Semenjak 1998 sehingga kini, tahun 2009 merupakan tahun keramat bagi Abjad Cawangan Sabah, Kerana tahun 2009 memberi satu pandangan baru kepada masyarakat dikawasan cawangan ini, melihat Abjad sebagai suatu kesempatan untuk membangunkan modal insan.
Diharapkan juga, peluang yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk kami sebagai pendukung Abjad di Sabah, akan dioptimumkan sebaik mungkin.
Bercerita mengenai pengalaman sebelum berdaftar,ahli-ahli Abjad Sabah ini sering kali di anggap sebagi pembawa ajaran baru, atau bahasa kampungnya "ajaran Sasat" Sebenarnya "ajaran sesat". dan yang lebih menggelikan hati, (sebenarnya menyedihkan :) ) pernah tempat bersantai (gelanggang silat ) kami didatangi (diserbu ) oleh pihak Polis. Tapi sebenarnya salah siapa?
Tiada yang suruh pun... sapa suruh buat-buat kegiatan tanpa restu dari Abjad Pusat dan kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dah kena baru padan muka...
Sebenarnya itulah yang mematangkan kami di cawangan ini, kalau diimbas-imbas kembali kenangan selama 11 tahun beraktiviti ( secara Haram) tanpa kebenaran, terlalu banyak kenangan yang... ( kami simpan untuk kami aje lah).
Kalau anda tertanya-tanya "Bagaimana Abjad sampai ke Sabah, khususnya Daerah Ranau, lebih Khususnya lagi Kg. Lohan 1. Walhal Abjad ini berasal dari Negeri Perak.
Sebenarnya.. Ceritanya amatlah panjang.. Dipendekkan, "Suatu masa dahulu, ketika kurangnya ilmuan Islam di Kg.Lohan, maka terdetiklah pemikiran-pemikiran orang kampung bagaimana meramaikan Ilmuan alim Ulama di kawasan ini. Maka, terjadilah dialog antara orang-orang arif ketika itu, dan kesepakatan yang membawa berkat, lahirlah pemuda-pemuda yang tinggi semangat juangnya untuk menuntut Ilmu demi agama dan bangsa, merdah laut China Selatan untuk menjadi anak didik ulama-ulama muktabar di Tanah Melayu, ( Ceh.. dah "Malaysia"pun time tu, saja nak bagi klasik sikit cerita ni ).
Setelah bertahun-tahun mentelaah pengajian, maka tamatlah pengajian di pondok-pondok dan Alhamdulillah, kini sekembalinya mereka semua itu 11 tahun yang lalu, kini ramailah Alim Ulama di kg. Lohan 1, dengan lulusan di pelbagai IPT dalam dan luar negeri.
Selama beberapa tempoh waktu menuntut ilmu, ketika itulah Syeikh yang bertanggung jawab membawa Abjad ke Sabah, mendapat tarbiah umum dan khusus dari Ulama-ulama disana pada waktu itu, Sehingga beliau bertemu dengan Abjad ini. Ini kerana Abjad ini dipelopori oleh Ulama-Ulama. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk pada Salasilah Pertubuhan Abjad ini.
Kami amat bersyukur kerana, sekembali pemuda-pemuda penuntut ilmu ini, Salah seorangnya dengan izin Allah S.W.T, di izinkan menjadi Badal atau Guru Ijazah bagi Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia.
Dengan kurniaan dan kesempatan yang ada ini, maka beberapa sahabat-sahabat rapat Syeikh ini berpeluang mendapat Bai'ah / talkin dari Tuan Syeikh ini.Allahmdulillah, pada masa kini, hasil muafakat dan usaha gigih yang tidak pernah putus asa dari rahmat Allah, Abjad telah bertapak di Sabah, khususnya di Kg. Lohan 1 Ranau secara "Sah". InsyAllah, Abjad ini akan berkembang luas di Sabah.
Ibnu_Sufi
p/s Sekarang da senang, padang kg Lohan jadi gelanggang.