Thursday, September 6, 2012

antara asam garam sebagai pendidik




Minggu depan budak tahun enam di sekolah kebangsaan akan menghadapi peperiksaan UPSR, bermakna tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. kepada murid-murid tahun enam selamat menghadapi Peperiksaan. jangan lupa minum air banyak-banyak tau.


Sekolah Petang atau sekolah aliran Agama pula, sekarang tengah sedang Mengadakan PCHI dan Amali Solat untuk UPKK untuk tahun lima, tahun ini saya adalah guru darjah tahun lima yang akan menduduki peperiksaan bertulis UPKK pada 01hb september ini.



oleh kerana saya guru kelas, untuk tahun lima tahun ini. menjadi guru darjah bagi kelas yang akan menghadapi peperiksaan penting ini, memang menerima tekanan emosi yang lebih. murid-murid yang tidak merasakan apa-apa jika gagal atau lulus pun dalam peperiksaan adalah satu hal, yang datang hadir kesekolah dikeranakan ada kawan untuk bermain, tambahan pula ibubapa penjaga hanya tahu memaksa anak-anakanya untuk pergi kesekolah supaya tidak banyak ganguan dirumah. adeh de.. de.. anggap sekolah taman penjagaan anak.



nak saya jadikan bahan cerita, saya ada dua orang murid yang kehadiranya ke sekolah, sangat-sangat membimbangkan dari se awal kehadiran saya. biasalah barangkali. inilah akibat bila sekolah dianggapnya seperti milik emak bapanya. suka hatinya datang atau ponting ke sekolah.

secara hatinya sebenarnya saya lebih selesa dan lebih bersemangat dalam p&p kalau budak berdua ini tidak ada hadir.secara logiknya biarlah kalah dua dari kalah semua.

kerana disebabkan dua orang ini lah yang akan menyebabkan murid yang lain terganggu penerimaanpembelajaran. jadi secara kata sebaiknya sebagai pendidik saya mintalah tolong lebih baik murid ini tidak hadir kesekolah. dari kamu hadir semata-mata menghuru-harakan murid yang ada keinginan untuk belajar.


cam mana kan? anak-anak ini akan maju bila ibubapa hanya berfikiran dan berniat sebegitu rupa sahaja... di sekolah menimbulkan huru-hara, bila di nasihati.. mengadu pula dengan ibu bapa kononya gurunya dendanya padahal orang lain yang buat hal..

guru yang bertugas mengambil PCHI dan Amali Solat terpaksalah menalipon ibubapa penjaga untuk menghadirkan anaknya kesekolah, mulalah mengadu nasib tidak mengadu ke jabatan konon. baiklah konon itu atau memang tidak berani?

saya dah berumur ini.. terfire ada juga. ala.. kita ada peraturan dan undang-undang bah.. Balai polis ada sebelah sekolah sahaja. kalau menerima ugutan cam ini dekat sahaja untuk buat laporan. buat apa ambil tidakan yang tidak cerdik.


kesian juga lah saya dengan ibubapa cam ini... anaknya sahaja yang di anggapnya betul.. guru-guru yang mendidik dan membimbing anaknya dianggapnya buat salah... Nauzubillah.. jangan jadi ibubapa penjaga yang tidak sedar anaknya dapat memperbodohkan ibubapa penjaganya sendiri.


lagi-lagilah kesihan jika jenis ibu bapa penjaganya, mesyuarat PIBG pun tidak pernah hadir, mengambil rekod keputusan anaknya pun tidak berani ambil tahu. anak dah tumbuh tanduk besar pun masih dianggapnya anaknya makin jadi malaikat.


inilah yang dihadapi sekolah agama, bila ibubapa penjaga menganggap sebagai sekolah kedua. di sekolah kebangsaan manalah sanggup berperangai demikian. kerana pihak pentadbiran akan segera mengambil tindakan yang sepatutnya. sekolah petang ini pula memang hati iblis yang mendahului.



umur-umur begini terasa saya pula yang malu bila jumpa ibubapa penjaga bergaya begini.takut pula bila ada anak tidak mampu memberi didikan.. ya allah jauh-jauhkan kami dan simpang malaikat 40 dari mewarisi perangai demikian. Nauzubillah

SERAHKAN PADA YANG MAHA KUASA YANG SEPATUTNYA YANG AKAN BERLAKU.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback