Friday, June 17, 2011

seminggu yang ceria

Seminggu sesi persekolahan minggu dua puluh satu yang lebih ceria dan sangat mengembirakan penulis,tawa dan gurau senda kembali memecah suasana tension ketika memeriksa kertas jawapan murid,lengang kerana rakan kerja belum hadir sepenuhnya, separuh di arah oleh pihak jabatan untuk di pinjamkan kesekolah-sekolah lain dan separuh lagi belum selasai kerana selapas KDC mereka terus mengikuti Bina Insan Guru pula.

Dan seminggu ini penulis hanya dapat Berjaya menjual sekeping kad Tone Talk, tapi itu sudah lebih baik daripada tidak ada langsung terjual.Dari respon rakan-rakan seakan-akan akan ada kejutanya hujung bulan. mudah-mudahanlah Kerana semua mereka memberi alasan belum ada modal.Tunggu gaji..

Sedari awal penulis melatakkan sasaran sekiranya penulis dapat menyelasaikan sepuluh kad dalam minggu pertama, maka penulis ada rezeki dalam program Tone Talk ini. Tone talk Tidak seperti jenis MLM lain yang pernah penulis sertai. MLM yang penulis sertai itu tidak berkembang kerana penulis tidak sanggup menanggung maintain bulanan kerana bermodal agak besar.

Dengan Sim kad Tone Talk, prepaid maintin bulanan yang diperlukan adalah sebanyak rm30, yang mana top up rm30 itu akan melayakan kita untuk menikmati ganjaran mata terkumpul yang akan dan boleh di tebus dengan tekit penerbangan AirAsia. Dan kita juga akan menikmati skim perlindungan Insuran Bernilai RM100K oleh Etiqa.

Penulis sebenarnya pun tidak minat langsung dengan benda jenis MLM ini,terutama dengan maintin yang mencapai jumlah ratusan ringgit, cuma mencuba jugalah, tak ada bakat mungkin.

Penulis juga manalah dapat habiskan Reloed RM30 tu dalam sebulan. pernah penulis ada nilai kredit dalam talian sebanyak RM120.00.laluan sahaja yang sering tamat tempoh luput. Nilai kredit makin bertambah, Jadi macam mana mahu buat ini? Adakah aku perlu banzirkan nilai RM30 ini? Masuk dulu baru tahu… hampir setiap masa *133# kirim mesej check your Tune Talk Point points for airasia flights.

Pada sesi pengenalan dan promosi ini, penulis Seminggu ini banyak betul ayat-ayat penting telah penulis luahkan terutama kepada Si Dia, enda tahulah pula sama ada ayat-ayat itu boleh di terima sehingga menyelusup sehingga ke hati sanubari. Atau layak di tong sampahkan aja.

penulis juga dah berhabis helah dan menjampi ayat power agar Si Dia lah yang pertama menjadi ahli pertama penulis. tetapi tidak dan setakat ini belum Berjaya.Tawaran penulis memang agak hebat juga kerana dengan jika Si Dia bersetujuh untuk memindahkan No HP nya ke Sim Kad Tone Talk, maka penulis free kan stater Kit bernilai RM80 itu dan penulis juga akan sertakan iringan bersama sebuah hp Nokia C3-00. Tak hebatkah???? tak lumayan kah pekej aku???

faham penulis Si Dia tidak menerima kerana bersopan. maafkan saya kiranya perbuatan penulis ini memalukan, melebih-lebih lah pula.penulis teringin menunjukan sebagai tanda kesungguhan ia bukan gurauan. bukan pula cuabaan ia adalah betul, betuuuuuuul.

Memang Kebal sungguh manusia ini. Tak mahu juga!!!!!! adakah minyak dagu jawapannya? atau minyak senyonyong? atau pokok kayu from Banggi atau minyak Shel atau minyak petronas atau minyak pelincir 2T? nauzubillah min zalika. mudah-mudahan kita terhindar dari perbuatan ini kerana semuanya adalah jalan Syirik dan membawa kepada keturunan yang akan menjadi saka baka.

Memang penulis boleh juga tukarkan juga No HP Si Dia tanpa menunggu persetujuannya dengan tawaran hebat penulis tersebut.Oleh kerana penulis tidak mahu perbuatan tersebut hanya akan mengembiraan dan menyeronokan diri penulis sendiri sahaja yang asyik syok sendiri, sedangkan orang yang hendak di gembirakan akan sekali lagi di timpa rasa tidak selesa yang sangat bersangatan dan yang lebih susahnya perkara itu menyusahkan dan membebankan lagi merusingkan kusutkan perasaan si Dia. dengan mudah nanti Si Dia akan tong sampakan aku pula.jadinya penulis dah lah Tak mendapat pahala, kerana dosa yang menimpa. udah jatuh kena timpa tangga lagi. Nauzubillah.

Bila menghadapi dan berhadapan dengan Si Dia memang penulis berasa over ada keyakinan dalam hati, yang mana penulis rasa berpeluang untuk terus meneruskan usaha kerana berusaha tangga kejayaan. amin

Dan ada yang menghairankan dan compius dalam hati penulis, sekejap sahaja perasaan itu berbunga-bunga, akan datang pula rasa perasaan penulis kadang-kadang melihat dan berfikir sememangnya beranggapan segala usaha ikhtir penulis ini hanya akan menjadi sia-sia belaka. Maka kenapa tidak berhenti sahaja ??????? nauzubillah

Penulis seminggu ini asyik merayu-rayu pada Si Dia agar untuk di terima semula sebagai rakan dalam FC nya. Tapi Si Dia tidak melayan, untuk apa saya terima add kamu sebagai rakan? Lagipun segala aktiviti saya tidak akan kamu tahu jelasnya. Sebenarnya penulis dah jelaskan bahawa hari itu aku removenya kerana ingin kamu merasa ada rasa sakit hati,,, tapi ini kamu langsung tak ada rasa apa-apa. kamu memang tidak ada perasaan langsung. Hingga penulis pula yang makin sakit hati..

penulis beranggapan Si Dia ini memang bukan Manusia biasa. Dan beruntunglah aku bila Allah Swt takqirkan penulis sebagai pemilik amanah menjaga manusia ini. amin Dan aku tak bagi jalan dah. Dia untuk aku. langkah mayat ku dulu...

penulis pun akur,kena terima hakikat memohon maaf bukan kata penyelasaiannya. kata kemaafan adalah haqnya, mudah-mudahan aku dapat bersabar memujuknya. amin

Kalaulah kemaafan pada gurisan hati itu terubat dengan sebuah hadiah?

Kalaulah hadiah itu dapat menyembuhkan gurisan hati, mengapa aku perlu berlengah lagi?

Aku tak berlengah dan aku tidak terburu-buru kerana aku cuba belajar beradat… Risik-risik dulu manalah tahu dah berpunya... atau sedang menunggu seseorang... atau memang menanti lamaran ku. ehemmmmmmmmm sungguh aku terperasan. amin.

Dalam pengalaman hidup ini, ketika dan saat ini tidaklah seperti pengalaman yang pernah penulis telah lalui, penulis menemui dan merasai sesuatu bentuk kelainan lain dari yang dahulu-dahulu . Sehingga penulis menyimpan tekad dalam hati, apa pun yang akan mungkin terjadi dan menimpa penulis, maka penulis akan bersabar sehingga betul-betul zohirnya sebuah penyelasaian yang menjawab semua persoalan yang selalu tiba-tiba melanda dan membakar hati ini. tebakor panas hati penulis. sampai ke denyutan jantung pun terasa siksanya.

Sesutu yang tidak bukti kehadiran sering mencabar dan menguja jiwa raga,sehingga penulis bersangka aku tak jual tapi bila berhadapan penjual, kenapa penulis tidak untuk cuba menyahut untuk layan menghadapinya? Aku terima dan Sila beri tunjuk ajar ..

pagi tadi ada terkejut mengenai penjelasan dari Bos pada sesi ucapan alu-aluan perhimpunan Bulanan Kelab kebajikan yang mana Bos menyentuh dalam ucapannya pada meraikan mereka kakitangan yang lahir dari bulan januari hingga Jun. Bos kata bahawa beliau agak kepanatan kerana pada jam dua pagi barulah selasai kerja-kerja.

semua jadi riuh rendah,Oleh kerana dengan lebihan imejgen kakitangan bawahan ini. Maka Terpaksalah bos ceritakan dengan sedikit lebih ditil sebenarnya ini berkaitan operasi menangkap dan mengislamkan Jin yang berada Di Asrama semantara SMA MAIWP Labuan pada malam tadi. Cuma yang dapat ditangkap hanya dua ekor iaitu ketuanya dan ekornya tetapi memadailah itu untuk semantara waktu, kerana mungkin yang lain-lainnya ada berkeliaran didalam dewan ini. macam perli penulis pula...

Penulis pun ada terkesan di hati sehingga berfikir adakah dengan cuma satu tepukan ke lantai sewaktu berkunjung berlatih bermain kompang bersama pelajar SMA Maiwp sebulan lalu telah merosak dengan ini membocorkan pagar rohani yang telah di pasang di sekitar bangunan Asrama tersebut? sehingga dengan mudah makhluk itu kembali membolosi dan membuat aktiviti dalam bangunan ini.

Ataupun memang benda itu memang ada terperangkap, menyorokan diri, tidak terkeluar ketika pagar rohani itu di pasang dan hanya lari menerbus melangar pagar bila mendengar paluan kompang dari kumpulan penulis?

Oooooooooooooooo ataupun Pagar rohani ini pun macam pagar kawasan rumah juga kah? Ada expirednya? boleh bocor ,boleh rebah, boleh runtuh, entah-entah boleh dibawa lari juga, jual seperti jual pagar besi buruuuuuuuuuuk.

Selamat Hari Bapa dan insyahallah doakan saya juga akan segera menyertai kumpulan sebagai para bapa-bapa mithali amin ya rabil alamin

Tuesday, June 14, 2011

Teringin sangat nak balik kampong maka petang khamis tu aku memberanikan diri untuk berjumpa bos, aku kata esok pagi nak balik kampong, boleh kah? aku bagi alasan nak jumpa mak sekejap. Bos Tanya balik kampung mana ? aku jawab kampong saya di Ranau, Lohan Jalan Air Panas Poring, bos kata tak apa baliklah., bos ada cerita juga dia pun baru melawat di sana, oleh kerana tayar pancit jadi tak jadilah menambah-nambah lagi perjalanan.

Petang itu juga aku ajak driver kereta yang aku tumpang ke tempat kerja untuk meninjau-ninjau jualan kain oleh kedai india. Konon- konon untuk aku jadikan oleh-oleh untuk di faraidkan kepada adik beradik, kawan tu jugalah yang memilih corak dan warna kain, isssssss bodohnya aku, nak beli jenis kain, corak kain dan warana kain pun tak reti, jadi aku belasah ajalah pilihan kawan itu. Harganya pun aku tak kisah sangat manalah aku pernah membeli-beli kain . Yang aku tahu duit dalam poket dapat bayar tu harga aku ambilah. Mungkinlah harga kain di Labuan ini ada murah sikit berbanding di tempat lain di Sabah.

Esoknya jumaat waktu pagi aku menumpang dan minta kawan itu hantar aku ke terminal Fery besar, kekok tah juga aku menyusur seorang-seorang. Oleh kerana aku tahu aku ini hendsom maka tidak mejadi masalah untuk ku berleger-legar secara solo. Aku Kena Berbaris panjang pula membeli tekit penumpang, Aku menjelling-jeliging sekitar maka aku Nampak macam ada kovoi motor-motor besar , aku dengar percakapan orang sebelah aku konon antara motor ini ada berinjin 5000cc, wuuuuuu ……..

betulkah ada injin motor sebesar itu?? Setakat 500cc dan 1500cc macam biasa juga aku perhati adalah, kalau ada injin sekuat 5000cc setara injin lori tu,,, baik tah di jadikan enjin bot penumpang atau pun jadilah enjin bot untuk nelayan. Kerana aku pernah dengar cerita yang mengandaikan bahawa bot semagel menggunakan enjin lori untuk mengatasi pesaingnya.

Aku lihat dan aku perhatikan, aku mendengar maka aku dapati agak ramai Penumpang feri wawasan ini yang pertuturan mereka seperti aku juga, spiking saja diorang macam tak pedulikan aku,,, kah ,,, kah,,,, macamlah aku tak faham.. mereka langsung tak menjawab dan mengabaikan aku mencarut sama.

dan penulis terkesan yang mana orang-orang mudanya atau bapa budak berfesyen rambut terpacak seperti ultramen atau di rumah penulis di kampong digelar fesyen ala- ala trojen. Punk kot? Aku dapat lihat juga yang mana, mereka yang sepertuturan dengan aku ini di tangan mereka terdapat kesan-kesan corak-corak lukisan.
mereka juga memilih menu hidangan minuman yang penulis tidak boleh ikut serta. Walaupun dapat di pelawa secara percuma. Patutlah ceria sangat.. aura tadau kaamatan masih melanda.

Pagi itu juga aku dapat pangilan telipon dari bos, Tanya aku sama ada jadi balik atau tidak, kalau jadi bos minta tolong ambilkan hp nya yang tertinggal di pusat latihan dakwah mesilau, aku jawab insyahallah. Ingatkan arahan datang kerja juga.
Sekitar jam sepuluh pagi fery pun berlabuh di menumbuk , aku tidak tergesa-gesa dan aku tidak berebut-rebut untuk turun dari fery, aku menunggu sehingga barisan penumpang agak lengang barulah aku bergerak untuk turun.

Aku terus menuju ke kawasan aku meletakan kenderaan, rindunya aku dengan kereta. Aku di chage untuk paking tersebut sebanyak rm20.00 (5x5) aku dapat diskaun juga konon. Patutnya RM25.00. kalau berbumbung chagenya RM10 semalam.

Proton yang aku pakai ini aku sambong loan dari kawan, agak mudah juga ansurannya Cuma RM340.00 sebulan, Masa mula-mula aku memandu kenderan ini tiga tahun lalu aku memandu pada tahap kelajuan 70km/j.kini selapas tiga tahun memandu proton ini, berapakah kelayakan kelajuan yang aku disyorkan mengamalkanya?

Seperti biasa penulis singgah sebentar di Masjid Menumbuk, konvoi motosikal sedang berkumpul dan sedang di awasi oleh beberapa petugas yang mana aku agak sebagai trafik polis.

Ketika mula memecut bertolak konvoi motosikal tersebut masih belum bergerak, kenderaan penulis mulai memotong satu demi satu kenderaan, penulis juga pasti yang mana bila memotong sebuah Van penumpang beralamat kota Merudu, sekumpulan mereka yang penulis kenal pasti sepertuturan dengan penulis kerana tangan bercorak dan rambut fesyen terpacak semasa di atas fery.

Oleh kerana cuaca teramat baik, walaupun aku berhenti di beberapa tempat yang aku biasa berhenti, aku tiba di pekan kundasang sekitar jam satu Lebih petang. Berapakah lama masa yang aku ambil untuk memandu dari menumbuk ke pekan kundasang? Jawapan anda akan menyeselasaikan ,, berapakah jumlah kelajuan yang aku gunakan untuk sampai ke kundasang pada hari ini?

Petangnya di rumah, aku di kunjungi oleh pembeli Motosikal ku Yamaha 125Z, dicashnya hutang yang sudah agak lama belum di jelaskan, aku pula dengan ikhlasnya memberikan beliau diskaun.

Petangnya sebelum penulis hendek turun dari rumah, oleh kerana kesan ruam di tepi dahi penulis sudah membentuk seperti tompokan kudis kurap dan tersangat gatal dan amat selesa dan nyaman untuk di garu, maka bila sedang menggaru kepala penulis melihat gel minyak rambut yang sudah agak lama terbiar maka penulis cuba-cuba memakai dan cuba-cuba mengayakan fesyen rambut terpacak, wah….. agak mengancam!!!!!!! micing dengan potongan jangut penulis.

Maka penulis pun mengambil keputusan mulalah mengayakan berfesyen rambut terpacak, budak-budak kampong terkejut,, rakan-rakan sekerja lagi terkejut…. Laaaa Ustaz nak jadi apa ni? Dah tua-tua pakai fesyen rambut terpacak. Cubalah potong pendek atau potong bentuk petak. Ini tidak …. fesyen ini pula.

Si Dia pun agak terkejut melihat fesyen rambut aku pagi ini, wah……. Ustaz rambut terpacak!!!! hari pertama bertugas bersama-sama mengimbas kembali nastolgia kenangan lama. Nak di jadikan cerita maka secara mahu tidak mahu walaupun aku agak malu kerana aku telah removenya dari senarai rakan facebook, aku menghantar juga permintaan menjadi rakannya, dan apa kata SI DIA Sampai hati ustaz Remove saya… ya lah tu, susah juga aku mengawal rasa bersalah dan malu ini. nasib lah kulit aku gelap kalau tidak, merah padam muka aku. Alhamdulillah si dia masih sudi menerima saya sebagai rakan. Aku tak sampat minta maaf, dan aku amat mengharap sesuatu yang lebih dari itu.

Aku mengakui kenangan itu melakat dalam jiwa, masih tersimpan kuat harapan di hati ku. Kadang-kadang aku terleka. Sepertinya aku di layan seperti orang yang istemewa!!!!! Sepertinya kami ini adalah pasangan!!!!!!!! Ahhhhhhhh sepertinya aku ini berangan-angan dalam fantasi diri sendiri.mudah-mudahan masih tetap waras.

Pormosi dan cerita aku mengenai TUNE TALK menjadikan aku lebih masa untuk bermesra dengan SI DIA hari ini.. alang kepalang kesyukuran bila mana indahnya hari ini berterusan demikian jadinya pada hari-hari yang mendatang.

Sudah Agak lama antara kami tidak perpandang maka, hari ini aku berhabis merakam dalam jiwa, aku tatap wajahnya, aku akui Si Dia Semakin ciut dan mula mengenakan sedikit mek up. Cuma ala laaaa itu pun buat aku makin cemburu.

Nauzubilah jangan lagi hujan di tengah hari. Aku mudah terkesan, cemburu buta ? Aku melihat dengan mata . Aku tidak berani bertanya kepastian kerana aku takut ketabahan aku sendiri tidak mengizinkan ,karang hebo satu Malaysia.

Sepertinya si Dia cuba memerangkap aku mengenai cerita Laptop baru, kerana asik bertanyakan laptop aku mana? Berlenggang aja tidak seperti biasa mengendong laptop katanya. aku pula berkesempatan menyerangnya kerana saya melihat adanya jenama baru hp yang digunkanyanya. Aku cerkap sembarangan digi dan tepat, demi Allah aku tak sentuh pun hp mu tu.

Adakah ia adalah pemberian seseorang ? sepertinya SI DIA pun berdalih dan saya seperti memang amat cemburu kerana selalu akan menyangka tentunya hadiah pemberian dari seseorang juga . bingun uda aku Perlukah saya hadiahkan hp murah yang telah saya beli ini?

Ya allah makbulkan doa dan hajat kami, ya allah zahirkanlah cerita kami .ya allah permudahkanlah jalan cerita kami, buka kan lah hatinya untuk menerima ku dan bukakkanlah hatiku untuk menerimanya. Anugerahkanya kepada ku dan anugerkan aku kepadanya. Sinarilah jiwa kami dengan cahaya keimanan. Rezekikanlah kami dengan kekuatan beragama. Hidupkanlah kami dengan pancaran kegembiraan Amin ya rabil alamin.

Friday, June 10, 2011

Pada minggu kedua pada masa cuti sekolah saya kembali semula bertugas di ibu pejabat, dan pada hari pertamanya, saya sudah mengalami banya perkara yang baru untuk di pelajari, saya juga di pernampakan oleh Allah swt dengan penzahiran beberapa pengkisahan sama ada benda itu saya suka atau tidak saya suka, semuanya memerlukan saya pamerkan ketabahan yang sangat luar biasa, tabah, tabah, tabah dan teruskan ketabahan hati.

saya mengatahui dan saya menyedari bahawa adanya saya dipermudahkan oleh allah swt dengan beberapa perkara, maka saya pula di uji dengan beberapa perkara yang bukan dipermudahkan. Dan kadang saya di cabar dan sememangnya saya amat tercabar, kenapa yang saya ada kelebihan beberapa perkara ? kenapa tidak gunakan kelebih beberapa perkara tersebut untuk mengatasi kesulitan beberapa perkara itu?

Tiap-tiap sesuatu adalah anugerah allah swt, tak kan lah pula kuli memerintah Bos nya. Hak allah untuk mentdbir alam ini dengan kuasa kehendaknya, dan Tiap sesuatu ada asbabnya dan asbab itulah menafsirkan keberlakuan sesuatu.. pemilik asbablah yang patut di tujuh…

Saya tak boleh pula ni kalau lama-lama tak ada loptop, jadi hari ini konon-kononya saya jadikan sebagai menyambut hari kelahiran saya, dan untuk meraikanya saya pun berbelanja lebih lah sikit, sebenarnya semalam saya dah merayau menyemak harga-harga dipamer di kedai laptop, saya ada jumpa laptop berwarna pingk yang sangat memikat dan menarik minat saya, malangnya pada hari ini yang mana saya dah standbay duit banyak, benda tu dah diambil orang,,,,,,,, dan …. Dan… dan….. dan minda saya kata tentu orang yang membelinya adalah seorang lelaki yang membelinya untuk di hadiakan kepada seseorang yang istemewa pada hari kelahirannya… dan lebih menambah malang lagi teman istemewa tersebut itu adalah SI DIA …,ala laaaaa,…. Menangis tiada guna,,,,,

Tak apalah saya boleh pujuk hati ini sendiri dengan iringan dendangan lagu senandung yang telah saya beli beberapa tahun lalu, tapi baru sahaja saya terbaca.
Kalau dah memang Allah swt tak takdirkan benda itu bukan menjadi milik saya. Maka saya perlu redha.. redha…. Redha...

saya rasa dan saya sedar bahawa saya memang warasan dan saya memilih membeli jenama asus k43u pada harga RM1199.00, saya nampak benda inilah sahaja yang berharga paling murah dijual,warna pingk tu berharga RM1666.00, biarpun saya sebenarnya mampu membeli yang lebih berkuasa jika saya maksudkan gunakan untuk kegunaan sendiri. Terus terang ,,, saya membeli ini atas niat dan maksud yang telah lama saya fikrikan. Tapi tak apalah redha dengan ketentuan dan memang taqdir allah swt menjadikan demikian ceritanya.

Lalu dari lebihan penjimatan pembelian itu, saya juga membeli Nokia 1616 untuk persediakan sebagai kegunaan lampu kecamasan, dan saya juga membeli Nokia C3 yang sebenarnya pun saya dah niat untuk hadiahkan sempena sambutan hari jadi kepada sesorang. Namun saya tidak berani sudah. Saya tidak mahu menggangu gugat kegembiraan yang terpancar dari mereka, biarlah…. Saya sediakan untuk standbay , bila saya dah cakap maka saya perlu bertanggungjawab… insyahallah saya ikhlaskan kerana allah swt. Tiada udang di sebalik mee. Mintalah….. tak minta memang saya tak bagi.

Kelmarin dan hari ini sudah cukup untuk melukakan hati, kenangan-kenangan tentang kisah cinta tidak akan lenyap, ia akan tetap terbayang-bayang dan meninggalkan kesan yang lama sekalipun sumber rangsanganya telah lama berlalu.

Hal ini bukanlah suatu gejalah yang baru, setiap orang yang pernah dilanda oleh cinta yang murni,pasti mengatahui betapa besarnya kesan cinta itu tertanam dalam hati manusia. Kesan tersebut akan tetap bertahan lama, kerana cinta itu bersifat rohaniah.
Sesorang yang tidak dirangsang oleh cinta untuk mencapai sesuatu dalam hidup ini, adalah seorang manusia yang tidak mempunyai harapan lagi. Pada hakikatnya orang itu sudah mati, meskipun ia masih bernafas.

Cubalah melapangkan fikiran untuk kembali ke masa lampau yang penuh dengan kenangan indah tentang cinta. Pastinya kenangan yang indah itu akan melembutkan rasa sakitnya penderitaan dan kecemasan yang sekarang ini. Kita akan menghayati satu sumber pelarian dari kenyataan hidup yang tidak menyenangkan ini.

Siapa yang tahu bahawa kadang kala fikiran itu akan mencetuskan satu khayalan, gagasan atau rancangan yang boleh merubah seluruh status kehidupan kewangan mahupun rohani anda.

Kalau beranggapan bahawa anda telah bernasib malang, hanya kerana telah gagal mencapai cinta, buangkan pemikiran yang negatif itu. Sesorang yang benar-benar jatuh cinta tidak akan mengalami kegagalan. Cinta itu bersifat berdasarkan pembawaan sesorang.

Ia akan datang pada bila-bila masa ia suka, dan ia akan pergi tanpa sebarang peringatan. Oleh sebab itu terima dan nikmatilah cinta itu semantara ia masih ada. Namun tidaklah perlu bagi seseorang membuang masa dengan sia-sia untuk menangisi penolakan cinta itu. Kesedihan itu tidak akan memulihkan kembali cinta itu. Kesedihan hanya menyiksa diri sendiri.

Usah menyimpan harapan. Yang sudah, sudahlah agar kesedihan itu pantas berlalu pergi…., jika masih mengharap dan menyimpan harapan maka bersedialah untuk merasa bahangnya…..

Janganlah beranggapan bahawa cinta itu datang hanya sekali sahaja. Ia kan datang dan pergi pada bila-bila masa, tanpa diundang dan disuruh, entah berapa kali jumlahnya. Apa yang jelas ialah tidak ada dua pengalaman bercinta yang sama coraknya. Jadi banyak kalikan lah bercinta. Mana tahu dapat pangkat doctor cinta.

Memang tidak boleh disangkal lagi bahaw cinta itu merupakan pengalaman hidup terbesar bagi manusia. Ia boleh membawa seseorang berhubung dengan sumber kecerdasan yang tidak terbatas. Dan boleh jadi ia menganggu kewarasan seseorang.

Cinta adalah emosi dengan pelabagai segi, warna dan bayangan.

Apabila dipandukan dengan emosi romantisme dan …………… ia boleh membawa sesorang ke tahap usaha yang penuh kreativiti.

SELAMAT MAJU JAYA

Wednesday, June 8, 2011

catatan perjalanan ekspres ke Pitas Sabah

Memang penulis ada dikhabarkan lebih awal oleh cikgu Mazlan yang mana berkaitan dangan cadangan dari ahli Abjad Selangor untuk membuat program penerangan di Kota Merudu Sabah. Berbetulan pula cadangan yang dirancang itu akan berlaku pada masa cuti persekolahan, kebetulan penulis pula di saat- saat akhir menerima arahan untuk datang bertugas pada minggu kedua persekolahan tersebut,jadi penulis tidak mengharapkan sangat untuk dapat menghadiri program tersebut.

Balik bercuti itu penulis memang tak ada haluan, segala palan awal memang sengaja di musnahkan, cuti beberapa hari sahaja tidak berbaloi.dan Kebanyakanya penulis hanya ada duduk di rumah, menikmati rasa penat yang agak melampau sehingga dua tiga hari baru lega rasa badan.

Pada tengahari hari rabu 1hb jun penulis mendapat panggilan telipon dari cikgu Mazlan yang mana beliau baru di khabarkan oleh rakan di kota merudu, bahawa yang mana progrem tersebut mungkin akan diadakan juga pada hari Jumaat,iaitu pada sebelah malamnya.

Biarpun agak merasa mungkin penulis akan mengalami kepanatan yang amat bersangatan kerana kiranya pada hari jumaat bertolah ke Kota Merudu, esoknya kembali semula ke ranau kemudian lusanya akan meneruskan perjalanan menuju ke Labuan. Tidak ada kesempatan untuk penulis merihatkan badan, tapi ini Mungkin kehendak dan anugerah Allah taalah bahawa penulis pada demikian masanya akan berada di Kota Merudu,, hingga dengan mudah penulis insyahallah bersetujuh untuk cuba hadir sama dalam majlis tersebut.

Esoknya hari khamis Tengahari 2hb penulis menerima pesanan SMS dari pengerusi Gelangang yang mana katanya Saudara Asrul menjemput rakan-rakan untuk buat majlis Qatam al-quran di rumah Mentua mereka pada malam tersebut. Penulis pun sebenarnya tergerak untuk membuat majlis yang serupa atas niat hati yang makin berkobar-kobar ini. Namun oleh kerana merasa malu untuk menyatakan hajat tersebut maka penulis ketepikan lintasan hati tersebut. Biarpun ia akan berlalu pergi Semuga satu hari nanti ada keberanian.

Pada malamnya sengaja penulis berlambat-lambat untuk hadir ke rumah mentua saudara Asrul,Setiba di rumah mereka penulis juga amat terkejut dengan permintaan saudara Asrul yang menyampaikan hajat serumah bahawa sudilah kiranya Ustaz membai’ah mereka seisi keluarga pada malam tersebut.

Walaupun sedikit agak merasa keberatan pada tangungan, siapalah saya ini? namun penulis usahakan juga mudah- mudahan hajat demikian di makbulkan oleh yang maha kuasa.

Pada malam tersebut juga,pada kesempatan berkumpul dengan anak-anak buah yang rajin hadir, penulis buka cerita dan dengan banganya mewar-warkan akan kemungkinan akan bertolak ke Kota Merudu Pada pagi besok. mahu ikut? Alhamdulillah ada rakan-rakan yang berbesar hati untuk ikut serta.

Seawal pagi saya sudah mendapat pesanan SMS untuk bertanyakan jam berapa masa bertolak ke kota Merudu, ulamak….. memang berkobar-kobar sungguh semangat mereka ini. Penulis memaklumkan mereka Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh cikgu mazlan tengah malam semalam. Progrem itu belum kompom, maka kalau jadi maka kami akan bertolak selapas mendirikan solat jumaat.

Sebenarnya Pada situasi ini, penulis dah tak ada mood untuk jalan, penulis yakin tentu penulis terlalu kepenatan nanti, sehingga terlintas di hati bahawa alangkah baiknya lagi kalau progrem ini tidak jadi. Di usia penulis begini rasa kepanatan makin mudah dirasa, bagi orang muda tentu tidak bermasalah untuk melakukannya.malahan keseronokan adalah.

Selasai sahaja menunaikan solat jumaat saudara mazlan terus mengkhabarkan progrem itu akhirnya jadi dan kita kena bertolak dari sekarang katanya. Distinasi pun bertukar Daerah Pitas Sabah. Bukanya Kota Merudu … Waaah lebih tambah jauh lagi ini. Penulis tidak mengambila masa lama untuk bersiap kerana memang dah redy dari awal. Packing untuk barang ke labuan juga.

Itu ini lebih kurang jam dua lebih baru kami dapat bertolak, saudara asrul susah sangat dapat pelepasan dari isterinya. Begitu isteri menyayangi suami? Penulis no komenlah …. Pedulilah tak berani campur urusan laki bini ini.atau Begini rupanya bila beristeri.

Ketika singgah di pekan ranau untuk mengisi minyak, kelihatan semua stesyen minyak panjang barisan kenderaannya beratur menunggu giliran, penulis membuat pusingan untuk turun menuju ke stesyen minyak shell, sebenarnya stesyen minyak ini mempunyai riputasi yang agak buruk pada masa lampau. Bukan terdesak Cuma Sangka baik sahajalah.

Penulis memilih untuk memandu sendiri dahulu, penulis memandu melalui jalan lintas ranau ke kota belud pertama kali dalam hidup penulis melalui jalan ini, dulu jalan kampung sekarang bentuk jalan raya yang memang agak baik, semuanya dah dalam bentuk tar, dan mempunyai selekoh-selekoh yang amat mengujakan untuk mencuba membuat drif. Cuba-cubalah…

Pemanduan penulis hanya setakat sampai di mesjid Pekan Kota Belud, tiba disana, pada masa lebih kurang jam empat lebih petang, tempat ini masih dalam minda penulis, walaupun kali terakhir penulis singgah di sini hampir mencapai lima belas tahun lalu.

Setelah menunaikan solat asar qasar, rombongan penulis meneruskan perjalanan, saudara mazlan tetap menjadi pemandu kenderaannya, saudara mazlan tidak asing dengan pejalanan ini kerana Ibu mertuanya berasal dari Kota Merudu. Dan sering berada di sana.

penulis pun sebenarnya ada hajat dan menyimpan angan-angan di wilayah kota merudu ini,ialah kita hanya merancang taqdir allah yang di zahirkan nya. selagi ada waktu amin.

Penulis pula pada kali ini adalah perjalanan kali kedua menyusuri jalan menuju ke kota Merudu ini,Penulis pula hanya jadi penumpang, pakai driver impot. Walaupun penulis agak rasa kesian dengan kenderaan yang dibelasa teruk oleh pemandu impot ini, kerana beliau langsung tak ada timbang rasa dengan kenderaan ini, tibai semacam aja, jalan raya yang berombak-ombak ini di belasah seperti berjalan dijalanan yang rata. Tak tahu lagi penulis nak cakap apa. Sama-sama kita berdoa Ninja King akan jadi kenderaan utama nanti insyahallah…..

Kami tiba di penginapan Pekan pitas baru sekitar jam tujuh petang. Saudara Hambali sedang menunggu kami, saudara mazlan terus berurusan dengan pemilik penginapan orcid, rupanya pemilik ini berasal dari kundasang ranau. Alamak RM68.00 sebilik oleh kerana pemilik tidak membenarkan kami tinggal dalam satu bilik maka terpaksalah sudara Riduan tambah rm dari cikgu mazlan untuk mendapatkan satu bilik lagi. Jumlah keseluruhan kos penginapan kami ialah RM136.00. insyahallah ada tempat disisi allah taala.

Selasai bersiap kami meneruskan perjalanan ke lokasi sebenar, penulis gagal mengingati nama tempat ini, rumah tersebut berhampiran dengan masjid. Setiba di perkarangan rumah tersebut, terdetik dalam hati penulis, saya kelihatan agak tarlalu muda tidakkah mereka akan cuba try test saya?
Bismilallah saya bertawak dan berserah kepadanya.

Penulis menaiki anak tangga dengan berhati-hati kemudian bersalam-salaman dengan hadirin yang penulis nampak pada pangkat pakcik-pakcik dan bapa-bapa. Bila penulis meliht saudara Boy picsyili (mus) terasa macam ada iras-iras Ali Asma Serawak. Cuma Saudara boy ini lebih berisi sikit.

Selain dari saudara boy ada lagi saudara zam. Sekali lagi saudara Mazlan yang jadi Impomer, saya kurang ingat dengan rakan-rakan dalam talian Facebook.

Menurut saudara Boy progrem pada malam ini memang tidak dirancang, beliau Cuma menjemput seluruh keluarganya untuk hadir pada malam tersebut, ada yang dari kudat, kota merudu, kota kinabalu. Susur galur keturunan saudara Boy dengan saudara hambali memang unik. Barangkali ada kaitan dengan sultan sulu dan abu sayap.

Keluarga-keluarga saudara boy ini memang cukup dikenali dan di kagumi oleh masyarakat Pitas, dengan ilmu dunia yang sangat Ampuh dan itulah juga yang sangat menganggu rasa hati Saudara Boy,, saka baka keturunan katanya. penulis lebih lah lagi risau

Dan mereka rupanya melewatkan solat isyak semata-mata menunggu kami untuk berjamaah, astaga,,, kan kami ini di mudahkan untuk menunaikan solat fardu secara Jamak, mahu tidak mahu demi menghormati tuan rumah kami bersama juga mendirikan solat fardu isyak secara berjamaah.

Selasai mendirikan solat fardu isyak secara berjamaah, saudara Boy meminta penulis pula untuk mengimamkan Solat sunat taubat untuk memohon ampun atas sekelian doasa yang telah dilakukan, seterusnya juga mengimamkan solat sunat hajat mudah-mudahan mudah segala hajat dan sekalian hati mudah menerima petunjuk dan hidayah dari allah Swt.

Majlis diteruskan dengan penulis sekali lagi mengetuai untuk majlis Bacaan Qatam quran.

Selasai majlis qatam quran hidangan mula di hidangkan, masakan kari kambing versi selangor dan Assalam Sungai Petani, sesuatu yang sangat sukar untuk di lepaskan.
Alhamdulillah malam ini masih ada insan pilihan, termasuk dengan saudara zam , saudara Jo dan Saudara Lid ada lagi tiga rakan mereka berbai’ah dengan penulis pada malam tersebut.

Sembang kami berlarutan sehingga melewati jam dua belas tengah malam, penulis dah tak larat memohon diri untuk beredar ke tempat penginapan. Sampai di penginapan satu ketidak selesaan melanda, penulis dan saudara Mazlan sehingga menjelang terbit matahari gagal melelapkan mata, pada tahap kepenatan yang demikian rupa apakah lagi yang menghalang kami untuk lena? Sedangkan salah seorang rakan dalam bilik kami masih dapat melelepkan matanya. Betapa cemburunya kami.

Sekembalinya saudara mazlan dari bersiar-siar memahat potret dalam kemeranya. Mengundang penulis untuk bersiap dan akan mencari tempat bersarapan, perut uda berbunyi-bunyi ini. Sambil menunggu rakan lain untuk bersiap penulis bersiar-siar sekitar dua deret bangunan kedai sedco ini, penulis melihat hanya ada dua restoran yang ada, tak ada pilihan,restoran yang kami pilih untuk melepak memang tidak meyakinkan penulis.

beberapa langkah dari penginapan itulah RESTORAN MUHIBBAH hanya tulisan kaligrafi dalam bentuk tulisan khat yang bergantung di dinding sedikit melembutkan hati penulis. Dan yang penting sekali Bung-bunganya memang sedang mekar sekali, menganggu pandangan mata dan penumpuan topik cerita.

Cuma bunga-bunga ini perlu di rapi dibalut dengan indah agar seger pada pandangan mata dunia dan kehidupan di dunia sana… JANGAN AMBIL HATI KAMI. Jangan biarkan bunga-bunga ini di curi peminat bunga… hadiahkan bunga-bunga ini kepada mereka yang mahir menjaga bunga. Alangkah indahnya kiranya haruman bunga ini di pamerkan hanya kepada pemiliknya sahaja.

Selasai penulis menghadap sarapan barulah saudara boy dan saudara Jo tiba menyertai kami, menyambung cerita semalam yang belum dimulakan oleh saudara Mazlan. Plan perniagaan Sim Kad TUNE TALK .Bila saudara Boy membeli sim kad pertama , maka mudah mengalir dalam sepuluh keping sim Kad tersebut beredar milik . Maka tertampunglah sebahagian perbelanjaan kami hadir ke daerah Pitas ini.

Penulis pun sedang berkira-kira untuk menyertai plan pernaiagaan Sim Kad Ini, dengan langkahan permulaan penulis sudah mula mengikut plan Topup reold dari saudara mazlan. Beli relod dengan aku tau…..

Penulis membawa kenangan indah dari Daerah Pitas ini, jangan lah ini pertemuan pertama kita, Salam perkenalan ..jangan pertikai wang ringgit yang di belanjakan demi jalan ini… ini bahagian kita, biarpun penulis membawa bekalan satu kerisauan yang mana di dahi sebalah kiri penulis, tumbuh seperti kesan ruam yang sangat luar biasa gatalnya,lebamnya makin membentuk, luar biasa bentuknya dan ia semakin meleber kerana di garu, mata kiri penulis kenampakan ada kesannya,, penulis macam pernah mengalaminya dan kini ia bergabung dengan yang lama, ia semakin merimaskan penulis, bila di garu makin enak… adui na … eeeeeeeeeeeeee gatal sungguh.

Monday, June 6, 2011

aku tak berihat dan aku tak merajuk,laptop aku tiba-tiba rosak, memang dah tamat tempoh perkhidamatan barang kali, ada dua tiga idea tapi tak dapat mencatat lagi, dan aku masih cadang artikel yang aku ada siapkan lebih awal, kalau dapat di selamatkan akan aku letakan di sini. sabarlah peminat... tolong doakan aku murah rezeki...... kawin eeee tersasul pula. dalam minda aku jenama Asus rm1700.00


tiba-tiba pula laptop saya boleh di hidupkan semula. penulisan itu saya post untuk ogos 2012 jumpa di sana

Sunday, May 29, 2011

Bertugas di ofis ibu pejabat

Hari ini, hari pertama penulis akan mula bertugas di ibu Pejabat, ketagak macam mana pun, penulis kena ikut arahan, BAHAWA SAYA YANG MENURUT PERINTAH . Pagi ini sebelum ke ibu pejabat penulis sempat lagi menyinggahkan bungkusan soalan yang siap di tanda dan yang belum bertanda ke dalam bilik pejabat, rakan-rakan menyangka penulis banyak dah yang siap, kah…. Kah … kah angkut dan angkat memindahkan sahaja.

Semasa menuju ke ibu pejabat, bernasib agak malang sikit, nasiblah penulis sempat menyedari tempurceh kereta dah full penuh menyala dan isyarat amaran merah udah berkelip-kelip, macam mana ni? Penulis cuba berhenti seketika, panasanya belum reda, waktu punc makin hampir,penulis mengambil keputusan untuk tinggalkan sahaja kereta ini dan bergerak berjalan kaki ke Ibu pejabat, tempat tu bukan jauh sangat dalam masa 10 minit mungkin sampai. Cuma tak biasa berjalan.

Sampai di pintu lif ada sudah penulis berjumpa dengan beberapa rakan, semua tertanya-tanya buat apakan penulis buat ke pejabat hari ini? tindakan dispilin kot? Penulis sendiri pun belum terbayang apa geranganya tugasan yang akan diberikan ini. secara berselorah penulis menjawab saya jadi penyelia baru di unit pelajaran yang. Mengayat la ni.

Selapas bagi salam dengan kakitangan yang dah awal sampai, penulis menyapa beberapa rakan yang sedikit rapat dengan penulis, bila rakan-rakan ini beredar ke tampat berasap penulis pun ikut serta juga. Inilah pula lagak mereka di awal pagi. Penulis lama dah berehat merokok, walaupun hendak sampai 20 tahun, rasa nikmat mencium haruman rokok masih kekal, dan ketagih rokok tu macam baru semalam tak menghisap rokok.

Penulis bila masuk from 4 berehat dari merokok, time ni rokok Dunhill baru RM2.30 sekotak, berlambak lagi jenama yang harganya RM1.20, ada Good Flake , white Horse, Virginia Gold , kira yang paling super Benson the headzos, 555 . genarasi penulis tertawan dengan iklan Kingway maka membeli dan hisaplah rokok Kingsway.

Tamat sahaja menduduki kertas akhir peperiksaan SPM penulis mula kembali merokok, orang muda tidak kukuh pendirian, kecewa cinta di tolak oleh seseorang maka kembeli menyiksa diri merokok, hendak menuntut simpati konon…. Tak ada akal, Sendiri merana. Lu tanggunlah sendiri.

Penulis masa muda-muda memang peminat setia gudang garam, rokok jenama lain ramai pakat minta, Gudang garam ini jaranglah jumpa orang minta, masa bersekolah kat pondok, menunggu time solat mayat kerana boleh dapat duit, kadang-kadang dapat lebih untuk sembahayang hadiah. Sekali solat mayat paling kurang RM3.00 lepaslah dua kotak Gudang Garam, ada rezeki lagi tambah dapat RM5.00 untuk solat hadiah, maka lepaslah belanja makan untuk tiga hari, beli nasi bungkus seringgit di warung Patimah simpang jalan.

Bagaimana penulis boleh berehat dari merokok ? panjang ceritanya… pendek kan??? Anugerah dan taqdir Allah swt.

Usaha berihat dari merokok adalah salah satu usaha berterusan, orang yang telah lama berihat merokok masih berpontsei untuk kembeli merokok dan gian dan ketagihan rokoknya lebih akan bertambah dasyat.

Biasanya bila berkunjung ke rumah Arwah Tok Ayah Tasik, penulis ada rasa segan untuk hisap rokok kerana beliau memang Anti dengan rokok, penulis pernah mendengar (ulasan) Fatwa dan keterangannya berkaitan Rokok, lebih-lebih lagi dengan benatang bunga api dan mercun.

Penulis pun berniat dan berhajat mudah-mudahhan dan sentiasa memohon redha Allah swt bahawa penulis akan mengikut dan mewarisi cara dan penampilan Tok Ayah Tasik yang tidak merokok, dan penulis akan berusaha menjaga menyimpan janggut seperti mengikut Tuan Guru Ustaz Mat Janggut.

Alhamdulillah penulis berkesampatan menikmati rehat dari merokok dan di masa keremajaan penulis dah ada lakaf sebagai Ustaz Janggut. Sehinggalah kedatangan propaganda Usama Laden. Hingga adalah pula melakap penulis sebagai Osama.
Di permasyarakatan penulis orang yang menyimpan janggut ini adalah kononya mereka- mereka yang dah mencapai tahap kebilangan (terbilang barang kali). Mereka-mereka yang penuh berisi di Dada. Sedangkan penulis hanyalah seorang yang hanya itulah yang dapat di pamerkan sebagai mengikut dan beramal sebagai Sunnah Nabi.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang menganugerahkan begitu banyak cabaran, begitu banyak tentangan, begitu banyak cubaan, begitu banyak serangan. Ujian demi ujian, pada hari ini penulis masih gagah berdiri. Tepukan gemuruh untuk diri sendiri.

Itu semua Nikmat yang Allah swt hanya berikan kepada mereka yang di pilihnya. Amat beruntung dan amat bertuahlah mereka-mereka yang menjadi pililihan Allah Swt. Mudah-mudahan penulis dan sekalian pembaca menikmati percikan keberuntungan dan kebertuah han mereka-mereka yang terpilih Oleh Allah Swt ini. Amin ya rabil Alamin.
Seminggu ini, Hanya dua hari sahaja penulis bertugas di pejabat . kerana pada hari rabu lalu, penulis hanya menulis nama kemudian menghadiri raptai persembahan sempana hari guru esoknya khamis, penulis dah lama tak berlatih bersama maka banyaklah gaya dan sari kata yang tak hafal, tapi dengan cogang kata, biar sumbang asal menyumbang. Pasti beres

Manakala pada Hari khamis pagi penulis terus ke lokasi sambutan hari guru tersebut, acara ini di mulakan dengan Ceramah khas Motivasi oleh Ustah Shahir dari IPG gaya, seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil guru, perasmi sambutan hari guru warga Pendidik Sekolah Rendah Agama dan Kelas Kafa ialah Tuan Haji KPPK .

Pada sebelah petangnya Seorang rakan sekerja yang rapat dengan Si Dia bisik kepada aku bahawa Si Dia kemalangan dan patah kaki, baru aku taliponnya katanya,dan sekarang ada di rumahnya di R……… ( kenapa pula di R……… ) bukan berkursus?? , bah bila ustaz balik boleh bawa saya melawatnya? hati penulis memang terganggu dan tersentuh , timbul rasa serbah salah dan penulis tambah risau, bimbang juga sebab penulis pernah terniat dan terlintas di hati, jika Si Dia naik kereta dengan lelaki lain maka biarkan berlaku kemalangan agar nyata perbuatannya. Kenapa aku sampai begitu jahat sekali.

Menjelang malam baru aku sempat menghantar SMS, Fikiran ku tidaklah tertumpu dengan petunjuk over hert tempercue yang sedang di baiki, Cuma hp aku kerap kehabisan cas, tiga empat kali cas sehari, aku menyinggah sebentar di rumah kawan semata-mata untuk cas hp. Malangnya Jawapan kiriman Sms memang tak menggalakan. Buat sakit hati aku aja. “one way” katanya, Rugi masa aku saja sibuk-sibuk ambil hal. Hati ini pun terus berkata Biar tah ko terus tak dapat jalan. Kompom tak datang-datang lagi ke labuan lagi Astagfirullah.. astagfirullah… macam mana nak kata islam ini baik, kalau pracontohnya semua gagal mempamerkan keindahan Islam.

Dan Aku rasa, dan aku angan-angan mungkin Si Dia kecil hati sebab aku lambat sangat beri respon, padahal aku antara yang awal mendengar berita yang berlaku kepadanya. awu pedi tinganan daa ah

Wednesday, May 25, 2011

Wahai cincin bermata batu warna pingk….

Satu pagi seminggu yang lalu, bertempat di kantin sekolah, penulis dan seorang rakan dari MAIWP hendak bersarapan, kebetulan telah duduk di situ iaitu Tuan Ketua Penolong Mufti Labuan, ketika bersalaman dengan tidak semana-mana beliau mengambil kesempatan mengusap dengan tangan akan buah batu cincin yang penulis pakai. Sambil beliau juga ada berkata cantiknya cincin,….. beli kat mana ustaz? Penulis masih Sedikit kaget dan seperti selalu penulis akan menjawab hanya batu biasa-biasa aja ni ustaz… orang bagi saya pakailah.

Penulis sempat mencuri pandang dan lihat akan di jari Ketua Penolong Mufti itu memang ada tersarung indah cincin berbuah berbatu kecil berwarna hijau Kebiru-biruan, Nampak tak berapa menonjol sangat buahnya, sambil bersarapan dan bercerita Ketua Penolong Mufti pun sempat dan meperlawa penulis untuk mengajar di mana-mana, katanya sibuk macam mana pun dengan kerja, cuba sediakan masa, sebulan sekali sudah memandai untuk mengajar, nanti ana carikan tempatnya, sayang ilmu tak berkembang tambahnya. Cari sahaja bahan bacaan yang ringan-ringan, kalau kitab payah orang nak faham.

Masa itulah Ketua Penolong Mufti ini cerita yang sudah dua tahun mencari kitab ZUINUL THALIB karangan bekas mufti Berunai (6 jilin) bahasa melayu jawi tulisan tangan. Menurut beliau ada seorang di Labuan yang memiliki kitab itu, penulis tak Tanya pula adakah pemilik kitab itu ada mengadakan kelas untuk membaca kitab tersebut.

Ketika sedang makan tengahari penulis baru terasa ada pedih, bertempat di jari yang menyarung cincin, penulis cuba mengingat- ingati selama ini, yang mana selama penulis buat kerja berat sekalipun, cincin ini tidak pernah melukakan jari penulis… lalu kenapa pada hari ini cincin ini melukakan jari ini? penulis ada bersangka mungkin Tuan Penolong Ketua Mufti ada seni sendiri dengan batuan cincin ini.

Esoknya di tampat yang sama penulis mencuri pandang akan jari Tuan ketua Penolong Mufti, wah… lebih mengujakan penulis.. cincin yang penulis lihat di jarinya kemarin tidak ada, yang ada ini di jarinya adalah cincin lain yang mana bermata dan berwarna lain, dan yang hebatnya di jari kanan dan di jari kiri megah tersarung cincin yang indah mata batunya… fuuuuuuuu yuuuu.

Penulis selama ini tidak memandang apa-apa pada cincin yang di pakai, makin ramai yang memberi perhatian, sedang penulis sendiri terlapas pandang mengenai cincin ini, yang penulis terpandang hanyalah warnanya kerana amat jarang menemui mereka yang minat menggunakan seperti warnanya. Hati penulis Jauh sekali ada menyangka akan ada apa-apaan dan maksud dan sangka cincin ini kosong belaka.
Tengah menulis artikel “hanya merancang”, tiba-tiba terlintas di hati berdetik untuk kenapa tidak di try test ini cincin, Hari ini baru terlaksana hajat penulis untuk test ko wahai cincin,bersedialah engkau. baru terlintas di hati betapa seharusnya penulis harus menyimpaan rasa kecurigaan terhadap sejarah mu, ko menutup hati penulis , ko mungkin bukan sembarangan cincin, mana tahu cincin Ajaib Aladin atau saudar maranya, usap-usap keluar jin. Dan jin itu pula berkata Wahai manusia apa ko mahu? Aku boleh tunaikan 3 permintaan sahaja.

Maka bermulalah sebuah cerita Bismillaa hir rahmaa nir rahiim penulis mula dengan menggantungkan cincin ini dengan menggunakan benang sepatutnya benang berwarna putih, yang ada benang warna pic, pakai saja yang ada bah tiba-tiba meromang bulu roma penulis, Maasyahallah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ingkar sungguh engkau , langsung tidak mahu tunduk, makin kembang seluruh badan aku, seram berdiri bulu roma , usssssss ko bersama ku udah lama,,,, kenapa tak bagi aku faham ,,,,,, ada ko ganggu orang lain? Aku akan bagi ko tugasan, tapi tanpa syarat apa-apa ok? Setujuh? Angkat tangan kalau setujuh.

Apa penulis mahu buat dengan kamu sekarang? Apa sepatutnya perlu penulis buat ini?
Sambil penulis menambah buang dan olah akan artikel “kita hanya merancang” penulis mencuba-cuba pula draf cerita ini, Artikel “hanya merancang” cerita itu penulis mula edit dari pagi sampai menjelang waktu Asar, tak mahu siap , macam tak mahu di terbitkan, asal penulis baca, ada saja yang tak kena maka di delet, dan penulis terpaksa mencari lagi lah ayat lain untuk menggantikan.

oleh kerana penulis memang cadang dan berhajat mahu postkan artikel itu hari ini juga, maka pemurnian artikel terpaksa mahu tidak mahu kena di tamatkan juga. Kalau tidak artikel ini akan mendahaluinya. Dan berkemungkinan artikel itu pula mungkin akan ter reject ..

Ada juga rasa hati penulis untuk terus memurnikan dahulu artikel “hanya merancang “ dan mendahulukan pula post tulisan ini, tapi oleh kerana penulis juga memandang akan adanya keperluan penulis yang lebih penting dan hajat yang lebih besar dalam post itu maka menanglah post itu untuk di dahulukan… semoga mencapai maksudnya.
Penulis berhenti mencatat di sini dulu, penulis mahu mencuba menanda kertas jawapan murid pula, penulis belum bergerak lagi untuk mula, sedangkan penulis dah angkat semua kertas jawapan murid untuk bawa balik rumah, malulah dengan kawan-kawan kalau tak ada satu pun yang siap, penulis memilih menanda kertas jawapan pilihan lah dahulu, penulis pun mula menanda, menjelang waktu magrib penulis baru dapat menyiapkan dan menanda kertas jawapan bagi dua buah kelas. Ada sepuluh lagi menunggu …… Mengantuk pula. Layan dulu, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak baik tidur senja..

Selasai solat magrib penulis bergesa ke rumah kawan untuk post juga tulisan yang siap “hanya Merancang:, artikel tersebut sebenarnya penulis terlupa bagi tajuk, nak cepat punya pasal, penulis tak ada talian internit, Cuma menumpang dengankawan- kawan yang ada talian, kalau time kerja, di pejabat memang ada line. Penulis menumpang yang itu sajalah, penulis terburu-buru dan tidak menunggu lama , sempat jugalah penulis like-like beberapa komen rakan FC dan penulis mohon copy tulisan dari Ibu Nora. Penulis nak cepat kerana berhajat tunjuk muka dan tunjuk baik dengan sempat mengikuti bacaan tahlil di rumah arwah tuan rumah sewa kami.

Kalau di temapat Asal Penulis, bila mana ada kematian maka adalah mentudau (berjaga malam ke pagi) selama tujuh hari. Dan ada kenduri hari ketujuh, hari ke empat puluh dan ke seratus hari, penulis tidak mengatahui sejarahnya. Penulis tidak berkesempatan meninjau cerita asal usul budaya mentudau ini dalam masyarakat kami. mungkinkah pembawaan ajaran Mandur sharip?.

Selain mentudau pada malamnya , sebenarnya ada satu lagi perbuatan dan kepercayaan masyarakat kami, yang mana setiap hari selama tujuh hari itu satu hidangan istemewa di siapkan dalam talam yang mana benda ini biasanya di letakan di bilik si mati,dan ada bau Asap kemayan, APAKAH INI?

Dalam masyarakat kami Mentudau masih berlaku dan telah ada beberapa pengisian yang Nampak sangat bermanafaat iaitu dengan bacaan yassin dan tahlil, dan yang terkini hadir pula generasi yang cuba mengqatamkan bacaan al- quaran. Alhamdulillah itu niat dan amalan yang baik.

Manakala untuk dalam berbentuk makanan hidangan istemewa itu penulis tidak dapat pastikan sama ada ia masih berlaku, jika didapati masih berlaku maka adalah menjadi tanggung jawab untuk memberi kefahaman apakah maksud kebenarnya.. jika Nampak jelas nyata ada kebaiknya teruskanlah, apa kata penulis??????? penulis tetap dengan jawaban hantu tau tu…

Dalam kehadiran penulis menghadiri malam rumah kematian di Labuan ini adalah lebih simple. Orang dari masjid datang baca tahlil (unik juga kiranya dalam buku tahlil maka di baca dari kulit ke kulit dan biasanya ketua pembaca hafal akan skrip bacaan) lapas baca tahlil dan doa, lepas makan bersurai. Dan yang lebih utamanya, pemimpin bacaan satu sampul, yang baca doa pun ada sampul. Kalau dua-duanya dia yang buat maka dapatlah ia dua buah sampul surrrrrrrrrrrrrrat. Aku terima. Sapa tak mahu??? Berapa tah isinya??? RM1.00, RM5.00 , RM10.00, RM15.00,RM20.00,RM30.00, RM50.00.

Pengalaman penulis dalam masyarakat sendiri purata orang sanggup bagi hanya RM5.00 biarpun hidup lebih sedikit berkemampuan dan hajat itu adalah terlalu besar, mungkin penulis berkongsi rasa sebenarnya siapa-siapa pun tak kaisalah kalau yang paling besar orang bagi tu tahap RM0.000.00 kerana itulah kerana tidak kemampuannya. Kita pun bukan nak jual pun ilmu dan amal, Cuma tenaga dan masa yang digunakan silalah hormati….. Gaji ribu-ribu ikhlas nak hadiah dengan orang Cuma rm10.00.

orang islam di wajibkan bayar zakat fitrah atau zakat harta kerana zakat membersihkan diri dan harta, orang yang berharta dan punyai pendapatan lumayan tapi tidak sihat tubuh badan dan pendapatan itu entah hilang kemana? Maka ini di Kerana bersebabkan diri dan harta itu belum di bersihkan dengan zakat.

Penulis antara yang terakhir balik dari rumah Arwah tuan Rumah. Malam ini penulis lewat juga melabuhkan mata,, biasalah kerana esok cuti, Malam ini pula hujan turun sangat lebat di iringi oleh sambaran kilat dan bunyi guruh, dua tiga kali penulis menyentuh merasa lantai takut-takut air sudah melimpah ke dalam lantai rumah. Tempat tidur penulis pernah di tengalami air.

Dalam dentuman bunyi guruh yang kuat, bunyi hujan mencurah sangat deras menimpa atap rumah, kilat sambar menyambar tidur penulis masih dapat diulit dengan mimpi yang mengembirakan, sesakali dentuman bunyi guruh membangunkan lena penulis yang sedang bermimpi, aaaaaaaaaaaa penulis hilang kawalan badan, badan penulis mulai mengapung dan melayang ke arah belakang, eeeeeeeeee Allahu Akbar, ada sesorang yang aku kenali, saudar Asrul cuba memangku dan menahan supaya penulis tidak terus melayang, namun saudara Asrul tidak berdaya menahan , penulis terlepas, penulis semakin jauh.

Badan penulis terus melayang dan semakin laju menerbus ke satu arah, di sana ada seorang lelaki perkasa berbaju t shirt putih lagak sebagai Pembina badan, Nampak jelas otot badannya, lelaki ini cuba juga menangkap memeluk dan cuba menahan penulis dari terus mengapung dan melayang. Badan penulis tidak terkawal. Terlepas dari kawalan lelaki itu, badan penulis terus Mengapung dan melayang kearah belakang. dentuman guruh membangunkan aku, lalu ku jatuhkan jari untuk merasa dan aku meraba lantai, masih kering lantai ini..

Deruan hujan dan sambaran pancaran cahaya kilat menyilau mata yang bertutup, pandangan mata ku terganggu dan tertumpu melihat, terserlah manisnya seorang gadis bertudung labuh dan berjubah warna hitam di kalangan gadis-gadis berpakaian warna putih, jelas kelihatan oleh ku akan tahi lalatnya, cun gila.. aku curi pandang lagi, indah sungguh.. yes.. yes.. macam aku kenal sangat ini. alhamdulilah.. amin, amin. Amin, ya rabil alamin. Boleh kah aku percaya ?!!! jika memang benar engkaulah itu , maka aku perlukan bantuan, bantulah aku kerana alang kepalang kekuatan untuk mengambilnya, tidak perlu di culik, tidak perlu di rampas, jalan mengambilnya secara curi.

Dentuman guruh membangunkan penulis , lalu penulis jatuhkan jari-jemari untuk merasa dan meraba lantai, masih kering lantai ini. penulis bangun jua untuk melihat masa, baru jam 4.25 pagi , hujan lebat begini ,sapalah lagi yang berani turun ke Masjid, merasakan waktu solat subuh masih lama. Penulis mengambil keputusan untuk kembali melabuhkan mata. Dentuman guruh dan panahan petir dan deruan hujan hilang.

Dalam seakan dalam sebuah bilik darjah aku duduk di tengah-tengah aku Nampak dan aku mengenali hanya Tuan Setiusaha Abjad Sabah Cigku Mazlan duduk di kerusi di bahagian hadapan sebalah kanan sekali, macam ada guru kelas pula, lagak seperti guru sekolah, kopiah tak ada, jangut pun tak ada, aku ingat-ingat tak pernah jumpa dan tidak kenal orang ini, aku dengar ia bertanya Mana Badal sini? Atau mungkin tanyanya Siapa Badal Sabah? Bila berjalan ke arah aku, aku hanya mengeleng kepala ,lidah ku keluh mengaku sebagai seorang badal.. kemudian orang itu bertanya kepada cigku mazlan lalu cikgu mazlan perkenalkan orang itu kepada ku, Ini badal Sabah atau itu Badal Sabah, lalu orang itu menghampiri aku. OOOOOHHH awak Badal Sabah, semakin ia menghampiri, aku cuba-cuba mengingati dan mengamati, berkulit tak putih tak juga gelap, adakah aku pernah mengenali atau bertemu dengannya? … aku tidak temui jawapannya…

Allahu Akbar Astagfirullah aku lewat bangun solat subuh … hujan masih mencurah-curah. penulis tergesa-gesa menunaikan solat sunat, dan aku masih ingat fatihah 40x sebelum solat fardu Subuh. penulis juga pernah di syarankan oleh al- alamah tuan guru Ustaz Ahmad Che Din agar beramal dengan surah Duhaa 40x atau mungkin 70X sesudah solat subuh.. Penulis pula tak mampu buat,,,,, pemalas gila, tapi kalau pembaca rasa-rasa amalan ini mudah, maka penulis persilakan beramal dan kalau nak ijajah aku boleh berikan pada bila-bila masa.semestinya penulis ada salsilah amalan ini hingga kepada Rasul allah Insyahallah.

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback