalannya dipelajari dari Syekh Mahmud pun ada,
mengaku murid pilihan pun ada,
mengaku murid terpilih pun ada,
mengaku murid tersayang pun ada,
mengaku murid yang paling rapat pun ada,
yang mengaku belajar dari murid syekh Mahmud macam saya pun ramai,
Cuma murid buangan dan derhaka sahaja yang tiada mengaku….

JADI DALAM RAMAI ITULAH SUSAH MEMILIH YANG MANA SATU?
ASLI TETAP ADA, JADI Pilihlah Yang ASLI.

Wasiat Tuan Guru

Sheikh Mahmud Nasir Othmani
Pesananku Jadikan Kepercayaan Dan Jaminan,
Jalan Segera Dekat Selamat,
Terima Dan Amal Rabitah Wasilah Barang Yang Seumpamaku,
Tidak Bicara Barang Mana Permainan Atau Aurad Lisan,
Jangan Menyimpang Dari Jalan,
Pasti Pangkat Yang Sama Atau Lebih Tinggi,
Hadir Majlis Pengajian Mahir Serta Beramal Ilmu Asas,
Mengaku Murid Bagi Muhiyiddin, Khidir Dan Rasulullah,
Tidak Perlu Takut Syak Zhon Waham, Walau Atas Barang Mana Alasan,
Yang Demikian Rabitah Wasilah A’la Kehadrat Allah,
Setiap Waktu Masa Berjalan.
Wassalam.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback