Monday, July 16, 2012

awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali


awal: Kembalilah kepangkal jalan ...Taubatlah ....Jumaat tak sembahyang macam mana ni....
11 Jun 12, 04:32 AM
awal: Tok Kenali tu belajar dengan Tok Khurasan ..... ayahda Tok Guru Nik azziz juga berguru dengan Tok Khurasan (orang arab) ...Tok Khurasan ulamak Hadis yang serius dah tentunya beraliran ibnu Taimiyyah..
11 Jun 12, 04:28 AM
awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali........meleset ni...

saya copy semula komenter seorang pelawat dalam bicara sufi. saya sebenarnya amat malas untuk melayan cerita-cerita remeh begini. saya kata remeh sebab benda ini tidak termasuk pun dalam silibus tarbiah pertubuhan.


saya juga tidak memahami apa sebenarnya maksud oleh empunya diri untuk tag ayat yang demikian ini.kalau di tujukan kepada pertubuhan macam bodohlah lah pula budak ini. itu pun kalau budak. kalau bapa budak alangkah sangat malangnya.

kalau kisah ini di tujukan kepada saya. lagi-lagilah jahil sangat budak ini.kenal dengan saya kah? pernah serumah dengan saya kah?

kita dan saya pun tidak nafikan situasi ini melanda mana-mana pun aliran, jangan tidak mengakulah..... kan? ini sifat manusia. fardu takdirnya. ada ahli atau saya sendiri yang tidak bersembahayang atau tidak sembahayang jumaat, salah kah? berdosakah? haramkah? bukan orang islamkah?

setakat yang saya tahu hanya orang yang menafikan dan ingkar dengan kefarduan solat sahaja yang akan di hukum. kalau setakat malas dan apa lagi kalau orang itu ada maslaha keujuran syarak. masih ada pertimbang syarak. sukat pakai tahap Iman. Islam dan Ihsan masing-masing.

proses tarbiah bukan dua tiga hari dan ada yang tidak berjaya langsung pun. nak hairan apa? hidayah itu di milik allah. samalah dengan budak ini. Allah s.w.t letakan dalam hatinya benda sebegini dan melatah tah ia..

sekalipun kamu lahir dan membesar dengan asuhan ibubapa agar tidak meninggalkan solat, dan alhamdulillah sampai sekarang masih istiqama. maka bersyukurlah Allah swt bagi mudah untuk melaksanakan perintahnya. berusaha pula untuk menambah iringan untuk solat fardu dengan amalan sunat yang lain.

jangan cuba ada rasa untuk mempertikaikan adanya mereka yang sangat pemalas ini, sifat malas Allah Swt uji pada Hambanya. Allah uji orang ini untuk diberi lebih ganjaran. yang rasa diri itu lebih tidak masalah pun berbanding dari orang lain, maka ini namanya takbur. nauzubillah. dan kalau sudah tahap di ucapkan maka namanya adalah ria'k. tahukah apakah ganjaran bagi mereka yang ada sifat demikian? nauzubillah

sangat beruntung juga orang-orang yang ada sifat malas ini. Allah uji dia, dikerana kemalasan itulah yang akan menerbitkan kelebihan ganjaran dari amalan mereka ini berbanding mereka yang tersangat rajin. janji asalkan niat beribadat itu kerana allah taalah. jangan kerana adat dan kerajinan yang melampau.

nauzubillah sebagai ralat juga kerana orang yang membesar dengan solat ini juga. akan ada yang beribadat kerana kebiasaan nya untuk bersolat. dan ada pula itu bab solatnya sahaja terjaga... bab hati.. dan Akhalknya masih jauh.. apa pun itu hidayah Allah.

ada baiknya jaga diri sendiri dari memberatkan menjaga dan memandang orang lain. fikrkan yang terbaik untuk diri sendiri. orang buat kalau tak ngam usah ikut. nak melebih-lebih nak bagi nasihat itu.. timbang-timbang dulu... kena ada ilmiah.. orang sekarang semua dah bijak-bijak.

Insayahallah jika dah ada cahaya dalam diri, orang akan datang bertanya. cahaya itu pasti akan menyinari orang lain pula.. tidak susah payah usung benda kesana kemari. kerana kalau demikian cuma hanya benci orang makin ada bertambah-tambah.

11 Jun 12, 04:32 AM
awal: Tok Kenali tu belajar dengan Tok Khurasan ..... ayahda Tok Guru Nik azziz juga berguru dengan Tok Khurasan (orang arab) ...Tok Khurasan ulamak Hadis yang serius dah tentunya beraliran ibnu Taimiyyah..

saya tidak sempat belajar mana satu bentuk aliran Ibnu Taimiyyah.. dari pembacaan adalah sikit-sikit asas untuk diri bercerita. secara peribadi saya mengkagumi Ibnu Taimiyyah.. lebih-lebih lagi bila saya bandingakan Ibnu Taimiyyah dengan Awal. begitulah juga dengan Ayahanda Tok Guru Nik Aziz rasa kagum saya berlebihan berbanading dengan saudara Awal.

demikian juga dengan Tok Khurasan....(yang mana satu ini? hidup tahun berapa yaa?) siapa pun Tok Khurasan ini... tentu ramai sekali anak muridnya. sedangkan saya ini pun ehemm ehem.... anak murid saya tidaklah kurang dari seribu orang. yang pandainya ada. yang kurang pandainya ada, yang manja-manja pun ada. Pilihan Allah pun ada.

saudara Awal belajarlah dan ngajilah..... selagi ada masa. Ibnu Taimiah tidak beraliran Ibnu Taimiah. hanya orang yang belajar dengan lontaran ilmu dari Ibnu Taimiah sahaja yang menyatakan dan mendispilinkan demikian.

Tok Khurasan pun tidak mengajarkan Aliran melainkan ilmu Agama Islam. jangan buang masa.... ajaran Mazhab pun tidak ada dalam islam. wujud mazhab hanya memudahkan penyelasiana dispilin ilmu. kalau ada perbalahan itu adalah kerana kejahilan.

cerita Imam shafie pernah berguru dengan Imam malik sehingga hafal dan alim dengan kitab karangannya tapi imam Shafie tidak beraliran maliki. demikian juga imam Hambali pernah berguru dengan Imam Shafie pun Imam hambali bukan beraliran shafiie. demikian juga Imam malik sempat mempelajari ilmu dari imam hanafi. murid-muridnya masih menamakan dispilin ilmu mereka adalah maliki.



awal: apa kaitan abjad dengan tok kenali........meleset ni...

apa kaitan saudara awal dengan Tok Kenali? anak murid? dan berapa ribu anak murid Tok kenali yang saudara Awal tahu? dan abjad mana yang Saudara maksudkan?

kalau dengan Abjad Malaysia memang tidak ada kaitan dengan Tok Kenali. kerana baru di tubuh dan didaftarkan.

kalau dengan Tuan YDP Abjad malaysia pun mungkin tiada kaitan dengan Tok Kenali. berlainan Genarasi.

kalau dengan Syekh Nasir Osmani pula. kononya adalah beliau sempat berguru dengan Tok Kenali. cuma tak sempat pula saya bertanya dengan Tok kenali betulkah Syekh Nasir ini anak muridnya? siapalah saya untuk dapat bertanya.. begitu.

kalau dengan saya pula. Tok Kenali dengan saya tiada kaitan langsung. cuma saya ada Rabitah sanad dan salasilah yang tidak terputus dengan beliau hinggalah ke Rasulallah. dan setahu saya seluruh Warga Abjad malaysia mengaku ada salasilah rabita dan sanad yang melalui Tok kenali hinggalah kepada Rasulallah. insyahallah.(pa/ perbetulkan jika saya salah) tag untuk pencerahan.

Kami di panggil dengan Nama kecil nya Abjad malaysia. Abjad Sabah adalah contoh nama timang-timangan panggilan untuk cawangan Di Sabah.

sila ambil perhtian!!!!!! kalau setakat pakai nama (abjad) itu bukan kami... berlambak lagi yang guna nama itu... jadi nama pendek itu tidak kaitan langsung dengan Pusat atau cawangan-cawangan di malaysia atau di mana-mana di dunia ini.






















DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback