Wednesday, April 6, 2011

aiiiiiiiiiii..... resahnya

Sedang Penulis di bilik mandi, penulis rasakan dan penulis melihat buah batu cincin Pemberian Saudara Asrul relai dari jari, tertanggal dan terpelanting jauh dari jangkauan, ketika penulis bergerak meraba dan mengutip buah batu cincin tersebut, penulis dapati di tapak tangan penulis ada dua biji batu warna ungu yang kelihatan pada keduanya ada tanda retakan, ketika penulis cuba memasang dan memadankan kembali batu itu pada bingkai cincin, retakan makin rapuh dan ada pula bahagiannya yang relai, semakin tidak padan. Expired uda, buanglah ni. Cari yang lain….

Dan penulis mencuba memadankan batu yang satu lagi, aiiiiii….. tidak pula penulis dapati pada bingkai cincin itu akan gigi yang akan mengikat batu tersebut . Mana perginya gigi pengikat pada baingkai cincin yang dibuat dari campuran emas dan perak (suasa)? keadaan ini amat memilu dan menganggu perasaan penulis…

Ketika penulis membasuh muka di bilik mandi pada pagi itu, penulis amat terkesan bila melihat lantai bilik mandi ini,lalu penulis melerai cincin dari jari, kemudian menggolekannya, kemudian penulis meraba dan mengutip cincin tersebut seperti mana penulis mengutip buah batu cincin yang relai dari jari penulis dalam mimpi tersebuat, sambil membalik-belek cincin itu,lalu penulis berkata Alhamdulillah. tak ada cacatnya pula pada cincin ini..

Para tuan guru menerangkan bahawa bermula Mimpi yang jelas dan nyata, maka harus ada kebenaran isinya tadbir mimpi, mana kala mimpi yang meragukan dan samar-samar adalah gangguan semata-mata. Penulis pernah mengutip tip warna-warna mimpi dari Arwah Tok Ayah Tasik, di perkukuhkan pula dengan lontaran Ilmu dari Tuan Guru Ahmad Junaidin.

Penulis tidaklah kata boleh tadbir mimpi, Cuma untuk kegunaan kajian sendiri dan guna pembuka bicara kepada rakan bercerita. Jadi terjaulah dari mempetua sendiri tadbir mimpi-mimpi.

Dalam satu ceramah oneline dari Assalam Tuan Guru ada Menyatakan mengenai mimpi-mimpi, Katanya mimpi yang datang bagi memberikan sesuatu dengan amalan itu dan ini dengan disertakan pantang larang dalam bentuk Syariat adalah dusta kerana itu adalah Hantu, hantu yang menyerupai tokoh atau alim ulama yang Mashyur. Nauzubillah Guru dalam Mimpinya adalah tetap Hantu.. inilah mungkin yang antara akan Boleh Jadi Saka Baka ?

Sayang penulis tidak berkesempatan hadir pada program Abjad Nilai Negeri Sembilan 2hb April lalu, Khusus untuk membuang Saka baka ini. Bukan gimik April Pool. Bukan cuba…….an, bukan lakonan, real dan Dirakam oleh pihak RTM untuk segmen Panorama. Jangan tak tonton siarannya…

Mimpi yang amat jelas Kebenaranya, hanya bila yang hadir dalam mimpi itu datang untuk Mendoaakan Sang Pemimpi. No syarat-syarat Syariat ,apa lah lagi pantang larang yang karut lagi mengarut , doa kebaikan kebajikan dari sang yang hadir biasanya Makbul dan pemimpi akan turus terkesan oleh doa tersebut. Contohnya Dari kurang Solat sunat, menjadi seorang yang memperbanyakan amalan Sunat-sunat.

Sunday, April 3, 2011

hadir jemputan Saudara Hafiz di UMSKAL

Seminggu lalu penulis hadir dan menziarahi saudara Hafiz di UMSKAL, temujanji kali kedua untuk talkin Bai’ah kalimah syahadatain di sana, ada keahlian baru dan memang menarik ,maklumat awal adanya kaum hawa ikut serta. Macam mana ni ustaz boleh kah? Penulis memang bebelah bahagi, insyahallah kalau dia nak datang dialu-alukan gitulah kira-kira jawapan penulis kepada pertanyaan saudara Hafiz.

Saudara hafiz ingat juga dua minggu sudah ,yang mana penulis tidak menangkat panggilan dan tidak memberi respon atas penggilan itu, penulis memakai 2 no hp dan salah satunya akan of bila berada di kampong, alasannya penulis malas menerima banyak gangguan. Kalau cuti sungguh-sungguh bercuti lah, dan tak mahu ada jemputan ,kalau berhajat biarlah hadir ke rumah. Lihatlah rumah penulis…

Cuti-cuit penulis biasanya sentiasa melihat dan memikirkan keadan rumah peninggalan buatan ayah yang makin usang. Idea banyak tapi Penulis tak mampu untuk sepenuhnya menyelasaikanya, tak ada keluasan reziki buat masa kini.

Untuk berdikari pada masa kini,untuk memiliki sebuah rumah jika tidak mempunyai Lot Tapak rumah sendiri maka kena bersedia untuk mengeluarkan pada kadar RM23,000.00 untuk satu Lot untuk tapak yang jauh sikit dari jalan raya, kalau berhampiran dengan jalan besar kebiasaannya dua kali ganda harganya. Mankala untuk kos paling minima pembinaan sebuah rumah Saiz 20’ X 30’( saiz dan bentuk PPRT) maka biasanya kekal pada kadar RM30,000.00. Dan kos ini meningkat dari tahun ke tahun. Untuk seorang kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap barangkali tidak mempunyai masalah malahan memiliki opseyen lain. Apa jadi kepada mereka yang kasi pagi makan petang? Macam tahap mustahil untuk memilikinya.

Penulis ada juga dengar khabar angin kaunter jualan rumah di ONE BORNOE seorang yang hanya berjawatan penolong pengarah boleh bayar deposit tunai RM2000.000.00 untuk sebuah rumah di jalan Sulaman. Wau…… berapalah harga sebenar istana-istana di jalan Sulaman ini?

Penulis sendiri jauh dari kemampuan demikian, belum sampai seru mungkin, jadi terus berdoa dan bersabar. Usaha yang terdaya yang mampu. Penulis pun jiwa manusia. Alhamdulillah setakat ini masih releven, tidak menjual Anugerah yang Allah swt pinjamkan.

Penulis awal sampai di Masjid UMSKAL , Alhamdulillah untuk ke Masjid tidak mendapat sekatan dari pengawal. Dari corong kedengaran adanya bunyi kuliah pada malam ini, kuliah dan siapakah Ustaz ini? Suaranya janggal pada pendangaran penulis, jadi penulis menunggu dalam kereta sehingga tamat kuliah tersebut. Tepat pada masanya berhenti dan laungan azan terus berkumandang. Penulis pun beredar untuk menuju ke bilik Air. Tak pula kelihatan ramai orang dan mana pula perginya Tuan Guru yang memberi kuliah tersebuat? Jangan-jangan penulis mengingau ini, Tak kanlah dari sini boleh kedengaran Kuliah dari Masjid Yang berhampiran? Dari Sekolah Sebalah kot, Sekolah Menengah Sains?

Bila naik kedalam Masjid untuk Solat Berjamaah Isyak, semacam penulis cam suara Imam ini, penulis terus angkat takbir untuk mengikut Imam (Bermula takbiratul ihram ini adalah RUKUN QAULI, iaitu perbuatan yang zohir dan dinyaringkan sebutannya suaranya,pada sekelian mazhab yang masyhur ,manakala menggerakan isyarat (angkat) tangan adalah sunat di sisi mazhab shafie)

Seusai bagi salam dan sedikit wirid, dalam doanya Tuan Imam ini selitkan lapaz doa bibarakati nabiyina Muhammad Rasul Allah saw. Tak salah ini memang Orang Abjad. Selasai berdoa sebelum beredar penulis menunggu untuk bergerak bersalam-salaman dengan pelajar yang rajin mengimarahkan Masjid Ini. Masyahallah Tuan Imam ini rupanya saudara Hafiz…

Setelah semua jamaah beransur beredar , saudara hafiz dan rakan-rakanya pun berhadap dengan penulis, sedikit perbincangan yang ada pada aneka martabat, Cuma penulis berpesan kena jumpa dengan tuan guru, penulis hanya dapat membuka ceritanya kalau minat minta dan ditilah dengan tuan guru, penulis tidak memilih dan tidak ditunjukan kepada apa-apa jurusan.

Pada penceritaan yang Tuan Guru Nasir Osmani Memilih tujuh orang yang menjurus kepada bidang masing-masing pada masa itu, memang membuat kita berpandangan adanya jurusan atau pengkhususan pada bidang masing-masing. Dan ada mungkin beranggapan yang si pulan yang lebih aula dan lebih afdal kerana begitu dan begini. Aula dan afdal ini milik Allah Swt untuk menentukannya.

Penulis pula lebih memilih untuk menyatakan hal demikian berlaku adalah pengsukturan dalam memudahkan pengurusan dan pentadbiran pada sesuatu organasasi, pendidikan dan ilmu pengatahuan lah yang maha penting, sakti penuh mentera Guna pun kalau tak Pas Fardu Ain masih banyak lemahnya.

kiranya masih ada persoalan rujuklah dengan wakil Guru atau sebaiknya sendirilah talaqi musafaha dengan Tuan Guru mana tahu ada tip istemiwa, sebenarnya tidak ada manafaatnya kita taksub sangat dan mempersoalkan itu dan ini, kita istiqamkan apa yang layak untuk kita dan yang lebih-lebihnya kita berserah kepada Allah Swt untuk menghidayahkan kita untuk memahaminya. Amin

Peserta Bai’ah ini dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan, lelaki ini dari Negeri Johor dan menurutnya Markas Cawangan Masai selalu di melaluinya tapi tak endah sangat. Yang perempuan pula penulis tak sempat nak berkenalan, ada kerja menunggu katanya, sempat jugalah perempuan ini ikut serta mendengar sedikit penerangan dari penulis berkaitan kaedah Talqin syahadatain ini.penulis kata,kita kata kalimah syahadatain ini, bukan kalimah karamat, kita kata Kalimah ini adalah kunci syurga, tidak akan masuk syurga orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadatain ini, para sahabat nabi lafaz la ilaha illallah wa an na ka Muhammad Rasul Allah.kita pula lafaz macam mana?

Manakala sudara hafiz dan rakannya orang lama uda, Cuma Refres balik sahaja. Penulis guna pakai talqin baiah versi kebangsaaan ambil masa kursus di sg petani, dan Selasai sedikit tazkira Penulis dan saudara hafiz serta ahli baru ini,beredar meneruskan perbincangan di cafeteria UMSKAL tentunya Gerai Ustaz Tamrin Cendol. Dengar cerita dulu ustaz ini pengikut kuat Arwah Ustaz Azahari Muhammad (Al-Arqam). Penulis tak minatlah berkenalan,, kalau hari-hari dapat makan minum Free rasanya tu tak rugi jadi rakan… oooooohh adakah taukeh macam ni?

Sembang kami memang tahap antarabangsa punya. Raund topic, singgah juga pasal warta artikel Abjad Sesat. Masyahallah Allahu Akbar,penulis kata, ramai Alim ulama dan Tuan Guru Dalam Abjad ini,hormatlah Ilmu mereka, bab yang diulas biarlah sendiri pun Faham dan reti. Penulis ditahap koman ini pun insyahallah taalah boleh chelengger itu ulasan.Kata mereka begitu, penulis kata begini anda pembaca nak kata apa pula? Sekurang-kurang Sama tarap dan tahap lah kan?

persoalan dari ahli baru,wahabi pun banyak alim ulama dan tuan guru? Bab ulama wahabi ini pun sebanyak Alim ulama dan tuan Guru kita juga. tolak dan bantah kita bukan kita tak hormat ilmu Alim ulama dan tuan guru mereka, kita tolak dan bantah mereka, kerana fatwa ramai dari Alim ulama dan tuan guru kita yang menghukum mereka itu kompom akidah dan ilmu kita dengan mereka tidak ada titik pertemuan.

Pertemuan malam itu singkat benar, esok masing-masing ada kometmen insyahallah masa ada kita himpun lagi dan bercerita topic dunia seluruhnya. Bila dah terima talqin syahadatain maka bermulalah pegambaraan yang hanya diri merasa, Rahsia dirasa, rasa itu rahsia. Cakap banyak pun tak guna,…… terima Baiaah talqin kalimah shadatain dulu.

Wednesday, March 30, 2011

Catatan cuti sekolah bulan mac

Ingatan untuk ayah tercinta…

Ayah.. .
aku bukan anak yang boleh dibangakan…
aku gagal membalas jasamu..
aku juga tidak mampu merawatmu ketika sakit tenat
dan aku leka ketika engkau dalam skaratulmaut…
maafkan aku ayah
ampunkan aku ayah
redhalah padaku ayah….

Berpeluangkah aku menebus segalanya…….????????????????

Catatan Cuti sekolah Mac 2011.

Cuti persekolah Mac telah pun berlalu, kertas ujian murid masih dalam semakan, hendaknya Setiusaha Peperiksaan siapkan keputusan dalam minggu ini juga… wah kena berusaha keras ini. Saya yang dibawah perintah. Insyahallah siap esok… biasalah sapa tak kenal Ustaz Jack, ayat tak ada noktah punya… helah bantu diri perlu dipamerkan.


Ha!!! Ada lagi pula menunggu…. Bukan sembarangan aweks ….. tu buku SPBT datang waktu cuti.. belum di kira dan perlu di edarkan seberapa Maggi segera.. menangis-nangis uda Guru SPBT sekolah Tanya-bertanyakan, bila? Bila ? Bila? Bila? Es.. es.. es… nasiblah aku hendsom, marah tahap ultramen pun masih lagi kelihatan macho, releks dan yang amat penting sekali Fireeeee dengan SENYUMAN. Amat manis sekali …

cuti bulan mac ini,Penulis sempat menziarahi anak-anak buah melaksanakan istiqamah qatam quran di pusat tarbiah abjad sabah, yang dah dilaksanakan masuk hari ke 40 . Tahniah…. Teruskan usaha. Nanti kita usahakan kenduri Kambing.

Dalam usaha mendorong anak2 buah ini penulis rasanya telah mengecilkan hati ibu,hendaknya malam ini,minta bersamanya hadir ziarah sepupu perempuannya yang sedang tenat menurut panggilan talipon yang diterima oleh abang penulis. Kaget jua penulis mendengar pekikan anak abang ketika menyampaikan pesanan. Penulis amat kurang jelaslah. maksudnya.

Bila datang susah baru semua terhege-hege cari penulis, time penulis sengsara lara tak ada pula bertanya khabar, berasap tau hati ini, aku ada hal, kesibukan dan kometmen lain. Penulis sengaja keluar awal, ke Bandar dulu pam tayar dan singgah membeli sedikit bekalan dan yang pentingnya ke ATM dulu, keluarkan duit.
Bila sampai rumah, Ibu dah keluar. Rasanya Abanglah yang hantar, tak kanlah ibu pergi dengan berjalan kaki. Jarang ibu meminta buntuan menghantar kemana-mana dengan penulis.

Seusai solat Isyak ,Penulis kembali turun menuju ke Pusat Tarbiah. Tiba di sana Masih awal lagi, jadi sambil menunggu rakan yang lain, penulis ajaklah sapa yang ada untuk ke tempat lepak , kita minum-minum dulu kata penulis.
Kami berjalan kaki ramai-ramai, tak jauh pun distinasi. sebelah sahaja dengan Pusat Tarbiah , anggaran dalam 20 meter sahaja. Alangkah terkejutnya dan terkedunya penulis bila yang menyambut salam penulis adalah salakan se ekor Anjing…. Astagfirullah… astagfirullah… astagfirullah

Dua tiga kali penulis berundur mengelak tarjahan sang anjing tersebut. Cis Najis berat.ini betul, betul bukan mimpi, Dah lah penulis pakai pakaian mahal,Penulis kenal sang anjing ini kerana sering berkeliaran dan sentiasa di hambat di kawasan Pusat Tarbiah, tak sangka pula seganas ini wataknya malam ini. Pertama kalinya penulis dicergah Sang anjing yang berani. Biasanya simple saja menjawab cabaranya. … ini barangkali dosa mengecilkan hati ibu tadi.. syurga di bawah tapak kaki ibu.

Tengah malam ke pagi, bila penulis sampai ke rumah kereta buruk abang belum ada, masuk ke rumah bekas sirih ibu pun belum ada, kompom udah ni mentudau (Berjaga orang ada kematian). Memang ada niat penulis untuk menuruti ibu dari belakang tadi, Cuma segan berhadap dengan orang-orang yang dijangka hadir, jadi esok sajalah ziarah..
Esoknya , pagi-pagi dengar ibu sembang dengan cucunya umur 5 tahun, nenek pigi rumah sepupu nenek yang sakit? Ibu jawab dengan nada sayu, ya… nenek pigi lawat sepupu nenek yang sakit tapi sudah di mati. Cucu umur 5 tahun ini pun jawab. Ohhhhhh sepupu nenek sudah meninggal. Aiiiiik macam budak ni pun Faham…. Dan istimewanya Budak 5 tahun ini menangis-nangis bila ibu tidak izinkan ikut bersamanya ziarah terakhir. Mahu tidak mahu ibu kena membawanya juga.

Sekitar jam 9.00 pagi barulah penulis bergesa ke tanah perkuburan. Penulis berjalan kaki sahaja. Dari rumah boleh Nampak orang berada di tanah perkuburan. Penulis membawa bekal dua botol menerel kecil, satu untuk air minum dan satu lagi untuk air penyiram kubur.

Terhege-hege penulis kepanatan menaiki bukit, menyesal tak naik kereta tadi, adoi penatnya, lelah dan sesak-sesak nafas sudah ni, dah plan awal dah singgah kubur Arwah ayah dulu. Cari punya cari, astagafirullah…. Penulis dah tak dapat cam mana kubur Ayah? Tiga empat kali mundar-mandir masih tak dapat cam, suasanah dah banyak berubah rupanya.

Penulis mengambil keputusan duduk dan buat sahaja bacaan qatam quran di atas kubur Nenek, lepas doa dan siram kubur nenek, penulis pun bergesa ke perhimpunan orang menggali kubur, beri salam dan bersalaman tangan. Rupanya saudara mara lain dah bertanyakan kehadiran penulis sedari tadi, nampaknya abang penulis pun sedang berkerja mengorek tanah, sudah tiga orang berganti baharulah penulis pula turun untuk menyumbangkan khidmat. Terik benar pancaran matahari.

Hampir waktu zohor siaplah kerja-kerja mengorek lubang kubur ini, tinggal lagi menunggu Jenajah. Inilah kebiasaan masyarakat lambat dan menyusahkan orang banyak lambat menguruskannya. Seperti biasa penulis tidak akan menunggu lama, penulis cuba untuk fasa kedua mencari tapak kubur ayah. Apa Jadi? Masih gagal mengesannya. Nak bertanya kepada abang segan pula menganggu mereka. Penulis mengambil keputusan doa dan menyiram tapak kubur yang hampir pada hati penulis mudah-mudahan hajat yang di buat sampai dan diterima oleh allah swt.

Penulis berjalan pulang, sampai di rumah azan zohor mula berkumandang. Badan penulis panas dan sangat berpeluh, perut sudah meragam belum diisi apa-apa dari pagi. Sejukan badan dulu baharu mandi solat dan makan. Lepas makan tidur…….

Lepas solat magrib penulis turun ke Masjid untuk berjamaah solat Isyak. Kadang-kadang penulis akan jadi Imam solat jugalah kalau rajin, malam ini penulis jadi makmum sahaja. Bersurai solat isyak penulis menujulah ke rumah Arwah sepupu ibu, cadang nak ikut baca surah yassin dan tahlil.

Bila nak mula baca yassin muncul pula percanggahan rancangan, anak sulung cadang nak teruskan bacaan yassin yang telah dimulakan dua hari lepas. Ada pula cadangan nak bagi-bagi muka surat al-quran ini untuk di qatamkan. Ini yang buat lemah beta ini, menang pula yang nak baca al-quran dan masa nak bagi-bagi muka surat, penulis menolak sebab alasan tak sempat dan ada kometmen lain sesegera mungkin.

Selasai sahaja bacaan penulis surah Yassin, maka penulis pun beredar meninggalkan jamaah yang berlumba-lumba menghabiskan bacaan bahagian helaian muka surat yang di berikan. Penulis sempat mencium tangan tiga lagi sepupu perempuan ibu. Terkedu mereka Pakistan manakah yang mencium tangan mereka ini…

Mula kehadiran penulis tadi pun macam satu keganjilan, kesempatan dan ketika penulis bertegur sapa dengan EN. Suhaimi adik kepada wakil rakyat Adun Keranaaan bertahun-tahun tak jumpa katanya, dan saudara mara pula tercengang tak kenal menantu siapa Pakistan yang mahir berbahasa Dusun ini?

Saturday, March 26, 2011

Outrece…..

Bila mula memandang jadual kursus Latihan Fasilitator Manuel Islam & HIV/ AIDS yang akan berlangsung selama 2 malam 3 hari, penulis terfikir sesuatu bila melihat slot Autrece. Satu tulisan Benda baru rasanya. Baru ini kali penulis melihatnya, Adakah ini pendidikan jasmani? Senam robik? Atau lumba lari?

20hb mac penulis menyeberang ke Labuan dengan menaiki fery wawasan perdana jam 4:30 petang. Semasa bersembang dengan rakan-rakan memang dah masuk topic bab kursus tiga hari ini yang kononya akan sampai ke 9:30 malam , Cuma kira-kira konon penulis amat berasa selamat, yakin sangat tidak tersenerai,mana mungkin penulis akan terlibat dengan kursus seperti ini. Pasti orang lain yang kena.. la la la.. penulis pula yang kena rupanya.

Nak kongsikan cerita masa di atas fery. Fery ini dulu, Oh … ya, Fery wawasan ini jauh beza bentuknya dengan fery Pulau Pinang, wawasan perdana ini mempunyai tiga tingkatan, tingkat sebelah bawah sekali adalah untuk pelbagai jenis kenderaan, tingkat tengah untuk tempat duduk penumpang dan ada kemudahan jualan makanan ringan dan kadang ada penghawa dingin dan banyaknya hari tak ada hawa dingin, tapi yang utamanya susah mencari tempat duduk kalau sedikit lambat, jadi bolelah lepak di bahagian atas ketiga, yang memang terdedah kepada pancaran matahari.

Di bahagian atas fery ini semacam ruang legar sahaja, kalau nak duduk juga kena ada lapik, kalau tidak…. Mesti warna pekaian akan bertambah warnya. Di bahagian ini juga kita boleh melihat berbagai-bagai bentuk aksi, perangai, kelakuan dan fesyen yang diiklankan oleh para penumpang. Baru-baru ini di atas fery,penulis melihat balik aksi budak-budak memperagakan tarian Breck Dance mickel Jakson..wah… wah penulis ingatkan, lagi tarian shuple budak-budak, tapi bila sampai bab kepala dibawah memusing barulah teringat zaman muda penulis lagu kegilaan remaja masa itu Bad it dan thirele oleh mickel Jakson.

Bab budak-budak lelaki isap sigup atas fery ini, kira pandangan biasa, yang jangal sikit, perempuan yang dok selamba sahaja isap sigup. Dan cuple yang romantic tak sedar dan tak peduli orang ramai lalu melalu dan tertumpu mata memandang kearahnya.. kang ku sepak baru tahu… yalah penulis pun pandai rasa cemburu tahu….. memang social remaja semakin mencabar. Rasa tercabar tapi tak dapat mencabar… mudah-mudahan Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada kita menghadapinya. macam mana cara yang terbaik untuk berhadapan dengan mereka ini?

Malam khamis Penulis baru balik dari slot outrace Latihan Fasilatator Manuel Islam dan HIV/ AIDS sekitar jam 11.00 malam. Sempat juga penulis singgah di destinasi terakhir kami hari dan mala mini sebuah kedai makan yang beroperasi di jalan kampong Muslim,kumpulan kamilah yang terakhir sampai barangkali, selepas selasai autrece yang mungkin pada bengkel esoknya baru akan dibentang oleh setiap kumpulan masing-masing akan postmortemnya.

Slot bertemu seru ini di kendalikan oleh Ustaz Kamarudin dari NGO UNGGAS dan LANDAS, dan dengan kerjasama dari Tuan Haji Anur penceramah Pemadam Sejak 1986 dan pengerusi saudara baru Labuan, nampaknya langkahan kumpulan seramai tujuh ini sedikit sumbang, sebagai pengalaman pertama bagi setiap peserta.

Barangkali semua pub atau pengusaha kedai minuman keras pada malam ini sedikit kelangkabut, akibat pergerakan kumpulan autrece yang tidak berepa kemas,macam satu serangan… dan bayangkanlah sekumpulan gadis-gadis bertudung meminta izin masuk kedalam pup? Siapa mahu kasih masuk oooooo?

Sebenarnya kumpulan yang penulis terikut ini Berjaya untuk masuk dalam sebuah pup dengan bantuan impomer. Cuma bagi penulis amat berat memerhatikan rakan kumpulan perempuan yang mana amat-amat teringin untuk melihat suasana dalam pub, peluang itu kami abaikan kerana merasakan tahap keselamatan tidak terkawal lagi. semua impomer telah mengsyaki sesuatu. Risau adanya ceking IC oleh pihak imegrisen

Thursday, March 24, 2011

kurukulum Aliran Seni Silat siku 12 Peneng Versi Abjad Sabah

Dengan ini ABJAD SABAH suka cita mendedahkan kepada umum akan Kurukulum Aliran Seni Mempatahankan Diri Dibawah Kelolaannya,yang mana pada Asasnya Bernama SILAT SIKU 12 PENENG, Abjad Sabah melalui 3 Orang Waris Sah SIKU 12 PENENG yang secara atomitik dilantik sebagai juga sebagai penel penentu pencapaian tahap kecergasan.

Pada majlis pembentangan format kurukulum baru latihan padang dan dispilin amalan Jabatnya. Semua yang hadir bersetujuh dengan kaedah cadangan dalam pembentangan kurukulum tersebut. Yang mana Abjad Sabah telah Memformatnya seperti ini:

SETIAP AHLI BARU akan mula dan memakai Dispilin Langkah Tari Jabat 14, jika mengikuti latihan padang ia akan memakai TALIPINGGANG HITAM dan di sarankan untuk berlatih dengan huraian siku 1, siku 2 dan siku 3, jika tiga ahli penel tersebut telah berangapan telah lulus pencapaian kecergasannya maka layak untuk di Anugerahkan Sijil Tahap Satu Dan Memakai Talipinggang Calit Kuning.

Up greding CALIT KUNING akan memakai Dispilin Langkah Tari Jabat Penimbul, jika mengikuti latihan padang disarankan untuk berlatih dengan huraian siku 4, siku 5 dan siku 6. jika tiga ahli penel tersebut telah berangapan telah lulus pencapaian kecergasannya maka layak untuk di anugerahkan sijil dan memakai Talipinggang Tambah Calit Merah.

Up greding CALIT KUNING dan CALIT MERAH akan memakai Dispilin Langkah Tari Jabat Besi, jika mengikuti latihan padang disarankan untuk berlatih dengan huraian siku 7, siku 8 dan siku 9. jika tiga ahli penel tersebut telah berangapan telah lulus pencapaian kecergasannya maka layak untuk di anugerahkan sijil dan memakai Talipinggang Tambah Calit Hijau.

Up greding CALIT KUNING, CALIT MERAH dan CALIT HIJAU akan memakai Dispilin Nadi 10 . Jika mengikuti latihan padang disarankan untuk berlatih dengan huraian siku 10, siku 11 dan siku 12. jika tiga ahli penel tersebut telah berangapan telah lulus pencapaian kecergasannya maka layak untuk di anugerahkan sijil dan memakai Talipinggang Tambah Calit Putih.

Kuning hijau awlia keramat * merah putih bendera Muhammad
kelabu hitam di celah umat * jangan menerima umat Muhammad

Seorang yang memakai TALIPINGGANG CALIT KUNING, CALIT MERAH , CALIT HIJAU dan CALIT PUTIH, berpeluang untuk berlatih dispilin langkahan hulubalang dan di syorkan layak untuk bertugas menjadi guruletih siku 12 Abjad Sabah.

Sunday, March 20, 2011

Hari jumaat yang mulia…

Jatuhnya tarikh hari ulangan tarikh kelahiran penulis, pada hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari dan juga hari raya mingguan umat islam padanya juga wajib mendirikan solat jumaat yang wajib ditunai secara berjamaah. Juga dicipta dan diwafatkan Nabi Adam as pada hari Jumaat, dan tidak akan berlaku Qiamat melainkan juga pada hari jumaat .

Penulis akan balik kampong pada hari ini. Jadi Sebelum memulakan perjalanan, penulis basuh dulu lah keta,kasi kilat sikit, risau juga memandu kereta kotor ini, akibatnya boleh di saman. Sia-sia buang duit bayar saman,tak rugi juga kalau kereta bersih, bole memukau mata yang terpandang. Wah… bersihnya keta walau musim hujan… biarpun luaran sahaja Nampak bersih, entah dalaman ada berapa kilo sudah bahan boleh buang..

Seingat penulis mungkin lebih seminggu kotoran di badan kereta penulis tak di usik,sesuai untuk budak-budak buat lakaran dan lukisan, “ Cahaya FM.” ‘ JOHON CAINA’ Seperti yang berlaku pada kenderaan DJ Wufi.. nasib bukan di calar.. time penulis muda-muda dulu ayat yang glemer seperti Rock ‘N’ Rool, HULK HUGEN atau ayat-ayat cinta. I ♥ U, jack & Ctc, jack ♥ Arrah . Biasanya batang pokok kayu jadi mangsanya. kah.... kah... kah.. malu juga teringat

Kereta penulis dah banyak lakaran, cakaran ayam, cakaran kucing, cakaran Beg murid, cakaran hendel Motorsikal dan ciuman kereta kancil. Yang istemewanya anak – anak buah penulis boleh-boleh buat picnic di bonet dan meluncur ombak dicermin sambil berkejaran.. heran juga budak-budak ni boleh trip seperti bermain di pantai….. cara mengusir mereka pun pelik, menteranya begini “ wahai bekteria jahat balik kamu ke rumah kalau tidak rasaksa akan muncul ” budak-budak ini pun berlari oohhhh tidak…. Tidak.. saya bukan bektria jahat. saya bekteria baik… nasib lah mereka tak loncat-lancat di atas kereta…

Penulis memang tertarik dengan bonet kereta BADAL SERAWAK, dan penulis rasa seorang anak buahnya penuh bonet enjinnya dengan lambang pertubuhan, cantik ooooooooo. Kami ada plan nak tiru..

Penulis bergerak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi, ketika melintas di kedai runcit milik tuan rumah pemilik rumah sewa penulis. Nampak isyart tangannya melambai penulis. Alaaa apa lagi ni sewa dah bayar pun tak kan ada kenaikan sewa secara mendadak? Penulis menghentikan kereta. Rupanya esok ada kenduri Arwah, tuan rumah menjemput penulis datang, saya nak balik hari ini tak dapat lah saya datang .. macam ada sedikit kecewaan raut muka tuan rumah. Mudah-mudahan allah memberkatinya.. tuan rumah yang spoting dan pirhatin… sewa rumah murah penulis tak terbayar sewa tiga bulan pun tak bising-bising.

Penulis bergerak awal sebab cadang singgah di kadai tayar dulu, cadang nak tukar tayar gentian dulu nanti boleh letak di hadapan. Ada panggilan telipon pula ni.. helo… ustaz di mana ni? Dalam hati ni celaru uda, hari ini cuti ganti ada lagi tanganggungjawab yang digalas. Apa-apa pun thank kerana memahami aku nak cuti seminggu, inilah sebab aku bukan Kursus dalam cuti.

Awal masih, jadi penulis sempat singgah membeli sedikit coklat untuk anak buah, beli yang murah-murah dan simple sahaja. Lagipun penulis menaiki fery lama, fery lama ini tidak beratap, bertolak jam 10.00 pagi pula , silap haribulan kalau matahari terik sempat cairlah coklat-coklat tersebut.

Mendarat sahaja di jeti menumbuk menjunjukan waktu zohor hampir nak masuk, kebetulan penulis ada keperluan untuk ke tandas,walaupun dah berniat bermusafir, hari ini penulis niat jadi orang baik-baik. Awal iktikaf dalam masjid jamik menumbuk,sambil-sambil tu penulis dapat berfikir dan berkongsi pemandangan situasi jamaah Masjid jamik menumbuk.

Penulis pernah singgah solat jumaat di masjid baru di kimanis sabah, persamaan ketara jamaahnya dengan Jamaah Masjid Menumbuk ialah ramainya pemakaian set lengkap baju melayu bersamping. Macam pengantin..

Dan yang ketara persamaan dimana-mana jamaah Masjid jumaat seluruhnya pula,rata – rata gemar dan rajin menunaikan solat sunat tahiatulmasjid, ketika mula masuk ke masjid. dan Kemudian selapas berkumandang Azan pertama hari Jumaat (menunjukan telah masuk waktu solat Zohor), jamaahnya sekali lagi gemar akan bangkit semula menunaikan solat sunat dua rakaat, penulis tidak dapat pastikan apakah jenisnya solat sunat sebelum khatib naik ke atas mimbar ini.

Mengikut sejarah laungan Azan pertama ini hanya wujud ketika pemerintahan Khalifah rashidin yang ketiga Saidiana Osman Bin Affan ra. Kerana mashlaha penduduk yang makin ramai dan makin sibuk , diadakan laungan Azan ini agar para penduduk dapat bersiap dengan Segera ke Masjid menunaikan Solat Jumaat.

Ketika tuan khatib duduk di antara dua khutbah, bilal pula nyaringkan bacaan doa salawatnya, rata – rata jamaahnya akan menangkat tangan tanda berdoa, kadang-kadang kedangaran pula lafaz amin, amin, amin,dari jamaah.

Juga kelihatan ada jamaah mengerak jemaah sebelahnya dan menunjukan isyarat angkat tangan berdoa. Penulis pun berfikir adakah jamaah ini menggerkan rakanya kerana time ini antara makbul doa di hajat ? atau adakah jamaah ini berperasaan Angkat tangan berdoa antara dua khutubah ini adalah dari rangkaian yang perlu-perlu dalam solat Jumaat?.

Oleh kerana banyaknya dalam pemikiran, akhirnya penulis biasanya pada selawat doa bilal jumaat anatara dua khutbah ini dan pada lafaz doa rukun sah jumaat oleh khatib dalam khutbah kedua, penulis tidak menada tangan.

Tak menadah tangan bukan maknanya tak doa. Jauh sekali kita pertikai , Cuma kalau ada yang tergerak hati nak bertanya memang ada ceritanya. Terpulang untuk percaya atau tidak…

Ada dikalangan anak-anak buah penulis mintalah konon motivasi dengan mohon ceritakan cerita pasal kelebihan hikmah Jabat Bisa. Oleh kerana penulis dah ada ceritakan hal jabat-jabat ini malam sebelumnya, maka penulis wakilkanlah seorang anak buah yang terlebih muda dari sang pertanya untuk menjawabnya. Apa yang terjadai? Faham- faham ja laa..

Penulis pun tak mahir sangat asal muasal jabat-jabat selain JB 14 ini. Cuma penulis selalu menuturkan Asas sebenar ialah JB 14. Jadi jangan ada rasa di hati merasa jabat- jabat lain itu adalah tingkatan tahap pengamalan seseorang. Apa lagi beranggapan jabat bisa itu lebih tinggi dari jabat 14.

Pembentangan kurukulum Seni Mempertahankan diri Siku 12 Cawangan Abjad Sabah tersebut semata-mata untuk membina dispilin, jauh sekali untuk mengklaskan atau mengkastakan pengamalnya. hurain siku 12 berdasarkan dispilin system jabatnya hanyalah memudahkan pembelajaran dan mengurangkan kegolojohan peserta.
Insayahallah taalah.

Tuesday, March 8, 2011

tarikh lahirku datang lagi

Pada minggu kedua setiap bulan Mac setiap tahun, Penulis akan singgah dan seterusnya melintasi kembali tarikh dan bulan kelahiran,ulang tahun kelahiran ke dunia…. penanda umur dah semakin bertambah, dengan itu juga menunjukan masa untuk kehidupan semakin berkurangan….

penulis telah pun pernah menyambut ulangan tarikh kelahiran ini dalam beberapa kaedah dan suasana, sama ada dalam secara biasa - biasa, secara kebiasaan dan secara amat luar Biasa.

Memori terpahat sebagai catatan pengalaman hidup,” yang amat berharga” kata orang,Tapi tak boleh dijual la…. Jual murah pun, enda ada orang mahu membali bah… sendiri simpan saja.

Telah dikhabarkan kepada kita bahawa perlaku dan sifat dikala umur 40 an akan berkekalan hingga ke akhir usia,Penulis sentiasa berdoa, mudah-mudahan di usia yang telah melepasi 40an ini, mengharap zahir segala yang lebih istimewa berbanding pada tahun-tahun yang sudah ,,, insyahallah taalah Amin. .. amin .. amin.

Sangkaan penulis, catatan ini sedikit Cuma isinya, bertambah makin melebar pula ceritanya. Dan mulanya Sengaja penulis letak catatan ini sedikit pada ruangan blog kerana mengharap ihsan mudah dan senang bila ada sesiapa yang sudi tag kanya pada ruangan Facebook nya atau tagkan pada FC penulis pada hari tarikh kelahiran penulis. Nampak gayanya tulisan ini telah pun mencapai seribu patah perkataaan.

Penulis buat catatan lebih awal,Konon kerana pada hari tersebut, penulis kemungkin besar tidak berkesempatan berbuat demikian dan berkemungkin besar juga, seminggu kemudian baharulah penulis dapat membaca komen ucapan dalam ruangan itu.. kalau adalah… kan? yang sudi mengirimkan ucapan, kiranya tidak ada Tu? namanya memang biasa-biasa.

Dan pada Kebiasaannya adalah ucapan kan? Contohnya: Ingatan Tulus Ikhlas, selamat hari lahir,happy birthday , semoga bertambah berkat dan berhasil segala hajat dan bermacam-macam lagi lah bentuk lafaz ayat dari dari rakan-rakan, kalau kek tidak ada, tak kan lah pula semua rakan penulis dalam Facebook ada 481 orang dan pelawat Blog ini baru 17 orang. Tak ada pun beri ucapan?

Dengan itu pula, penulis dalam ucapan balas pun kononnya pula melafazkan wakil bagi diri sendiri, “saya dengan ini amat berbesar hati mengucapkan jutaan Terima Kasih, Syukran Akbar …. atas DOA RESTU dan Dokongan dari semua ( saya juga memohon Maaf juga kerana mula Utamakan Doa) Dari Al-Fadilah Tuan-Tuan Guru , Warga Abjad Malaysia, Warga Melayu Malaysia, Rakan-Rakan Adik Beradik, Ayah , Abang Long ,Sahabat ///, Anak-Anak Buah Seterusnya Pada Sekelian Kenalan Sama Ada Ustaz-Ustazah, Cikgu- Cikgu, Doctor- Doktor, Tan Sri – Tan Sri, Dato – Dato , Tuan/ Puan, Encik / Cik…. Yang Dihormati Sekalian. Yang disanjung tinggi…

Pada ketika tarikh dan hari singgah dan menghadapi pada ulang tahun kelahiran ini, pada jadualnya mungkin Penulis di dalam perjalanan pulang menuju ke kampong halaman, balik kampong… o oo balik kampong hati riang… terkenang pula lagu arwah Sudrman hj. Arshad dan insyahallah taala penulis akan selamat sampai,pada maksud hendak menziarahi IBU tercinta….

Penulis memang cuba mengelak ada berurusan pada tarikh tersebut, hanya mampu merancang. Memang dah beli tiket belayar hari esoknya,Akhirnya tekit belayar dipindahkan pada tarikh tersebut,Rupanya ketentuan taqdir. penulis membuat perjalanan pada hari tersebut.

Jelasnya ada maksud dalam diri ada ragu dan ada bimbang kan? Siapalah aku ani….. dengan demikian akan ku carik dan padamkan adatnya metos hitam kiranya terdapat dan adanya petua pantang larang menyelubungi pada tarikh kelahiran seseorang.
Selagi berpeluang,,,, pantang penulis tak balik… penulis sentiasa berusaha untuk pulang ke kampong melihat-lihat dan membantu apa-apa yang boleh untuk Emak di rumah, biarpun selalunya dan seringnya… ibu Tanya dan hendak yang lain, dan biasanya terasa di hati…, hah……ha.. ha… tau tak apa..

penulis masih gagal melafazkan kepada ibu . aduhai ibu…inilah yang ibu tunggu-tunggu selama ini….. .. kenalkan. Namanya……
ya allah berkatilah kami semua.

Tak serik juga ditanya ibu dan rakan,tu yang rajin juga pulang, dan sesekali pulang kampong tu… sambil menyelam boleh juga curi-curi lihat anak dara orang… eeehm… mana tahu Ada sudah yang besar…..

Tak pun, luas berjalan,, , luluwas mengurat anak dara di jalanan…..

atau pun test lawan lumba lari di jalan raya…..

Penulis selalu terlintas di hati ,berniat dan berfikir nak bacakan surah yassin di atas pusara Ayah secara live… dan atur sedikit kenduri, penulis tidak ada kekuatan untuk itu…. YA!!!! penulis memang bukan seorang anak yang tergolong sebagai anak yang SOLIH . jadik macam mana nak jadi suami yang solih??? Dengan demikian…. Penulis selalu berdoa agar mudah- mudahan Allah swt ditemukan jodoh dengan seorang Gadis yang soliha yang dapat membimbing sama dan memberi nasihati sama, dan berkesudian sama pula memberi dorongan bersama- sama bersusah payah dengan dalam hal seperti pertubuhan ini.

Dan Oleh kerana aku jauh dari bernama anak yang solih, dan tidak ada bakti agungku kepada kedua ibubapa,maka dengan itu, aku selalu mohon redha Allah swt, dengan redha Allah swt , mudah-mudahan Penghargaanku kepada Ayah dan ibu tercinta, maka keduanya meredha aku juga…amin. (usahakanlah untuk berbakti sedapatnya kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Peluang masih ada, jangan Sesal kemudian tidak berguna)

Pada 11hb Mach 2001, penulis tidak mampu menyediakan Kek Hari Jadi seperti syoran adik Bongsu penulis, semalaman sudah ia menangis, bukan pasal duit dalam pokit penulis tinggal tak sampai pun RM30.00,

Cuma pada pagi itu, Seawalnya paginya penulis dah bertengkar dengan salah seorang penerus Ajaran Mandur Sarip, pasal pilihan lokasi tapak mengorek lubang kubur, penulis tak tunggu atau minta kerjanya jampi-jampi dulu, penulis tak ikut petuanya dan penulis terus menebas dan membersihkan serta terus mula mengorek tanah. Alhamdulillah Tak ada batu pun, akar-akar kayu juga tidak ada, semua tersimpang pada hal batang pokoknya ada.

Selasai mengali kubur penulis kembali ke rumah untuk mengimamkan Solat Jenajah seterusnya. Membantu Mengangkat dan mengiring jenajah menuju ke kawasan perkuburan. Seterusanya penulis bersama dengan Abang sulung menyambut, menurunkan dan meletakan Jenajah Ayahanda tercinta ke liang lahad. Tadi pun penulis tidak bersama untuk mandikan jenazah hanya minta abang sulung ini ikut bantu bersama kawan yang biasa mandikan jenazah . hilang rasa penakutnya..

Penulis terlupa pula membacakan talkin mayat, kerana berucap wakilkan memohon maaf dan halal atas apa tanggungan aruah yang belum di jelaskannya, pada hal penulis juga mengetuai bacaan tahlil, cuma Doa Di bacakan oleh Abang Cikgu Kamil kasibun.
Selama Seminggu, pada setiap malam penulis mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil, penulis tercari –cari mana sudah rakan – rakan? Penulis amat mengharap adanya sedikit sumbangan tulus Ikhlas pada ketika ini. Penulis mendengar adanya keluhan hidangan yang keluarga penulis sediakan saban malam…. Maafkan kami , hanya itulah mampu kami… tak apalah kalau tak datang pun… mungkin dermanya mencapai RM500.00 jadi tak padanlah hidangannya….

Dendam ini rupanya dibungkus kasih, aku masih sang Ular rupanya, peristiwa ini penulis mula jadikan sebagai pembena diri, mesti berubah…mesti berubah… mesti berubah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. (“ dan ingatlah panjatkanlah pohon pertolongan kepada Allah swt jangan mengharap pertolongan dari manusia”)

Dengan Ini salam penuh takzim ingatan tulus ikhlas dari Penulis Mohon Sudilah Kiranya Hadiahkan Lah Sekalung Bacaan Surah Al-Fatihah Untuk Roh Arwah Ayah kami Bernama Bosirin Bin Basat, Yang telah selamat disemadikan Pada hari Ahad 11hb Mach 2001. Mudah-Mudahan Roh Beliau meredai kami dan mudah –mudahan juga Roh beliau Bersama Sekelian Roh awalia Ahli Salsilah… Amin Ya Rabil Alamin

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback