Thursday, July 8, 2010

3.MENANGGUNG KESAKITAN BARANG YANG DI ANTARANYA DAN DI ANTARA SEGALA MAKHLUK ALLAH TAALA (PEMUDA TAUHID MS 101).

Ribu-ribu kanan jalan anak naga melintang tasik berapa ribu makhluk berjalan aku juga di pandang cantik. Wui… Ayat Ini bukan sebarang pantun berisi tau pantun ni. Saya selalu membaca dan menggulangnya di awal zaman remaja, hebat tak hebat memang saya tak dapat nyatakan.. Cuma di ingatkan sahaja mentera ini barangkali ada juga hantu yang mengikutnya.

Selapas selasai tugasan wajib sekolah yang perlu di persiapkan, saya menerjunkan diri untuk menambah susahkan diri dengan aktiviti baru iaitu mengorat.

Ingatkan mengorat ini kerja mudah seperti semudah dailog seniman Tan Sri P.Ramlee dengan seniwati Sarimah dalam Tiga Abdul,sekali aku ketik ,10 yang datang tau.
Sangat mencabar juga pula. Pekej asas ada dah, kacak ,bergaya, ada duit, ada kereta.setakat labu dan labi ada fight lah juga.Banyak pula masa terpakai hanya untuk mengorat.sanggup menggunakan guna-guna pun ada.

Time masa sekolah dulu-dulu jangan fightlah tak susah sangat bab ngorat , depa yang datang ngorat kita,berebut-rebut, siap dengan beri makanan sekali,bagikan hadiah, pandang ja dan layan ok dah, la ni tak sembang dah payah sangat dah oi… tambah-tambah lagi gigi dah nak hampir gugur semuanya.

Bab ngorat ni.kadang Boleh sampai pada bab guna penggunaan benda-benda lain syirik pula tu, rasanya tak ada pun benda-benda begini yang halal atau harus di amalkan. Yang guna tentunya seronok sakan menggunakannya. Manakala yang menanggungnya tak terperi sangsaranya. Nauzubillah..

Mangsanya, keluarga mangsa dan si perawat terpaksa menanggung satu bebanan yang hanya Allah SWT sahaja yang amat mengatahuinya.

Seminggu dua ini saya tambah agak menjadi tak menentu,untuk itu rasanya catatan saya pada kali ini,agak tersasar sebagai Badal Sabah, tersasar sebagai ustaz ,mahupun sebagai Ahli Abjad yang prodaktif,Cuma sebagai lelaki bujang barangkali, mulanya saya merasakan saya Cuma menempuhi kembali melalui satu proses menaik Taraf atau ujian pemanduan L.

Oleh kerana akan kemungkinan akan tersasar jauh pengkaisahan ini,renungilah sungguh-sungguh, kiranya ada manafaat darinya kutiplah dan kiranya merapu yang lebih banyak ,anggaplah saja sebuah lagu tamil bernada sumbang yang didendangkan oleh seorang kerana ingin menyumbangkan sebuah lagu.

Selamanya saya tidak biasa dan tidak suka mengayat, saya kirakan ketidak perluan walau dalam bentuk gurauan SMS sekalipun, kerana penerimanya barangkali menerimanya dalam bentuk yang lain pula. Menanam tebu di bibir saja, manis mulut dari gula. Saya mula mengayat lah pula.

Mengayat tu d biarlah dengan ayat biasa, tepuk-tepuk yang power sangat tu jauh-jauhkan janganlah sembarangan pakai . saya teringatkan kembali satu dailog cerita TV,pasal jodoh,
1) Jodoh Iblis
2) Jodoh Jin
3) jodoh Allah.

Oleh kerana memang tidak pernah mengorat saya tag pada facebook, ada kejutan juga rupanya, bila membaca sumbang saranan dari para pencintanya. Semuanya memang amat menyayangi saya . Terima Kasih pada semua.

Maka dapatlah saya siapkan atikal ini,
Apa pun pada saya mengorat tak susah jika orang yang di orat itu juga sedia dah ingin mengorat kita jugakan? yang menyusakan dir,i ialah yang di cuba juga mengorat orang yang memang tak suka kita pun, yang ini memang kerja lebih masa atau memang kerja buang masa, Sampai bila-bila pun tak selasai.

Banyak betul perkara yang menganggu perasaan dan Fikiran saya,nak beli rumah duit tak ada,keputusan peperiksaan murid, kereta,karenah Anak-anak buah, tambah lagi kerena budak-budak yang gagal menghadir diri sesi tamrin Ustaz Hj. Ideris ada yang kecil hati konon sebab saya tak izinkan amalkan perali besi.subahanallah
Lemah sangatkah tarbiah?, susah sangatkah bahasa ulasan?,ped up betul saya ini. Susah betul memahamkan,aktiviti pemalas datang, tak reti tak mahu Tanya, dah ada tuan guru sibuk-sibukan diri,Tuan Guru depan mata pun malu-malu berbicara,buang masa betul.

saya pun ada masalah sendiri, saya pun perlu cari duit, mahu mengurat,ada keluarga nak di jaga, impian jadi kaya di hari tua,kurang-kurang adalah seeker dua ladang durian, getahkah, seperti langit dan bumi, tinggal kutip dan guna pun…… masih perlu di suapkan. Inilah analog dalam diri, Allah saja yang tahu, lumrah barangkali di mana-mana,

Ayah Non dan Hj. Idris sudah memberi lontaran Pujian pada anak-anak buah ini, Jadi kebanggan .kata mereka, orang-orang muda ini orang tempatan pula, sebagai penggarak utama,jarang di temui sekali di tempat lain, Jadi bila ada Tuan Guru datang berhabis=habislah untuk sediakan diri. Janganlah nak jadi penumpang istemewa pula, menyusahkan orang lain dah di singgah-singah pun perlambat, jual-jual mahal pula, bila orang lain dapat hadiah, cemburulah pula, mulailah kecil hati Bila tak dapat sama.nak marajuk? Merajuklah!!! ko sapa aa??? Pigilah… Nauzubillahminzalik…

Mereka-mereka yang dah berhabis diri bersiap, pun memang tak seronok melihat perkara ini, telah dengan begitu bersusah payah, itu dan ini, korban masa, tenaga, tiba-tiba yang lain dengan mudah-mudah pula copy peste dan pakai. Oi…. MANA ADIL NI…
Sebanarnya Untuka apa ? nak apa teringin sangat pakai benda tu… ? ingat bila pakai besi boleh makan besikah? Cikgu saidin marahkan saya bila tanyakan pasal Versi jabat selain Jabat 14 dan Penimbul, jadi Maafkanlah saya, sendiri saya pun lama dalam Abjad,adab guru, jabat 14 dan penimbul versi cikgu Saidin itu saja yang saya ada. Cuma saya tidak malu dan banyak kalilah saya persembahkan adab guru dan jabat 14 saya pada Cikgu Saidin dan dari pengalaman saya sememangnya, dan semestinya kita tidak dapat lari dari membuat gaya-gaya yang tersalah.

Kita dah ada pusat Tarbiah, dan Cawangan susah payah adakan majlis ,Cawangan dah bersusah payah datangkan dan Cawangan dah Import Tuan Guru Khas dari Semananjung, semata-mata memohon doa restu dan dapatkan mana-mana yang patut boleh kita sama-sama dapat kongsikan dan selayaknya kita perolehi. Tapi masih ada yang sebokkan diri dengan bab lain. Padan muka lah..

Bagi gaya-gaya kesaksian yang sempurna saya pun pastinya teruja, jadi kalau gaya-gaya itu malu persembahkan di depan saya, keterujaan saya pasti tidak muncul, maka saya pun tidak segan -silu menyatakan ketidak kesaksian saya pada gaya-gaya yang tidak mengujakan saya itu.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback