Saturday, July 9, 2011

JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN

Rejab yang mulia telah berlalu, datang pula Bulan Sya’ban penuh keberkatan,menandakan bulan Ramadhan mubarak pula akan menjelang.Eeee la la Puasa, puasa, puasa, maka Hari Haya aidil Fitri pula akan menjelma,wah syooook nya… tapi raya tak syok uda,,,,,,,, angan-angan aku dah mampus….

Hari Raya budak-budak ja yang sakan merayakan Aidil fitri ini, macamlah dunia di orang punya.Maka Ini pesanan Ikhlas aku untuk mereka-mereka itu, no maaf bagi kamu dunia akhirat,lagi pun Aidil Fitri ini tidak ada kena mengena dengan kamu bah…

Rakan –rakan sekerja perempuan dua tiga hari ini memang hebo-hebo pasal berpuasa, mula dah kot berlatih,sebab suara hok hak mereka pun tak berapa kedengaran lagi melanda, aman tenteram dunia ini.

Penulis pula yang makin tak aman, wuuuuuuuuuuu sungguh tidddddddddak Aman. Si Dia dan rakannya akan bertukar ke sekolah lain tinggal menanti surat arahan penempatan baru, Allah subahan Allah… dan semestinya kewarsan penulis sekali sekala sangat mudah terganggu. aku Fireeeeeee karang.

Si Dia pula penulis lihat,sangat bersemangat untuk berpindah,tak sabar-sabar nampaknya,ialah kan akan terjauh dari ganguan hero jahat ini. Moga Aman tenteramlah kamu di Sana. Amin

Kesian juga penulis melihat rakan-rakan yang diura-urakan berpindah tempat,bukan mereka saja yang terjejas emosi mengajar, penulis yang belum ada dalam senarai pun, mula gelabah ikut-ikut Bad Mood, kacau betul lah….

Kalau untuk kenaikan pangkat tentu semuanya seronok, tapi ini hanya menyusakan pengurusan dan pentadbiran, baru setahun lalu rombakan besar-besaran dibuat, ini tahun kedua buat hal lagi.. wui!! ingat rombakan dulu tidak melumpuh organasasi dan menganggu pelan pembangunan yang di rancang dan baru di mulakan di sekolah-sekolah?

Entah akal apa di pakai? Famular apa di guna? Bulan sepetember ini murid tahun enam ada UPSRA dan Murid tahun Lima UPKK. Semua ini tak menganggu kah? Rasiona lah, kenapa nak buat juga semua ini sekarang? Nak gelumur kah? Rata-rata banyak staf yang terganggu.

Aku pula lebih berat beban tanggungan,dengan sedikit kekuatan Aku telah tanya dan Aku cuba pastikan supaya Si Dia agar nyatakan dan sebutkan pada Aku,bahawa aku mahu dengar dari mulutnya Sendiri .USAH MENGHARAP DAN JANGAN GANGGU AKU LAGI, KERANA SEKARANG AKU TUNANG ORANG, tapi Aku rasa memang Si Dia sangat tertekan aku suruh lafaz ayat yang aku sangat-sangat aku mahu dengar ini, "kenapalah? ustaz ini tak pandai-pandai Faham!!! aku dah kata dari dulu lagi jangan mengharap,aku dah ada pilihan, saya pun tidak tahu, pening dah aku nak cakap apa lagi dengan ustaz ini" luah Si Dia,tapi aku terus memaksa tolong plese ulang-ulang ayat ini beberapa kali agar aku dapat masukan makna ayat itu dalam hatiku.. dan aku bersedia untuk menangis.. mengalirkan Air mata

Aku yang tak faham? Atau Si Dia yang tak faham ? Akulah bah yang tak faham kan???????, memang aku tak perlu faham apa-apa pun,aku tak mengharap pun, memujuk pun aku tidak, yang aku buat Cuma merayu-rayuuuuuuu . Biar pun hidung memang mancung, pipi yang makin nipis. Aku terlalu tua untuknya…

Si Dia dah pun bertunang kenapa rahsia-rahsia lagi? Takut menyakiti hatiku? Bukan aku seorang ja sakit hati uda eeee Ramai yang sakit hati,, , Aku cuma serbah salah, sakit hati uda lama ini tambah lagi sebab telah menganggu bini orang … bukan tunang orang, Bini orang be tu tapi tak mengaku..

maafkan saya. Sebab aku pun tidak akan suka jika in isteri ku di ngorat di usik dek orang, pantang…. Pantang,,,, pantang sangat,,,, tapi tak lah sampailah bab pukul memukul seperti dalam cerita wayang gambar kot?. Ketik jari ja aku tau… berteberan anak-anak buah aku siap sedia menerima arahan.. tapi sebelum tu hero jahat kena bagi warning dulu lah hero star tu, awas lo!!! kalau sekali lagi gua nampak lo mengampiri isteri gua nahas lu,,, kan ku kerja in lu sampai patah-patahkan tulang, sukad ransum nak aku hantar ni tau kalau ko degil juga. Pi main jauh-jauh,,, apa? Apa? Apa? Isteri ? adu den kanapa tidak di kasi tahu awal,,, uda lemabt dee ada aku kisah.. ful mak lagi la mantap, oooo oooooo tak sama cerita di TV ...

Cuma sebenarnya aku juga tidak alah oleh hati,seperti kamu juga yang menutup hati kerana berpegangan kuat, engkau buat semua ini untuk menutup laluan ku kan? maka awal-awal lagi aku dah tak janji tau,,, untuk aku lepaskan begitu saja tidak mungkin,,,, aku silap jumpa ko dan engkau memang silap jumpa aku,,, aku tidak diajar langkah mundur ke belakang, jadi memeng aku tak reti menyimpang apatalah lagi gostan ke belakang, maju terus mara maju ke hadapan.

aku lebih berpandukan pada rasa dan gerak. Kadang-kadang kopius(kompius) juga rasa ada gerak tak ada, kadang-kadang gerak saja rasa tak ada pun, kadang-kadang rasa saja memanjang Cuma takut pula rasa itu lintasan iblis.

Semakin ego kah aku? atau aku ini semakin tercabar? hilang sudah kelembutan hati… aliran air mata tidak menggugat lagi, aku sangat-sangat rindu pada kelembutan dan ketabahan ustaz rahipin pada masa muda nya. Kenapa? apa sudah jadi dengannya?

Aku bukan tak kisah semua bait bicara dan SMS dari SI DIA , Tidak ada harapan, dan Jangan mengharap. Aku bukan tidak percaya, memang dari dulu pun aku tiada harapan. memang inilah asas aku, Siapalah aku? Semua yang aku mampu lakukan selama ini pun adalah curahan sisa-sisa kesungguhan pada tanggung jawab dan amanah. yang mana kesudahanya dalam kertas pun memang dalam jangkaan keputusannya. Ala kompom kalah bah.

Tapi Mudah-mudahan Insyahallah taalah, apa yang berlaku ini bukan penyebab yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kerana berhenti kerja ini aku dah fikirkan dan telah perkatakan dari awal…

Allah swt benci dengan mereka yang berputus harapan. Maka dengan itu aku bertekad akan meruskan(meneruskan) juga semuanya seadanya sambil merafa’ dan mengharap redha dan rahmat Alllah swt. sifat mustahil milik Allah, hanya Bila aku digerakan berhadapan dengan sesuatu ketentuannya, maka rasa itu aku beri nama satu ujian.

Adakah aku perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk mencapainya? Kalau ada pasti aku akan menggunakannya, nasiblah aku tidak pandai… kerana aku juga sangat yakin sangat mudah bagi Allah Swt memalingkan si Dia ke sisiku seperti mana Mudahnya Allah Swt memalingkan Si Dia Dari Sisiku.. dan aku juga tersangat yakin kemakbulkan semuanya itu adalah ketentuan sejak azalinya.

Allah swt yang maha pandai dapat mengatur segalanya dengan mudah, dan dengan kurnia izinnya juga dengan daya kurniaannya juga, Aku dipinjamkan kekuatan untuk terus cuba bertahan diposisiku sedapatnya.. aku merayu… Biar pun Kata orang, pada tahap mustahil bah ko bole dapat? Perlukah aku malu kerana gagal memiliki Si Dia? Secara sembang sebagai lelaki semestinya aku memang tercabar. Oleh kerana hikayat ini bukan setakat cerita sebagai lelaki, tetapi cerita lebih kepada diri topik sebagai seorang Ustaz. Jadi penceritaan hikayat ini akan berterusan selagi hayat masih ada.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun akhirnya pada suatu hari, aku alah, aku bukannya tewas atau aku mengaku kalah, kerana apa yang aku buat ini pun sudah satu kemenangan. Aku bersyukur kerana Allah Swt pilih aku dari sekalian makhuluknya untuk digerakan melakukan semua ini, ini satu kemenangan bagi diriku, macam mana pula ada kemenangan?

Cuma aku mahu menambah lagi dengan satu pangkat kejayaan, kemenangan aku tadi sebagai bentuk yang boleh aku dinikmati di akhirat kelak, sekarang ini hadiah di dunia inilah yang aku terkejar-kejar gila pula. Aku Tak dapat pun bukannya aku rugi apa-apa, tapi kalau aku merayu-rayu juga tiba-tiba satu keajaiban menjelma jadi kesemuanya aku dapat, maka berganda-ganda keuntung besar aku, dunia dapat akhirat pun dapat. Fuuuuu yu Amin

Yang pastinya Allah swt ada menyembunyikan beberapa hikmah di sebalik semua ini,Nur Hidayah itu di milik Allah Swt, aku diilhamkan merayu-rayu sebagai menjadi penyebabnya kerana sesiapa yang allah Swt berikan hidayahnya pasti tidak ada kesesetan menghalang lagi baginya, dan sesiapa yang allah Swt sesetkan maka Allah Swt tidak berikan baginya hidayah. Merayu-rayu atau Buatlah ikhtiarlah macam mana sekali pun tetap begitu juga kiranya allah Swt tak bagi hidayah.nauzubillah hi min zalika

Suatu keyakinan, tiap sesuatu ada sebabnya musabbabnya , pasti suatu masa akan ada sesuatu,,, bersebabakan hikayat yang berlaku ini, maka akan muncul pula adika hikayat lain berdasarkan atau kesinambungan hikayat yang berlaku pada hari ini, biarpun hero heroin sudah orang lain tapi perkaitan topic hikayatnya pada asas yang sama, Insyahallah…

Demikain juga Berjaya atau gagal sesuatu usaha ikhtiar adalah ketentuan Allah Swt, maka Dengan kesedihan dan kelukaan sedikit ini aku memohon kehadrat Allah Swt untuk aku menikmati keuntungan bentuk di dunia dan keuntungan bentuk di akhirat, aku juga memohon supaya aku dapat berlepas diri dari tanggungan dan tanggungjawab mengenai persoalan topic hikayat ini di dunia dan di akhirat nanti. Amin

Ya allah ya rahman tenangkanlah hati kami ini, mudakanlah dan ringankanlah bagi kami segala bentuk ujian mu ini. Tunjukanlah kepada kami jalan kebenaran yang lurus yang engkau redhai, bukan jalan yang engkau sesatkan. Angkat dan palingkanlah rasa iri hati dan hasad dengki mereka yang tidak senang dengan keadaan kami. Ya allah Aku kembalikan hal hikayat ku ini kepada mu dan aku mohon pada mu ya allah tuhan semesta alam, agar engkau angkatlah persoalan dan ketentuan mu ini agar mudah berlalu pergi dari sisiku Amin ya rabil alamin.

Monday, July 4, 2011

BUKAN LAGI RAMBUT TERPACAK DAN TIDAK LAGI MENYARUNGKAN CINCIN BERMATA BATU PINK.

Ruam gatal di dahi kiri penulis membentuk Kesan parut hitam, ada juga rakan yang berseloroh kan sapa suruh makan kicap? Hitamlah parutnya, penulis pula kata, tak apalah…. Kicap kan penambah rasa dan sangat-sangat sukar untuk di tinggalakan..

Parut bekas ruam yang sangat gatal di dahi kiri penulis kini menunjukan seakan-akan satu bentuk chop gigitan manusia, pada parut yang agak kelihatan besar adalah seperti kesan gigitan gigi kacip dan kesan kecil yang nampak lebih dalam adalah serupa bekas gigitan gigi taring.

Wuuuuuuuu Bila penulis Perhati betul-betul di hadapan di cermin timbul pula rasa seram, kena gigit hantu,,, kalau beginilah gigitan nyamuk pantai di Daerah Pitas siapa lagi yang mahu datang kesana.

Ketika penulis menulis artikel ini, parut ini masih pada masa-masa tertentu kegatalan luarbiasanya akan muncul, mengakibatkan penulis akan menggarunya sehingga mengelupas semula. Bilalah nak sembuh??

Kesan ruam ini tidak bertindak balas dengan sebarang jenis makanan, lagi pun Penulis tak alah dengan sebarang jenis makanan, apa yang ada sapu aja tolak batu dan kayu.

Cuma di awal-awalnya munculnya ruam ini, penulis akan terasa sangat gatalnya pada waktu senja terutama ketika penulis melintas di air laut yang sedang pasang.

Oooo ya Tadi, baru penulis pergi minta potong rambut gaya petak pula,… ala ala sting lah konon. Makin jelas kelihatan lah ini parut, bila orang tanya ini parut Cacar? Penulis jawab ooooo ini bukan parut cacar tapi Gigitan hantu… jawab mereka eeeeeee ada- adalah saja ustaz ani.

Biasanya potongan petak , orang Army aja yang suka gaya begini, penulis pula sekali pandang macam potongan begini tak padan lah dengan jangut penulis, bolehkah penulis potong abis janggut ni?

Ala esok pagi ja Test repay dulu kalau tak micing pun anggaplah micing, segan sangat lah penulis kalau tiba-tiba hilang janggut ni…. Lama benor dah tak cukur… hak aku jadi ustaz. Karang heboh satu malaya.

Gaya petak ini memang fesyen kegemaran penulis dari zaman sekolah, tapi lama penulis tak buat, dulu asal balik kampong penulis tidak lupa akan berkunjung di kedai gunting kenalan untuk gunting rambut style ini,semenjak dia menghilang diri penulis pun mula berjinak-jinak di kedai gunting Ezzy Buber ini.

Masa di kampung halaman masih ada kadai gunting, fesyen inilah penulis selalu minta, time tu lah penulis baru tahu rupanya sikat rambut pun ada sukat pakai level Air, bukan tukang rumah saja pakai level Air tau. Kawan ini memang kemas sungguh kerjanya, Cuma masalah rambut gaya petak ini, awal balik masuk kedai gunting setiap dua minggu. cepat kaya lah depa.

Penulis tak sangka pula yang kedai EZZY BUBER boleh buat rambut penulis jadi gaya petak, biasanya penulis biarkan sahaja apa reka bentuk yang akan di buatnya, kebetulan time penulis menunggu, orang yang sedang di operasinya penulis sangka minta ini tentu gaya sting, yang penulis pula ikut kata ustazah tu,. bos potong gaya petak aahhhhh….

Bos Ezzy pun kata kan bila dia nampak gaya rambut kamu ini, dia pun mengikut, kalau tak memang biasa dia ini tak memilih gaya potongan Rambut,lah… lagu ni pula potong gaya petak no.

Berlaku sedikit kekeliruan, rupanya penulis terpotong barisan, Bos Ezzy minta penulis memberi laluan kepada pelanggan yang lebih dahulu menunggu dari penulis.
Pelanggan ini mempunyai beberapa corak di tangan dan bahunya, pelanggan ini memilih gaya potongan rambut No satu. Polis kot? Bila di tanya minuman kah? oleh Bos Ezzy , pelanggan ini menerangkan bahawa beliau memang dari dulu tak pernah minum Arak, kalau masuk Pup ikut kawan-kawan pun hanya memilih oder minuman cola. ( oder minuman ini boleh, tapi jangan minum, cola yang ada dalam club pup 100 peratus tidak sama dengan cola yang di jual di kedai-kedai biasa)

Alasan pertama, sebarang minuman halal jika disimpan bersama dengan minuman tidak halal dalam satu tempat Frezer, maka wap sejuk dalam frezer itu akan mencampurkan dan memindahkan dan menukarkan isi dalam bekas-bekas minuman tersebut. Peluh yang mengalir di bekas tersebut adalah sebenarnya adalah berasal dari isi bekas tersebut.
Seperti mana juga air panas dalam jag yang cuba disejukan dengan cuba meletakkan nya dalam sebuah bekas berisi air sejuk. Apa jadinya? Akhirnya Air yang sejuk didalam jag, adalah air yang berasal dari pertukaran air sejuk dalam bekas tersebut. Air panas itu ke mana? Air panas itu telah beralih di luar jag. Allah hu akbar

Alasan kedua, terutama gadis, banyak mangsa yang menceritakan tadi masa minum saya hanya oder cola, tapi boleh mabuk sampai ampai ampai, kenapa boleh mabuk padahal minum cola aja? Di campur ubat itu perkara lain, sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan encik dan cik, hidangan awam pun jika di sediakan atau di anjurkan oleh mereka yang gemar meminum arak. maka sangat berpontesi air oren, air limau atau apa-apa pun airnya telah di campur dengan arak, sebab itulah kirannya air yang di hidang itu dirasanya sangat lazat sehingga menuang untuk beberapa cawan lagi sebenarnya dia sudah mula mabuk-mabuk. nauzubillah

Kedai Ezzy buber pekerjanya terdiri daripada warga Filipina dan semuanya lelaki.penulis tak tanya pla paspot atau penduduk tetap. Satu-satunya kedai gunting yang bukan di usahakan oleh orang India di wilayah labuan ini. Bosnya lah yang sangat penulis suka bergunting, pernah dibuatnya entah gaya apa tu… potong tepi saja..

Bos Ezzy boleh berseloroh dengan penulis, hari ini katanya bos potongan rabut macam ini adalah kerja bonzer di pup, jadi malam ini bertugas Di Mana? Minum dua tiga tin cukup .,coleteh Bos Ezzy memang tak pandai lekang, Bos Ezzy tahu penulis ni Ustaz ,kerana anaknya bersekolah di tempat penulis bertugas. Tapi tak pernah pun penulis dapat diskaun. Tetap RM5.00.

Bos Ezzy penulis pernah lihat diganggu oleh pihak-pihak yang berkenaan tapi masih bertahan, sehingga kini penulis masih lihat di jari kanan Bos Ezzy tersarung Dua biji cincin bermata hijau. Tangkainya besar dan penulis pasti memang dibuat dari emas tulin, Bos ezzy juga memakai rantai tebal emas tulin. Lupa pula penulis lihat anting-antingnya. Tentunya semua yang di pakainya bernilai dalam ribuan Ringgit.

Penulis pula semanjak timbul rasa ragu-ragu dan was-was. Penulis tidak lagi menyarungkan Cincin bermata Pink itu. Kadang-kadang teringin nak pakai juga, sebab fikir apalah sangat dengan Cincin murah ini, apakah benda yang dok ada dalam benda remeh-temeh cam ni? Percaya dengan yang bukan-bukan pula, penulis tak menang hati juga.

Bila penulis dah menyarung cincin tu, penulis memang ada rasa pula macam ada sesuatu yang tidak dapat penulis nyatakan bentuknya, ini yang buat penulis sangat-sangat compius. Kalau benar ada isinya tidak kah penulis boleh tundukan? Jadi baik pada sementara bertenang ini, penulis simpankan lah dahulu.

Pada pengalaman penulis, jangan suka meminta-minta sesuatu pada orang dan berhati-hatilah juga kalau diberi sesuatu oleh seseorang. Saka baka bolah berpindah tuan dengan akad yang paling simple lihatlah yang ditunjukan pada sigmen Maharaja lawak oleh kumpulan JAMBU.

Berpindah milik tuan adalah simple, untuk merawat dan memulihkannya pula memerlukan kesabaran dan pengorbanan dari pemilik, pewaris dan perawat. Seorang perawat yang berkobolehan pula sangat sukar untuk di cari yang ada pun menentukan kadar fidyah yang agak merisaukan.

Terdapat juga pewaris yang telah berulang kali mengalihkanya tetapi benda itu masih bersertanya. Ada juga pewarisnya yang langsung tidak menyedarinya kerana memang ia bergelumung dalam kefasikan. Jadi saka itu tak menganggu.

Saka baka ini hanya memberi masalah kepada mereka yang hendak menuju ke jalan yang tepat, dan di redhai Allah swt. Bagi mereka yang tetap alfa, lalai Allah swt tak buka hatinya maka tidak merasakan masalahnya. Nauzubilah

Jauhkanlah aliran yang bernama dan berjasa sekaipun, jika jelas sandanya tidak sampai kepada Rasulallah saw. Agak menduka citakan orangnya yang menyuruh orang lain bertaqrub, pada hal jalan pilihan dirinya sendiri berlandasan jalan yang tidak jelas sanadnya. Nauzubillah.

Firasat dan petua yang sangat mudah bagi penulis, ini berdasarkan pengalaman tesmoni penulis sendiri . orang yang mempunyai sintom tidak boleh duduk senang berhadap dengan penulis kemudian jadi sesak-sesak nafas atau mereka -mereka yang merasa terbakor, bakor, bakor.. kehangat berpeluh-peluh apabila mendengar keterangan dari penulis, dengan ini adalah mereka –mereka yang bersintom demikin itu boleh di suspek sebagai berpontesi bersaka. Nauzubillah.

Penulis baru teringat, ketika bertugas di ibu pejabat semasa cuti sekolah di Bangunan Ujana Kewangan Labuan, satu hari penulis dipelawa turun makan tengahari bersama seorang dan seorang Penolong Pengurus Sebuah Agensi Agama (S48). Antara yang Penulis panggil nya Sebagai Bos.

Oleh kerana penulis yang di suruh memilih lokasi kegemaran, penulis pun kata gerai di luar iaitu, Meden Salera Labuan, bersebelahan dengan Hotel DERSOT dulu namanya Hotel Sherton. Bos kata ini tempat biasa . Tak dok kah tompat la in ? Penulis pun jawab, ala Bos saya pun baru kemarin tahu tempat ini, depa la yang bawa aku mari sini.

Sambil menikmati makanan Penolong Pengurus ini tanya lagi soalan yang sering ditanya kepada penulis, nak tahu apa? Ini solannya cepu emas tulin. Jack! Jack! Bilalah ko nak kawin ini? Dulu hang kata tak ada duit, sekarang gaji ko dua ribu, ha… hang nak bagi alasan apa lagi? Aku risaulah engkau ini mengamal ilmu tak boleh Kawin kot? Tak betul Jack? astagafirullah hal aznim

Hang kalau cari sendiri memang tak boleh, payah, hang habaq kat kami mahu pilih sapa2 yang haq guru-guru SRAI sana ramai, yang haq kat pejabat pun ramai . si anu si anu si anu…..

Malu penulis berhadap dengan penolong pengurus ini, semua satu persatu nama-nama dalam ingatannya di sebutnya, sehingga penulis tertunggu-tunggu mana tahu nama seseorang itu terlafaz juga. Kalau nama orang itu di sebut juga penulis Kompom kata setujuh. Yes kalau dia boleh,,, malangnya tidak tersebutlah pula. Bos tak ingat kot?
Last sekali penolong pengurus ini pesan, Jack kalau susah sangat, ko suruhlah ibu di kampong pilih mana yang di sukanya, penulis pun memang fikir itulah yang terbaik, sekadar memberi alasan penulis jawab kepada penolong pengurus ini, buat sementara ini orang kampong sedikit tak boleh terima aku sebab budaya aku seperti orang semananjung dan aku berkawan dengan ramai orang semenanjung.

Penolong pengurus ini tanya penulis, hang ini sebenarnya orang sabah atau Orang semananjung? Penulis jawab Bos saya memang loceliti Sabahan, Cuma mendewasa di tanah seberang. Dan penulis mengaku bukan saudara Baru seperti mana rakan-rakan yang telah di sebutnya.

Dan masih dalam ingatan penulis Bahawa suatu waktu dahulu penolong pengurus ini pernah menjanjikan akan menyediakan cincin pertunangan. Tapi mesti terus pigi rumah perempuan tu, jangan tanya itu perempuan,, jadi Adakah mungkin penulis masih berpeluang untuk menuntutnya?

Dengan semua itu penulis tiba di fikirkan,,,, Jangan tah marahkan daku ani, aku ani pun bersaka jua. Berabis tah aku ani membuangnya tapi tetap jua ikut kemari. Sakanya bernama SAKA PERALIH JODOH. Patutlah payah bertemu Jodoh.. Paaaaaaa lis- palis.

Uda lama kawin tapi belum dapat anak,….. mungkin GANGUAN SAKA PERALIH JANIN

Nak tahu bersaka atau tidak? Jom kemari boleh kita try cuba scan bah.. fidyah pormosi RM50.00.

Nak lanjutkan lagi pengatahuan.
IKHTIAR RAWATAN SELANJUTNYA oleh (Peralih Saka)
1. Tekit Kapal Terbang Pergi Balik (RM1200.00)
2. Penginapan (RM600)
3. Makan Minum (RM600)
4. Peralatan ( RM100/individu)
* sama ada berikhtiar secara perseorangan atau secara berkumpulan Fidyahnya memang pada jumlah yang sama juga . pm dengan setiusaha Cawangan jika berminat

Saturday, July 2, 2011

Ajaibnya perasaan pada Usia 40 tahun

Alhamdulillah hirabil alamin, hari dan minggu yang hadir dihadapi dan dilalui dengan penuh redha dan sangat tabah,sewaras dan setenang yang mampu, Cuma perangai aku ini yang perlu di cuba-cuba di setting sikit, dengan gaya rambut tepacak meradak halangan yang ada, oooooooo ada sapa2 yang mahir setting perangai ni? Boleh lah settingkan perangai aku? harga bolah runding bah.

Lelaki Dan Wanita akan mencapai Usia Baliq dua kali. Pertama kali dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan kali kedua dari alam dewasa ke alam senja. Kira-kira dari usia 12 hingga 15 tahun dan sekali lagi antara 40 hingga 50 tahun.

Pada usia melapasi 40 dan menghampiri 50 akan sekali lagi mengalami perubahan yang ketara kali ini tentang peribadi,sikap, cara perfikir dan susuk tubuh. Perubahan ini menyebabkan “kegatalan” akan kembali memuncak, tentu biasa di dengar, “wah, makin hari aku tengok engkau makin cantik pula”

Tarikh tamat kontrak perkhidmatan semakin hampir dan perkhabaran adanya pertukaran dan penampatan baru pula sedang hangat di bicarakan, sebelum-sebelumnya Penulis tak kisah sangat kalau pun ditamatkan kontrak,penulis boleh balik kampong bah.

Dan penulis juga tak kisah dimana pun akan di tempatkan, kerana penulis berkeyakinan di mana pun akan di letakkan, penulis bisa hidup dengan keadaan lingkungan dan persekitaran yang ada.

Keadaan sekarang sudah berubah, kedua-dua situasi itu akan sangat-sangat mempengarahui kewarasan, keadaan dan gaya hidup penulis,terutamanya buat masa ini penulis tersangat risau jika akhirnya akan berjauhan dengan Si Dia. Tiada kerja yang penulis buat melainkan ada bersangkutan dengan Si Dia,hingga SI Dia pun kata Ustaz mana boleh Main paksa-paksa...

Penulis pula kata ahhhhhhhhh tidak, tidak, tidak. sama ada setujuh atau tidak setujuh, mesti jawab setujuh, kalau tidak saya pugai (pengasih) ma, Nauzubillah.

Untuk renungan dan ingatan penulis sendiri, dan moga penulis dikuatkan iman, seperti penulis tulis pada artikel sekitar Julai-oges 2010, perjodohan terdedah kepada tiga.

1. Jodoh Jin.

Jodoh ini berlaku dikerana dan bersebabkan berdasarkan oleh pengaruh atenatif lain seperti pengunaan pemujaan dan alatan pengasih yang seumpamanya.

2. Jodoh Iblis.

Perjodohan ini berlaku dikeranakan dan bersebabkan kerana sudah terlanjur.

3. Jodoh Allah swt.

Perjodohan ini berlaku bukan dikeranakan dan bukan bersebabkan seperti dua di atas. Insyahallah.

Sebelum penulis menerima perintah arahan bertukar ke sekolah sekarang, sebenarnya penulis dah pun menyimpan sebuah anganan yang akan berada di sekolah ini dan pernah penulis nyatakan keinginan tersebut kepada rakan-rakan, dan pernah juga penulis berseloroh dengan Guru Besarnya untuk pindah ke Mari.

Penulis juga semakin tertarik bila mana pernah mendengar cerita dan berita dari rakan bahawa adanya seseorang yang bernama Si Dia yang baru di tempatkan di sekolah ini, hebat tu tau…. mendengar cerita ringkas itu lahirlah bunga-bunga hati penulis, mungkin kerja tambahan ini boleh aku cuba-cuba. dan mana lah tahu….. rezeki penulis di situ.

Kali pertama penulis bersua dengan Si Dia,masih kah ko ingat? time tu ko sedang menjual Pen tulisan Khat di M JAN,kursus time tu memang gila-gila banyaknya, oh ya Si Dia tingginya separas penulis, memakai cermin mata, dan bertahi lalat…. Putih, ini rupanya Si Dia,ada getaran di hati penulis,puh.. semangat.

aku uszer…… tak layan la bro… senyum pun enda. Masam je muka, mungkin Aku yang sombong kot? Kalau Si Dia melihat senyum manisku. Semanis kurma ini. Tentu tergelak punya. Never men, tak kenal aku lagi …

Kali kedua penulis bersua denganya, masih kah kau ingat? ala la Si Dia di arah menganti bertugas di sekolah lama penulis, dan penulislah mangsa pertamanya pada hari pertama kehadirannya, garis merah tau kehadiran penulis hari ini, penulis memang awal sampai tapi terus buat kerja sebab penulis takut sekejap lagi kalau semua rakan-rakan kerja uda sampai jadinya jem berebut-rebut nak siapkan kerja masing-masing pula, penulis memang tak pernah datang lewat, rumah sewa penulis dengan sekolah tak jauh pun, jalan kaki pun dapat Cuma konon bila ada kemudahan pakailah kan.

Tak sangka pula yang datang hari ini,Adalah Si Dia boleh tahan ciut tau ini orang i like this girl, hari ini Heboh staf gabungan dua sekolah , mungkin ramai yang bergaris merah kalau begini, memang penulis uszer je dari tadi time Si Dia Mula-mula masuk pejabat, penulis perasan Si Dia melilau matanya mengira-ngira jumlah makhluk yang ada, Cuma tak apalah biar tah aku ni, aku tahu sengaja Si Dia mengaris merah untuk Tahu gerangan siapakah nama lelaki hendsom yang sedang merenungnya?

penulis nak menikmati pemandangan yang sangat indah pada hari ini dan mungkin untuk beberapa hari. Penulis sangat gembira dan penulis sempat berdoa Semoga aku ada peluang.

Hujung dan awal bulan berlalu Sim kad tunetalk baru yang kedua penulis dapat jual, macam memang penulis tak ada bakat jadi juru jual, susah nak jadi jutawan Tunetalk kalau begini,kawan-kawan asyik minta penulis sponserlah dulu, bisenas baru nak mula, utang tak settel lagi iiiiiiiiii macam manalah penulis mendahului jadi kaya, kamu lemparkan penulis ke lembah kayawan barulah penulis dapat menyediakan kamu tempat di lembah kekayan ini.

Kena mencari ilmu meniaga juga tau ini.

Lain lah kalau Si Dia, memang penulis bagi special punya tawaran, dan tawaran penulis ini memang tak ada tarikh lupusnya, Cuma otamatik batal kalau adanya yang lain bertaktha di hatinya..

Sibuk kami minggu ini, rindu pula penulis dengan Si Dia, Belum Masuk kerja.seminggu udah tak jumpa. Cemburu aku tak reda-reda. Bila masuk kerja rupa-rupanya si Dia masih sakit dan memang dalam seminggu bercuti itu sakit. Cian dilo, aku pula tak ambil tahu apa-apa. Macam mana nak jadi suami mithalai kalau begini?

Bila Si Dia masuk kerja juga,biarpun masih kurang sihat, Tengah2 penulis mengayat Si Dia, penulis kena tanya soalan cepu emas tulin pula, wuuuuu…… bole tolong jawab ?

Katanya so…. Saya nak tahu apa sangat yang membuat Ustaz (ala la panggil ustaz lagi.… pangil abang bah..) kenapa ustaz tertarik dan memilih saya sedangkan ramai lagi ustazah di sekolah ini dan di sekolah lain ustaz pilih lah mereka?

Setahun lalu penulis ada post dalam Fc susah rupanya mengurat, setahun kemudian penulis postkan nada yang sama juga, bermakna Penulis tak pernah bercinta, penulis tak pernah berjaya mengurat, termengorat adalah kot?

Macam mana nak jawab? Adakah memang perempuan selalunya tanya soalan yang sama begini? Dan bolehkah tak payah jawab soalan yang begini? Atau memang wajib jawab agar lahir rasa kepercayaan dan keyakinan pada empunya diri? Sebenarnya Nak penulis jawab takut jawapan menipu pulak, tak penulis jawab risau pula dikata tak bersungguh-sungguh...

Nak tak nak, kena mengayat juga ni tau... Oh cinta ku pandang pertama.kali pertama aku terpandang wajah mu,,,,, Kan.. kan… kan.. terkedu seketika si Dia. “ Ustaz….. adakah lagi cinta begitu?”

Antara keserasian penulis dan Si Dia,ilah cita rasa boleh memilih menu makanan yang sama, dan yang penting sekali penulis dan Si Dia dapat bergaul dan beramah dengan orang-orang dari semenanjung, biar penulis ni Ori orang sabah, penulis ni macam orang semananjung . Ber Abang Adik dan ber Ayahkan orang semenanjung juga..

Dan penulis menjangkakan, dengan kelembutan dan gaya penampilan Si Dia yang tersendiri tidak masalah berkominakasi dengan adik beradik penulis, tak bising-bising bercerita dan mereka semuanya sama berkulit cerah. Entah mengapa dan kenapa penulis pula berkulit lebih cantik.

Si Dia mahu jawapan dalam jumlah enam ratus perkatan, satu cabaran…. insyahallah penulis terima dan kalau dalam bentuk kertas lambat sikitlah penulis siap, kalau ko sudi keluar makan dengan penulis, maka penulis bole top up lagi dengan lebih seribu patah perkataan akan penulis berikan, apa macam setujuh?

Dan Banyak lagi penulis nak cerita tapi ruang masa dan kerahsiaan isi penceritaan yang sangat membataskan suasana.

Mungkin Ustaz Rahipin akan menjawab soalan itu dengan tepat dan ringkas, katanya Demi dan Kerana ALLAH Swt.saya memilih mu insyahallah taalah.

Dan Pada pembukaan kata Ustaz Jack tadi pula, CINTA PANDANG PERTAMA. Dan Dari Pendengaran Pertama. Tak terungkai oleh kata, tak terkata oleh bicara, tak terbicara oleh percakapan,nak cakap pun tak terungkap. Bila dirangka dengan perkataan maka demikianlah jadinya.

Mudah-mudahan jawapan penulis mengenai Ustazah di Sekolah ini dapatlah juga menjawab pasal ustazah di sekolah lain, penulis masih ingat, dan penulis sangat pasti kamu masih simpan dihati kamu akan peristiwa itu. Maafkan saya sebab saya pernah melafazkan I Love you kepada seseorang di hadapan kamu. Itu antara kelemahan diri penulis, gagal mengawal tutur kata sehingga ayat seperti itu boleh terlepas bersahaja. walaupun penulis tidak bermaksudkan apa-apa, akibatnya memang dah terjadi. penulis bukan milik siapa-sapa,dan penulis tidak berusaha memiliki siapa-sapa sebelum ini.

Penulis ani bukannya tak Hendsom, memang hendsom pun dan penulis suka mudah mesra dengan sesiapa pun dan penulis akan berkata apa yang boleh penulis kata sebab penulis tahu. Tidak ada sesiapa yang teristimewa terasa hati akan kata-kata penulis, tidak perlu menjaga hati sesiapa pun, terutama ketika di serang, penulis perlu mengelak dan berdalih, kalau tidak, merah muka sendiri… dan saya amat berharap kamu lebih memahaminya. Antara Kita pun sering serang menyerang bila ada peluang.

Ketika pada masa si Kawan yang masih rajin mengambilmu, biarpun penulis bersahaja tetapi itulah hatiku. Biarpun kamu tidak pernah endahkan penulis, tidak pernah penulis berkecil hati, akan ku cuba lagi,Kalaulah penulis tahu antara kamu memang tidak ada apa-apa pada ketika itu…

Sedar tidak sedar udah berlalu setahun kita bertugas di tempat yang sama, April kita telah bermula, mei sarat dengan cabaran, jun yang agak ceria, kini masuk julai penulisan penulis masih tertumpu kearah kamu. Moga kita Berjaya. Amin

Bukanya penulis tak perasan apa yang berlaku di sekeliling penulis, yang penulis dapat jawab hanyalah penulis belum di izinkan untuk memikirkan ke arah itu sebelumnya…

pada situasi sekarang penulis sering menumpang atas Nama kamu bila di serang dan di Usik oleh mereka-mereka itu. Penulis minta izin pada mereka, Biarkan kami, doakan lah kami, restuilah kami

dan sekarang ani saya perlu belajar untuk minta izin dari kamu dan penulis kata kepada mereka Usah di sakiti hatinya lagi. hari itu telah bermula tapi begini jadinya… Kelak saya yang lebih merana…

Sunday, June 26, 2011

kisah dan berita hesteria Di Asrama SMA MAIWP Versi USTAZ JACK

Selapas gagal memujuk SI DIA turun dari bas, agar penulis dapat hantar ke hospital atau klinik swasta, penulis pun mengalah, jadi penulis kata ok lah saya mengalah dan kalau malam tak sihat juga jangan segan call saya.

Tak kan lah seorang Ustaz tiba-tiba naik ke dalam bas dan menarik turun seorang anak dara lawa, terkejut semua orang, tentu tiba-tiba ada superhero Baik muncul sebagai Penyelamat, tak pun. silap-silap ustaz tu di kerumung penumpang Bas kerana menyangk kan ini adalah satu penculikan. Masuk surat khabar sebagai tajuk utama, Labuan seorang Ustaz bernasib baik yang di sangkakan penculik berjaya meloloskan diri dari kepungan penumpang dan pemandu Bas. hebat siku 12.

Penulis pun rasa segan, lagipun jangal nak tunggu lama-lama kerana penulis perasan ada beberapa rakan kerja yang juga menggunakan perkhidmatan Bas untuk berulang alik kerja telah mengesan pergerakan penulis, takut pula akan jadi bahan cerita di sekolah.

penulis tak lah kisah sangat, berbangga adalah, Cuma takut SI DIA kembali kurang selesa bila mendengar gossip, ditambah dengan perangai mereka-mereka yang suka-suka sensasi. (pandai-pandailah jawab seolan cepu emas mereka)

Penulis pun perasan para penumpang Bas lain juga mula memberi perhatian dan mengulas terhadap perbuatan dan aksi seorang hero wayang tamil sedang mengayat heroin dalam perhantian Bas. Kalau ada rakaman d upload ke youtibe pasti mendapat penuntun ramai.

Petang ini giliran penulis untuk hadir kerana di arah bertugas solat hajat dan Baca Yassin di Asrama sementara Sekolah Agama Majlis Agama Islam wilayah persekutuan labuan.

Seperti yang telah di laporkan oleh Harian Metro bertarikh selasa 21 hb 2011, seorang murid perempuan menjerit hesteri kerena melihat makhluk bermata satu mengintainya ketika sedang belajar, berikutan dengan teriakan nya itu maka berjangkit kepada beberapa pelajar lain tiba-tiba ramai pula ikut berteriakan.

Kebiasaannya penulis tidak balik terus ke rumah, penulis akan menyinggah di mana-mana, bila penulis terima panggilan telipon, rupanya penulis terlupa yang penulis dah janji dengan rakan akan singgah di rumah mereka untuk dapat sama-sama menuju ke Asrama semantara SMA MAIWP di SMS LABUAN. Petang ini. Astqfirullah al-azhim. Mungkir janji la pula, patutnya lafaz Insyahallah singgah..

Ala la ji Minta maaf, saya lupa, ini saya memandu sampai di rumah pula.

Penulis dengar Peristiwa yang menimpa di Asrama SMA Maiwp macam satu wabak berjangkit pula, Hesteria ini kononya dah berjangkit kepada budak-budak SMS, penulis ada pernah dengar cerita yang mana hesteria ini telah menimpa seramai dua puluh orang murid dalam satu-satu masa. Penuh sebuah bas menghantar ke rumah seorang perawat yang berstatus Ustaz, yang khabarnya telah berguru dengan seorang yang cukup di kenali di seluruh Tanah Air, dan mempunyai jenama permis yang cukup terkenal juga di tanah air.

Menurut cerita mulut, kisah ini bermula pada sebuah petang bila mana murid perempuan sedang bermain bola tampar, tidak semana-mana bola itu terpalanting ke arah sebuah semak, jadi murid – murid ani pun saling suruh-menyuruh satu sama lain kerana tidak berani untuk mengambilnya.

Kononnya semak itu menjadi penampatan makhluk terbuang. Dan di khabarkan juga Asalnya kawasan bukitan SMS ini adalah tempat pelalihan Makhluk terbuang, dapat saja buang kemari, ada saja hantar kemari, lama-lama rasanya penuh sesak penampatan mereka sekarang ani, mungkin dah ada peralatan canggih untuk mengawal pernegarahan mereka, ada saja yang merapat tentu kena tembak, AWAS KAWASAN LARANGAN UNTUK MANUSIA.

Makhluk terbuang ini pandai juga, Murid yang mengambil bola tersebut tidak pula di jangkiti sintom hesteria, yang terkena hesteria ialah murid yang memukul bola ke arah semak tapi tidak mengaku perbuatannya dan menuruh orang lain pula mengambil bola itu.

Entah sapa pula yang pergi meracun kawasan semak tersebut,lagi la depa marah, wah..... semboyan perang ditiup sehingga ramai pelajar yang di jangkiti... entah berapa uda oran panglima telah di panggil untuk cuba menyelasaikan pertikaian ini... runding punya runding kedua-dua belah pihak masih belum berpuas hati.

Sebenarnya penulis lebih tertarik menjejaki berita berkaitan hal keluarga yang menjadi mangsa sintom histeria ani, dan penulis dapati ada khabarnya rata-rata ibubapa penjaganya yang anaknya mengalami sintom histeria ini mendakwa mereka adalah dari aliran yang mengamalkan sesuatu dan mereka bangsakan nya dengan dari sistem perubatan berlandaskan Islam. Betulkah itu?

Jadi ini Jawapan penulis sebelum bertolak ke tapak Asrama tersebut, amalan ibubapa penjaga tersebut sangat-sangat meragukan dan penulis bisa menyanggah amalan ini adalah tersimpang dari perubatan berlandaskan AJARAN islam. Ia lebih menuju ke arah saka? Namakanlah sahaja sebagai pendinding, sebagai pendamping, sebagai penjaga, sebagai penolong atau apa-apa saja namanya. Ia tetap sama SAKA BAKA.

Ramalan kaji cuaca penulis, kiranya benar kawasan bangunan telah di pagar secara rohani, masih ada lemahnaya juga kiranya tapaknya belum dipagar bersama, jika semuanya dah lengkap kenapa masih boleh bocor?

Alasan pertama sintom itu dibekalkan oleh ibubapa penjaga dan dibawah masuk oleh murid tersebut, jadi benda yang dibekalkan oleh ibubapa penjaga ini tidak selesa berada dalam kawasan berpagar maka ia akan cuba beredar sekejap dan kembali lagi.

Alasan kedua, masih berkaitan dengan benda yang di bekalkan oleh ibubapa penjaga kepada murid, tapi benda ini tidak dapat di bawa masuk kerana gagal menembusi pagar rohani tersebuat. Jadi benda ini boring sangat berada di luar, dan kadang-kadang diganggu pula oleh gengster kawasan sekitarnya, dan takut nanti di katakan makan gaji buta pula oleh tuannya, jadinya berusahalah juga untuk mencuba masuk mengikuti tuan nya didalam kawasan berpagar. Tidak pun cuba-cuba megintai.

Alasan ketiga mungkin disebabkan oleh negara disebalah, sengketa negara berjiran, yang kadang-kadang melancarkan serangan motar, peluru berpandu dan sesekali juga serangan jet pejuang dan yang merusingkan adalah serangan dari pengebom berani mati.

Pagar hanyalah pagar, dan agak malang jikalau pagar rohani pun ada expirednya. Bolehkah bina pagar yang boleh membalas serangan?

Namun agak malang sekali pagarnya sahaja yang utuh, isi dalam pagar kosong lesu, layu dan mereput sendiri.. pagar hanyala sungai pagar
Sungai pagar nama terletak
Entah pagar panama di letak

Pada hari tersebut penulis lambat tiba kerana menantikan rakan jiran rumah menyiapkan diri, penulis mempelawanya untuk menamani penulis kiranya terdapat apa-apa sintom yang tidak mudah di atasi..

(PENULIS TERLEBIH DAHULU MEMOHON AMPUN DAN MAAF, LANGSUNG TIDAK ADA NIAT UNTUK MEMPERKECIL ATAU MEMPERLEKEHKAN SESIAPA ATAU MANA-MANA PIHAK, PENULIS LEBIH KEPADA PERBANDINGAN PENGALAMAN SECARA ILMIAH ALIRAN MASING-MASING)

Selapas menunaikan solat Fardu Magrib Dan berwirid simple seperti yang dilazimkan dalam aliran kami, penulis baru hendak bertolak Asrama tersebut.

Ketika penulis tiba di asrama, penulis melihat dalam sebuah bilik adanya empat orang perempuan yang sedang berbaring-baring, yang penulis sangkakan mungkin ini antara pengidap sintom histeria itu. Bila penulis cuba menghampir,, Bos pula beri Isyarat yang rakan-rakan lain tengah baca yasin sekarang di surau. awalnya bos sampai, dan sepanjang krisis ini berlangsung Bos inilah yang bertanggungjawab.

Penulis melintas sebuah bilik lagi, yang ini pula untuk lelaki Cuma nampakanya hanya seorang saja. Ciut budak lelaki ini, Cuma penulis lihat macam ada gaya sotonglah.

Penulis dan rakan jiran rumah ini pun terus menuju ke Surau Asramah SMA Maip. Ustaz Azizan yang mengetuai Bacaan yassin dan di sebelahnya Pemangku Pengetua SMA MAIWP.
Penulis melihat di tengah-tengah halqah ada beberapa buah baldi yang berisi dengan air siap bersama dengan gayungnya sekali, ketika bacaan yassin ini sedang berlangsung penulis melihat ada tiga orang budak lelaki cuba menunjukan sintom wabak berjangkit ini, dua pada paras berhadapan pandangan mata dan boleh memandang ke arah mata penulis di arah kanan dan arah kiri, seorang pula barada pada pandangan hadapan penulis tetapi secara mengiring.

Ketiga-tiga pelawak ini asyik pandang memandang sesama sendiri, budak ciut ini di sebalah kiri hadapan pandangan penulis, asyik menunjukan sintom melihat dan memegang tangan kanannya macamlah sekejap lagi akan keluar power api dari tanganya. Awas kamu nah .....

Budak pada arah hadapan pandangan mata kanan penulis lebih sasa sedikit, asyik merenung tajam ke arah budak seorang yang mengiring dengan penulis, sintom budak ini menunjukan macamlah kepalanya akan tercabut sekejap lagi, barangkali beginilah permulaan balan-balan, macamlah budak ini nak bangun tapi tak bangun-bangun juga.

Budak yang mengiring dengan penulis ini, asyik menggigil mungkin ketakutan kerana dua lagi pengidap sintom tersebut asyik merenungnya, kadang-kadang nak bangun tapi tak mahu berdiri juga. keter- keter macam demam malaria...

Oleh kerana sintom budak-budak ini menganggu majlis bacaan yassin, maka penulis pula mula menunjukan sintom, tapi sintom penulis bukan pasal tidak balas, kerana bacaan aura radar dalam tahap zero.... tidak ada pergerakan langsung..

jadi penulis mengarahkan budak-budak lain jangan memegang atau menyentuh kawan mereka yang menunjukan sintom penyakit berjangkit ini. pada penulis supaya bacaan radar dan temprecur lebih tepat, Budak-budak ini takut pengidap sintom ini bangun lari kot? Lantaklah kalau nak lari pun...

Dan penulis minta diberi ruang, beralih dan biarkan pandangan mata budak-budak itu memandang terus kearah penulis, maka mulalah sedikit selesa untuk menamatkan acara bacaan yassin. budak-budak sintom itu tak respon dengan penulis, oooooohhhhhhh memendang rendah penulis ya. tak ada cabaran langsung...

Selasai bacaan yassin dan Doa, tanpa izin dan restu penulis bangun berdiri dan memperkenalkan diri sebagai Ustaz Jack dan kenapa ada di sini pada malam ini.

Nasib bukan Ustaz Rahipin yang hendel.. Ganazzzzzzzz dan beradab mestilah di pelawa dan mendapat restu waris berhaq. Dan jangan lupa fidyahnya RM1500.00 tunai.......... mahu, mahu tidak, tidak.

Assalaumualaikum wtw. Beberapa hari ini ustaz ada mendengar betapa heboh cerita terseber mengenai apa yang berlaku di asrama ini, tapi ustaz minta maaf, pada ustaz... ustaz langsung tidak mempercayai semua ini, semua ini hanya permainan dan lakonan semata-mata, jadi berhentilah!!!! Dari Berlakon, kalau ada pada malam ini malam ustaz bertugas, ada yang cuba-cuba menunjukan sintom nak menjelama...... ustaz akan terajang dan sepak betul-betul. Kalau tidak percaya silakan...

Kenapa? dan mengapa? asal sahaja sekolah agama mengalami sintom seperti ini, Secara saikologinya, kita murid akan mengalami satu rasa rindu dengan keluarga, (rindu dengan keluaraga ini tidak sama dengan rindu dengan kekasih) rindu dengan belayan kasih sayang keluarga, mewujukan satu ruang kosong dalam hati, jadi bila rasa rindu isilah dengan bersembahyang. Insyaallah ada kelegaanya,,, (tidak juga soalat itu tidak berkualiti)

Lalu penulis pun membawa jamaah murid pada malam ini mengalunkan Zikir, ustaz suka dan sering memabaca zikir ini marilah ikut ustaz mengalunkanya.

subhanalla hil azhim wa bihamdi 33x

astgfirulah ha innlallah ha gafurur rahim 33x

ila ilaha illah al malikul haq qul mubiin .......

selasai sahaja solat isyak berjamaah penulis dan rakan-rakan senarai bertugas mengederkan diri dan akan singgah di Gerai Sungai Miri kehadiran kedua penulis ke gerai ini, pertama dulu masa balik dari berlatih kompang di SMA Maiwp, Malam ini perkena nasi goreng ayam dengan red guara panas. ala la bayar sendiri pula...

Saturday, June 25, 2011

sedikit kejutan di Hari lahir SI DIA

Hari isnin lalu 20hb jun adalah hari kelahiran Si Dia. Saya dan rakan ustazah paling rapat dengan SI DIA telah merancang awal untuk menyediakan sedikit kejutan untuk SI DIA, pada sambutan hari lahir SI DIA ini saya sendiri telah menyediakan hadiah yang mungkin rakan ustazah SI DIA ini pun akan terkejut sama. Biarlah Rahsia... Cuma memang saya berharap si dia ada membaca blog ini sebelum saya serahkan hadiah tersebut. Tapi macam tak ada respon pun. tak minta apa-apa,

Maafkan saya, pada mulanya seperti yang saya dah tulis, niat saya memang saya hadiakan hp E3-00 ini sahaja,tapi melihat si dia dah pakai hp baru maka saya ubah hadiah tersebut. Kepada sesuatu yang lebih bermanafaat dan lebih mengancam.

Sedari awal lagi saya dan ustazah itu mahu kompomkan bahawa SI DIA ada pada tarikh hari ini,tidak mengambil cuti rehat dan akan hadir berkerja takut pada masa ini dan tarikh ini SI DIA telah memohon untuk bercuti, rugilah nanti rancangan kami ini.

Saya dan rakan ustazah ini dah pakat dan bersetujuh untuk mengadakan sambutan hari jadi Si DIA ustazah ini cadang nak siapkan dua biji kek untuk suprise hari kelahiran si dia, saya ikut saja, yang saya tahu hulur duit syer beli bahan, saya tak ingat dan tak tahu apa nama kek itu tapi semestinya salah satu adalah kek kegemaran SI DIA.

seawal pagi ini ketika saya menulis nama kehadiran, saya sendiri tidak menyedari bila masa kek itu dah ada kawasan meja lelaki. Bila Semua rakan dah mulai hebo-hebo untuk siapa kek yang berada di depan ini? Baru saya perasan ada kek.

Sesibuk pagi ini Saya sempat mendengar SI DIA di paksa oleh ustazah itu untuk membeli makanan sarapan pula, saya memang sedikit tersentak, dengan tidak semana-mana oleh kerana rencana saya ini, SI DIA terpaksa membelanjakan duit lebih pula pada hari ini. Bayangkanlah tapau nasi lemak sebijik berharga RM3.50 x 26 orang? Cukup belanja sebulan oooo... saya tidak terfikir langsung dengan sedikit jamuan seperti ini. Maafkan saya.

Pada kesempatan saya dapat bercerita dengan si dia ada hari ini, Saya mohon dan berpesan, nanti sebelum balik petang ini, tolong minta izin dulu ah dari saya, jawab SI DIA kenapa pula saya kena perlu minta izin dengan ustaz? Tidak bolehkah minta izin dengan diri sendiri? Saya pun menjawab oooooo tidak bolah, hari ini mesti minta kebenaran dari saya dahulu sebelum beredar balik.

Saya dari awal dah pesan dengan ustazah tu, kalau SI DIA nak balik awal juga. tolong serahkan hadiah yang berada di bawah meja saya itu, wah apa hadiahnya tu ustaz ? tanya ustazah itu, bila saya jawab memang ustazah ini pun terkejut besar juga. Dan memang katanya hadiah besar tu ustaz...

Sedari awal dan memang secara semulajadinya dari detik-detik peristiwa yang telah di lalui saya sendiri tidak berani untuk menyampaikannya bentuk hadiah saya ini. Dan saya sendiri Memang bersangka sangat kuat bahawa yang si dia tidak akan menerima hadiah ini, oleh kerana sebab itulah saya amat mengharap ustazah itu boleh tolong berikan.

Kan....... ustazah itu sendiri pun tak berani nak bagi. Ditunggunya saya habis tugasan juga, di suruhnya saya ambil hadiah tu, tak bagi lagi katanya. Saya pun pergi ambil dan meletakkan hadiah tersebut di kerata ustazah tersebut. Pada rasa saya si dia mesti dah perasan akan situasi ini.

Sebelum mereka beredar saya sempat memohon maaf dengan SI DIA. Cik maafkan saya ya... setalah mereka beredar, saya Sedikit lambat juga menghantar pesanan ringkas. No hp biasa saya tak ada laluan pula, terpaksalah saya gunakan No kedua saya Tune Talk. “Selamat petang selamat hari lahir sudilah terima hadiah saya itu”.

Menurut jawapan smsnya SI DIA berterima kasih dengan kek yang saya sumbangkan, Cuma hadiah itu terlalu besar baginya, tidak layak baginya untuk menerima hadiah sebesar begitu. Saya dah mula nampak memang si dia tidak akan menerima hadiah tersebut. Oleh kerana rasa gabra yang bersangatan maka saya tidak dapat mencapai ayat yang waras yang sesuai untuk di kirimkan.

Apa yang Saya jawab kiriman sms tersebut, dengan ayat ini “buangkan sahaja lah kalau begitu”. Sebenarnya saya tak ada masa untuk mencari ayat power untuk memujuk kerana aksi main fotsal sudah nak mula, masa untuk menghilangkan rasa gelora hati yang mula terbakar.

Semasa sedang berihat dari aksi futsal, saya pun memeriksa mesej di hp mana tahu ada yang terkini, dan memang ada dua yang terkini, dan ceritanya amat terkini,dan memang sangat-sangat mengoncang jiwa raga apa tidaknya akhir SI DIA baru mengaku memang dah ada BF dan mereka telah merancang untuk ......, dan SI DIA amat risau bilamana SI DIA terima hadiah tersebut, SI DIA takut bahawa saya akan menyimpan harapan terhadapnya, SI DIA tidak mahu mempermainkan perasaan yang telah terjalin dan amat berharap saya memahaminya, saya memang terduduk dan jawapan saya memang tentunya merapu-rapu dan akhir sekali saya nyatakan jika hadiah itu si dia kembalikan juga. Saya kata tetap akan buang di depan matanya.

Dengan bermodal begini baharulah SI DIA mengaku dah ada BF, mungkin saya pernah nampak mereka berdua? Patutlah kebal sungguh... Tapi saya minta maaf saya tidak peduli, sudah terlambat saya sudah melangkah... kini saya tetap dengan maksud saya.. allahu akbar.

Ketika beredar untuk balik rumah, kelajuan pemanduan saya tidaklah banyak berubah, kerana meter kelajuan menunjukan sukatan setakat 100km/j sahaja. Kalau ada kenderaan yang di pandu secara perlahan terpaksalah saya memotong kenderaan tersebut. Lebih-lebih lagi kalau kenderaan itu kancil yang meleret bunyinya tapi jalan macam labi-labi.

Malam ini saya kembali tidak boleh tidur, berbagai analisa dan kronogi yang hadir dan bermain-main dalam kepala hotak saya. Gempa bumi jadinya,dalam hati pun makin menyala-nyala bagaikan ada kebakaran , dalam fikiran bagikan ada turnement dunia futsal yang mana mengilhamkan Ada bayangan gambar kapak, ada bayangan gambaran seorang lelaki terjun dari jambatan labuan.

Astagfirullah,,, cuba bawa solat taahajud dulu, lama tak laksana. zikir lah lebih kurang.... allah allah. allah allah allah allah allah allah allah

kemana kan ku letak muka ini besok pagi? . Ala la la malunya saya. Tebelnya muka saya. Macam mana dan Apa perkara yang perlu saya nyatakan besok pagi ini. Hantar surat letak jawatan kot?

Paginya saya hadir bertugas, saya mesti mempamerkan kewarasan diri,ketabahan diri dan kebetulan pagi ini paking di kawasan hadapan pejabat penuh, saya melatakan kendaraan nun jauh dari biasa. Atomitik hadir dalam fikiran saya tentu SI DIA terkejuat ini, kenapa ust ini belum datang ? wah sempat berangan-angan oooo.

Dari pagi hingga masuk waktu zohor saya asyik menyibukan diri, kesana kemari, saya cuba terampilan diri seperti mana bahawa tidak ada komflik dalam jiwa ini. Ustazah ini sahaja yang sangat-sangat suka memerangkap saya. Mungkin ustazah pun ada rasa kebersalahhannya.

Jadi saya nyatakan pada mereka ,, yang sudah... tu sudalah, saya tidak ambil tahu apa-apa lagi dengan benda itu, nak bagi balik dengan saya , tentu saya hempas depan muka SI DIA, malangnya si dia hanya akun terima tapi nak bayar harganya, saya berkeras kata tak payalah. Tak payalah. Terimalah sebagai lambang perdamaian... jika di tolak maka lambang persengketaan berlarutan.

Pada kesempatan yang SI DIA memujuk saya untuk mengambalikan atau membayar harga hadiah tersebut. Allah swt telah kurniakan pada saya anugerah kelebihan, bahawa saya dapat menjawab dan mencuba melancarkan ayat power kepada SI DIA seperti adanya membaca sebuah manuskrip.

Dan saya telah bayangkan kepada SI DIA, biasanya hero jahat akan menghantar kuncu-kuncunya untuk menculik perempuan yang menolak lamarannya. dan akan di masukan ke dalam karung guni untuk di bawa ke satu tempat yang jauh.....

Bila saya kata ayat-ayat saya adalah dari kumpulan skrip maka saya mengesan bahawa SI DIA memang ketara sungguh terganggu, ( mafkan saya sayalah yang sering terdesak) )macam saya perasan SI DIA mahu menangis, sungguh zahir akan kemarahaannya, banyak juga topik perbualaan kami sehingga saya sendiri terasa pergolakan dan kebakaran dalam hati reda tidak terasa. Sungguh luar biasa.

Ada perbualan kami yang tidak sesuai dipertontonkan dan dibicarakan di khalayak umum. Maafkan saya kerana menyerang hendap. But I still LOVE YOU.

Biarpun saya tidak di beri harapan, tetapi saya merasa terlalu banya ruang kesempatan yang di lalui dan pada ruang peluang yang sememangnya saya menafaatkan sesungguhnya. Dan Pada kesempatan dari segala yang terhembur dari mulut saya. Menampakan kedaan SI DIA makin tidak stabil. Makin kurang sihat nampaknya. Mungkin situasi begini dan dari gaya saya berhadapan ini. makin menganggu SI DIA. Maafkan saya, saya semakin mendesak kerana terdesak.

Ketika waktu pulang saya bergesa untuk mencuba menjejaki si Dia di stesyen Bas, saya takut SI Dia pengsan di jalanan, , saya lambat si dia telah masuk dalam Bas, saya menghubungi SI DIA melalui panggilan talipon, Alhamdulillah SI DIA sudi menjawab panggilan dari saya, maka saya nyatakan sudilah untuk saya bawa hantar ke hospital atau klinik.

saya cuba untuk sedikit gentelmen, walaupun SI DIA sudah duduk dalam bas saya cuba terus memujuk, sudilah turun dari bas saya menunggu di luar ni, saya mahu hantar kamu ke klinik. Kamu tak sihat tu... Oleh kerana SI DIA membahaskan saya sebagai ustaz, maka ia melarang saya dari naik ke dalam bas untuk mempelawa SI DIA turun dari bas untuk saya hantarkan ke hospital.. saya nampak penumpang-penumpan menumpukan perhatian kepada kami. wah.... macam hero hindustan la pula

Petang itu Saya terpaksa mengalah dengan segala jawapan SI DIA, kerana saya mahu bergesa hadir pada petang ini, pada giliran saya bertugas mengawal di Asrama semantara SMA Maiwp labuan. Heboh satu labuan cerita-cerita hebet dari sana beberapa hari ini, termasuk dalam cerita harian metro hari ini bertarikh selasa 21 hb jun 2011, saya tidak sabar hadir untuk mengetahuinya kebenarannya cerita tersebut.

Sepatutnya saya membawa hadiah itu untuk di serahkan kepada Si Dia, tapi saya dilupakan, kalau saya ingat pun saya tidak tahu di mana lokasi mereka menyimpan hadiah tersebut.Selapas gagal memujuk SI DIA turun dari bas, agar penulis dapat hantar ke hospital atau klinik swasta, penulis pun mengalah, jadi penulis kata ok lah saya mengalah dan kalau malam tak sihat juga jangan segan call saya.

Thursday, June 23, 2011

Awak saudara Baru (Mualaf) ?

SELAMAT HARI LAHIR

Mungkin pernah dan mungkin tidak pernah saya tutur dan lafazkan,bahawa Insyahallah taqdir jodoh kita maka anak pertama kita,kiranya serikandi mungkin kita boleh letak penanda dengan nama Nora dan andainya pula seorang panglima maka penanda namanya ialah Rani.

Saya dengan rendah hati merakamkan berbanyak-banyak terima kasih terutama khas untuk SI DIA,kerana saya baru hari ini dimaklumkan bahawa sahnya SI Dia sering melawat dan membaca segala tulisan luahan hati saya dalam Blog ini. Alhamdulillah...terima kasih daun keladi. Mungkin ada antara komen dalam blog itu adalah dari SI DIA.

Kebanggan itu milik yang maha kuasa,Pun Ada rasa malu di hati,beberapa hari ini SI DIA sedang Bercuti tidaklah saya dapat untuk bertanya akan kebenarannya

Dan berkemungkinan SI DIA sedang bersama dengan keluarga yang tersayang Insyahallah Mudah-Mudahan sihat dan gembira.

namun pada rasa kelegaan dan terbitan kegembiraan dalam hati. Biasanya Muncul juga rasa cemburu di hati ini kerana saya bersangka SI DIA balik jumpa dengan BF nya lah tu. Mungkin membincangkan dan mempercepatkan perkara ke arah itu.......... adoi... ma dege. ingat-ingatlah saya di sini.

Kenapa saya tidak perasan? sedangkan si Dia banyak mengulang dailog dalam penulisan ini,terima kasih sekali lagi.. maafkan saya, ayat-ayat yang saya lafazkan bila berhadapan dengan kamu bukanlah Skrip buatan tapi adalah lintasan hati pada masa dan ketika itu.

Saya teringin nak cakap Cik ....... sampaikan salam saya kepada kedua ibubapa kamu, namun saya akui saya ini tidaklah se Gentelmen seperti BF nya. Banyak sampadan dan batasan untuk saya berhadapan dengan angota Masyarakat, terutamanya pada penambahan gelaran di awal nama saya.

Bila orang dengar, Secara atomitik saya mesti berwatak seperti itu, cubalah panggil Abang Jack, ini Ustaz Jack juga dipanggil macam manalah nak mengayat. Tapi saya amat bersyukur dan tak marah pun bila di sebut pun nama gelaran tersebut kerana ia adalah penghormatan.

Ustaz adalah pangkat peguam dunia dan akhirat, ya selama ini saya pun tidak menghormati gelaran ini, kerana langsung tidak berminat. Saya kecewa keran tidak bersekolah sampai mendapat degree peguam, Akhirnya alhamdulillah saya dah diperlihat sesuatu sebenarnya cita-cita saya sedari kecil untuk menjadi peguam tidak gagal. Saya sebenarnya seorang peguam yang tidak kurang hebatnya.

Seminggu lalu Saya dah tanya SI DIA bila nak bawa saya jumpa kedua ibubapa kamu? Untuk apa kamu nak jumpa kedua ibubapa saya? Katanya,jadi saya menjawab.Saya nak datang untuk merisik? Ahhhhhhh janganlah Ust. Nanti malu kena tolak... Kenapa saya tak tanya kenapa pula risikan saya akan ditolak? Rupanya dah ada BF pun.

Oleh kerana saya dah tekad langkah mayatku dulu, Saya pula nyatakan bila mana risikan saya di tolak, batalion yang saya bawa akan memusnahkan seluruh perkampungan kamu.....

Gelaran dan bergelar wajib di jaga. ialahkan kalau dah Ustaz nak kemana pun tetap orang sebut Ustaz juga. Buat apakan menyorok-nyorok. bila tidak suka dengan kepalsuan dan dan kepura-puraan kenapakan lagi mencuba berpalsu-palsuan.

Pada bulan jun ini saya di hujani dengan pertanyaan.adakah saya ini dari kalangan saudara Baru (muallaf)? Iaitu Baru memeluk agama Islam. dan yang Terbaru SI DIA pula yang bertanya, sedangkan itu adalah antara Satu pertanyaan yang saya anggap antara yang paling sukar di jawab. Kalau saya menjawab bukan, saya bukan saudara baru, saya takut jawapan saya itu adalah salah, dan sekiarnya saya menjawab ya, saya seorang saudara baru pun saya takut jawapan itu juga nanti salah.

Jadi segala huraian jawapan saya untuk persoalan tersebut telah dinilai dengan markah oleh SI DIA dengan jika per sepuluh, maka saya hanya dapat lima sahaja. Kerana kononya jawapan yang saya berikan tidak menepati soalan yang di ajukan.

Cuma di sini saya dapat bercerita bilamana saya telah dipanggil ustaz maka saya telah memeluk dan beramal dan menyebarkan ajaran agama islam. Dan untuk sedikit perkongsian cerita bersama sewaktu zaman remaja, saya juga berambut amat panjang seperti rambut perempuan dan kesan lubang anting-anting masih ada kelihatan di telinga,satu demi satu lubang tersebut menghilang tapi bekasnya masih ada kelihatan.

Sewaktu bersekolah menengah atas,pernah saya beberapa kali terlupa menanggalkan subang yang di pakai,sehinggalah memasuki perkarangan sekolah. saya di tegur oleh seorang Guru,walaupun saya telah melanggar peraturan barangkali atas ehsan guru tersebut saya hanya di suruh menanggalkanya dan subang itu tidak di rampas.

Dan ketika bertugas sebagai Guru Sandaran Agama pun pernah saya terlupa menanggalkan subang emas di telinga itu, sehinggalah ditegur oleh rakan kerja Non Muslim, aiiii Ustaz Memakai subang? Saya pun cepat-cepat menanggalkanya agar jangan ramai lagi rakan yang menyedarinya.

Sehinggalah pada Satu ketika. ada rakan membawa saya untuk memburu dan sambil itu boleh menangkap ikan katanya. Saya amat tertarik dan saya memeng gemar dengan aktiviti seperti ini. Saya sedari kecil kalau meneber jala dengan bentuk lapan memang sangat-sangat mahir. Kebetulan pada masa itu teberlah Jala tersebut dengan bentuk dan gaya macam mana sekalipun pun kompom ada ikan yang tersangkut . jadi tak siapalah yang marah-marah biar setakat belajar pun.

Satu ketika konon-kononya saya dah ada sedikit kemahiran jadi nak mencubalah di liwatung (lubuk) yang agak dalam sikit, kerana kebiasaannya kawasan seperti itu tempat berhimpun ikanan yang bersaiz lebih basar.

Dengan bangganya saya cuba menebarkan jala seleber dan sebulat yang mungkin, sedikit tidak bernasib baik, jala itu singgah menyangkut pada butang leher baju pagoda yang saya pakai dan bila butang baju itu tercabut, rupanya saya terlupa juga menanggalkan subang telinga, Allahu akbar subang itu juga tersangkut dan terus ditarik oleh jala tersebut masuk ke dalam Air.

saya bersangka telinga saya mungkin dah mengalami kecedraan, saya menunggu titisan panas, saya tidak berani menyentuh cuping telinga ini, agak lama oleh kerana tidak terasa titisan panas menitik saya memberanikan untuk menyentuh cuping telinga, alhamdulilla hanya subang emas itu saja yang tertanggal dan hilang di tarik oleh jala masuk ke dalam air.

Saya tidak menceritakan peristiwa tersebut kepada rakan-rakan kerana takut di heboh-hebohkan, walaupun mereka menyedari tidak ada lagi subang di telinga, saya amat terbayang jikalau la subang itu tidak tertanggal maka dengan sebab subang itulah saya di tarik oleh jala masuk ke dalam Air, dah lah saya tidak pandai beranang, tak ada orang yang memerhatikanya. Tentu jadinya tak sempat bertemu SI DIA...

Saya hanya mulai dari itu saya tidak lagi memakai subang, begitu lama tindikan itu terbiar tanda-tandanya masih jelas kelihatan, satu, dua , tiga, empat, lima. Enam, tujuh, eeeeeeeee banyaknya bekas lubang anting-anting.

Wednesday, June 22, 2011

ABJAD SABAH, yang digelar BADAL SABAH, saya Ustaz &Lelaki

ABJAD SABAH adalah cawangan negeri yang terakhir sekali mendaftar. Jadi jika di nilai dari suktur sebuah catatan tentunya ABJAD SABAH juga berada di tulisan yang hujung sekali, dan jika di nilai dari suktur salasilah sebuah tali maka ABJAD SABAH memegang dan berpaut di tali yang hujung sekali.

Biar berpaut di hujungnya tali, kami redha dan lebih bersyukur, menyentuh tali pun sudah satu nikmat yang tak terkira besarnya yang ALLAH SWT kurniakan kepada kami, dan kami menyedari pautan kami tidaklah berapa kemas, tapi kami tidak lokek, kami masih sudi berkongsi dan ingin rakanan sama-sama berpaut di pautan kami. pegang sikit pun sikitlah.

Dan Jadi tak hiaranlah juga jika ABJAD SABAH ini sedikit memerlukan lebih perhatian dari pihak pentabir, jika tali itu tergoncang atau terpalu tentunya kami yang berpaut di hujung tali lebih merasa akan getarnya. Sungguh pun kuat berpegang kami pada pautan, tapi yang sebenarnya risiko kami terlepas memang adanya jua. Jika lepas terpalanting tentunnya jauh sangat sekali.

Cuma sesakali untuk mendamaikan, memujuk kasih, dan motivasinya, kami masih simpan sedikit penawar, jika di nilai pada sebuah pertandingan tarik tali. Sesuatu yang Penulis memang teruja. Sebuah pasukan tarik tali rupanya menggunakan teknik bagaikan melayarkan sebuah perahu. secara taknikal maka orang yang memegang hujung tali adalah factor kekuatan untuk bertahan, digelar atau di panggil sebagai SAUH maka secara adat pastinya orang yang menjadi sauh ini mempunyai saiz badan yang besar. Antara kepentingannya adalah untuk mengawal ombak goncangan ketika pendayung mendayung dan menyentak kaki.

Sauhnya sebuah kapal hanya nampak khidmatnya fungsinya bila berlabuh. Bila belayar akan hanya memberatkan.

orang yang menjadi sauh ini ada tugasnya, orang yang menjadi pendayung ada tugasnya, dan secara taknikal para pendayung ini pun mempunyai versi tugasan masing-masing, tetapi yang penting sekali adalah kemudi mengikut arahan nakoda.

Begitu BADAL SABAH. Adalah seorang lelaki, pun orang panggil USTAZ, jadi badal sabah pun seorang ustaz tapi tetap sebagai lELAKI, bila lelaki jumpa perempuan maka jadilah ia seperti lelaki juga. Begitulah juga bila jumpa lelaki maka tetap juga ia jadi lelaki.

BADAL SABAH asik cerita pasal ……. Di ABJAD SABAH? Dah lah hal dirinya!!! Merapu Merajuk, merajuk…. gagal mengurat…. ? ini apakah jadahnya? Cubalah sembang pasal rohanikah? Pasal Organasasi kah? Atau Bab agamakah? Atau yang lebih manafaat…

Maafkan saya… secara kasar saya akan menjawabnya begini . Bah ambilah kamu jadilah Badal Sabah. Ingat teringin sangat kah saya memagang Jawatan Badal Sabah ini. Menyusahkan lagi adalah.

Dan secara rendah hatinya Badal Sabah adalah Satu tugasan Amanah, jatuh bangun saya, Berjaya atau gagal tugasan saya, adalah atas nama kemampuan ikhtiar usaha yang dengan izin yang maha kuasa. Dan BADAL SABAH pun masih dalam perjalanan menuju distenasi sebenar. Segala nasihat dan peringatan dari semua adalah dengan segala hormatnya saya terima dan berterima kasih atasnya.

Dan diri saya yang bernama ……… memakai gelar Badal Sabah, dan saya tidak juga rahsiakan, coretan dan catatan yang saya hidangkan adalah situasi yang betul, jika cara yang saya gunakan adalah tepat, maka boleh dicontohi, maka jika apa yang saya lakukan dan pamerkan adalah hanya jenis remeh- remehan maka sila beri tunjuk ajar.
Apa yang mampu saya sumbangkan adalah atas makna kemampuan yang saya ada. Cerita yang saya ada adalah cerita diri sendiri. Buat apakan nak sentuh topic dan sudut lain. Dah ramai tokoh dan pakar rujuk untuk semua bidang Cuma berusahalah mencari dan menemui mereka. Tak kanlah bab-bab antarabangsa nak Tanya dan dengar cerita saya juga?

Seperti dalam cerita lambakan komik- komik , Biarkanlah mereka, bukankah? Komplik akan lebih bermula bila semua pendekar keluar dari pengasingan diri. Jangan biarkan mereka-mereka keluar dari pengasingan diri. Jangan ada yang cuba mencabar mereka keluar dari dunia pilihan mereka, Jumlah mereka sangat ramai, bukan satu dua tiga orang.Pengasingan mereka itu bukanlah bermakna tidak ambil tahu, tapi mereka menjalankan tanggungjawab mereka mengikut ijtihad mereka sendiri insyahallah

Seluruh Malaysia pada kebiasaannya Tuan Guru Tok Mat melantik BADAL SEMANTARA berjumlah tidak kurang dari empat puluh orang, jadi BADAL SABAH ini adalah lebihan dari jumlah tersebut. Kalau sukad bola sepak setakat pemain simpanan hanya kerana Atas maksud keperluan di Negri Sabah dan Labuan. Pada masa dan ketika ini, Dalam jumlah seramai ini tidak mustahil mereka-mereka mempunyai anugerah Allah swt, contohnya kelebihan dan keistemewaan masing-masing. Jadi kalau terasa nak komen pasal saya tak kisahlah juga.

Cuma ada lebih baiknya pergilah berguru dengan empat puluh orang badal itu atau sekurang-kurangnya ciumlah tangan dan peluklah badan mereka. Insyahallah ada keberkatan, Kerana sekelian mereka itu berkat. kemudian Barulah fikir-fikir pasal saya.

Dan dari saya sendiri yang terbaik ialah berguru dengan guru empat puluh orang badal tersebut.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback